CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: KEEP ACTIVE

 Close [Copy link]
Post time 22-9-2024 07:50 AM | Show all posts
Pesawat Scandinavian Airlines lakukan pendaratan cemas gara-gara tikus melompat dalam bekas makanan


OSLO: Sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas seekor tikus melompat daripada hidangan yang disediakan dalam penerbangan berkenaan.
Dalam pada itu, Scandinavian Airlines mengatakan bahawa pengalihan laluan berkenaan merupakan prosedur yang ditetapkan atas faktor keselamatan.
Semua penumpang yang berada dalam pesawat berkenaan kemudiannya diterbangkan ke Malaga dengan pesawat yang lain.
Seorang penumpang, Jarle Borrestad, dalam hantaran di Facebooknya berkata 'Percaya atau tidak, ketika seorang wanita di sebelah saya membuka bekas makanan, seekor tikus melompat keluar secara tiba-tiba.




"Sekarang kami terpaksa berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Copenhagen untuk menukar pesawat'," katanya.
Borrested turut menggunakan emoji ketawa dan gambar dirinya tersenyum, duduk bersebelahan dua orang Wanita.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada tikus itu dilihat semula selepas melompat keluar daripada bekas makanan berkenaan.
Jurucakap syarikat penerbangan, Oystein Schmidt, berkata kejadian seperti itu adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku.
"Kami mempunyai prosedur yang ditetapkan untuk situasi seperti itu dan akan melakukan siasatan dengan pihak pembekal makanan berkenaan bagi memastikan perkara terbabit tidak lagi berlaku," katanya.
Terdahulu, juruterbang penerbangan Amerika Syarikat (AS) Delta Air Lines terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas kehilangan tekanan menyebabkan beberapa penumpang mengalami pendarahan pada gegendang telinga, sakit kepala dan hidung berdarah.
Keadaan panik berlaku di dalam penerbangan dari Salt Lake City ke Portland, Oregon, dan pasukan paramedik menyambut penumpang di pintu pagar selepas pesawat mendarat.
Syarikat penerbangan berkenaan turut memohon maaf atas kejadian terbabit. - AGENSI


https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2024/09/1301284/pesawat-scandinavian-airlines-lakukan-pendaratan-cemas-gara-gara-tikus









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 07:53 AM | Show all posts
Nur Izzuddin-Sze Fei ke final Terbuka China







KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei selangkah lagi untuk menyamai rekod legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif Sidek selepas mengesahkan tiket ke final Terbuka China, sebentar tadi.
Pasangan ranking ke-12 dunia itu terus cemerlang apabila menundukkan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.
Aksi set pertama menyaksikan kedua-dua beregu menampilkan corak permainan seimbang meskipun pada awalnya gandingan negara ketinggalan 7-10 sebelum kembali mengejar dan mendahului 11-10.
Gandigan negara kemudiannya mempamerkan penguasaan selepas itu dengan permainan lebih kemas dan gerakan-gerakan yang memerangkap lawan sekali gus menamatkan permainan dengan kemenangan 21-14.




Set kedua berlangsung sengit apabila kedua-dua pasangan saling bertukar servis sehingga terikat 22-22 tetapi Izzuddin-Sze Fei lebih tenang dalam keadaan situasi mata penting apabila berjaya menyudahkan perlawanan dengan keputusan 24-22.
Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Izzuddin-Sze Fei mara ke final kejohanan bertaraf Super 1000 dan yang ketiga musim ini selepas menjuarai Terbuka Jepun, bulan lalu dan muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia pada April.
Malaysia hanya sekali pernah muncul juara di Terbuka China dalam acara beregu lelaki menerusi Jalani-Razif yang melakukannya pada edisi 1989.
Izzuddin-Sze Fei akan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dengan gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final, esok.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/09/1301274/nur-izzuddin-sze-fei-ke-final-terbuka-china









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:54 AM | Show all posts
Harimau Muda buat Oman terkedu





KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara membuka kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun (B-20) 2025 langkah kanan apabila menumbangkan Oman 2-1 pada aksi pertama Kumpulan E di Stadium Republican Central, Dushanbe, sebentar tadi.
Kemenangan penting ke atas pasukan yang dianggap sebagai pilihan dalam Kumpulan E itu pasti memberi motivasi terbaik untuk anak buah Juan Torres Garrido bagi menghadapi aksi kedua berdepan Korea Utara, Isnin ini.
Tiga mata itu amat berharga buat skuad negara memandangkan hanya juara kumpulan serta lima naib juara terbaik akan mengesahkan slot ke pusingan akhir di China, tahun depan.
Pada aksi terbabit, peluang terbaik Oman hadir pada minit kesembilan menerusi Muhand Al-Saadi namun tampanannya yang cuba menyambut percubaan Fahad Al-Mukhaini tidak menepati sasaran.




