|
|
Neelofa OFFICIALLY berhijab?#pg15 / KISAH HIJRAH LOFA #pg34
[Copy link]
|
|
|
cicicumel posted on 8-8-2014 10:36 PM
Talking pasal filem SEMBUNYI..iols pon bnaru tgk kat astro mnggu lepas..citer ni pon best gak tapi ...
Tulah masalahnya ..film khabir mmg selalu dipuji pengkritik .selalu mng award tp mmg jarang meletop cth film CINTA ,sepi ,gemilang,setem cuma nur kasih box office.tu pun takat sederhana 3 mil .tp filem beliau mmg selalu fresh & lain dr film2 biasa .
Biasalah msian ni agak stereotypes .klau suka genre tu ..bertahun2 tgok yg sama..dorg lebih suke hantu lawak & lwk bodoh..ckp menjerit2 mcm film tamil..
Hari tu tertgok kl zombie ..menangis iols tgok sbb sedeyyy dgn level film msia .baik buat drama sbb drama jauh lebih berkualiti dr film |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 8-8-2014 11:38 PM
Mcm mek iti beliau kat sini..
Ckp psl mek iti..selalu gak dia ikut pkmbgn lopa .
Gmbar dgn mufti ismail menk pun sama.mcm admire satu sama lain dorg kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 8-8-2014 11:46 PM
Lopa juri tetap pencarian remaja uols.yg ni nanti ada kat astrok kan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
angsaemas posted on 8-8-2014 11:49 PM 
Mcm mek iti beliau kat sini..
Ckp psl mek iti..selalu gak dia ikut pkmbgn lopa .
Gmbar dgn mufti ...
Depa dua byk persamaan
Rajin cari duit, komited dgn kerja, disiplin, suka bisnes, suka kecantikan
X suka jimba2 kelab mlm huha huha sana sini, rapat ngan family
Sesuai berkawan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
angsaemas posted on 8-8-2014 11:51 PM 
Lopa juri tetap pencarian remaja uols.yg ni nanti ada kat astrok kan?
Probably ada
Brgantung pd deal karangkraf & astro
But now since lofa pon krja program astro
Sure lebih mudah deal
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
elamor posted on 8-8-2014 11:51 PM
semua tajuk cite uols sebut tu semua iols minat! ingat lagi masa first tgk sepi (tgk kat youtube j ...
Tu laa .iols pun minat sepi sbb minat ngan eja .tgok pun tenang jer .ni la konsep film KB.semua film beliau iols nonton wpun sbnrny iols bukn peminat tegar film msia.dlm 10 film ditygkn maybe 1 jer iols tgok .tu pun klau ada 1 yg menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 9-8-2014 12:04 AM
Probably ada
Brgantung pd deal karangkraf & astro
But now since lofa pon krja program astro
Hope astro ambik .iols nk pollow
Rugi x ambik .rating mesti tggi sbb DR open utk yg brhijab jugak inspired by lopa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Sesi fotografi Media Hiburan ....
Amboi2 Keith Foo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 8-8-2014 11:42 PM 
http://www.youtube.com/watch?v=tZ6gGMF5TTI&feature=youtu.be
Comel lofa masa shoot cover remaja
FUTO..SEXY GAK BTS NI..
Yg lelaki lembut2 yg duk pegang2 dia tu tetap lelaki kan?
haha....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Usah cemar niat asal boikot
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca setia Nota Neelofa. Alhamdulillah, minggu ini sekali lagi Lofa berkesempatan berkongsi rasa dan cerita dengan pembaca semua.
Macam mana semua? Masih lagi dengan mood beraya? Raya tu, rayalah juga. Kesihatan jangan diabaikan ya. Makan banyak sangat ketupat, lemang rendang pun tak bagus juga.
Kalau dah memang ‘hantu’ makan makanan raya yang tak boleh dibendung tu, satu saja nasihat Lofa. Lepas makan jangan lupa bersenam, bakar apa yang patut.
Minggu ini Lofa tak nak bercerita mengenai raya. Dah banyak sangat cerita, nanti pembaca bosan pula. Lofa nak berkongsi pandangan peribadi mengenai satu isu yang memang sangat hangat diperkatakan. Apa lagi kalau bukan boikotUmum mengetahui nasib saudara kita di Palestin yang ketika ini berjuang berhabis-habisan mempertahankan kedaulatan tanah air mereka. Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang terpaksa mereka pikul.
Lofa secara peribadi sangat tersentuh dengan apa yang berlaku. Lebih menyayat hati apabila anak kecil yang tidak berdosa dan tidak faham apa itu erti perang, terpaksa menerima akibatnya.
Saban hari ada saja berita dan gambar mangsa peperangan tersebar di laman sosial. Perkara ini sangat meruntun jiwa. Menyedari perkara ini semakin keterlaluan dan melampau, Alhamdulillah atas inisiatif pihak bertanggungjawab, satu gerakan ‘boikot’ diwujudkan.
Ia bertujuan melemahkan pihak lawan dengan pendekatan tekanan ekonomi (economy pressure). Bagi Lofa, langkah diambil sangat bijak memandangkan zaman sekarang berperang bukan hanya menggunakan senjata, sebaliknya ilmu juga penting.
Namun sayang, niat asal boikot sedikit dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang tidak memahami apa itu boikot. Lofa difahamkan, ada yang bertindak di luar batasan dengan menyerang premis yang ada dalam senarai boikot.
