Surah Al-Kahfi dalam Al-Qur’an merupakan surah ke-18 dan memiliki banyak keutamaan dan manfaat bagi sesiapa yang membacanya.
Surah ini mengandungi 110 ayat dan diklasifikasikan sebagai Surah Makkiyah, bermaksud ia diwahyukan pada awal pengisytiharan kenabian Nabi Muhammad di Mekah.
Surah Al-Kahfi (الكهف)
Al-Kahfi bermaksud Gua, ia diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua beratus tahun lamanya
Ia merupakan surah ke-18 dalam keseluruhan ayat Al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat yang termasuk dalam golongan surah Makkiyah.
Surah Al-Kahfi (الكهف) membincangkan pelbagai tema di dalam satu surah. Antaranya seperti:
-Kisah para pemuda yang beriman yang mencari perlindungan di dalam gua untuk melindungi iman mereka daripada penganiayaan
-Kisah Nabi Musa dan pertemuannya dengan seorang lelaki bernama Al-Khidr
-Perumpamaan lelaki kaya dan lelaki miskin
-Kisah Dhul-Qarnayn (seorang pemerintah yang adil)
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.” Riwayat al-Hakim (3392), dan al-Baihaqi (5996)
Hukum Membaca Di Malam Jumaat
Menurut penjelasan dalam penulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, membaca surah al-Kahfi pada hari dan juga malam jumaat adalah sunat sebagaimana yang disebutkan oleh imam al-Munawi dalam menukilkan pandangan imam al-Syafi’e.
”Hal ini menunjukkan bahawa sunat untuk membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, begitu juga pada malamnya, sebagaimana telah ditunjukkan oleh al-Imam al-Syafi’e.” (Lihat al-Faidh al-Qadir, 6/198)
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan dalam sebuah penulisan beliau, membaca 10 ayat pertama atau 10 ayat terakhir sahaja adalah tidak mencukupi untuk mendapatkan fadhilat penuh surah ini.
[size=22.1684px]Untuk mendapatkan fadhilat penuh bacaan Surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang hari Jumaat, hendaklah dibaca keseluruhan surah tersebut sebanyak 110 ayat.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Jadi, marilah kita berusaha membaca keseluruhan surah ini untuk mendapatkan fadhilat sepenuhnya dan menghafaz sepuluh ayat pertama agar dijauhi fitnah dajjal.