Gerakan menarik Mohamad Haykal Danish Mohd Haizon pada minit ke-16 nyaris membuahkan hasil, hanya tiang yang menjadi penghalang buat skuad negara daripada membuka jaringan pada aksi terbabit.
Skuad negara bagaimanapun membuka jaringan pada minit ke-30 selepas Moses Raj menampan sepakan percuma Haykal Danish dan menewaskan penjaga gol Oman, Abdullah Al Jabri untuk kedudukan 1-0 buat Malaysia.
Kesilapan pertahanan Malaysia dimanfaatkan Oman selepas bola dirampas Faisal Al-Hadidi namun percubaan pemain gantian itu diselamatkan penjaga gawang negara, Haziq Aiman pada minit ke-57.
Malaysia yang sesekali mengasak dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-63 selepas Haykal Danish dijatuhkan dan Haykal tenang menyudahkan sepakan penalti dengan gaya 'panenka' untuk melebarkan kedudukan buat skuad negara.
Oman mengurangkan defisit pada minit ke-87 apabila Majid Al-Farsi menyempurnakan sepakan penalti namun kedudukan 2-1 berpihak kepada Malaysia kekal sehingga tamat perlawanan.


https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/09/1301317/harimau-muda-buat-oman-terkedu









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:57 AM | Show all posts
Komunikasi kunci utama kejayaan Izzuddin-Sze Fei







KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei melalui detik menakjubkan dalam kerjaya mereka untuk tempoh sebulan ini.
Pasangan ranking ke-12 dunia itu menampilkan persembahan berkelas 'lima bintang' apabila dua kali berjaya mara ke pentas final sepanjang tempoh itu.
Selepas menjuarai Terbuka Jepun pada 25 Ogos lalu, pasangan ranking ke-12 dunia itu sekali lagi cemerlang apabila melangkah ke final Terbuka China, hari ini.
Izzuddin-Sze Fei menyingkirkan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.
Kemenangan itu turut menyaksikan mereka berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan selepas tewas di pusingan kedua Terbuka Hong Kong, minggu lalu.
"Dari segi persiapan, secara mentalnya kami bawa pemikiran 'nothing to lose'. Mereka menang ke atas kami dalam pertemuan sebelum ini dan itu mungkin membuatkan mereka tertekan," kata Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagaimanapun, Sze Fei menegaskan komunikasi antara mereka menjadi kunci terhadap pencapaian menakjubkan dilakar mereka setakat ini termasuklah kali pertama berjaya mara ke final kejohanan Super 1000 di Terbuka China kali ini.
"Saya fikir kunci kejayaan ini adalah komunikasi antara kami. Bagaimana kami mahu atasinya jika kami tidak beraksi dengan baik," katanya.
Kejayaan mara ke final Terbuka China meletakkan Izzuddin-Sze Fei hanya selangkah untuk menyamai rekod legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif Sidek yang menjadi wakil tunggal Malaysia muncul juara beregu lelaki di Terbuka China pada edisi 1989.
Izzuddin-Sze Fei akan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dengan gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final, esok.
"Tidak kira siapa pun kami bertemu esok, kami akan cuba melakukan yang terbaik," kata Sze Fei.
Juara bagi acara beregu akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$148,000 (RM622,086) manakala naib juara AS$70,000 (RM294,230).

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/09/1301298/komunikasi-kunci-utama-kejayaan-izzuddin-sze-fei







Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:59 AM | Show all posts
Langkah Ee Yi-Yew Sin terhenti di separuh akhir





KUALA LUMPUR: Hasrat untuk menyaksikan dua beregu lelaki negara berentap di final Terbuka China, esok tidak kesampaian selepas Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terkandas di separuh akhir, sebentar tadi.
Ee Yi-Yew Sin terpaksa akur apabila tewas di tangan wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 18-21, 11-21 pada aksi di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.
Turun menentang pilihan kelima, Ee Yi-Yew Sin diberi tekanan cukup tinggi seawal set pertama dengan permainan agresif lawan sehingga ketinggalan 1-5.
Biarpun cuba memberi tentangan dengan beberapa kali merapatkan kedudukan, namun Ji Ting-Xiang Yu nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menamatkan aksi set pertama menerusi kemenangan 21-18.

Beregu China itu nyata sukar disekat di set kedua apabila melakukan serangan bertali arus ke arah Ee Yi-Yew Sin, sekali gus menyaksikan pasangan negara ketinggalan 6-14.
Walaupun cuba untuk mengejar namun ia masih belum mampu buat Ee Yi-Yew Sin melangkah ke final apabila tewas 11-21.
Menanti Ji Ting-Xiang Yu pada aksi final esok adalah satu lagi beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Malaysia turut mempunyai wakil dalam acara beregu campuran di pentas final esok menerusi gandingan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan membuat perhitungan dengan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/09/1301313/langkah-ee-yi-yew-sin-terhenti-di-separuh-akhir







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:01 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2024 08:02 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:02 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 08:02 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Check In
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nuki12 replied at 22-9-2024 08:02 AM

Keyotnye!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mamanoni replied at 21-9-2024 10:01 PM
Masalah paling besar

Setujuk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 21-9-2024 11:05 PM
Tah la u
Ada ke yg baca
Rasanya x kot, sini lebih pd menolak ja

Sheremm…tiba2 ku kena serang
Biarkan saja ‘kenangan’ itu berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mamanoni replied at 21-9-2024 10:01 PM
Crash Landing On You

Tengs U
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mamanoni replied at 21-9-2024 09:59 PM
Speedy recovery awak

Mekasih..dis mrng sore throat dah pulih - Alhamdulillah
Tapinya batuk masih lagi
Dugaan di bulan September
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mamanoni replied at 21-9-2024 09:49 PM
So kita mmg dibolehkan utk berangan selalu

Saya sokong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.473589 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list