CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rinafarha1709

umrah II

 Close [Copy link]
Post time 22-6-2008 09:05 AM | Show all posts

Reply #1316 HUSSAINTAHIR's post



Terima Kasih atas doa Husain.
Moga diperkenankan oleh ALLAH swt.


Aminnnnnnn........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 09:08 AM | Show all posts
salam... nanti ajat saya taruk avatar bunga tu ya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:10 AM | Show all posts

Reply #1317 IDB's post

Jadi tak pergi Umrah Ramadan ini??
Doakan moga IDB dapat mengerjakan Umrah...
Mendengar orang dapat pergi pun sudah cukup membahagiakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:12 AM | Show all posts
huuh..makcik aziefa dan IDB dah ada pagi2 lagi kt thread nie hehehe...

saya kt office tgh siapkan kerja..esok outstation lagi..sambil jeling2 kt thread nie heheh

betul saya sokong pendapat IDB mesti dok teringat2...terkenang-kenang..termimpi-mimpi...dan terbayang-bayang..dah sampai mekah n madinah...

insyaALLAH semoga ALLAH berikan kekuatan..kesihatan..keamanan..dan kemampuan untuk melaksanakan ibadat sepanjang di bumi barakah..dan di haramain (dua tanah suci)...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #1317 IDB's post

Nak munga (tumpang cakap hanni) apa??
Cubaan....(tumpang cakap Ustaz) guna munga ini dulu ye..



Mula mula..
Pergi kat jambangan bunga tu..click right hand mouse tu..copy
Lepas tu..
Click Member's CP..click edit profile ( Dekat atas)
Pergi kat.. Avatar yang belah bawah (selepas Misc option sebelum signature)
Letak cursor tu dlm kurungan disediakan sebelah avatar..paste
Lepas tu..click Submit..Tunggu jawapan dia..
Selamat Mencuba...
Nanti kalau jadi cantiklah thread Umrah kita...
berwarna warni dan berbunga bunga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #1322 aziefa's post

wah..wah makcik aziefa tolong supply bunga..

colourful la thread kita lepas nie... hehehe...

makcik..ibu pergi umrah ramadhan jugak kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2008 09:39 AM | Show all posts

Reply #1323 HUSSAINTAHIR's post



Nak cantik kan rumah ni...
Tuan Rumah tak de..kita tolong hiaskan..

Dengar cerita Ibu (Kak Ros) memang nak pi Umrah tapi tak tau bila.
Dia ada cakap bercadang nak pi Ramadan juga...

Doakan moga Kak Ros dapat pi Umrah Ramadan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:47 AM | Show all posts

Saya catatkan disini Maklumat yang diperolehi semasa saya nak pi Umrah pada Tahun lepa 2007.
Untuk Makluman Bersama.

Prosedur Baru dari Saudi Embassy 2007-1428h - Umrah


Tumpang mahram dengan ketua kumpulan. ( sila rujuk document dibawah )

      TUMPANG MAHRAM ( KETUA KUMPULAN )
           
1)ISTERI MENGERJAKAN UMRAH ( TANPA DITEMANI SUAMI )

      : Salinan kad pengenalan setiap jemaah.

      : Salinan sijil nikah dan surat keizinan suami ( dalam bahawa bahasa inggeris )

2)  ANAK MENGERJAKAN UMRAH ( TANPA DITEMANI BAPA )

      : Salinan kad pengenalan setiap jemaah.

      : Salinan sijil kelahiran dan surat keizinan dari bapa ( dalam bahasa inggeris )

3)  JANDA ( KEMATIAN SUAMI )

      : Salinan kad pengenalan setiap jemaah.

      : Salinan sijil kematian suami

      : Salinan surat kebenaran dari keluarga terdekat ( pertalian darah )

      : Salinan kad pengenalan ( wali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 09:51 AM | Show all posts
Dalam hal Mahram ni...
Kena jaga betul betul kalau tidak mahu masalah di airport Jedah..
Satu hal lagi dari segi hukum Wanita yang berpergian perlu ada mahram..


Macam Husain senang...
Bila masa nak pi...ada duit ...kesihatan membenarkan..
Terus Labaikallah..humma labaik..
Kami datang Ya Alahh..
Dengar Talbiah ni dah rasa sayup sampai kedalam...
Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #1326 aziefa's post

tapi makcik sebenarnya mcm2 dugaan yg dtg...

hakikatnya banyak pengorbanan pelru dilakukan..
banyak juga cabaran:
ada wang tiada masa
ada masa tiada wang
ada masa plus wang...tiada teman untuk ke umrah..

semua cabaran diatas perlu ditempuhi heheh

tapi masih beruntung hati masih lekat kt haramain (dua tanah suci)..

nak citer kisah pagi tadi...sedih sgt
pagi tadi pergilah minum kt restoren mamak sambil tgk euro belanda vs russia
tgh syok tgk bola..jumpalah kawan lama dengan teman lelakinya..
pakaiannya teruk sgt menampakkan bahagian dada dengan tatu pada dada..
kelihatan sungguh kasihan..anak melayu zaman ini

dia menyapa saya..saya pun tanya dari mana..
dengan angkuhnya dikatakan baru balik dari clubbing bersama teman2
..dalam hati saya keciannya ada wang dibazirkan..ada masa juga dibazirkan..
kalau mati kt club tue sambil berdansa...tak ke kelihatan agak hina?



syukur pada ALLAH..masih dalam rahmatnya..

