CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

LIVERPOOL FC ~ BaDi TiaNG, PaLaNG & PeNaLTi ~

   Close [Copy link]
Post time 24-2-2012 03:53 PM | Show all posts
piala miki tu hanya panggilan untuk carling cup..ada paham?
nani_manu17 Post at 24-2-2012 14:17



   piala miki ke,piala ape ke..janji piala...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 03:55 PM | Show all posts
19 mane..dia tukar tajuk je..??


19..bro..mane dia ni




bro 19



aku x jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 04:07 PM | Show all posts
boboi apiz dah pass batton kat boboi nani plak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 04:37 PM | Show all posts
boboi apiz dah pass batton kat boboi nani plak ka?
hardeyboyz Post at 24-2-2012 16:07



    sesuai lar tu pass baton ....dah nama pun nani_manu....kalau letak kat India tu confirm orang ingat nama india....Nani Manu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 05:05 PM | Show all posts
kalau betul2 fans manchester united, dia takkan tulis shortform "man u".. kena tulis "man utd" or "MU" je ..
nak pronounce pulak "em yu" bukan "men yu" .
ingat ye kawan2... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 06:16 PM | Show all posts
kalau betul2 fans manchester united, dia takkan tulis shortform "man u".. kena tulis "man utd" or "M ...
h0lysh1t Post at 24-2-2012 05:05 PM


kira nani tu bukan betul betul fans manchester united la tu yek? sebab tulis manu insteand of man utd or man u...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2012 06:42 PM | Show all posts
kira nani tu bukan betul betul fans manchester united la tu yek? sebab tulis manu instea ...
hardeyboyz Post at 24-2-2012 18:16



hehe aku rasa manu tu nama dia... Manubalan A\L Mariappan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 06:48 PM | Show all posts
hehe aku rasa manu tu nama dia... Manubalan A\L Mariappan
h0lysh1t Post at 24-2-2012 18:42


holysh1t nama ko ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 07:07 PM | Show all posts
kira nani tu bukan betul betul fans manchester united la tu yek? sebab tulis manu instea ...
hardeyboyz Post at 24-2-2012 18:16


teori mengarut...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 07:42 PM | Show all posts
Reply 1329# nani_manu17


lol.. ni kisah betul.. lepas munich air crash..
check la blog ke,forum ke... hehe
kat sini cite detail skit

Why Manchester United fans don't say "Man U"
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 07:44 PM | Show all posts
Reply  nani_manu17


lol.. ni kisah betul.. lepas munich air crash..
check la blog ke,forum ke ...
h0lysh1t Post at 24-2-2012 19:42

masalahnya kat malaysia ni tak kesah semua tu man u pun diorang panggil...asalkan bukan monyet...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 08:04 PM | Show all posts
masalahnya kat malaysia ni tak kesah semua tu man u pun diorang panggil...asalkan bukan monyet...{ ...
nani_manu17 Post at 24-2-2012 19:44


glory glory man united
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 08:18 PM | Show all posts
salam 1-6 buat warga man u
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 10:03 PM | Show all posts
hahaha.. tajuk sudah tukar yer..
tak perasan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 09:27 AM | Show all posts
FA CUP




Liverpool have confirmed their FA Cup quarter-final v Stoke will take place at Anfield on Sunday, March 18, at 4pm.

The tie will be shown live on ITV.

Supporters should note no new date has yet been announced for our Barclays Premier League clash away at QPR, which was previously scheduled for Saturday, March 17.

yyeeaahhhh men kat anfield lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 09:32 AM | Show all posts

RUMOURS







Liverpool and Newcastle are weighing up summer moves for Barcelona star Seydou Keita, with the Catalan giants ready to listen to offers for the Mali midfielder.

Keita has proved to be a valuable squad player for the Blaugrana following his £12million switch from rivals Sevilla in 2008, turning out over 100 times and winning 14 trophies, including the Spanish league title three times, and the Champions League twice.

The 32-year-old has earned a reputation as a trusted and reliable box-to-box enforcer under manager Pep Guardiola, having previously been seen as an enthusiastic defensive midfielder during a seven year spell in French football, where he turned out for Marseille, Lorient and Lens, before heading to Spain.

