CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 10-4-2013 08:17 PM | Show all posts
Insyirah msti mnyesal nnti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2013 09:27 AM | Show all posts
khaizarina posted on 10-4-2013 06:06 PM
Aduh lady....bikin penasaran dong tiba2 berhenti cam ni...cemana nak tido lena malam ni huhu

Dah lena lum?
Rahul dan Jiha pun x leh lena youuu!

-----

“Gila!”

“Nampaknya macam itu lah... Sebagai kaunselor, boleh awak ubati gila bayang saya ni?”

“Kalau awak nak merapu, saya matikan talian ni...”

“Jiha, awak on webcam. Saya nak tengok wajah comel awak yang sedang marah.”

“Eee... saya tutup talian ni.”

“Naah! You won't because you miss me too. Am I right or am I right?” Sengaja dia menyakat sambil melepaskan tawa kecil. Gadis itu senyap.

“Jiha...” Masih tiada jawapan tapi talian belum terputus.

**********

DUP DAP... DUP DAP... Ah, sudah! Kenapa ni? Puas aku tarik nafas dan lepas nafas, namun degupan jantungku terus laju berlari.

“Jiha...” Meremang bulu tengkuk apabila namaku dipanggil lagi. Suaranya... begitu perlahan seperti sedang berbisik. Seakan terasa bibirnya menyentuh cuping telingaku.  Astaghfirullahala'zim! Lekas-lekas aku berisytighfar.

“Jiha... Boleh saya jumpa awak?”

“Err.. err... nak buat apa?”

“Temankan saya beli hadiah untuk Dona, esok.”

Hek eleh... pergilah dengan Dona. Aku menggetus dalam hati sahaja. Namun, aku tak mampu memperlahankan degupan jantungku.

“Please!” Rayunya.

“Awak nak beli apa?”

“Telekung dan tudung. Tentu awak lebih memahami cita rasa Dona. Lagi pun manalah saya pandai benda-benda ni semua.”

“Lah! Awak tanya ajelah pada Dona sendiri, apa susah?”

“Nanti tak surprise lah! Saya nak jadikan sebagai hadiah perkahwinannya nanti.”



Last edited by ladyFinger12 on 11-4-2013 09:29 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:35 AM | Show all posts
UsuFie posted on 10-4-2013 04:31 PM
aikk..tadak signal..dah stop utk harini ke lady?

sian jiha lagi..dia pun tak tau yg rahul dah tau ...

sorry usu... tengah syok nak mengepes, gegirl lady minta tolong tengokkan hwork dia...

Ni soalan dlm buku teks dia...
Saya merupakan digit perpuluhan. Rumah sa bernilai 5. Nilai tempat persepuluh saya tiga kali lebih banyak dari mata lembu. Nilai tempat perseratus saya dua kali bilangan kaki lembu. Apakah nilai saya?


Mengekek lady ketawa. Lembu, ok! Siap ada gambar lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:37 AM | Show all posts
jiha ni kalo kena pujuk2 mesti cepat lembik....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:39 AM | Show all posts
Seperti selalu, Dona sentiasa menjadi alasan yang menundukkan keegoan aku. “Oklah...” Perlahan suaraku menyatakan persetujuan.

“Thanks honey!”

“Saya setuju ni sebab Dona, tau!” Aku menekankan, biar lelaki itu jelas. Nanti dia ingat aku pun sama terhegeh-hegeh mahu keluar dengannya.

“Saya tak kisah apa pun sebabnya, asalkan awak sudi menemankan saya.”

“Nite honey. Sweet dream.”

“Nite.” Kali ini aku membalas ucapannya.

**********

Malam terasa begitu panjang. Kenapa aku tak boleh tidur? Kata-kata manisnya bagaikan terdengar-dengar di cuping telinga. Sudah acap kali dia memanggil aku honey. Suka hati dia saja!

Fuhh... Sweet talker. Jangan mudah cair. Relaks. Dia saja je tu. Jangan-jangan dengan semua perempuan dia panggil honey. Orang-orang barat kan biasa panggil macam tu? Love, honey, sweetie... Jangan perasan, ok!

Tapi... bila aku pejam mata nampak Rahul, aku buka mata pun nampak Rahul. Adehhh... Sekarang siapa yang gila bayang?

TI TIT... TI TIT.... Lekas-lekas aku capai telefon bimbit bila mendengar bunyi mesej masuk.

Jiha, wajah awak mengganggu lena saya. Saya tak boleh tidur. Saya rasa gila bayang saya semakin kronik. Do you feel the same, honey?

Saya pun...

Namun mesej yang sudah kutaip itu aku padamkan kembali. Kutukarkan dengan ayat lain.

Saya dah tidur, jangan ganggu!

Butang send aku tekan.

Ada ke orang dah tidur boleh balas mesej? Mengigau kut! Tak pun dia sedang gila bayang juga.

