CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sasha

ALL About IUI - Part 3

  [Copy link]
Post time 11-4-2011 03:47 PM | Show all posts
yup..setuju ngan tennis...actually x sakit pon tvs ni..sebenarnya malu sesgt sbb dr yg periksa tuh lelaki...rasa cam nak pakai topeng jer bile time wat tvs n iui tu...ehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2011 09:08 PM | Show all posts
nk tanya sapa2 yg pernah bt iui kt spital kerajaan ble ke klu nk minta guna ubt jenis gonal f..sy pernh bt iui dh 2x tp guna clomid..nk tanya doc pun lambat g appoiment.lgpun sy takut doc marah lak pandai2 mintak..bukan apa sy tgk byk yg berjaya iui guna ubt jenis gonal f @ puregon..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 1322# passion3


    xpayah mintak passion... doc akan buat step by step ikut keperluan
memula mmg dia bg clomid, kl x jalan dia akn bg injection gonal-f atau puregon
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:24 AM | Show all posts
salam sume...

My schedule for IUI is on 25 april 2011. berdebar2 pun ade...doakan saya ye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 08:25 AM | Show all posts
nk tanya sapa2 yg pernah bt iui kt spital kerajaan ble ke klu nk minta guna ubt jenis gonal f..sy pe ...
passion3 Post at 16-4-2011 21:08


gonal f tu yang suntik kat perut tu ke?Fad sekarang pun gunakan gonal f tu, buat sendiri kat umah..mula2 nk inject takut juge, tapi bile da 2nd time da expert
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:42 AM | Show all posts
salam sume...

My schedule for IUI is on 25 april 2011. berdebar2 pun ade...doakan saya ye..
fadwah Post at 19-4-2011 08:24


wah besnye...
all the best ya...
jgn lupa update sini nnti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2011 11:08 AM | Show all posts
Reply 1326# lavenderUngu81


   hehe macih lavender ungu..insyaAllah, nnt sy update..sekarang pun dah berdebar2 nk tau keputusan scan this 22nd..harap2 ade 3-4 telur untuk disenyawakan,,
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 04:22 PM | Show all posts
at last jumpa juga thread pasal IUI .. win belum buat IUI lagik , consume clomid pun belum .. plan nak amik clomid mensus next cycle ... win just nak tau la .. buat IUI ni mcm kita buat HSG ye ?? masa win buat HSG bleeding banyak ... buat IUI bleeding jugak ke ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 04:25 PM | Show all posts
alhamdulillah..iui berjln lancar, telur sblh kanan ader 3, kiri 3...tp doc focus sblh knn sbb tube k ...
misslefties Post at 8-2-2011 20:54



    ehmm .. masalah kita sama la .. win pun masalah tubal factor .. block belah kanan
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply  lavenderUngu81


   hehe macih lavender ungu..insyaAllah, nnt sy update..sekarang pun dah ...
fadwah Post at 19-4-2011 11:08



hi fadwah, gd luck .. ini first IUI ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 02:19 PM | Show all posts
hi fadwah, gd luck .. ini first IUI ke ?
WinXP Post at 21-4-2011 11:10



mekaseh...aah ni 1st iui...takut jugak..esok nk kene g scan tgk telur.IUI ni lebih kurang hsg jugak cuma alat yang die guna halus sikit tak macam hsg tu guna besi...seraamm je,!
sy bc lam tenet ade juga yang bleeding tapi sikit2 la mungkin sebab luka kene caterer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:17 AM | Show all posts
sy baca pasal iui di blog dr adilah.. sorry yer kalu dah tepek... http://dradilah.blogspot.com/2009/11/iui.html

IUI
1. IUI adalah singkatan Intra Uterine Insemination, ia juga dikenali sebagai permanian berhadas

2. Teknik IUI lebih mudah dan jauh lebih murah daripada IVF tetapi dengan peratus kejayaan yang lebih rendah (sekitar 10-15% jika bilangan telurnya 1 atau 2).

3. Lazimnya sebelum IUI, ubat kesuburan (sama ada pil Clomiphene atau suntikan hormon FSH) akan diberikan selama beberapa hari, disusuli dengan pemantauan keberkesanannya secara ultrabunyi melalui faraj (TVS atau transvaginal ultrasound). Suntikan FSH jauh lebih berkesan tetapi harganya juga jauh lebih mahal.

4. Melalui TVS, saiz kantung folikel (yang diharapkan mengandungi telur) seeloknya mencapai saiz 18-22mm diameternya, bilangannya pula biarlah sederhana banyak (lebih banyak lebih berjaya tetapi lebih tinggi risiko kembar pula), serta penebalan lapisan endometrium (disebut ET atau endometrial thickness) biarlah melebihi 10mm (minima 8mm).

5. Pada masa yang sama, wanita akan merasai perubahan akibat peningkatan paras hormon estrogen eg tona kulit yang gebu dan licin, lebih menarik, lendir faraj yang cair dan banyak serta perut terasa sedikit kembung (akibat ovari yang semakin berat dan besar dengan kehadiran banyak kantung). Suami pula diminta untuk menyimpan stok air maninya (ie tidak mengeluarkan air mani atau ejakulasi) selama kira-kira 3-5 hari sebelum jangkaan IUI.

