CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akukamudandia

LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D

[Copy link]
 Author| Post time 10-12-2009 05:34 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 05:44 PM | Show all posts
tu arr..haku rase senjata utama ngok xmen xleh la nk diving tu yg kalah
cak! Post at 10-12-2009 14:22


fooball cheater neh tgh polish skill diving..
minggu neh tgk arr ngok beraksi..lemas terus..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 07:48 AM | Show all posts
Pertembungan Arsenal, Liverpool jadi tumpuan

LONDON: Ketika Chelsea dan Manchester United meneruskan saingan perebutan di persada Liga Perdana, persaingan berbeza muncul Ahad ini apabila Arsenal berkunjung ke Liverpool dalam usaha mereka mempertahankan status empat pasukan utama.

Ramalan awal meletakkan saingan kejuaraan akan membabitkan lima kelab iaitu United, Chelsea, Liverpool, yang juga naib juara liga musim lalu, Arsenal dan pasukan yang berbelanja besar, Manchester City.

Sebaliknya, City masih terumbang-ambing di pertengahan liga ketika ini manakala Liverpool seperti sukar mencatat kemenangan. Arsenal yang tidak konsisten pula ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Chelsea, biarpun bermain kurang satu perlawanan.

Pengurus Liverpool yang kian terdesak, Rafa Benitez kini mengharungi musim yang penuh dugaan. Pasukannya sudah tewas tiga perlawanan liga dan hanya akan beraksi di Liga Europa selepas gagal melepasi saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kunjungan Arsenal, Ahad ini mungkin menjadi tonik terbaik yang diperlukan Benitez.

Arsenal masih memburu kemenangan pertama liga di Anfield sejak 2003, yang mana kejayaan membolehkan mereka terus menyaingi Chelsea, serta mengatasi seteru setempat di London, Tottenham Hotspur.

Namun jika kekalahan yang diperolehi skuad Arsene Wenger itu, ia akan memberikan peluang buat pasukan ketujuh, Liverpool untuk berada satu mata di belakang mereka. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:40 AM | Show all posts
sengal vs fools.. x sabar nyer nak tau result diorg nie..

ngok plis rapa partner dgn toreh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:40 AM | Show all posts
ngok vs dudu..:pompom:

sapa dive dulu..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:49 AM | Show all posts
ngok vs dudu..:pompom:

sapa dive dulu..:pompom:
atai Post at 11-12-2009 09:40



ini pantun ke ape atai??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2009 09:51 AM | Show all posts
ini pantun ke ape atai??
aimanutd Post at 11-12-2009 09:49 AM



tak pasan plak sama hujungnya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 10:14 AM | Show all posts
wa rase tim ni menang laa...sbb lawan tim katek ajeooo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 11:26 AM | Show all posts
wa rase tim ni menang laa...sbb lawan tim katek ajeooo....
jAck666 Post at 11-12-2009 10:14



aku agree mmg aku sokong team nie boleh menang lah punye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:11 PM | Show all posts
Misi buru tempat ke-4

LIVERPOOL: Steven Gerrard (gambar) menggesa rakan sepasukannya dari Liverpool supaya melupakan kempen mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara dan sebaliknya memberi tumpuan terhadap misi memburu tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan bimbingan Rafa Benitez itu tersingkir daripada mara ke pusingan kalah mati itu dengan rekod menghampakan apabila tewas 2-1 kepada Fiorentina di laman sendiri dengan Alberto Gilardino menjaringkan gol kemenangan masa kecederaan buat pasukan Itali itu.

Keputusan itu menyebabkan pasukan juara lima kali Eropah itu membuat siasatan terhadap kekalahan ketiga mereka dalam Kumpulan E. Liverpool menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan, enam mata di belakang pasukan kedua, Lyon dan lapan mata berbanding juara kumpulan, Fiorentina.

Ketika Fiorentina meneruskan impian mereka berada dalam kelompok 16 pasukan terakhir, perhatian Liverpool pula terarah kepada Liga Europa.

Gerrard berkata, penting bagi pasukan itu memberi tumpuan terhadap usaha mendaki tangga EPL yang mana ketika ini Liverpool menduduki tangga ketujuh, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea, menjelang perlawanan menentang Arsenal di Anfield, Ahad ini.

“Kami kecewa kerana terpaksa beraksi dalam Liga Europa,” kata Gerrard. “Di kelab ini, kami cuba untuk beraksi selama mungkin dalam kejohanan besar, tapi kini ia sudah berakhir dan kami perlu cuba melupakannya.

“Ada piala lain yang perlu kami juarai. Bagaimanapun tangga keempat liga tetap menjadi kepentingan kelab ini, dari aspek kewangan dan kerana pemain ingin bermain dalam Liga Juara-Juara,” katanya.

Yossi Benayoun memberikan Liverpool pendahuluan menentang Fiorentina sebelum jaringan separuh masa kedua Martin Jorgensen dan Gilardino menjelang wisel penamat memastikan Liverpool tersingkir daripada kejohanan itu dengan keadaan memalukan.

