CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 4-12-2010 12:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum wr wbkt...

Apa khabar semua kawan2 disini..harap sihat sejahtera dibawah lindungan Allah SWT..
Alhamdulillah kami sihat walafiat... Skrg ada kat kg lagi, insyaAllah malam ni akan balik ke KL semula.. Tak puas lg berehat di kg, tp apakan daya..tugas perlu diteruskan..

Secara keseluruhan, bg mimi pengalaman menunaikan haji memang satu pengalaman yg sgt2 berharga yg tak ternilai.. Sangat2 akui yg haji itu benar2 memerlukan pengorbanan dari segala segi fizikal, mental dan spiritual.. Byk pengalaman mengerjakan haji yg dpt di ambil pengajaran utk meneruskan kehidupan di depan hari especially dr segi memupuk sifat sabar..Semoga ianya menjadi titik tolak utk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik..Aminn.. InsyaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2010 01:34 PM | Show all posts
Assalamualaikum wr wbkt...

Apa khabar semua kawan2 disini..harap sihat sejahtera dibawah lindunga ...
mimi_19 Post at 4-12-2010 12:49


Waalaikumusalam mimi,

Alhamdullillah mimi telah kembali berforum..
Semoga selepas ini bila keadaan mengizinkan,  mungkin mimi dapat berkongsi sedikit  sebanyak pengalaman ketika di tanah suci..

Mimi berpeluang  ke berjumpa dengan Mas semasa di tanah suci tempoh hari?
tak pasti samada Mas telah kembali ke tanahair...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 03:09 PM | Show all posts
Tak sabar nak dengar cerita Mimi. Selamat kembali ke tanahair, moga memperoleh haji mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 12:56 AM | Show all posts
Assalamualaikum wr wbkt...

Apa khabar semua kawan2 disini..harap sihat sejahtera dibawah lindunga ...
mimi_19 Post at 4-12-2010 12:49

Waalaikumsalam Hajjah Mimi,
Syukur Alhamdulillah mimi dan keluarga dah selamat kembali ke tanahair....dan yg lebih istimewa, dah berjaya menunaikan ibadah haji.  Akak pasti mimi dah mula merindui kota Makkah. Harap mimi dpt berkongsi cerita dan pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 07:05 AM | Show all posts
Assalamualaikum wr wbkt...

Apa khabar semua kawan2 disini..harap sihat sejahtera dibawah lindunga ...
mimi_19 Post at 4-12-2010 12:49



Wa'alaikumussalam Mimi, Alhamdulillah telah selamat sampai ke tanah air.  tak sabar jugak nak dengar cerita selanjutnya dari tanah suci.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 12:02 PM | Show all posts
Assalamualaikum.

Saya pernah gi buat umrah tahun 1998 (lps spm) dgn mak & arwah abah.
Gi bulan r ...
gepren Post at 1-12-2010 00:24



Walaikumsalam gepren..
Alhamdulillah muda lagi dah berpeluang pergi buat Umrah..
Akak ni dah tua baru berpeluang pi Umrah..
Kota Mekah n Madinah sekali sudah dijejaki..
Akan terasa dipanggil panggil utk pergi kesana..
Masyallah.
Kasihku tertumpah di Kota Suci Mekah...   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2010 12:05 PM | Show all posts
insyallah mertua adnil akan pulang ke tanahair isnin ni jam 315 ptg.. alhamdulillah kelmarin hb call ...
adnil Post at 3-12-2010 17:43



Assalamualaiku,,

    Adalah elok juga bagi mereka yang menyambut ketibaan orang haji itu meminta doakan kepada orang-orang yang baru balik haji kerana doa mereka adalah mustajab, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
Dari Ibnu Umar Radiallahuanhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila engkau bertemu orang haji (yang baru balik haji) maka bersalamlah dengannya dan berjabat tanganlah dengannya dan suruhlah dia berdoa memohon keampunan untuk dirimu sebelum dia masuk ke rumahnya, maka sesungguhnya dia itu telah mendapat keampunan Allah Ta’ala (doanya adalah dimakbulkan)” – Riwayat Al-Imam Ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 06:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 5-12-2010 18:28

Reply 1340# aziefa


Saya tertanya tanya ..
Apa ye bezanya warna kain yang menutupi Jenazah tu ?
Ada Hijau..putih..coklat..biru....siapa tahu??
  

