CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] 3 Emas di Sukan Paralimpik, Rio 2016, #261 Skim insentif tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 11-9-2016 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kerana mengharumkan nama negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 11-9-2016 05:07 PM
Power

Bangga

Macit2 with anak2 yg ada disabilities should be very inspired by their success...after this harap ada program tv about them...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
skinsandstars replied at 11-9-2016 04:20 PM
Ya Allah! Kagumnya ngan depa ni kan. Ada disability pun masih mampu dapat gold! Mesti selama depa  ...

Kan alhamdulillah, Tuhan tu Maha Adil. Bukan dari segi intellectual depa lain compared dengan kita, tapi hat ni bab athletic depa very excel.
Oh for those yang kutuk tu, either they are ignorant or they really dont know.
Tapi apapun, tahniah kepada mereka! Two golds and break the world record pula tu.
Btw, kita memang sedih tgk depa tapi jgn tunjukkan kesedihan tu sebab nanti depa lagi sedih.
Apapun, we are so proud of you Ridzuan and Ziyad! Congratulations!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aku harap kejayaan diorang ni inspire kpd mak bapak yg ada anak oku yg lain supaya berbangga dgn anak masing2..walaupun oku cuba cari bnda yg mmg anak tu dpt excell..bersama menaikkan anak anak oku supaya mereka turut membesar bersama anak normal yg lain tanpa rasa disadvantage
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
klau lcw menang gold kt olimpik tokyo 2020,mesti begaduh tarik rambut dgn ridzuan sbb klem sape yg menang 1st gold olimpik Msia
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2016 07:25 PM | Show all posts
aku rasa kalo kita lawan dengan atlet paralimpik ni, sure dapat no corot kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
naza compny pun dh menyatakn nk bg rumah & kia sportage dgn pmenang pingat emas. well done naza..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
macam tak adil je... hmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 07:55 PM | Show all posts
Selepas kereta, Naza bagi rumah pula

Nabil Basaruddin
[email protected]

Kuala Lumpur: Naza Corporation Holdings (Naza) mengumumkan ganjaran tambahan, iaitu seunit kediaman berharga RM350,000 di Trion 888, Equine Park masing-masing kepada dua pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik, Rio Brazil iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli.

Pengerusinya, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pemegang saham syarikat berbangga dengan pencapaian cemerlang dan luar biasa oleh dua atlet Paralimpik ini sekali gus mengambil keputusan memberikan ganjaran tambahan itu.

"Naza sentiasa komited terhadap pembangunan dan pencapaian sukan negara. Malah, pada tahun ini sahaja kami telah menaja pertandingan terbesar skuasy wanita peringkat antarabangsa, jadi ganjaran ini adalah sebahagian daripada usaha kami.

"Sebagai syarikat tempatan, kami akan terus memberi ganjaran kepada pemenang pingat emas temasya sukan berprestij ini dengan unit kediaman di Trion 888, Equine Park sebagai menghargai kejayaan diraih," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Trion 888 terletak di Equine Park, Sri Kembangan adalah projek hartanah yang dibangunkan oleh Naza TDDI Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh Kumpulan Naza.

Unit kediaman jenis ‘suite’ berkenaan yang berkeluasan 41.81 meter persegi itu turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, bilik pelbagai guna, gimanasium, fasiliti dobi dan surau serta dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung 2017.

Terdahulu, Naza mengumumkan ganjaran kenderaan SUV terbaru, Kia Sportage masing-masing kepada dua pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik di Rio Brazil itu.


Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 11 September 2016 @ 7:17 PM

http://www.hmetro.com.my/node/165799?m=1
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang sukan tahap orang cacat sahaje mau bangga. . Kalo boleh berjaya emas kat Olympic, barulah ko boleh bangga kerna dikenang sepanjang mase... Malon memang lemah dan idiot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 07:59 PM | Show all posts
Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ridzuan Puzi

Syafique Shuib, Astro Awani | Diterbitkan pada September 11, 2016 18:34 MYT


Mohamad Rizuan telah mencatat kejayaan di beberapa temasya seperti Kejohanan Olahraga Dunia dan Sukan Para ASEAN.

