SUBANG - “Good Day,” itulah ucapan terakhir diberikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) Lapangan Terbang Subang, sebelum pesawat yang dipandunya MH370 hilang daripada radar.
Penolong Pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu berkata, beliau merupakan penyelia bertugas pada malam kejadian dan menegaskan di awal penerbangan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku.
“Selepas pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.40 awal pagi Sabtu, di awal 40 minit pertama semuanya berjalan lancar.
“Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pangkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian,” katanya kepada Sinar Harian di NATCC, semalam.
Siti Sarah berkata, sepanjang 18 tahun beliau berkhidmat itulah kali pertama keadaan terputus hubungan itu berlaku.
“Ketika mahu menyerahkan kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Zaharie), beliau memberi respons yang baik.
“Okey roger, Good Day (sekian terima kasih), itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum radar kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari,” katanya.
Post time 12-3-2014 02:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lorelai posted on 12-3-2014 02:28 PM
itu masalah bahasa dia lah
bukan bidang kuasa dia
ataupon effort dia
oh kalau kau tak pertikai kau puji ka tu??? baru aku faham... sudah2lah nak mencari kelemahan orang.. aku faham kalau sesetengah puak2 macam ni kerajaan buat sempurna pun kau akan cari jugak salah.. apatah lagi tengah teruk ni mau lunyai dikutuknya.. kalau betul hebat bagilah idea camana nak selesaikan masalah ni...
pittjie posted on 12-3-2014 12:29 PM
yang budak laki ni dia bukan mati sbb tersepit tayar. tp sbb tak cukup oksigen dan kesejukan melam ...
lor camne leh sng2 masuk kt tayar tu..
nmpk sgt kan x strict kan...
thn bila ye cite ni...mcm penah dgr...
umo bape thn bdk tu...
ke jadah dok kt tayar
pittjie posted on 12-3-2014 02:26 PM
ya. budak perempuan. tak de la budak sgt. rasanya lewat belasan kalau tak awal 20an. ko buat aku t ...
ty.....saya google cari tapi tak jumpa kes tu....perempuan tu nama yushaira ke kalau ikut aunt saya..dia pun lupa..tp memang pelik bagaimana dia boleh terlepas mcm tu sahaja......
Saya rasa sedikit pelik dengan orang kita yang
kononnya SIMPATI tahap class A kepada mangsa,
sehingga berkabung dan hanya boleh berdoa dan
memaksa semua orang untuk DIAM DARI
membicarakan tentang hal berkaitan dengan MH
370 ini, contohnya imegresen yang terlepas
passport palsu, kelemahan berita media yang
bersimpang siur, masalah bacaan radar, tahap
efisyen krew penyelamat, kelemahan jurucakap
yang buat statement, kelemahan MAS sendiri
mungkin, kos yang bakal ditanggung MAS
disebabkan kehilangan ini dan lain-lain.
Hakikatnya, apa yang diceritakan TIDAK SESEKALI
bermaksud TIDAK HORMAT keluarga etc. Itulah
sebenarnya sebahagian rintihan ahli keluarga
yang dikongsi oleh pembaca awam.
Lainlah kalau kita mengutuk sebahagian krew atau
penumpang yang masih hilang, itu baru TIDAK
HORMAT. Perlu berfikir dengan objektif BUKAN
pukul rata. Tiada salahnya membincangkan dan
memberikan cadangan membina dan keluhan dalam
beberapa hal tersebut bagi menambah efisyen
mereka dan agar peristiwa ini TIDAK BERULANG.
Berdoa dan simpati TIDAK SEMESTINYA, senyap
dan hanya berdiam diri melihat kelemahan dan
membiarkan masyarakat antarabangsa meratah
imej negara kita.