Pembaca yang Lofa sayangi sekalian, Islam atau mana-mana ajaran suka kepada keamanan. Tindakan anda semua menyerang, sebagai contoh, pekerja makanan segera yang hanya bekerja atas dasar untuk menyara kehidupan, sangat tak wajar.
Nasib kita semua tidak sama. Mengapa dia bekerja di tempat makanan segera itu? Mungkin atas faktor terdesak untuk menyara kehidupan keluarga atau itu saja kerja bersesuaian.
Setuju tak jika Lofa katakan tindakan menyerang pekerja itu lebih kepada menzalimi berbanding berdakwah. Anda sudah menutup pintu rezeki yang berkemungkinan punca pendapatan keluarganya.
Itu baru satu hal, belum lagi masuk bab ada organisasi yang entah mana timbul dengan tiba-tiba tampil anjurkan piket jalanan dan sebagainya.
Lofa tak nafikan kita perlu tunjukkan sokongan terhadap saudara kita di Palestin tapi sayangnya, piket di jalanan kebanyakannya berakhir dengan keganasan.
Nanti lain pula jadinya. Sibuk nak tolong orang, nanti kita sesama rakyat Malaysia pula berpecah-belah. Kita sekarang berada di era teknologi di mana setiap maklumat tersebar dengan sangat pantas. Maklumat dapat dicapai di hujung jari.
Lofa sebagai pengguna tegar media sosial banyak mendapatkan berita berkaitan Gaza di laman sosial, tapi inilah penyakit kita. Penyakit ‘keyboard warriors’.
Segelintir daripada kita suka sangat sebarkan benda yang tak pasti kesahihannya hingga jadi satu hal lain iaitu bergaduh sesama pengguna sosial media.
Nasihat Lofa, hentikan penyebaran berita tak benar dan tidak perlu susah payah berlumba-lumba nak jadi orang pertama menyampaikan berita.
Seperkara lagi, kalau boleh elak (bukan kalau, tapi wajib elak), usah berkongsi gambar menyayat hati mangsa peperangan. Jadilah pengguna sosial yang bijak.
Ingat, selepas insiden MH370 dan MH17, Malaysia kini di mata dunia. Di sekeliling kita ada saja mata yang memerhati, menanti apa yang berlaku di Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu padu, tunjukkan semangat setiakawan kita kepada dunia. Ini tidak, baru isu boikot, dah bergaduh sana sini.
Bagi yang membaca artikel ini pasti tertanya-tanya, sebenarnya Lofa sokong ke tak boikot ni? Jawapannya, Lofa sokong 100 peratus tapi Lofa pilih cara lebih berhemah.
Jika benar senarai barang boikot seperti didakwa, Lofa lebih selesa memilih untuk berhenti mengguna, melanggan dan bekerjasama dengan produk itu.
Tak perlu rasanya nak memaki hamun, berpiket di jalanan, hanya semata-mata nak tunjuk lagak. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Walaupun kecil usaha kita, insya-Allah jika dipermudahkan, besar impaknya nanti.
Seperkara lagi, sebab boikot pun, sesama kita ada yang bergaduh bermasam muka. Contohnya, A tuduh B tidak peka dengan isu boikot, manakala B pula tuduh A terikut-ikut dengan trend semasa.
Masing-masing tak nak mengaku kalah lalu saling berbalah. Hello cik adik, cik abang, boikot tidak semestinya perlu ditunjukkan secara fizikal. Tidak semestinya perlu berlagak ‘cool’ konon tiada apa yang berlaku.
Seharusnya kita perlu tunjukkan keprihatinan kita terhadap isu ini.
Siapa betul, siapa salah bukan persoalan. Yang penting, tunjukkan kita peka dan jika tidak mampu berbuat apa yang besar, doakan ada.
Lupakah kita yang doa adalah senjata terkuat kita umat Islam? Insya-Allah jika kita ikhlas berdoa, niat kita akan dipermudahkan. Selitkan sedikit doa kita buat Gaza di dalam solat. Tak rugi pun, kan?
Sebelum Lofa akhiri Nota Neelofa minggu ini, sedikit info yang nak disampaikan. Bila timbul krisis, pasti banyak badan sukarelawan tampil menghulurkan bantuan. Tidak kurang ada yang menubuhkan tabung bantuan.
Ini info yang Lofa baca, sebelum menderma, pastikan anda semak dulu status tabung dan organisasi itu. Zaman sekarang, baik jahat tak mengira masa dan tempat. Ada saja orang yang nak mengambil kesempatan.
Ingat, nak menderma, semak dulu. Okeylah dah macam penceramah bebas pula. Cukup setakat itu, jom keluar berhujung minggu bersama keluarga, eratkan hubungan dan jangan lupa sebarkan rasa cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
angsaemas posted on 9-8-2014 08:41 AM
Usah cemar niat asal boikot
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca setia Nota ...
Thanks @angsaemas 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
angsaemas posted on 9-8-2014 08:41 AM
Usah cemar niat asal boikot
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca setia Nota ...
Well said lofa... Kaka setuju sgt bab boikot tu... Unless korg bg gaji tiap2 bulan or carikan kerja ganti utk pekerja2 sykt yg nak diboikot tu barula boleh nak suruh2 org tu berenti... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|