KUALA LUMPUR: Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik.

Dalam acara acara 100m T36 (celebral palsy) yang berlangsung di Rio, Brazil Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah (12.54s).

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan telah mencatat kejayaan di beberapa temasya seperti Kejohanan Olahraga Dunia dan Sukan Para ASEAN dan pernah dinobatkan sebagai Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang wira negara ini:

1. Mohamad Ridzuan berusia 29 tahun dan dilahirkan di Perlis.

2. Beliau disahkan pihak doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun.

3. Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakat beliau dicungkil pada 2004.

4. Mohamad Ridzuan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.

5. Jurulatih olahraga para, R. Jeganathan bertindak sebagai jurulatihnya.

6. Sebagai persiapan untuk temasya Paralimpik di Rio, Mohamad Ridzuan diberi peluang untuk menerima latihan insentif selama dua minggu di Jerman dan berlatih bersama atlet sana.

7. Beliau  pernah menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara 100m T36. Menurut laman web Stadium Astro, kedudukan beliau jatuh ke tangga keempat setelah dipintas oleh pelari China Yang Yi Fei

8. Mohamad Ridzuan memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan susulan kejayaan memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar bagi acara 100m (T36) dan Sukan Para ASEAN (APG) Singapura dalam acara 100m dan 200m (T36).


http://www.astroawani.com/berita-sukan/paralimpik-2016-8-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang-ridzuan-puzi-116510
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:06 PM | Show all posts
Paralimpik 2016: 8 fakta yang anda perlu tahu tentang Ziyad Zolkefli

Kohilah Sekaran dan Syafique Shuib, Astro Awani | Diterbitkan pada September 11, 2016 18:57 MYT


Ziyad pernah diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

Hari ini, lagu Negaraku berkumandang di Rio, Brazil buat kali pertama selepas dua atlet Paralimpik berjaya meraih pingat emas.

Mereka berjaya melakar sejarah dengan menyumbang pingat pertama Paralimpik.

Selain Mohamad Ridzuan Puzi yang melakar sejarah dalam acara trek, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat emas dalam kategori F20 acara lontar peluru, sekali gus mencipta rekod dunia baharu dalam acara tersebut.

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh seorang anak istimewa negara.

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Ziyad? Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang atlet Paralimpik itu.


1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.

2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.

4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.

6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.

7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today.


http://www.astroawani.com/berita-sukan/paralimpik-2016-8-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang-ziyad-zolkefli-116502
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
knnk replied at 11-9-2016 06:07 PM
Kan alhamdulillah, Tuhan tu Maha Adil. Bukan dari segi intellectual depa lain compared dengan kita ...

maigadd sape kutuk tu?

btw dorang bole dpt datuk x?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah kepada squad negara anda telah berusaha. disini saya bukan nak menghencap atlit negara kita. aku nak hencap bugima yg sebelum ni dok kata atlet kita semua bermain untuk wang saja. mai la hencap, kenapa? sebab yg dapat emas la ni semua melayu so xjadi hencapkan? so aku nak kata kepada bugima tersebut yg racist tahap dewa tu korang, peranhai sial haram jaddah! sial
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 11-9-2016 07:33 PM
naza compny pun dh menyatakn nk bg rumah & kia sportage dgn pmenang pingat emas. well done naza..

alhamdulillah.

rezeki dorang

bkn senang dorang nk berada ditahap ni

usaha n effort dorang sungguh inspiring

bukan nye bdn sihat duk laysn dadah

ujung2 bunuh family sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
TAk ADIL LANGSUNG NAK BANDING OLYMPIC DENGAN PARALYMPIC!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekalung Tahniah utk atlit paralimpik negara
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangganya aku dengar lagu Negaraku dekat Rio2016. Airmata gembira pun ado
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.314238 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list