1 cawan gula halus
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1. Pukul gula dengan marjerin jadi putih dan sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Pukul bagi rata.
4. Kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan baking powder.
5. Pukul sampai sebati.
6. Kemudian masukkan dalam loyang.
7. Bakar pada suhu 160°c selama 36 minit (ikut oven memasing)
bahan2
250g butter bg suhu bilik dan lembut
1 cawan gula anggaran 170-180g
sedikit esen vanila
ok whisk kan kalau ade mixer korg guna la mixer tau
sampai elok sebati dan kembang(butter dr colour kuning tukar pd colour cream)
masuk kan
6 biji telur gred A atau B
satu2 sampai habis ( cara die masuk satu whisk atau mix kan ha mcm tu smpai habis telur)
sket2
masuk kan 220g tepung self rising/2 cawan lebih kurg
sampai habis ya
ok dah siap adunan bahagi kan kepada dua
bahagian yg plain tambah kan emolco lemon 1 sb dan kacau sebati
bahagian coklat tambah kan 1 sk emolco cofee
2sb serbuk koko
kacau sebati dan tambah kan 1/4 cawan (5-6sb ) susu segar kedalam kacau rata
siap dah ya adunan
oleh loyang 8 dgn butter dan letak baking paper
tuang adunan berselang
hentak2 sket adunan
bakar suhu 180 masa 45-50 mnt
Bahan-Bahan :
4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning
.
Cara Membuat :
1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)
2. Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....bergantung kepada oven
9. Potong bila dah sejuk.
Tumbuk: Bawang putih + Halia
Potong: Bawang merah + Bawang besar + Serai
Ketuk: Cili
.
(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)
.
Minyak sikit. Tumis semua sekali.
Campur hirisan lemak ayam.
(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh)
Tumis sampai layu/garing/wangi.
Api medium.
.
Next:
Ayam. Celery. Carrots.
Basuh.
Potong.
Siram/bilas.
Duduk diam-diam kat bucu kaunter.
Tunggu nama naik nanti baru gi terjun masuk dalam puyuk okay.
.
Air hawo-hawo nok gelegok(baru2nak mendidih) , masuk ayam dulu. Pahtu baru campak masuk C&C.
Close pot/pan with lid. And waaaaiiiittt. ⏳
.
Kemudian masukkan:
1. Kiub Ayam Knorr
2. Sup Bunjut Adabi
3. Garam
4. Gula
5. Maggi cukup rasa
6. Thai Fish sauce
.
Lastly masukkan:
.
1. Daun Ketumbar / Coriander
2. Hirisan bawang besar (wedges)
3. Cili potong
4. Tomato
5. Daun limau purut
6. Perahan asam limau nipis
(1 loyang bulat)
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovelatte
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu cair
1/2 penutup pewarna hijau
1 penutup besar perisa pandan (boleh ditukar kepada perisa yg digemari)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1. Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
2. Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
4. Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
5. Masukkan kek ke dalam loyang yang dah di alas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup (balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
Bahan Cream Cheese Leleh :
250gm cream cheese tatura
Suku cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1. Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.
Cara menghias :
1. Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul2 sejuk.
2. Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dlm pinggan.
3. Potong@belah separuh kek dan sapu krim keju.
4. Letak kembali kek yg dipotong tadi dan sapu cream cheese.
5. Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
Tips :
1. Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dlm peti sejuk sebelum dinikmati.
2. Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
3. Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
4. Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
5. Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.
Bahan Untuk Kek Coklat :
80 gm serbuk koko
140 gm gula kastor
250 gm mentega
200 gm susu segar
120 gm susu pekat
125 gm tepung gandum
40 gm horlicks
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur (gred A)
Bahan Untuk Lapisan Cheese :
250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur (gred A)
30 gm tepung gandum/superfine
Caranya :
Terlebih dahulu panaskan kukusan.
Cara untuk kek :
Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula ke dalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Campurkan horlick, kacau serata dan ketepikan.
Pukul telur sehingga berbuih (tidak perlu sampai kembang). Masukkan kedalam sebatian coklat tadi dan dikacau rata.
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam tepung sambil dikaupbalik dengan spatula hingga adunan rata dan sebati. Ketepikan.
Cara untuk cheese :
Mula-mula cairkan coklat putih secara double boil, ketepikan.
Pukul cheese hingga lembut dan kembang.
Masuk telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kembang.
Masuk pula tepung, dipukul rata.
Dan akhirnya, masukkan coklat putih tadi, pukul sehinga gebu.
Bahaikan kepada 2 bahagian.
Cara Melapis :
Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Tuangkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
Setelah masak biarkan sejuk. Keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache. Penggunaan coklat ganache hanya sebagai pilihan kerana kek ini juga sedap dinikmati begitu saja
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor Ayam
1 helai Daun Kunyit
4 helai Daun Limau Purut
200 ml Santan
2 keping Asam Gelugor
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar :
1 inci Lengkuas
1 inci Halia
1/2 inci Kunyit
2 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
4 biji Buah Keras
12 tangkai Cili Kering
4 biji Cili Api
4 batang Serai
Cara memasak:
Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar
Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering
Masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak
Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, gula merah, rasakan kuahnya
Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat
Sedia untuk dihidangkan
biasa zura, mod mira, mod lala tak rate klu video not available.
jd rugilah sikit kt situ
smlm ada 1 video kt bod PT ada 1 lagu tak boleh tengok
alih2 pagi ni boleh pulak
agaknya server cari pun mabuk