Perlawanan itu turut menyaksikan Alberto Aquilani, pemain yang dibeli pada harga £20 juta (RM110.4 juta) dari Roma, Ogos lalu, membuat penampilan sulungnya di posisi tengah selepas pulih daripada kecederaan.

Fernando Torres yang tidak dapat beraksi dalam lima perlawanan sebelum ini berikutan kecederaan pangkal paha, hanya muncul pemain gantian pada separuh masa kedua.

“Kami bermain baik, malang sekali kami tewas akhirnya,” kata Gerrard. “Aquilani turut bermain dengan baik, dia tidak banyak mengambil masa untuk membiasakan diri dengan perlawanan. Anda boleh katakan dia seorang pemain yang dapat membaca hantaran, lebih kurang sama seperti saya.

“Saya yakin dia akan menjadi pemain hebat di kelab ini.”

Benitez jelas kecewa dengan kekalahan terbaru pasukannya. Liverpool hanya menang dua daripada sembilan perlawanan.

“Jelas sekali perlawanan itu cukup sukar, tapi pada minit terakhir kami melepaskan satu lagi gol,” kata jurulatih dari Sepanyol itu. “Saya berharap pasukan ini akan bersedia untuk perlawanan seterusnya.

“Kini kami sedar pertemuan dengan Arsenal cukup penting untuk merapatkan kami ke tempat teratas liga, jadi ini mungkin permulaan buat hala tuju kami selepas in.” - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:22 PM | Show all posts
awal sizen tiap2 tahun kompom jore liga..
tuh dia tumpu tempat ke 4..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:28 PM | Show all posts
awal sizen tiap2 tahun kompom jore liga..
tuh dia tumpu tempat ke 4..
gicks79 Post at 11-12-2009 12:22


Last year second place, tahun ni kena la fourth place pulak. Baru lengkap gandaan dua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:58 PM | Show all posts
Misi buru tempat ke-4

LIVERPOOL: Steven Gerrard (gambar) menggesa rakan sepasukannya dari Liverpool supaya melupakan kempen mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara dan sebaliknya memberi tumpua ...
along3746 Post at 11-12-2009 12:11



ala ape nie abg G takat no 4 jer... lum abes liga lagi nie... come on u will never win anything...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 05:13 PM | Show all posts
Orang ais mana pulak dah ni? Bukan consider child trafficking ke?

Liverpool win race to sign Icelandic starlet
Reuters


Icelandic 16-year-old Kristjan Gauti Emilsson has joined Liverpool on a three-year contract, his club FH said on Thursday.
Club chairman Jon Halldorson confirmed the move to Reuters but no details of the deal were disclosed.

"Liverpool made me an offer that I couldn't refuse. It's just like a dream come true,"
Emilsson told Icelandic news website MBL.

Emilsson trained with Liverpool last month and was offered a contract.
He had been watched by other clubs, including Manchester United,
Glasgow Rangers and IFK Gothenburg.

Emilsson has not played for Iceland's first team but has represented
the national under-17, under-18 and under-19 sides.

He will be the third Icelander to play for Liverpool.
Haukur Ingi Gudnason joined the Premier League club in 1997 and
Gudlaugur Victor Palsson has played for the youth and reserve teams recently.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:41 PM | Show all posts
haruslahh pas ni ada kempen ganyang souness:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:44 PM | Show all posts
haruslahh pas ni ada kempen ganyang souness:kant:
kalikoni Post at 12-12-2009 15:41


'Souness is a fantastic manager' - Perli Pak Rapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 03:51 PM | Show all posts
rafa is not known for his humor, everytime he tries to crack a joke, it turns out to be either something dire or awkward
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:49 AM | Show all posts
Torres penyuntik semangat

