Fie kata dia mempertimbangkan untuk buat laporan polis sebab nak memberi kesedaran kepada orang ramai agar menjaga adab dan batasan ketika berada di hospital, terutama apabila melibatkan kanak-kanak yang sedang sakit.
Dr Afifah Hidayah Tampil Jelaskan Isu Bibik Cium Anak, Luahan Ibu Ini Undang Perhatian
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan perkongsiannya sebelum ini mengenai insiden pembantu rumah yang didakwa mencium anak lelakinya ketika berada di hospital.
Menurut Dr Afifah, hantaran yang mencetuskan kontroversi itu sebenarnya adalah luahan perasaan spontan sebagai seorang ibu yang sedang berada dalam keadaan cemas apabila anaknya dirawat akibat jangkitan paru-paru.
Katanya, situasi tersebut membuatkan dia berada dalam keadaan emosi yang sangat sensitif dan bimbang terhadap kesihatan anak, apatah lagi ketika berada di persekitaran hospital yang berisiko tinggi terhadap jangkitan.
Jelas Dr Afifah Hidayah, niat asal perkongsiannya adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih menjaga adab dan batasan ketika berada di hospital, terutamanya melibatkan kanak-kanak yang sedang tidak sihat.
“Saya cuma tidak berpuas hati. Sebagai seorang ibu dan doktor, saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu. Bila berada di hospital, tolong jaga adab,” katanya.
Tambahnya lagi, sebagai ibu, dia berhak menegur sesiapa sahaja yang dirasakan boleh meletakkan anaknya dalam keadaan berisiko, tanpa mengira hubungan individu tersebut dengan keluarganya.
Dr Afifah turut menegaskan bahawa soal hubungan rapat antara pembantu rumah dan anaknya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melanggar batas, lebih-lebih lagi melibatkan sentuhan fizikal seperti mencium.
Menurutnya, walaupun terdapat pihak yang mempertikaikan keadaan anaknya yang tidak memakai pelitup muka ketika ke hospital, sebagai ibu dia berhak membuat keputusan jika merasakan sesuatu tindakan boleh membahayakan kesihatan anak.
Antara faktor utama kebimbangannya adalah latar belakang kesihatan pembantu rumah tersebut yang tidak diketahui sepenuhnya.
Dr Afifah Hidayah menjelaskan bahawa pembantu rumah itu tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan anaknya dan dia tidak mengetahui sejarah kesihatan lampau individu berkenaan.
Dalam pada itu, Dr Afifah memaklumkan bahawa dia ada mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung insiden tersebut, namun akur situasi berkenaan sukar dibuktikan memandangkan tiada bukti kukuh.
Tambahnya, pada masa sama dia juga sibuk menguruskan proses anak keluar dari hospital ketika kejadian berlaku.
“Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa sebab tiada apa yang boleh dibuktikan,” katanya.
Isu ini sekali lagi membuka mata ibu bapa tentang kepentingan menjaga batas, adab serta kebersihan ketika berada di hospital, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak yang sedang sakit.
Sebagai ibu bapa, naluri melindungi anak adalah keutamaan dan setiap kebimbangan wajar diraikan dengan empati, bukan kecaman.
Sekarang ramai orang hilang adab. Dan sikap biadab mula diterima sebagai kebiasaan baharu. Contoh situasi di bawah, seorang mutawif bergelar ustaz buat konten 'gender reveal' depan Kaabah.
Post time 16-12-2025 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lazim replied at 11-12-2025 07:21 PM
Aaku td terlalu thread dr fie ni. Tah knp rasa pelik plk dh. Adakah ini yg bt nubhan turn off. Meman ...
fie mana ada classy..die mmg keanak anakan..tapi tu bukan benda baru, nubhan cinta n syg dia dari dulu pun sifat die mcm tu kan..takkanla setahun ni je baru sifat die berubah
AsSalam Keluarga FB yang diRindui – diKasihi & diRahmati ALLAH hingga akhir hayat… Selamat bertemu kembali.
SILA SHARE: Apabila kita terlalu menjaga hati orang dan lupakan apa yang perlu kita laku kan untuk diri kita…. takut untuk berterus terang konon nanti kita akan mengecil kan hati orang lain dan dikatakan Sombong… Saya dan anda berhak memberi tahu tetamu anda supaya tidak datang kemajlis anda dan kerumah anda jika mereka dijangkiti kuman yang boleh merebak…… apa yang berlaku di rumah saya ingin saya kongsi bersama anda supaya menjadi pengajaran dan lebih berhati2… Baca lah tulisan ini dengan dada yang lapang dan jangan berburuk sangka dengan saya.
Hari ini saya kembali untuk berkongsi pengalaman selama 5 bulan. Saya tidak langsung duduk di hadapan computer saya kerana saya terlantar sakit dan hanya dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat2 yang paling rapat.
Surau di rumah saya sentiasa dimanafaat kan dengan majlis ilmu – Solat Jemaah – Majlis membaca alQuraan dan khatam selama 3 malam berturut-turut dari bermacam macam sekolah anak2 Tahfiz…pendek kan cerita surau itu digunakan dengan sebaik nya.
