CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vassss

(V12) SHAM STRUCK LAND ~ ROAD TO 49《IT IS NOT HOW OLD YOU ARE,BUT HOW YOU ARE OL

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongGirl replied at 26-2-2020 03:08 PM
Have2 ya semua warga yistana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2020 06:08 PM | Show all posts
3 ari lepas, tok jatt dh update dia dapat barang cuckoo.
arini juara temasek bekas kekasih Vass pulak update, dh dapat hadiah cuckoo.
Aii dedi, dapat sampai 3 cuckoo takkan takde update kottt
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 26-2-2020 06:08 PM
3 ari lepas, tok jatt dh update dia dapat barang cuckoo.
arini juara temasek bekas kekasih Vass pul ...

Update la sikit daddy oi...3x menang sampai cramp jari2 ku ngevote
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 25-2-2020 02:12 PM
Sudah seminggu Azar kembali bekerja di banglo itu.Walaupon sebelum itu Dato Sham memintanya untuk  ...

“Siapa...?” Tanya Mak Jah bingung.

Azar teragak-agak untuk membuka rahsia. “Patut ke aku bagitahu Mak Jah?” Bisik hatinya . Di tatap wajah wanita separuh abad itu. Usia Mak Jah hanya beza 10 tahun lebih tua dari Dato Sham. Tapi wajahnya kelihatan jauh lebih berusia berbanding lelaki itu. Mungkin kerana itu dia membahasakan diri Mak Jah kepada Dato Sham sendiri.

Melihat Azar seperti teragak-agak “Syafiq ke?” Kata Mak Jah cuba meneka. Terlihat diwajahnya perasaan ingin tahu yang berluap-luap

“Eh takdelah...” Balas Azar terkejut dengan jawapan Mak Jah. “Emmm... dengan Dato Sham..” sambung Azar kecut perut menunggu respon wanita itu

Terlihat Mak Jah membulatkan mata terkejut dengan jawapan Azar. Di tenung wajah gadis itu meminta kepastian. Azar hanya membalas dengan senyuman kelat, sudah menjangka respon sebegitu dari Mak Jah.

“Macam mana boleh jadi macam tu..? Macam mana Azar boleh kahwin dengan Dato..? Soalan Mak Jah bertubi-tubi.

Azar menceritakan apa yang terjadi di antara dia dan Dato Sham. Dari ditangkap khalwat sehinggalah keguguran. Mak Jah mendengar segalanya dengan tenang sesekali mengangguk-angguk tanda faham akan keadaan yang di alami pasangan itu.

“Syafiq dengan Eyka tau pasal ni...?”

Azar menggeleng kepala. Dipandang wanita itu sekilas sambil tersenyum kelat kemudian beralih memandang ke komputer riba, mengelak pandangan simpati Mak Jah. “Dato minta untuk perkahwinan ni di rahsiakan... Dato cakap nanti dia sendiri yang bagitahu Syafiq dan Eyka pasal ni..”

Mak Jah hilang kata-kata. Simpati dia melihat gadis dihadapannya itu.

“Azar cintakan Dato..?”Tanya Mak Jah kembali selepas suasana senyap seketika.

Azar tersenyum dengan soalan Mak Jah. Dia mengangguk kecil, malu ingin mengaku cintakan Dato Sham.

“Dato..?” Tanya Mak Jah lagi

Senyuman Azar pudar. Dia mengetap bibir, tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan kepada wanita itu. Azar sendiri keliru adakah Dato Sham betul-betul mencintainya atau hanya menjalankan tanggungjawap sebagai suami.

—————————————————————

“Morning...” Sapa Syafiq ceria.

Azar melirik sekilas, pelik dengan kelakuan ceria Syafiq sejak kebelakangan ini.

“Pakai cantik-cantik ni nak pergi mana..?” Tanya Syafiq kepada Azar yang sedang leka menghidang sarapan. Canggung melihat gadis itu berseluar jeans dan berkemeja hitam longgar di dapur.

“Saya ada kelas kejap lagi... Tu yang terus siap-siap ni” balas Azar bersahaja.

“Sabtu..?”

“PJJ kan...” balas Azar ringkas

“Ohhh.. lupe kau PJJ..” kata Syafiq sambil menyuap meehoon goreng berselera.

