|
[Tempatan]
UPDATE #129 :Bayi dicampak akhirnya meninggal dunia
[Copy link]
|
|
semoga baby ini selamat.
takpa kalau dia tahu kisah sebenar bila besar nanti, dia tahu dia seorg survivor... baru lahir lg dah fighting utk hidup. he'll appreciate his second chance in life. |
|
|
|
|
|
|
|
brother Thayalan Paliandy, ptut diberi penghargaan sbb amik berat brbanding acik2 ,pkcik2 lain tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh. Hidup ke?
Mmg miracle baby. Wow
Thank God
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 26-6-2018 03:28 PM
“SAYA panik dan badan saya menggigil apabila melihat bayi itu kebiruan.”
Demikian kata sa ...
Semoga baby ini meninggal saja. Jika hidup, semoga menjadi insan gembira dan berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
ira_229 replied at 26-6-2018 04:26 PM
yg ini baby yg mana pulak? ada 2 kejadian ke?
Baby yang sama kot tapi ada ummah sendu pegi fitnoh dok ber al fatihah bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
setori_mori replied at 25-6-2018 11:06 PM
Campak je dari tingkat 3 ke 2 tu biar dia rasain
Tak best nak ke dalam kandang rimau gak |
|
|
|
|
|
|
|
Tolak dari TRX tower tu ha .. baru puas hati, berkecai... eeee geram aku |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 27 Jun - Keadaan bayi lelaki yang dicampak ibunya dari tingkat dua belakang sebuah restoran di Kajang, dekat sini Ahad lalu dilaporkan kritikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, sehingga kini, bayi tersebut masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kajang.
Ujarnya, ibu kepada bayi tersebut masih direman sehingga Ahad ini dan kini turut berada di hospital sama bagi mendapatkan rawatan.
“Sehingga kini pihak kita masih belum menerima laporan daripada pihak hospital mengenai kecederaan yang dialami bayi malang tersebut.
“Jadi maklumat yang tular di laman sosial mengatakan tulang bahu kanan bayi terbabit patah sama sekali tidak benar,” katanya di sini hari ini.
Isnin lalu, media melaporkan mengenai seorang bayi yang baru dilahirkan jatuh dari ‘langit’ sebelum ditemukan orang ramai di atas jalan raya berhampiran besi konkrit.
Susulan kejadian itu, seorang wanita warga asing berusia 22 tahun ditahan kira-kira enam jam selepas bayi itu ditemukan.-UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
BAYI lelaki yang baru dilahirkan dan dicampak dari tingkat dua bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, Kajang pada 24 Jun lalu, meninggal dunia, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya di Hospital Kajang mengenai kematian bayi berkenaan pada 4.53 pagi.
“Akibat kecederaan parah dialami, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia pada 4.53 pagi Sabtu lalu ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit.
“Suspek yang juga ibu kandung mangsa berusia 22 tahun sudah dituduh di Mahkamah Seksyen Kajang pada 6 Julai lalu mengikut Seksyen 307 dan 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap bayi dan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi masih hidup.
“Bagaimanapun, kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat pindaan tuduhan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas bayi berkenaan meninggal dunia sehari selepas dia dituduh di mahkamah,” katanya.
Sebelum ini, NSTP melaporkan seorang bayi lelaki dicampak oleh pekerja wanita warga Indonesia dari tingkap bilik air rumah di tingkat dua bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, pada 24 Julai lalu.
Bayi berkenaan terjatuh mengenai bumbung restoran sebelum ditemui di atas jalan berhampiran besi konkrit di belakang restoran berkenaan pada 5 petang.
Berita berkaitan
• 'Keadaan bayi lelaki kembali kritikal'
• [UPDATE] Alhamdulillah, bayi malang kini stabil...
• [UPDATE] 'Panik tengok bayi itu kebiruan'
• 'Tergamak kau campak bayi... [METROTV]'
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 12:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Syurga tempat mu dik.. kesian baby tu..kalau yer pun xnak jgnlah kau campak dia..
harap2 mak dia sentiasa dihantui dengan tangisan baby ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Rest in peace little buddy |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya tapi bila fikir balik...mmg baik Allah jemput baby tu awal2.
Tak terjangkau di fikiran apa akan berlaku pada baby tu andai masih hidup....cacat ke, mental problem ke, soleh ke, jadi bahan pujian, kutukan ke.
Pengakhiran hayat yang baik utk dia walau menyayat hati kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
RIP baby boy
semoga si ibu dari neraka mendapat hukuman seberat2nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|