  

Saya dah dpt jawapan mengenai perkara diatas dari Ustaz Rahman...
Dikongsi bersama..Jawapan dari Ustaz Rahman Petugas Tabung Haji.

Hjh Fauziah…
Kain hijau dan coklat tiada beza..cuma perbezaan tempat mandi jenazah.
YANG BERBEZA ialah ketinggian jenazah tu.. SEMUA Jenazah perempuan DITINGGIKAN.

Mereka letak besi supaya bentuk badan PEREMPUAN tidak kelihatan.
Kerana bentuk perempuan adalah aurat..seperti mana perempuan
walaupun dia pakai baju TETAPI ketat, itu adalah TIDAK MENUTUP aurat..
Jenazah lelaki tidak di letakkan besi untuk meninggikan jenazah tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 02:36 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur atas segala nikmatNya, dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali ke tanah air.. Membuak-buak rasa rindu pada haramain, semoga Allah menjemput kami lagi sebagai tetamuNya..subhanallah, tak dpt nak digambarkan perasaan terpilih menjadi tetamuNya, rasa macam baru semalam dpt call dari TH mengatakan terpilih mengerjakan haji tahun ni...rasa mcm tak percaya dah melaksanakan ibadah haji, masa berlalu begitu cpt, semoga Allah menerima ibadat kita semua samada di tanah suci dan juga di mana2 kita berada..

Taktau nak start kat mana, nak cerita pengalaman, tak terluah dgn kata2...nti mimi try susun ayat slow2 ye..seronok tak terhingga menjadi tetamuNya, pengalaman di arafah, di muzdalifah, bermalam di Mina, melontar jamrah, tawaf ifadah dan saei sangat2 bermakna dan terpahat segar dlm hati ni.. Subhanallah, wukuf di arafah tersangat2 lah syahdu, air mata menitis laju, terasa Allah itu berada dekat dan terasa kasih sayangNya bersama kita...Kesusahan di muzdalifah, berbumbungkan langit, dlm keadaan sempit dan sesak dgn manusia benar2 menyedarkan kita yang hanya insan kerdil yg mengharapkan kasih sayang dariNya..terbayang2 lagi detik2 ada kat sana, rindu sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:23 PM | Show all posts
Reply 1369# mimi_19

Alhamdulillah mimi... moga mendpt haji mabrur!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 07:57 PM | Show all posts
Assalamualaikum...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 08:45 PM | Show all posts
[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:34 AM | Show all posts
Keadaan di tingkat 3 Jamrah (Ula) pada malam 13 Zulhijjah 1431H.

border=0 />
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 11:45 AM | Show all posts
Salam Maal Hijrah buat semua, semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas.

Semalam saya telah bermesyuarat dengan pengeluar motosikal elektrik dari US.
Dia cerita masa musim haji hari tu dia ada hantar motosikal elektrik ke Saudi untuk digunakan oleh Polis Saudi. Dia cerita. polis Saudi ajak mereka untuk masuk ke tanah haram. Tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kereta.

Sungguhpun mereka tidak menjejakkan kaki ke tanah haram, tapi secara teknikalnya mereka telah masuk ke kawasan tanah haram dan di bawa masuk oleh General Polis Saudi pulak tu.