Azar hanya tersenyum melihat gelagat Syafiq. Dilihat jam didinding. Jarum sudah menunjukkan pukul 7.50 pagi, tetapi kelibat Dato Sham masih tidak kelihatan. “Tak turun breakfast ke?” Bisiknya dalam hati.

Azar pantas menoleh apabila terdengar seseorang sedang menuruni tangga. Dia mengeluh kecewa apabila melihat Eyka yang muncul sambil sibuk menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Azar tersenyum kelat apabila terpandang Mak Jah yang memandangnya sayu seperti faham apa yang dirasakan gadis itu

“Kau pergi kelas naik ape?” Tanya Syafiq mematikan lamunan Azar.

“Macam biasalah naik bas” balas Azar

“Jom la aku hantar... aku pun nak ke area situ” kata Syafiq menyuap habis mee hoon nya.

“Eh takpe laaa.. saya naik bas jee..” balas Azar keberatan, bimbang menyusahkan Syafiq.

“Alang-alang.. kelas kau pukul berape?” Tanya Syafiq lagi.

“Pukul 9....”

Syafiq hanya mengangguk. Dihirupnya teh panas perlahan sambil memandang Azar tersenyum. Azar serba salah. Tidak tahu macam mana ingin menolak pelawaan Syafiq lagi.

“Morning..” Sapa Dato Sham

Azar tersenyum melihat suaminya. “Morning...” sambutnya lembut sambil menunangkan kopi panas ke cawan Dato Sham. “Dato nak mee..?” Tanya Azar lembut, bersedia melayani suaminya itu.

Dato Sham hanya menggangguk ringan sambil matanya melirik memandang Azar yang tersenyum manis.

“Thank you” ucap Dato Sham apabila Azar menghulurkan pinggan berisi mee. Azar hanya tersenyum kelat apabila melihat Dato Sham seperti cuba menghindari pandangannya. “Apa salah aku?” Rintihnya dalam hati, binggung melihat suaminya yang tiba-tiba dingin.

“Jomm...” Suara Syafiq mematikan lamunan Azar. Terpinga-pinga dia melihat Syafiq yang bersedia untuk bangun dari kerusi. “Jom la.. dah pukul 8.30 ni.. lambat kau nanti...” sambung Syafiq melihat Azar yang masih terpacak berdiri disebelah Dato Sham.

Dato Sham melirik ke arah Syafiq dan kemudian Azar. Hatinya panas, tapi sedaya-upaya cuba mengawalnya. Dia terus menikmati sarapan seperti tiada apa yang berlaku.

Azar masih kaku, serba-salah tidak tahu bagaimana ingin merespon Syafiq yang terlihat sudah bersedia untuk berlalu.

Melihatkan Azar yang masih berdiri disitu, Syafiq lantas menarik tangan gadis itu. Azar terkejut dan cuba melepaskan tetapi genggaman Syafiq kuat. Azar terpaksa akur dan berlalu mengikut Syafiq sambil matanya masih melirik ke arah Dato Sham yang masih bersahaja menikmati sarapan tidak mempedulikan apa yang berlaku.

————————————————————-

Dato Sham termenung duduk di ruang tamu. Hatinya galau. Kusut memikirkan persoalan yang bermain difikirannya.

..............................

“Cari apa Mak Jah..?” Tanya Dato Sham apabila melihat Mak Jah tercari-cari sesuatu di meja dalam bilik Syafiq.

“Syafiq suruh ambilkan file dokumen tertinggal bagi pada Pak Man. Tapi tak jumpa pulak...” balas Mak Jah kelam-kabut apabila melihat Dato Sham sudah siap untuk turun dan berangkat ke tempat kerja.

Mendengarkan itu, Dato Sham menolong Mak Jah mencari apa yang di cari. Dibuka laci meja itu satu persatu mencari dengan penuh teliti. Tiba-tiba matanya terpandang sekeping gambar yang mencurigakan. Di ambil gambar yang terselit diantara buku itu. Terkejut Dato Sham apabila melihat gambar Azar disitu. “ kenapa Syafiq simpan gambar ni?” bisiknya dalam hati, tidak percaya. Lebih mencurigakannya lagi apabila melihat pakaian Azar dalam gambar tersebut.

.................................

