baca sini
Penyanyi Atai memohon kepada orang ramai atau sesiapa pun jua agar menghentikan sebarang pengeluaran produk yang menggunakan nama bapa saudaranya, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Atai atau nama sebenarnya Razman Azrai Zainudin yang kini dilantik secara rasmi sebagai pengurus harta pusaka Sudirman menjelaskan yang sebarang penggunaan nama atau gambar Sudirman seharusnya mendapat pengesahan pihak keluarga mereka.
Kini, segala produk atau jenama yang berkaitan dengan Sudirman diuruskan oleh Sudirman Asset Management. “Sebarang barangan dagangan, buku, filem, teater, program TV, konsert, klip video, kedai dan restoran yang menggunakan nama dan imej Sudirman Hj Arshad untuk tujuan komersil tanpa kebenaran adalah melanggar hak tanda dagangan. “Kami menggesa mereka yang mengenali dan menyayangi Sudirman agar mematuhi dan menghormati hak kami,” ujar Atai dalam satu kenyataan kepada MHE TV.
|