However, despite Keita's success at Barcelona, the club are planning to promote a section of exciting youngsters to the first-team next season, including Cristian Tello, Jonathan dos Santos and Sergi Roberto, and are now expected to listen to offers in the region of £5million for Keita when the summer transfer window opens.

That would suit long-term admirers Liverpool, who were strongly linked with a bid for the Malian in January, where the player admitted he was unsure of his future, saying: "I have enjoyed many new adventures, but I don't know what will happen in the future. We will see what happens."

Keita is under contract at the Nou Camp until 2014, but Liverpool and Newcastle are both convinced Keita will leave this summer if he is not promised regular football by Guardiola, something that seems increasingly unlikely.

The Magpies are the clear outsiders, but are desperate to add more proven experience to their ranks, and hope the African contingent of Demba Ba, Cheick Tiote, Mehdi Abeid and new boy Papiss Cisse can be key in swaying Keita's decision.

The midfielder is set to command wages of around £80,000-a-week, which technically rules out a move to smaller sides in France and Spain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 11:14 AM | Show all posts
gay gay man u dtg melalak... harharhar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 12:19 PM | Show all posts
Reply 1335# sudugaru

bro... aku ader add ko kat BBM tau... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 03:06 PM | Show all posts
Cardiff sedia gegar Wembley


PENGERUSI Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee (kanan) meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Crystal Palace menerusi penentuan penalti pada separuh akhir Piala Liga di Stadium Cardiff City, Wales Januari lalu. - AFP

--------------------------------------------------------------------------------


MALAYSIA bakal menjadi pemenang terbesar apabila Cardiff City dan Liverpool bertembung pada perlawanan akhir Piala Liga di Wembley, esok.

Ramai memilih Liverpool selaku favourite untuk menjuarai pertandingan itu buat rekod kali kelapan, namun bagi Bluebirds ia adalah pengalaman yang jarang untuk mereka menjadi tumpuan seluruh dunia.

Cardiff kini semestinya mendapat tempat dalam hati di kalangan peminat bola sepak Malaysia sejak ia diambil-alih dua ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee.

Jangan terkejut kalau Jalur Gemilang kelihatan berkibar di kawasan tempat duduk penyokong Cardiff di stadium berprestij Wembley, esok.

"Kami sangat berbangga untuk bermain di final Piala Liga. Tiga atau empat bulan lalu, saya tidak berani berfikir kami akan melangkah sejauh ini.

"Liverpool jangan pandang rendah Cardiff. Kami memiliki segala yang diperlukan untuk menewaskan The Reds.

"Bagaimanapun, adalah satu penghormatan untuk beraksi menentang Liverpool. Berdepan pasukan sepopular itu, kami juga mendapat lebih banyak pendedahan. Ia dapat meningkatkan profil kami," kata Tien Ghee.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Tien Ghee yang diiringi senyuman lebar diwajahnya apabila diminta mengulas mengenai penglibatan Malaysia dalam Piala Liga.

"Nama Malaysia jelas terpapar di hadapan jersi pasukan. Ia merupakan satu cara yang hebat untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

"Dan saya amat pasti laungan sokongan daripada penyokong kami tidak kurang hebatnya. Sejumlah 31,000 tiket yang diagihkan untuk Cardiff kesemuanya habis dijual.

"Rakyat Malaysia di Britain, sama ada bekerja atau belajar, mereka semua berdiri teguh di belakang kelab ini. Tidak dilupakan juga seluruh warga Wales, mereka adalah penyokong kuat kelab ini.

"Nama Malaysia kini menjadi sebutan di Wales, Malaysia mendapat tempat di hati rakyat Wales," ujar Tien Ghee.

Tien Ghee juga yakin penyokong-penyokong tegar kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang lain termasuk Liverpool akan memberi sokongan kepada Cardiff apabila menyaksikan perlawanan final itu.

"Saya jangka ada ramai peminat EPL akan menyokong Cardiff kerana adanya penglibatan Malaysia dalam kelab ini," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 03:07 PM | Show all posts
Trio pemusnah senjata Reds

Oleh ZAZALI JAMIAN
[email protected]


KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard (kanan) sekali lagi bakal digandingkan dengan Luis Suarez selepas kedua-dua tonggak Liverpool itu mempamerkan aksi menyakinkan pada pertemuan Piala FA di Anfield, minggu lepas. - AFP

--------------------------------------------------------------------------------


NYANYIAN lagu "You'll never walk alone" sudah pasti bakal bergema di Stadium Wembley, esok ketika perlawanan akhir Piala Liga antara Cardiff City menentang Liverpool yang menjanjikan satu perlawanan penuh debaran buat kedua-dua penyokong.