Entahlah... kekadang saya rasa pelik betul orang arab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 06:25 PM | Show all posts
salam.....
saya sampai sini..sama ngan mimi 30/11, cuma saya turun di Penang, mimi di KL.
mimi ni KT 22 ka....? KT 22 flight delay....patut berlepas around 9 pg...delay ke 5 ptg...
kt madinah stayed di Movenpick hotel, di mekah kat Janadriah....maktab 74.  seblom ke arafah, ada buat forum perdana. penceramah dia, mufti penang, datuk hassan, ustad osman el muhammadi, dan prof anissah.

kat sana...perkataan SABAR mmg kena letak atas sekali....
di madinah sebilik 4 org, mekah 7 org....tp selesa. bilik besar.

perjalanan ke arafah , ke muzdhalifah dan mina berjalan lancar.  alhamdulillah. dr mina ke mekah pun x lama sgt..cuma 5 jam atas bas ja..biasa la jalan jammed.

hari 11 balik mekah utk tawaf dan sae rukun.naik van taxi....pi balik charged 90 riyal.
alhamdullilah jamrah dh 5 tingkat..melontar di permudahkan....10,11,12 semua kt tingkat 1, hari 13 ja kat ground flr.

kt mina kami share toilet ngan jemaah indonesia.
kat arafah nampak la datok jamil khir dtg melawat...
di arafah 1 tiang kemah 10 org, di mina plak 17 org.  sapa yg tahu luas kemah di mina..bole bayang la cemana kami kt sana. tidur ikut shift....kalau tanak, tidur la sambil duduk...kira ok la tuh..tak kena tdur sambil berdiri kan...siap econ lg. hehhehe..

kalau pakej dpt la tido atas tilam, muassasah atas karpet ja....
2 malam hujan lebat kt mina....petak2 sebelah tepi ada yg basah tempias hujan....tp ada yg buat nafar awal..bole la lari masuk petak lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 06:40 PM | Show all posts
sesapa yg plan nk pegi ngan pakej......insya Allah carilah ustaz2 yg buat kursus haji dn derang ni mmg attach dgn mana2 travel agensi. derang bole ejas. tp apapun byk2 berdoa2....sebab semuanya atas jemputan yg Maha Esa.

bab makan.....alhamdulilah....selera jaaa.....ada rumet bawak kicap.....sya plak bawa serunding.....menu ulang......ayam .....daging...ikan.......ayam.....daging...ikan....sotong.
pesan sya jgn komplen......nasi lembut ka....keras ka...mentah ka....bismilah...makan.

sarapan pagi.....belambak jual kt bawah jambatan....lempeng, nasi lemak, bihun, nasi kunyit, kuih pau, apom, karipap semua ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 06:55 PM | Show all posts
sesapa yg pegi tumpang org....pesan sya.....bergantung la pada Allah....doa byk2 minta pertolongan dari Allah.....minta Allah beri keselamatan dan kesihatan. juga kemudahan.
Alhamdullilah Allah jemput sya dlm usia yg masih mudah....mata masih bole mengecam, telinga masih bole mendengar, mulut masih bole bercakap.....otak masih lg bole berpikir....

saya tak bole bayang jika saya kerja kan haji dlm usia yg tua.....sedih tgk warga2 emas....
ketika di arafah muzhalifah dan mina....ini adalah masa yg betul2 kritikal.....kesabaran, kekuatan mental dan fizikal.
air mata jadi teman.....Allah lah tempat mengadu, minta pertolongan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 07:49 PM | Show all posts
Reply 1375# Mas916


Walaikumusalam..
Alhamdulillah dah Selamat kembali ke Tanah Air..
Cerita ceritalah pengalaman Haji kat sini..   
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:51 PM | Show all posts
Reply 1375# Mas916

Waalaikumussalam,

Alhamdulillah, Selamat kembali ketanah air buat Mas916, Mimi dan jemaah yang lain.

Baru nonton berita TV3, jemaah indonesia yang mana perkampungan mereka dilanda musibah gunung merapi, kepulangan mereka disambut dengan kehilangan harta benda tapi masih boleh senyum, tabah dan redho dgn dugaan dan ujian dari Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:57 PM | Show all posts
Reply 1377# Mas916

..............saya tak bole bayang jika saya kerja kan haji dlm usia yg tua.....sedih tgk warga2 emas....

As Salam, betul tu mas916, ShukurAlhamdulillah....kiranya kita bertuah dapat menunaikan haji di usia masih muda...

Ingat pesan emak dan orang tua dulu2, korang muda2 ada rezeki pegilah naik haji. Bila dah pegi baru tau kan!!.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.070823 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list