|
[Tempatan]
Tiga Beradik Berpelukan Sebelum Di Telan Ombak
[Copy link]
|
|
pumpkingirl replied at 31-12-2018 12:26 PM
Tu jiran, lain uols hihi..ni sepupu sepapat pakcik makcik..biasa je mana2 bangsa pun kdg2 sepupu2 ...
Bukan nk ckp la, abh aku mmg xpnh lps ank2 walopon ikut pak mak sedara. . even bila blk kg kami xpnh tido dgn nenek sbb mak aku xsuka lps ank kt org..Aku pnh ckp ustazah abh xbg ikut rombongan ke sunway lagoon, ustazah trs ceramahkn abh aku ajl maut di tgn tuhan.
Balik tu aku cite kt abh, abh aku kata tnya ustazah tu dia blh ke jaga ank abh bila dh masuk dlm air nnt ..ke dia jaga ank dia sendiri je? Bila dh seronok semua lupa..Ajl maut mmg ditangan tuhan tp sekurang2 nya abh dh berusaha. Dia ckp abh ank sikit xnk mnyesal |
|
|
|
|
|
|
|
PICes_Boy replied at 31-12-2018 11:45 AM
Aku ada kat tempat kejadian td masa jumpa mayat kedua..pendek cite pantai sura ni mmg xbole mandi da ...
Masa kecik aku selalu ikut grandma hantar or ambik my aunt balik campus yuaitieng dungung. Bila lalu pantai sura tu mmg tak pernah nampak orang mandi manda kat sepanjang pantai. Kalau ada crowd pon kat area pantai belah bandar dungun. Itupun orang just lepak2 santai tapi tak masuk dalam air. Aku pon peliklah sebab takde orang mandi manda kat pantai. My aunt kata pantai situ bahaya baik musim tengkujuh atau tak & dah banyak ragut nyawa orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut tentang ibu ayah yang kematian 3 anak sekaligus seperti ini. Bersabarlah atas ujian Allah swt.
Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata:
: :
Maksudnya: “Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”. [Lihat: Mu’jam al-Kabir, no. hadith 571, 24/225]
Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia
https://www.facebook.com/211591442051/posts/10157060152717052/ |
|
|
|
|
|
|
|
31 DIS: DUNGUN - Mayat dua daripada tiga beradik perempuan yang dikatakan lemas selepas dihanyutkan ombak besar di Pantai Teluk Lipat berhampiran Sekolah Menengah kebangsaan SMK Sura Pantai Sura Tengah, Dungun petang semalam, ditemui pagi ini.
Mangsa ialah Nurain Sufia Zawawi, 8 tahun ditemui terapung pada pukul 7.00 pagi tadi di Pantai Teluk Gadung berhampiran UiTM iaitu dalam lingkungan 5 kilometer dari lokasi kejadian.
Adiknya Nurain Sasabila, 6 tahun pula ditemukan oleh pasukan SAR kira-kira pukul 9.20 pagi di lokasi kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
Mangsa terakhir iaitu kakak mangsa Nurain Fatma 10 tahun ditemukan pada pukul 11.05 pagi tadi.
PDRM
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
[FOTO:RTM Terengganu/ Polis Dungun] |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 31-12-2018 01:26 PM
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut tentang ibu ayah yang kematian 3 anak sekaligus seperti ini. Bersa ...
Allahuakbar. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya parents budak 3 beradik tu... Apalah perasaan drg bila dapat tahu ketiga2 anak dia lemas.. And what if mereka bertiga tu sja anak yg ada... Apasal lah careless sgt mak saudaranya ni pun.. If ditakdirkan meninggal ketiga2 tu, susah nya nak maafkan yg tukang bawa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat tiga beradik lemas serentak ditemui
DUNGUN - Kesemua mayat tiga beradik yang lemas selepas hilang dihanyut ombak besar di Pantai Sura, ditemui pagi ini.
Jasad ketiga-tiga kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terapung dalam jarak 3 hingga 5 kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui pada jam 7.30 pagi dalam jarak 10 meter dari pesisir pantai di kawasan Teluk Gadung.