Fernando Torres


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez yakin pasukannya akan mengunakan perlawanan menentang Arsenal hari ini untuk mengelak daripada terus berada di zon bahaya.
Pasukan yang dikenali sebagai The Reds itu hanya mampu memenangi tiga daripada 14 perlawanan hingga menyebabkan mereka jatuh ke tangga ketujuh liga.
Walaupun tewas 2-1 dengan pasukan yang lebih lemah, Fiorentina dalam saingan Liga Juara-Juara di Anfield Rabu lalu, namun Beniez percaya pasukannya mampu memberikan persembahan yang lebih baik di babak kedua saingan liga.
Benitez juga yakin dengan kehadiran semula Fernando Torres (gambar) dalam pasukan mampu menyuntik semangat The Reds yang memulakan hujung minggu dengan berada 12 mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea dan empat mata di belakang pasukan yang berada di tangga keempat, Tottenham.
Torres yang baru pulih dari kecederaan pangkal paha dibawa masuk sebagai pemain simpanan ketika menentang Fiorentina dan dijangka digandingkan bersama pemain tengah Itali, Alberto Aquilani pada perlawanan menentang Arsenal nanti.
Benitez berkata, beliau yakin pasukannya mampu bermain dengan lebih baik jika tidak meghadapi masalah kecederaan pada minggu yang akan datang.
"Walaupun musim lalu Torres dan Steven Gerrard tidak selalu dapat digandingkan bersama, namun kami tetap mampu melakukan yang terbaik.
"Musim ini juga sama, tetapi kami perlu juga melindungi mereka daripada kecederaan.
"Saya akui perlawanan menentang Arsenal adalah penting namun, setiap perlawanan adalah penting hingga hujung musim.
"Kami harus bermula dengan perlawanan ini kerana Arsenal adalah antara pasukan teratas liga, dan jika kami menang maka peluang untuk berada di tangga keempat teratas liga adalah cerah.
"Apabila musim bermula anda akan mula berfikir tentang memenangi sesuatu namun sebenarnya setiap musim adalah berbeza.
"Sebelum ini kami menghadapi beberapa masalah tetapi kini fokus lebih tertumpu kepada liga dan kemudian barulah Liga Eropah dan Piala FA.
"Adakalanya pasukan kami menghadapi beberapa masalah, tetapi ia terjadi kepada semua kelab dan satu-satunya cara untuk mengubah perkara ini adalah dengan bekerja-keras," katanya.
Sejak kebelakangan ini, Benitez mendapat kritikan demi kritikan daripada beberapa pihak kerana persembahan buruk pasukannya.
Sementara itu, beliau enggan melayan kritikan yang dilemparkan oleh bekas pengurus pasukan itu, Graeme Souness dan bekas pengurus pasukan Jerman, Jurgen Klinsmann selepas perlawanan menentang Fiorentina.
Bercakap mengenai Klinsmann, Benitez berkata bekas pengurus Jerman itu hanya pandai menarik perhatian orang ramai namun dari segi pengurusan kelab beliau gagal.
"Saya sentiasa menerima kritikan tetapi saya tidak pernah melayannya.
"Apabila seseorang itu bercakap banyak itu adalah masalah mereka tetapi peminat tahu menilai pencapaian mereka sebagai pengurus pasukan bolasepak," jelasnya.
Seperti juga Liverpool, Arsenal turut ketinggalan dalam usaha mengejar takhta liga.
The Gunners yang tewas dua daripada tiga perlawanan itu mendahului Liverpool dengan empat mata.
Wenger memberitahu, perlawanan ini adalah penting untuk pasukannya serta tidak mahu memandang ringan keupayaan pasukan Benitez.
"Saya tidak nafikan ini adalah perlawanan besar buat kami dan tidak malu untuk menyatakannya.
"Setiap pasukan masih berpeluang menjadi juara kerana masih terlalu awal untuk menutup peluang pasukan lain dan saya pasti Liverpool mempunyai kualiti untuk bangkit dan bergelar juara," ujarnya.
Wenger terpaksa akur dengan masalah kecederaan yang dihadapinya dengan kehilangan pemain utama seperti Robin van Persie, Niklas Bendtner serta Tomas Rosicky dan Emmanuel Eboue yang turut cedera. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:01 AM | Show all posts
Torres mengaku kalah

LIVERPOOL: Fernando Torres mengakui Liverpool terpaksa memberi tumpuan kepada kejayaan dalam saingan Liga Europa dan Piala FA kerana mereka sudah tidak berpeluang untuk menjulang takhta Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Kelab bimbingan Rafael Benitez itu terpaksa mengharungi separuh pertama musim ini dalam keadaan memalukan apabila tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selain tergelincir ke tangga ketujuh senarai liga domestik.

The Reds kini 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan Torres, penyerang Sepanyol yang kembali beraksi selepas mengalami kecederaan sebagai pemain gantian ketika tewas 2-1 kepada Fiorentina, Rabu lalu, sedar perkara paling baik untuk mereka mengatasi prestasi merudum sekarang ialah dengan memenangi kejohanan yang menawarkan piala serta menduduki empat tempat teratas liga.

“Musim ini bukannya sesuatu seperti yang kami jangkakan pada permulaan musim, tapi perkara seperti ini kadangkala memang berlaku,” katanya kepada Sky Sports News.

“Sebelum ini kami memikirkan mengenai trofi - pertama, Liga Juara-Juara dan kedua, Liga Perdana - tapi kami kini tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara dan kami juga begitu jauh daripada Liga Perdana, jadi kami mesti menukar sasaran kami itu.

“Kami perlu memikirkan Liga Europa dan Piala FA - dua kejohanan yang kami boleh menang musim ini selain perlu cuba untuk berada di kelompok empat pasukan teratas.”

Torres, 25, mengakui pemain Liverpool perlu bersatu padu kerana kritikan terhadap persembahan mereka mula meningkat.

“Bersatu padu adalah perkara paling utama sekarang,” katanya. “Jika kami terus bersama - pengurus, pemain, staf, semua orang di kelab, kami akan mempunyai cukup kualiti untuk terus berada di kalangan empat pasukan teratas dan memenangi trofi.

“Pada penghujung musim, jika kami menang sekurang-kurangnya satu trofi, ia akan menjadi penawar.

“Penyokong Liverpool berhak untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi di final, baik di Eropah mahupun England. Sudah lama kami tidak beraksi di final dan mereka sebenarnya berhak untuk menerima lebih banyak lagi piala kejuaraan.” - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.333663 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list