Disini bermula bila majlis khatam alQuraan 3 malam diadakan…Bila kawan yang kita jemput membawa kawan2 mereka yang saya tidak kenal kerana ingin bertemu Sharifah Aini…. wanita yang saya tidak kenali ini batuk dengan teruk di depan muka saya dan dia memeluk saya & mencium pipi saya…di malam pertama..dalam hati saya berdetik, siaplah ubat batuk…
Malam esok wanita ini datang lagi dan bunyi batuk nya menakut kan juga semakin teruk & dia peluk saya lagi… malam ketiga bunyi batuk nya menakut kan lagi dia masuk ke dapur dan memeluk saya…. setiap kali dia memeluk saya…. tangan saya berpeluh… dan dia tidak segan berjalan bebas di rumah saya… memeluk bibik2 saya… hanya selepas itu saya difaham kan dia baru balik bercuti dari China & Hong Kong.…. juga malam kedua dan ketiga majlis bacaan & khatam alQuraan saya dah mula dengar batuk dari anak-anak Tahfiz yang saya tidak dengar di malam pertama……… Sepatut nya saya memberitahu Wanita yang batuk itu jangan datang lagi ke rumah saya di malam kedua dan ketiga….. Tunggu saja lepas baik sakit dan dia tidak batuk lagi…. sila lah datang.
Di tahun 2012 saya diuji ALLAH dengan penyakit Jangkitan kuman di paru-paru… saya berada di hospital selama sebulan dan hospital menjadi rumah no 2 saya… Keluar masuk hospital…. saya masih belum sihat sepenuh nya… baru 90% sembuh.Malam lepas majlis seperti biasa kami sekeluarga mengemas dapur – Surau dan tapi saya dah mula demam panas – batuk dan sengal satu badan… Bibik saya sudah demam dan begitu cepat tak boleh bangun langsung… adik saya batuk dan demam – kami satu rumah pergi ke hospital di malam yang sama menjalani ujian darah malam tu juga…….. Kami diberitahu kami semua dijangkiti H1N1 – INFLUANZA & PNEUMONIA ( Radang Paru-Paru) selepas itu saya pula terlantar di hospital selama 28 hari dan duduk di bilik yang diasing kan dengan pesakit yang lain.
Saudara yang diRahmati ALLAH…. berhati2 bila membuat majlis di rumah…. kita tak tahu siapa yang masuk ke rumah kita… terutama nya yang ada anak2 kecil dan ramai ahli keluarga di rumah… lagi satu, kegemaran Memeluk dan bercium pipi orang yang kita tidak kenali sebenar nya tidak digalak kan… kerana kita tidak tahu sejarah kesihatan peribadi mereka. Wallahi bukan niat saya untuk menghina… tapi lebih kepada sifat berhati-hati…. Alhamdulillah walaupun saya redho dengan apa yang berlaku tapi saya mahu anda semua lebih berhati2.
Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yang dikasihi di FB ini.
ustaz kawin artis, artis bimbing ustaz buat perkara pelik
ustaz kawin artis, artis bimbing ustaz buat perkara pelik
bukan ustaz bimbing artis
Ustaz & isteri dah minta maaf sebab menjadikan Kaabah sebagai pentas kandungan media sosial.
Neera Azizi mohon maaf isu 'gender reveal' di hadapan Kaabah
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi, tampil memohon maaf serta mengakui kekhilafannya susulan tindakan memuat naik video pendedahan jantina bayi (gender reveal) di hadapan Kaabah yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Neera atau nama sebenarnya Nurazneera Azizi, 27, berkata dia tidak menyedari perbuatannya itu dianggap kurang beradab oleh segelintir pihak.
"Assalamualaikum. Hadir dengan rasa rendah diri, kami ingin menyatakan permohonan maaf berhubung isu 'gender reveal' yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
"Tujuan video itu dibuat hanyalah sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT dan tidak mempunyai niat lain selain daripada itu.
"Namun, tanpa kami sedari, kaedah tersebut dilihat kurang beradab dan kami tidak berniat sama sekali untuk menegakkan kesalahan yang telah dilakukan," tulisnya.
Neera turut menegaskan dia menerima segala teguran yang diberikan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai satu nasihat yang baik.
"Terima kasih atas semua teguran yang diberikan. Kami terima dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai nasihat yang membina.
"Insya-Allah, kekhilafan ini tidak akan berulang lagi. Saya juga ingin menegaskan isu ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak agensi pelancongan, sebaliknya berpunca daripada kekhilafan diri sendiri," katanya.
Mengakhiri penjelasan, Neera mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa.
"Saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Semoga Allah SWT mengampuni kita semua," katanya.
Terdahulu, tindakan Neera berkongsi momen pendedahan jantina bayi di hadapan Kaabah mengundang kecaman segelintir netizen yang berpendapat lokasi itu adalah tempat ibadah yang sangat suci dan perlu dijaga adab serta kesopanannya.
Susulan reaksi diterima, video asal berkenaan telah dipadamkan daripada akaun Instagram milik Neera.
Post time 29-12-2025 08:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kangkung1M replied at 15-12-2025 04:30 PM
Nubhan nafi bibik cium mulut anak lelaki.
Tiada perbuatan itu antara bibik, anak di hospital – Nu ...
Klu bacaan i sebagai org yg tak sebelahkan sapa sapa … looks like laki dia malas layan … nak komplen komplen laaa nak naik mahkamah , naik je laaa asalkan ex bini tu happy … ex laki have no problem and malas nak merenta renta yada yada …
Mmg diorg ni tahap ex laki tu macam nak cerai pon dah xde perasaan cerai aje lahh .. 10 tahun tu cam xde makna selama hidup bersama
Ex bini selagi ,
Sikit2 nak citer sikit nak ngadu kat Socmed