Dipetik daripada KOSMO Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
Jutawan kosmetik terkemuka, Datuk Seri Hasmiza Othman menolak lamaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup Abdullah sebaliknya mendakwa beliau kini sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka Eropah mirip bekas pemain bola sepak England, David Beckham.
Hasmiza atau lebih dikenali dengan panggilan Vida, 46, berkata, perasaan sayang terhadap lelaki berusia 30-an itu mula bersemi dalam hatinya selepas jejaka itu berkunjung ke rumahnya di Ipoh, Perak pada Hari Raya Aidilfitri Julai lalu. “Buat saya, lelaki Eropah itu menepati ciri-ciri yang saya inginkan iaitu bermata kelabu, tampan, kaya dan gemar menemani saya beli-belah. Lebih menarik jejaka Eropah itu juga ada iras seperti bekas pemain tengah bola sepak England, David Beckham.
|