Mayat kedua, Nurain Salsabila Zawawi, 6 ditemui dua jam kemudian dalam jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Manakala, mayat kakak sulong, Nurain Fatma Zawawi, 10 ditemui pada jam 11.05 pagi dalam jarak 2 meter dari pesisir pantai dan 3 kilometer dari lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Mohd Zohan Seman berkata, operasi yang bermula pada jam 7 pagi berjalan lancar dan kesemua mangsa berjaya ditemui dalam tempoh singkat.
Menurutnya, walaupun berdepan sedikit kesukaran tetapi anggota penyelamat dapat menyempurnakan tugas dengan baik.
"Mangsa pertama ditemui pada jam 7.30 pagi, diikuti mangsa kedua pada jam 9.20 hari dan ketiga lebih kurang dua jam kemudian.
"Seramai 73 anggota polis, APM dan bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pada hari ini.
"Ombak besar dan angin kuat menyukarkan pencarian tetapi semuanya sudah selesai dan kita berterima kasih kepada semua yang terlibat," katanya.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan selanjutnya.
Tiga beradik berkenaan dijangkakan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang semalam, tiga beradik yang datang dari Kelantan untuk bercuti bersama ibu saudaranya hanyut ditelan ombak besar ketika bersiar-siar di tepi pantai.
#SinarHarian |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 31-12-2018 12:19 PM
Teringat kes kawan aku. Ank abg dia,dh la tunggal, ikut adik bradik kak ipar dia nk balik kl.. boleh ...
Kakak ipar redha tak bagi ungkit?
Anak dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah perasan budak2 tu kan.. Smpai drg berpeluk.. Plus tak baca berita kah.. Org takut nak pergi pantai gara2 tsunami kat jiran sebelah, drg sibuk2 nak pergi pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Serius aku menangis baca kisah ni. .. |
|
|
|
|
|
|
|
hilang 3 anak sekaligus...siannye...takziah...ajal tu di mana2..
iols mmg xberani lepaskan anak kt org lain...nak bawak anak sedare bcuti pun kdng pk byk kali...zmn skrg ni mcm2...
lg 1,knp ek org suke g bcuti kat pantai ujung2 tahun ni?...musim2 tsunami ni..
org tua klau bwk bdk2 g main air kolam/laut,,tlg lah pantau sekeras2nye....jgn la tlepas dr depan mata... |
|
|
|
|
|
|
|
seumur hidup rse penyesalan kat pakcik makcik tu...semoga mak ayah bdk2 lemas tu redho n tabah.... |
|
|
|
|
|
|
|
sedignya tgk mak dia.. pengsan terus bila yang last tu jumpe..
sedihnyaaaa...
moga diberikan kekuatan..
tak lama lagi ank sekolah..for sure barang2x skola semua dah siap.. pasti ternampak2x ank2x.. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurul8001 at 31-12-2018 02:22 PM
Ada persamaan kes lemas yg ni dgn kes lemas kolam renang yg lepas. Cuti ramai2, family day ramai2.
Agaknya bila dah ramai2 ni, masing2 harap org dewasa lain tengokkan si kecil. Takpelah, A kan ada, boleh tengokkan budak2. B pun boleh tengokkan. Hujung2 semua leka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah .. semoga kalian berbahagia disana. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya, hilang semua anak sekaligus. budak umur sekolah rendah macam tu dah la tengah meriah, tengah macam2 perangai, mesti sunyi terus hidup parents dia |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 31-12-2018 01:57 PM
Kakak ipar redha tak bagi ungkit?
Anak dia ke?
Iye.. ank dia.. yg bwak budak tu adik dia. So nk ungkit pon tak sedap la sbb adik bradik dia yg cuai. Kes ni ada masuk tv & paper.. 3 sepupu lemas kt theme park area negeri sembilan klu x salah. 2 slmt 1 meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
gujiwa replied at 31-12-2018 02:06 PM
sedignya tgk mak dia.. pengsan terus bila yang last tu jumpe..
sedihnyaaaa...
Ya Allah. ..pengsan ke. ..sedihnya. .. |
|
|
|
|
|
|
|
kepada mak bapak .. musim2 tak menentu macam sekarang ni tak payah lah bawa anak ketepi pantai.
kalau nak mati .. mati lah sendiri2 . |
|
|
|
|
|
|
| |
|