Edited by ime1311 at 15-8-2017 08:10 AM
“Jangan Kacau Periuk Nasi Saya” -Saleem
PENYANYI Saleem menganggap tindakan sebuah syarikat rakaman bersama seorang penyanyi baharu yang menggunakan namanya telah menganggu periuk nasi dia sebagai seorang penyanyi yang masih aktif. Saleem dalam temubual bersama program Melodi pada Ahad berkata, syarikat rakaman tersebut mengambil kesempatan itu dengan tujuan mengaut untung tanpa memberikan faedah kepada dirinya.
"Mereka telah menganggu periuk nasi saya kerana saya masih lagi hidup. Cara dia (artis baru) menyanyi lagu dan mengikut cara saya bagi mencipta nama dalam industri. Saya tolong mereka bawa masuk budak ini dalam syarikat tapi nampaknya syarikat pula melebih-lebihkan budak ini dengan promosi di mana-mana kononnya boleh menyanyi seperti saya," ujarnya.
Tambah Saleem, tindakan itu tidak adil kepada dia dan syarikat tersebut seharusnya menghulurkan sumbangan atau royalti kepadanya. Selain itu, penyanyi SuciDalam Debu ini berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkenaan tidak mempedulikan amarannya itu.
"Kalau mereka tidak dengar cakap dan masih guna nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan. Ini kata putus kami dan kita pernah berbincang tapi merek tidak ambil kisah dengan perkara ini," ujarnya.
Syafiq Farhain Dilarang Nyanyi, Sebut Nama Saleem
ISUmenggunakan nama Saleem akhirnya selesai apabila syarikat rakaman MVM Production sudah pun bertemu dengan penyanyi itu pada Rabu lalu. Pengarah Urusannya, Rumhadi Rumlan berkata, dalam perbincangan itu pihaknya telah menerima beberapa syarat yang diletakkan oleh penyanyi berkenaan.
"Kami sudah bertemu dengan Saleem pada Rabu lalu sebelum rakaman Melodi disiarkan semalam (Ahad). Dalam perbincangan itu Saleem melarang anaknya iaitu Syafiq Farhain agar tidak mengaitkan nama dia dalam mana-mana temuramah bersama media dan menyanyikan lagu-lagu dia di mana-mana acara," ujarnya kepada mStar Online.
Rumhadi berkata demikian mengulas tentang laporan Saleem bakal mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat rakaman dan seorang penyanyi baharu iaitu SyafiqFarhain. Dalam laporan program Melodi itu, Saleem menganggap tindakan syarikat rakaman yang mengaitkan namanya dalam mempromosi penyanyi baharu itu telah menganggu periuk nasinya sebagai artis yang masih aktif. Sementara itu, Hadi berkata, pihaknya dan Syafiq sudah bersetuju dan faham dengan syarat yang diletakkan oleh penyanyi lagu Bukan Ku Tak Sudi itu. "Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai penganjur yang mahukanSyafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem. Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain. Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun kami hormat dan faham," ujarnya. Rumhadi berkata, pihaknya juga memastikan Syafiq tidak menyebut dan mengaitkan hubungan anak beranak dan nama penyanyi itu di mana-mana temuramah bersama media. Selain itu, Rumhadi turut mengakui Saleem merupakanindividu yang membawa anaknya ke syarikat berkenaan untuk diperkenalkan sebagai penyanyi.
"Ya,awal tahun lalu selepas Syafiq popular, Saleem bawa dia ke syarikat kami untuk diperkenalkan sebagai artis.Tentang promosi berlebih-lebihan itu, apa yang saya boleh katakan, ia adalah tanggungjawab kami sebagai syarikat rakaman untuk menjual lagu yang sudah dirakam," ujarnya.
Malu Mengaku Bapa,Itu Puncanya!
ISTERI kepada penyanyi Saleem iaitu Julia Bachok menjelaskan, terdapat perselisihan faham antara penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak beberapa tahun lalu yang belum diselesaikan secara baik. Ujar Julia, sebagai anak, Syafiq sepatutnya datang meminta maaf kepada suaminya itu atas apa yang pernah dilakukannya dahulu sehingga membuatkan Saleem terguris hati.
"Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya. Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini," ujarnya.
Selainitu, Julia berkata, dia juga tidak mahu ada pihak lain yang mengambil jalan singkat dan mengaut keuntungan dengan cara mudah. Tambahnya, tindakannya menghantar surat amaran kepada pihak syarikat rakaman MVM Productions pada Rabu lalu adalah memberi kesedaran kepada mereka.
"Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu. Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka," ujarnya. Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif.
"Jika mereka langgar syarat, saya tidak teragak-agak untuk saman. Apa yang mereka lakukan menjejaskan periuk nasi kami. Orang memanggil Syafiq untuk menyanyi seperti Saleem dengan bayaran yang murah," ujarnya.
Syafiq Farhain baru sahaja muncul dengan single pertamanya berjudul Sayang Maafkan Aku yang sehingga kini mendapat lebih 2 juta kali tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada 29 Jun lalu. Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 23, merupakan anggota Jabatan Bombadan Penyelamat yang kini bertugas di Putrajaya. – sumber : mStar Online
|