6. Kini, wanita telah bersedia untuk menjalani proses IUI. Satu suntikan mengandungi hormon hCG (sama seperti hormon mengandung) akan diberikan pada anggaran 36 jam sebelum waktu IUI. Eg. saya lazimnya melakukan IUI pada waktu menghampiri tengahari, maka pesakit saya akan diminta mengambil suntikan hCG ini pada menghampiri waktu tengah malam 36 jam sebelumnya.

7. Pada hari IUI, suami datang mengeluarkan air mani secara masturbasi, kemudiannya diberi kepada embriologis untuk diproses (mengambil masa selama 1.5 - 2.5 jam). Sperma yang elok akan terpisah dan diambil serta dimasukkan ke dalam tabung uji.

8. Pada hari IUI juga, ovulasi dijangka berlaku. Umpama jerawat yang sedang mengening, begitulah kantung telur yang sedang hampir ovulasi,ia boleh menyebabkan sedikit kesakitan pada bahagian ari-ari, bolehlah mengambil panadol untuk meredakan kesakitan ini. Isteri yang bersedia di klinik diminta ke katil dan dalam keadaan berbaring dengan kedua lutut/kakinya dibengkokkan. Satu spekulum akan dimasukkan ke dalam faraj (sama seperti menjalani pap smear) bagi membuka faraj untuk memperlihatkan lubang pintu rahim di penghujungnya. Melalui lubang pintu rahim inilah, satu tiub yang telah bersambung dengan syringe yang mengandungi sperma itu (disedut dari tabung uji) akan dimasukkan terus ke dalam ruang rahim secara berhati-hati supaya tidak melukai endometrium yang sangat fragile itu.

9.Saya melakukan IUI berpandukan ultrasound sama seperti kaedah memasukkan embrio dalam IVF, ini kerana saya dapati peluang kehamilan pesakit saya meningkat menggunakan cara ini (rekod peratus kejayaan IUI meningkat sehingga 60% dengan risiko kembar di bawah 15%), mungkin kerana penghujung tiub berada pada aras yang sama dengan kedudukan bukaan tiub falopian, mungkin juga ada faktor tambahan iaitu eg. menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian dosnya, isipadu cecair yang mengandungi sperma, teknik IUI, ubat luteal support, makmal yang memproses air mani (ada yang rahsia :-). Tidak perlu berbaring selepas IUI (ini telah banyak dibuktikan secara kajian antarabangsa), boleh terus bangun dan pulang. Jangan lupa mandi wajib tau.

10. Jaga pemakanan dan pergerakan (tidak salah untuk beringat walaupun kajian kata x de kaitan), asalkan jangan x bergerak langsung atau x makan langsung. Yang lebih penting dan jauh lebih berkesan daripada rawatan doktor adalah berdoa dan yakin pada rezeki, InsyaAllah


Bacalah doa dari Quran ini setiap hari
"And (remember) Zakariya, when he cried to his Lord: "O my Lord! leave me not without offspring, though thou art the best of inheritors." (21:89)
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 12:08 PM | Show all posts
tak dapat buat IUI hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 01:32 PM | Show all posts
Reply 1333# fadwah

nape xleh wat pulak fadwah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply 1334# lavenderUngu81

uhuk doktor cakap telur banyak sgt plak. takut dapat multiples..doc cakap kene rendahkan dos ubat tuh..mungkin ada himkah di sebalik semua ni kan..kene tunggu nest cycle plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 03:20 PM | Show all posts
Reply  lavenderUngu81

uhuk doktor cakap telur banyak sgt plak. takut dapat multiples..doc cakap  ...
fadwah Post at 25-4-2011 14:28



kiranya ada specific bil telor la nak buat IUI ek ..
anyway, takpe fadwah cuba lagi .. sekurang2nya berusaha ..
errr .. fadwah buat kat mana ek ? sori maybe penah ckp dulu byk sgt win baca post oang lain kat forum kekadng dah mixed up .. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 03:23 PM | Show all posts
Reply 1336# WinXP


yup, doc sarankan, cuma 3-4 telur je yang besar dan kemungkinan untuk pecah. Macam fad doc tak berani buat takut perut fad bloating, cramping n sakit. klu ikutkan ML pun doc tak galakkan tapi, insyaAllah mn tau ade rezeki kan? KIte merancang hanya Tuhan yang menentukan. InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 03:46 PM | Show all posts
Reply  WinXP


yup, doc sarankan, cuma 3-4 telur je yang besar dan kemungkinan untuk pecah. Mac ...
fadwah Post at 25-4-2011 15:23



so lepas ni pakai ubat inject juga ke ? atau amik pil ??
win baru nak amik pil next cycle .. itupun win tgk skali consume ubat tu dose - 150mg ..
fad buat kat hukm jugak ke ? (err ke oang lain ek ?)
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 04:58 PM | Show all posts
Reply 1338# WinXP

i buat di LPPKN..lepas ni tak tahu lagi mcm mn..kene tunggu next cycle..doc cakap nk kurangkan dos..tak tau la cmne..serahkan pada yang pakar
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 06:08 PM | Show all posts
Reply  WinXP

i buat di LPPKN..lepas ni tak tahu lagi mcm mn..kene tunggu next cycle..doc cakap n ...
fadwah Post at 25-4-2011 16:58



its okay fad ... teruskan usaha ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.402755 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list