Tumpuan pada perlawanan, esok sebenarnya lebih terarah kepada skuad bimbingan Kenny Dalglish yang dianggap sebagai pilihan untuk menjulang trofi kejuaraan kerana memiliki kekuatan dari segi barisan pemain bintang dan pernah menjulang Piala Liga sebanyak tujuh kali.

Malah, sekiranya Liverpool memperoleh kemenangan di Wembley, esok, kejayaan itu merupakan kemenangan sulung Dalglish sebagai pengurus Reds sejak kembali ke Anfield Mei tahun lalu.

Ada banyak perkara yang bermain di fikiran Dalglish menjelang perlawanan akhir, esok dan antaranya adalah tentang pemain-pemain yang bakal diturunkan pada pertemuan penuh bermakna itu.

Apa yang pasti, trio pemusnah Steven Gerrard, Luis Suarez dan Andy Carroll bakal diturunkan Dalglish dalam kesebelasan utama setelah membuktikan gandingan mereka mampu menyengat seperti yang dipamerkan pada pertemuan Piala FA menentang Brighton, minggu lalu.

Kehadiran semula Suarez ke pangkuan Liverpool setelah tercicir dalam beberapa pertemuan penting Piala Liga sebelum ini, ekoran menjalani penggantungan lapan perlawanan meletakkan penyerang Uruguay itu menjadi tumpuan untuk membolosi gawang Cardiff.

Keserasian yang semakin menjadi antara dirinya dengan penyerang England, Carroll menjelang final, esok cukup melegakan Dalglish, di samping kapten, Gerrard yang kembali mendapat sentuhan magisnya.

Selain tiga trio itu, kehadiran Bellamy serta dua tonggak pertahanan tengah yang semakin serasi, Daniel Agger dan Martin Skrtel dijangka diturunkan pada perlawanan akhir esok, melengkapkan barisan sempurna Dalglish yang dilihat mampu menjadi kunci kepada kejayaan Reds tahun ini.

Tidak lupa, bintang Belanda, Dirk Kuyt atau Stewart Downing mungkin menjadi pilihan Dalglish untuk mengisi posisi sayap kanan Liverpool bagi mengukuhkan jentera pasukan dari Merseyside itu.

Khabar angin yang bertiup kencang mengenai kehilangan Bellamy dan Agger pada perlawanan menentang Brighton, tidak pula merisaukan pengurus Liverpool yang mempunyai alasannya sendiri menyimpan dua tonggak penting Reds itu.

"Apa yang kami tahu, tiada kecederaan daripada aksi Brighton dan kami hanya akan melihat bagaimana situasi mereka (Bellamy dan Agger), tetapi seharusnya tiada apa yang perlu dirisaukan terhadap dua pemain itu," kata Dalglish.

Namun, Dalglish tetap berkeyakinan dua pemain tersebut bersedia untuk diturunkan pada pertemuan menentang Cardiff nanti.

Semangat di kalangan pemain juga kian meningkat terutama apabila Liverpool layak melangkah ke saingan akhir sehingga penolong kapten, Jamie Carragher sendiri sedia mengalah untuk ke bangku simpanan seandainya Agger dapat membuktikan kecergasannya bagi bergandingan dengan Skrtel.

"Sudah tentu semua pemain mahu bermain. Saya keluar akibat kecederaan dan pemain lain datang dan bermain dengan baik. Pengurus berlaku adil kepada pemain dan apa yang dilakukan tepat pada masanya.

"Agger dan Skrtel adalah dua pemain terbaik yang kami miliki. Saya terpaksa menunggu giliran saya seperti mana yang telah dilakukan oleh pemain lain dan saya pun telah bermain begitu lama," kata Carragher.

Kejayaan terakhir di lakar oleh kelab yang telah berusia 120 tahun itu ialah menjulang Piala FA pada 2006 menewaskan West Ham United melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.175838 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list