CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myra316

Temerloh Bandar Ikan Patin

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2009 08:27 PM | Show all posts
mini zoo kat jalan bahagia tu ke bulat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2009 08:28 PM | Show all posts
mmg cantik sesangat gambar tu......
nampak cam pro kan abg long
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 08:29 PM | Show all posts
bulat tolong snap sekali gambor sek ren jln bahagia tu
tu ler sek koi masa darjah 1 sampai darjah 6

rindu bebenor nak tengok sek tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 11:13 PM | Show all posts
makteh...pasor kt tapok lama tu dah lama tinggal sejarahnya, dah pindah ke ceruk dekat2 dengan kampung baru....
bulat Post at 22-7-2009 08:17


lorrr...dah lama pindoh ye????
ketinggalan zaman dah kome nih....
time kasih lah bulat pasei info ni....
mati2 koi ingat kat tapok lame lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:10 AM | Show all posts
pas ni sesapa rindu kat temeloh..soh jer bulat snap gambo..pas tu paste kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:04 AM | Show all posts
1341# cintan66

Ha'ah, hak yang tu laa, dulu tak silap koi orang panggil Mergastua mini zoo tu, masa zaman koi sekoloh rendoh dulu....
Awok sekoloh jalan bahagia ye? tahun berapa tu?

1345# monorail
Insya Allah, bila koi balik Temerloh kalau ande mase koi amik le gambor...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2009 10:40 AM | Show all posts
1346# bulat

puas koi nak ingat perkataan mergastua tu.........
sampai ke sudoh tak ingat......sib baik aok bagitau

koi dulu pegi situ sokmo lah tarik duri landok buat penanda mengaji

koi sekoloh kat situ zaman Mrs Chong jadi guru besor.  kalau aok tak ingat sape mrs chong tu soh aok ni golongan mude lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 10:42 AM | Show all posts
abg long ........tak de sedara mare kat temerloh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2009 12:52 PM | Show all posts
1347# cintan66

Ms Chong hak yang serius sokmo masa bebarih tu ke? kalau tak nyanyi Negaraku betul2 dia maroh sampei dia nyanyi kuat kuat suruh bebudok ikut tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 02:34 PM | Show all posts
1347# cintan66

Ms Chong hak yang serius sokmo masa bebarih tu ke? kalau tak nyanyi Negaraku betul2 dia maroh sampei dia nyanyi kuat kuat suruh bebudok ikut tu?
bulat Post at 23-7-2009 12:52


tau aok yek.........
koi dulu masa darjah 3 dia ajor BI.....bapok ler takutnya
seayat tekuar bahasa melayu kena lah penyepak dia

laki dia guru besor sekoloh "dalam".........koi nok test aok lagi ni
tau ke mana sekoloh dalam??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 04:41 PM | Show all posts
tau aok yek.........
koi dulu masa darjah 3 dia ajor BI.....bapok ler takutnya
seayat tekuar bahasa melayu kena lah penyepak dia

laki dia guru besor sekoloh "dalam".........koi nok test aok l ...
cintan66 Post at 23-7-2009 14:34


sekoloh dalam....hak yg mana yek, sek menengah jalan bahagia ke? dh lama ngat dah nye pun tok berape ingat lah weh....
tp antara yg koi ingat, tempat bebarih tu kt belakangnye ada gereja kecik... masa rehat tempat bebarih ni jadi tempat main tayang... sekejap je tapok kasut jd berlubang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 06:16 PM | Show all posts
abg long ........tak de sedara mare kat temerloh ke
cintan66 Post at 23-7-2009 10:42

stakat ni belum ada cintan..tak tau lah akan datang..hehe ..kot kita bebesan ke...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 06:45 PM | Show all posts
cintan....kalo aok ke temerloh...
aok ambiklah gambor kat tapok tempat beruang tu dulu...
koi teringin nak nengok...dah jadi goner gaye tempat tu sekarang???
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:17 PM | Show all posts
stakat ni belum ada cintan..tak tau lah akan datang..hehe ..kot kita bebesan ke...
monorail Post at 23-7-2009 18:16