“Dato?” Panggilan Mak Jah mematikan lamunan Dato Sham. Terkejut dia melihat wanita itu di hadapannya.

“Kenape Mak Jah?” Tanya Dato Sham terpinga-pinga.

“Saya ada buat minum petang. Dato nak saya hidang kat sini ke?”

“Takpe Mak Jah saya ke dapur.” Balas Dato Sham bersedia untuk bangun.


“Assalamualaikum...”

Dato Sham menoleh kearah Syafiq yang memberi salam. Di lihat Syafiq masuk sambil bergelak ketawa....

.......dan Azar menyusul di belakangnya.......



Sambungggggg.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 06:43 PM | Show all posts
Lab6700 replied at 26-2-2020 06:08 PM
3 ari lepas, tok jatt dh update dia dapat barang cuckoo.
arini juara temasek bekas kekasih Vass pul ...

entah daddy nii.. penat tau jari jemari halus iollss berhempas pulas bekerja lbeh masa undi heollss..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuiyo rambut dedi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 26-2-2020 07:03 PM
Fuiyo rambut dedi

X ckear chuols...kocik bonar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 26-2-2020 07:23 PM
X ckear chuols...kocik bonar...

Alamak ye ke. Chuols try tepek guna link ni. Iols mcm tak succes lak dr td

https://funkyimg.com/i/32AFs.jpeg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 26-2-2020 06:43 PM
entah daddy nii.. penat tau jari jemari halus iollss berhempas pulas bekerja lbeh masa undi heolls ...

Haiyooo chuols....Capik ni senyap2 snap gambar Azar tidor kah? Blur jap mak hayam nk sambung yach....hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 26-2-2020 07:24 PM
Alamak ye ke. Chuols try tepek guna link ni. Iols mcm tak succes lak dr td

https://funkyimg.com ...


Gituuu ditiup angin yach rambut daddy...

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 26-2-2020 06:35 PM
“Siapa...?” Tanya Mak Jah bingung.

Azar teragak-agak untuk membuka rahsia. “Patut ke aku bag ...

Hoi gambar apa tu.. suspen betul. Ok penny cpt gi mengarang skarang
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 26-2-2020 06:43 PM
entah daddy nii.. penat tau jari jemari halus iollss berhempas pulas bekerja lbeh masa undi heolls ...

Kan3.. nak jugak hasil kita mengundi tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 26-2-2020 07:44 PM
Gituuu ditiup angin yach rambut daddy...

Alolo.. sho shweet  .
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 26-2-2020 07:44 PM
Gituuu ditiup angin yach rambut daddy...

Ya ampunnnn tak pakai pomade ke dedi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 26-2-2020 07:27 PM
Haiyooo chuols....Capik ni senyap2 snap gambar Azar tidor kah? Blur jap mak hayam nk sambung yach. ...

Hahaha.. actually syafiq dpt gambar tu dr bapak hayam yg try nk jual azar dlu... Plannye nak tnye azar tp tertangguh... gittuuuu la lbeh kurang idea asal iolllss.. tp kalau chuollss nk twist ok jeeee..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 26-2-2020 08:31 PM
Ya ampunnnn tak pakai pomade ke dedi

Daddy daily mmg jenis tak pakai pomade kan? Heols pakai hair serum mungkin...#donespeku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 26-2-2020 08:54 PM
Hahaha.. actually syafiq dpt gambar tu dr bapak hayam yg try nk jual azar dlu... Plannye nak tnye  ...

Ok phm...marah hikhok lambertttt naw scene selisih bahu 3.0
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongGirl replied at 26-2-2020 08:09 PM
Hoi gambar apa tu.. suspen betul. Ok penny cpt gi mengarang skarang

Jap chuols...iols kena amik mood malam2 sikit nk mengarang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 26-2-2020 09:28 PM
Ok phm...marah hikhok lambertttt naw scene selisih bahu 3.0

Hahaha.. sila merealisasikan scene peberet hikhokz itu chuolllsss...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 26-2-2020 09:26 PM
Daddy daily mmg jenis tak pakai pomade kan? Heols pakai hair serum mungkin...#donespeku

Boleh jadi jugek khen sbb rambut heols kelihatan lembut jah, maybe sapu minyak kelapa hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 1.391759 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list