Merah muka aku setelah membaca balasan mesej dari Rahul. Malunya! Dah, aku tak nak balas lagi...

**********

Ok... skit tu je nak sambung. huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:41 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:35 AM
sorry usu... tengah syok nak mengepes, gegirl lady minta tolong tengokkan hwork dia...

Ni soala ...

jawapan : 865 ( eh..ye ke? )
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2013 09:44 AM | Show all posts
wardah75 posted on 11-4-2013 09:41 AM
jawapan : 865 ( eh..ye ke? )

TEEETTT! Jawapan anda salah! Boleh cuba lagi tapi tiada hadiah.



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:45 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:35 AM
sorry usu... tengah syok nak mengepes, gegirl lady minta tolong tengokkan hwork dia...

Ni soala ...

Macam kelakar je soalan ni..... Nak jawab pun tak reti...maklum le.... dah lama tak sekolah...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 09:46 AM | Show all posts
Sikitnye........nak lagi.....rahul terus masuk gear 3
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:48 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:44 AM
TEEETTT! Jawapan anda salah! Boleh cuba lagi tapi tiada hadiah.

lama gila tinggal matematik..huhuhu ! bengap dah mcik wardah ni..ekekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-4-2013 09:45 AM
Macam kelakar je soalan ni..... Nak jawab pun tak reti...maklum le.... dah lama tak sekolah...
...

Aikk! Formula add math hang boleh bagi, tak kan math thn 4 tak bleh?

Sangat kelakar ok!





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 09:51 AM | Show all posts
redsentra posted on 11-4-2013 09:46 AM
Sikitnye........nak lagi.....rahul terus masuk gear 3

lepas ni rahul akan terus speeding. takut mamat gayah potong line!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:54 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:35 AM
sorry usu... tengah syok nak mengepes, gegirl lady minta tolong tengokkan hwork dia...

Ni soala ...


Lady..ni soalan betul dari buku teks gegirl ke atau mak gegirl yg buat soalan sendiri...



sebenarnya usu pun tak paham soalan budak thn 4 ni...kekeke..
kalo ikutkan usu hentam jer jawab: nilai saya 6








Last edited by UsuFie on 11-4-2013 09:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:58 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:50 AM
Aikk! Formula add math hang boleh bagi, tak kan math thn 4 tak bleh?

Sangat kelakar ok!

Formula add math tu mengarut jah....

Tetiba teringat show Are You Smarter Than the Fith Grader?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 10:02 AM | Show all posts
UsuFie posted on 11-4-2013 09:54 AM
Lady..ni soalan betul dari buku teks gegirl ke atau mak gegirl yg buat soalan sendiri...

Ini bukan cobaan!

Betul ler Usu... buku teks matematik thn 4. Buku la dah variasi. Colourful lagi. Bukan zaman mcm zaman kita doul2.
Kdg2 soalan tu kan, siap suruh buat cerita berdasarkan nilai2 yang diberi. Kreatif kan?

contohnya mcm ni...
2, 1, 4

contoh jawapan:
Rahul mempunyai 1 hati. Jadi bagaimanakah dia mahu memberikannya kepada Jiha dan Syirah? Kemudian Rahul teringat, sedangkan 1 dibahagi 4 lagikan boleh, apalah sangat dikongsikan kepada 2?



Jawapan merapuuu!
Dah jadi kelas matematik ler pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:03 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-4-2013 09:58 AM
Formula add math tu mengarut jah....

Tetiba teringat show Are You Smarter Than the Fith Grade ...


teringat dulu soalan 'ilmu hisab' jenis camni time sekolah rendah...

nmpk benor kertuaanku....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2013 10:06 AM | Show all posts
UsuFie posted on 11-4-2013 09:54 AM
Lady..ni soalan betul dari buku teks gegirl ke atau mak gegirl yg buat soalan sendiri...

Jawapan dia....


Siapa terer jawab, dpt hadiah bunga!
Ekceli, soalan ni anak lady gak yg berikan jawapan. Lady x bleh konsentret sbb asyik nak gelak pasal lembu. (errr... ok tak alasan ni? )
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:12 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:51 AM
lepas ni rahul akan terus speeding. takut mamat gayah potong line!

Mamat gayah tu bkn nak sangat......saja nak huru harakan suasana
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 10:02 AM
Ini bukan cobaan!

Betul ler Usu... buku teks matematik thn 4. Buku la dah variasi. Colourful ...

jawapannya kwin dua aje la..haha..sonok la rahul..yg lama dpt yg bru pn dapat..eddie..hampeh..melepas..x per arrr ade lili mnunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:29 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-4-2013 09:27 AM
Dah lena lum?
Rahul dan Jiha pun x leh lena youuu!

aaaa..mamat estet ni pagi2 dh buat aii cair....wlpun duk dlm ekon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.099786 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list