berbesan.....hehehe sedang difikirkan ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:19 PM | Show all posts
sekoloh dalam....hak yg mana yek, sek menengah jalan bahagia ke? dh lama ngat dah nye pun tok berape ingat lah weh....
tp antara yg koi ingat, tempat bebarih tu kt belakangnye ada gereja kecik... ...
bulat Post at 23-7-2009 16:41


ah...ah sek men jln bahagia tu ler sekolah dalam
dah jauh nor terperuk nya

koi tak ingat pasal gereja kecik tu.....
gi sekoloh tu pun sbb numpang padang utk besukan je kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 08:20 PM | Show all posts
cintan....kalo aok ke temerloh...
aok ambiklah gambor kat tapok tempat beruang tu dulu...
koi teringin nak nengok...dah jadi goner gaye tempat tu sekarang???
makteh Post at 23-7-2009 18:45


rase kat situ dah dereten kedai makan mak teh
nanti ler koi skodeng lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2009 07:55 AM | Show all posts
ah...ah sek men jln bahagia tu ler sekolah dalam
dah jauh nor terperuk nya

koi tak ingat pasal gereja kecik tu.....
gi sekoloh tu pun sbb numpang padang utk besukan je kan
cintan66 Post at 23-7-2009 20:19


gereja kecik tu kat sekoloh rendoh bukan kat sekoloh menengoh....

makteh, tak silap koi barih kedei tu jadi semok gitu je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 09:10 AM | Show all posts
tak dapat saya nak bayangkan...tanah temerloh pun ada lah 3 kali jer pijak rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 09:12 AM | Show all posts
Laluan maut depan hospital

Oleh Ali Mahmood
[email protected]



JALAN Temerloh-Kuantan di hadapan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) membahayakan nyawa orang ramai kerana tidak ada jejantas untuk melintas ke hospital.

TEMERLOH 23 Julai - Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di sini sering dianggap sebagai antara hospital yang tercanggih di negara ini.

Dengan pelbagai perkhidmatan termasuk pakar ditawarkan oleh hospital tersebut, pesakit di sini dan juga daerah-daerah berdekatan tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun di sebalik kecanggihannya, terdapat kelemahan yang sehingga kini menjadi rungutan orang ramai terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk berkunjung ke hospital tersebut.

Ketiadaan jejantas juga menjadi masalah pengunjung terutama warga emas dan kakitangan untuk berurusan di hospital tersebut pada setiap hari.

Mereka bimbang dengan ketiadaan jejantas, Jalan Temerloh-Kuantan di hadapan Hoshas akan menjadi 'laluan maut' berikutan banyak kemalangan berlaku sehingga mengorbankan nyawa.

Tinjauan Utusan Malaysia di hospital tersebut mendapati Keperluan terhadap jejantas itu amat penting memandangkan Jalan Temerloh-Kuantan di hadapan Hoshas agak sibuk dengan kenderaan yang dipandu laju sehingga menyukarkan orang ramai untuk melintas.

Menurut beberapa pengunjung, ketiadaan jejantas mencacatkan perkhidmatan Hoshas walaupun hospital tersebut bertaraf kelas pertama dan menjadi tumpuan penduduk serta pesakit dari beberapa daerah di Pahang Barat.

Seorang pengunjung, Harun Sharifuddin Mohamed, 58, memberitahu, pengunjung Hoshas amat memerlukan jejantas memandangkan laluan di hadapan hospital itu sentiasa sibuk dengan kenderaan.

Akibat ketiadaan jejantas, katanya, dua kemalangan maut berlaku baru-baru ini dan mungkin lebih banyak nyawa akan melayang selepas ini jika pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan untuk menyeberang.

