CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kentang.Goreng

[Jenayah] [UPDATE: Video MENYAYAT hati, IBU TERDUDUK MERAUNG #1] Kes 2 budak MAUT kena TET

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2019 04:54 PM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 9-1-2019 05:06 PM

Ibu tidak sangka kenalan suami sanggup bunuh dua anaknya
By admin -  9 Januari 2019


YAN – Ibu kepada dua kanak-kanak yang ditetak hingga mati di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di sini, malam tadi tidak menyangka suspek yang merupakan kenalan suaminya sanggup bertindak kejam terhadap anak-anaknya.

Noor Hasyelawati Yusoff, 37, berkata kedua-dua anaknya yang masih kecil itu tidak melakukan kesalahan kepada sesiapa pun, malah salah seorang daripadanya masih menyusu badan.

Menceritakan mengenai kejadian itu, Noor Hasyelawati berkata ia berlaku kira-kira 11.45 malam ketika dia baharu hendak tidur bersama dua anaknya itu iaitu Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz, setahun, di dalam sebuah bilik, manakala anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, tidur bersama ibunya, Jamilah Ismail, 60, di bilik bersebelahan.

“Waktu itu saya baru masuk tidur dan terdengar suara seorang lelaki yang juga kenalan suami saya memanggil nama suami saya di luar rumah sebelum lelaki itu memecah masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

“Suami ketika itu tiada di rumah kerana pergi ke laut dan abang ipar saya yang tidur di tingkat atas rumah turun untuk melihat keadaan itu tetapi dilibas dengan parang dan cedera di pipi kiri,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Melihat keadaan itu, Noor Hasyelawati berkata dia bersama abang iparnya itu, Sobri Saad, 52, melarikan diri keluar dari rumah dan mendapatkan pertolongan daripada jiran.

Namun, selepas masuk semula ke rumah untuk mendapatkan anak-anaknya, suri rumah itu mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia, namun bersyukur kerana anak sulung dan ibunya yang berada di bilik sebelah selamat.

Noor Hasyelawati berkata, selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri dengan sebuah motosikal, namun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung.


Ibu kepada dua kanak-kanak yang ditetak hingga mati di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, di sini, malam tadi tidak menyangka suspek yang merupakan kenalan suaminya sanggup bertindak kejam terhadap anak-anaknya
“Ketika dia keluar daripada rumah dia sempat menjerit kepada saya ‘anak hang dah selamat mandi darah dah’,” kata Noor Hasyelawati.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah berjaya ditahan sejurus selepas kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat dua beradik itu juga telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salah budak tu dibunuh.sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 04:56 PM | Show all posts
takziah pd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Si botak tu ke pembunuh?
Sialan betul rupa...
Moga dirogol beramai2 di penjara nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:08 PM | Show all posts
akusukaq replied at 9-1-2019 08:13 AM
tu sbb aku sokong sgt cadangan kumpulkan semua penageh tegar ni kat sebuah pulau terpencil.biarkan d ...

aku pun sokong..bia dorang makan daging sesama dorang..kanibal
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 9-1-2019 07:58 AM
Astaghfirullah. ..sedihnya baca....dah tahu laki penagih dadah ...lagi mau teruskan. ....

Innalil ...

Kawan kepada suaminya

Bukan suami kepada mak kanak2 yg jd mangsa tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tokchik replied at 9-1-2019 05:17 PM
Kawan kepada suaminya

Bukan suami kepada mak kanak2 yg jd mangsa tu

Tq info tokchik. ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 9-1-2019 04:48 PM
Kenapa mak ni keluar tinggalkan mta bantuan
Lebih baik kunci pintu selamatkan anak

Nok org dlm ketakutan otak dia lost. So jgn nk pertikaikan apa2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya.. tempatmu di syurga dikk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah
Sedihnyer baca news nih
Mmg menyayat hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 06:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:08 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi td dah nmpk artikel ni tapi tak sampai hati nk baca.. syurga tmpt untk budak2 ni.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arasham at 9-1-2019 06:39 PM

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/517930/lelaki-bunuh-dua-beradik-dipercayai-ada-masalah-mental

Polis kata mental

YAN: Suspek berusia 49 tahun yang menetak dan mengelar dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, di sini, dipercayai mengalami masalah mental.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya....tak sanggup nak tgk video tu....sedihnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana x meraung
Anak kot
Iols.kalau gini mana meraung dah
X terkata apa dah..mau berbulan xcakap dgn org
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 9-1-2019 05:20 PM
Nok org dlm ketakutan otak dia lost. So jgn nk pertikaikan apa2.

Kan..iols semdiri xsanggup bygkan akak ni mcmana mssa tu

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 9-1-2019 06:38 PM
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/517930/lelaki-bunuh-dua-beradik-dipercayai-ada-masalah ...

Dah menagih..mmg mental tu disorder lah
Aishh..geram plak...
Nak katok katok je pembunuh ni..eeeee
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 9-1-2019 06:38 PM
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/517930/lelaki-bunuh-dua-beradik-dipercayai-ada-masalah ...

Mental cnfirm sbb dadah. Mohon dikenakan 302. Hrp pihak brkuasa jgn lepaskn sbb alasan mental
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040616 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list