"Selain kemalangan maut, saya juga beberapa kali menyaksikan kemalangan kecil di hadapan hospital dan saya bimbang dengan keselamatan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan jururawat yang melintas di jalan ini untuk ke hospital.

''Jika tiada jejantas ia boleh menimbulkan bahaya terutama kepada penumpang bas dari arah bandar Temerloh yang cuba melintas untuk ke hospital," katanya yang bekerja sebagai pengusaha ladang sawit di sini.

Seorang lagi pengunjung, Holif Baki, 42, berkata, pihak berkuasa sepatutnya telah memikirkan untuk membina jejantas tersebut sebaik sahaja Hoshas beroperasi pada 2005.

Ini kerana, katanya, semua pihak sedia maklum bahawa laluan di hadapan Hoshas amat sibuk terutama pada waktu puncak.

''Kecanggihan Hoshas sepatutnya dilengkapi dengan pembinaan jejantas bagi memudahkan orang ramai melintas jalan semasa berurusan di hospital itu.

''Walaupun ada lampu isyarat, ramai pemandu tidak mematuhinya dan ini sudah tentu menyukarkan orang ramai untuk melintas terutama bagi warga emas dan kanak-kanak," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, Holif berharap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) membina jejantas tersebut bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Seorang peniaga, Azizul Ridzwan Abdul Wahab, 29, berkata, sepatutnya Hoshas mempunyai jejantas kerana ia dianggap kemudahan yang perlu disediakan.

''Kerja-kerja membina jejantas sepatutnya disertakan sekali dalam pakej pembinaan hospital," katanya.

Menurutnya, pembinaan Hoshas turut membawa kemajuan yang pesat di kawasan sekitar Seberang Temerloh dan sewajarnya jejantas dibina kerana ia sangat diperlukan berikutan peningkatan mendadak jumlah penduduk dan kenderaan di kawasan itu.

"Sekitar Hoshas tidak lagi boleh dianggap sebagai kawasan terpencil kerana kini terdapat banyak taman perumahan baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan," ujarnya.

Tambahnya, jumlah kenderaan di laluan itu agak tinggi dan kebanyakannya dipandu laju walaupun pemandu menyedari mereka melalui kawasan hospital.

Menurutnya, garisan kuning keselamatan dan papan tanda yang dipasang tidak mampu 'mengingatkan' pemandu supaya memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan tersebut.

Katanya, kebanyakan pemandu bukan sahaja tidak mengendahkan amaran yang dipasang tetapi bersikap mementingkan diri sendiri dengan membunyikan hon kepada orang ramai yang hendak melintas.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat Hoshas, Sarif Azib turut menyokong saranan pengunjung Hoshas supaya sebuah jejantas dibina bagi kemudahan orang ramai terutama OKU dan warga emas.

''Pihak berkuasa harus peka dengan keperluan orang ramai untuk mendapatkan rawatan di Hoshas kerana sebahagian besar adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai kenderaan dan menaiki kenderaan awam seperti bas dan teksi.

''Kita tidak perlu menunggu sehingga lebih banyak nyawa melayang baru hendak membina jejantas. Saya harap agensi kerajaan jangan menuding jari antara satu sama lain kerana merasakan pembinaan jejantas tersebut bukan di bawah tanggungjawab masing-masing ," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa seperti MPT, JKR atau Pejabat Daerah Temerloh dapat membina segera jejantas kerana ia adalah keperluan bagi menjaga keselamatan orang ramai dan pelawat Hoshas serta kemudahan penduduk sekitarnya.

Tambahnya, Hoshas yang mula beroperasi sejak lima tahun lalu perlu dilengkapi kemudahan sokongan agar pembinaannya menepati kehendak semua golongan agar tidak menimbulkan kesulitan dan mengancam nyawa orang ramai untuk berurusan di Hoshas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 09:14 AM | Show all posts
gereja kecik tu kat luar pagar sekoloh kan bulat

koi dulu pun main tayang kat tempat berbarih tu jugak.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073966 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list