[ Last edited by  HUSSAINTAHIR at 22-6-2008 10:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 10:25 AM | Show all posts
kawan hussain tu perempuan kebret ke? silver tortoise?
bukak sana, bukak sini...
terjerit sana, terjerit sini...
hong sana, hong sini...
itu kawan hussain ke?

malam tadi ustaz berforum dgn ustaz roslan mohd UM & ustaz alwi(ketua nikah, cerai, rujuk JAIS)
dari forum tersebut menyatakan, gejala sosiol dikalangan melayu begitu kritikal sekali...
pengidap aids di malaysia...78% adalah islam...
puncanya adalah cara ibu bapa mendidik anak2 & pergaulan(kawan2) anak2...
jadinya kita harus doa sentiasa utk anak2... dan kita terapkan nilai keagamaan kepada mereka...
memang susah hendak membesarkan anak2 ni...
anak2 imam di masjid ustaz pun tak tutup aurat...
ini pula anak2 org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 10:34 AM | Show all posts

Reply #1327 HUSSAINTAHIR's post

Nauzubikahiminzaalik...
Minta di jauhkan dari diri kita dan keluarga kita..
Alhamdulillah...
Moga Allah melindungi Husain...

Surah Al Qasas Ayat 60:
"Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah
kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya;
sedangkan apa di sisi ALLAH adalah lebih baik dan lebih kekal.
Apakah kamu tidak memahaminya?

[ Last edited by  aziefa at 22-6-2008 10:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #1328 ustaz's post

nak buat mcm mana ustaz..

dulu masa zaman sekolah baik jer..bila dh kerja ..ikut
rasa sendiri..masing2 punya gaya dan cara tersendiri

dalam 1000 kawan tak semua
putih seperti lautan
ada juga tersesat dengan dunia

biasalah dunia adalah tempat mencari siapa diantara kamu yang baik amalan nya

kawan tetap kawan..dengan doa agar kembali ke pangkal jalan

ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #1329 aziefa's post

semoga ALLAH melindungi kita semua

kecian sgt ...kita yg punya kewarasan dan ilmu..masih berdiam
tiada kemampuan bersuara..

cuma mampu berdoa agar dipelihara olehNYA dan semua manusia diberikan petunjuk jalan yang benar

Firman Allah dalam surah Ali 慖mran 135-136: (maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[ Last edited by  HUSSAINTAHIR at 22-6-2008 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 10:54 AM | Show all posts

Reply #1320 aziefa's post

Cadangan nak pegi bulan Mac 2009...Insya'Allah jika diizinkanNya..Puasa ni ada komitmen di UK selama 2 minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:01 AM | Show all posts

Reply #1330 HUSSAINTAHIR's post

ini-lah masalah yang melanda masyarakt melayu masa kini...sungguh menyedihkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 22-6-2008 10:45 AM
semoga ALLAH melindungi kita semua

kecian sgt ...kita yg punya kewarasan dan ilmu..masih berdiam
tiada kemampuan bersuara..

cuma mampu berdoa agar dipelihara olehNYA dan semua manusia dibe ...


Ada suatu hari tu...geram juga..last last bersuara jua
Kalau selama ini diam aje cuma dlm hati rasa tak suka apa yang dilihat..

Suatu hari tu....
Minum petang di kopitiam Bangi.
Ramailah anak muda muda balik kerja..kerja kilang..kerja ofice.
Tiba tiba ada 3 anak gadis lalu dan berhenti kat depan kopitiam..
Pakai seluar pendek betul...
Dekat Bangi pun ada yang berani pakai mcm tu..kalau di KL tu biasalah..
Anak muda yang lepak kat situ asyik memandang dan menjeling aje..
Anak gadis tu seolah suka dipandang sambil sibuk bercakap dgn hp.
Ya..Allah...
Bila Mak Cik dah masuk kereta....lalu kat tepi mereka siap cakap..
"Dik tak de duit ke pakai seluar tak cukup kain"
Spontan dia orang jawab " Jangan sibuklah"
Anak Perempuan Mak cik yg duduk sebelah siap cakap "Cepat Mak nanti dia orang kejar kita pulak"
Mak cik cakap..Kalau dia orang kejar biar Mama bertakbir dan siap azan lagi"
Entahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:13 AM | Show all posts

Reply #1333 aziefa's post

makcik..memang terror..
saya kt sekolah dulu rajin jugak tegur orang...itu tak betul..ini tak betul

tapi sejak masuk universiti dan bekerja..terima jerlah apa yg orang buat..tak mampu nak ubah orang lain melainkan diri sendiri...

[ Last edited by  HUSSAINTAHIR at 22-6-2008 11:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 11:50 AM | Show all posts
Sekarang ni memang terlampau ramai keluarga Islam yang cetek agama...
dan terlampau ikut kebaratan hinggakan di dalam rumah tersimpan botol2 arak2...
Cumanya yg saya hairannya mereka mengaku diri islam walaupun tidak pernah solat dan puasa...
Malah mereka bangga mereka hidup secara moden...
Mereka tak takut matikah? Ataupun mereka tidak tahu apa akan terjadi selepas mati?
Sekiranya kita ada rakan2 atau saudara mara yg seperti ini...
kita wajib tegur dan bimbing mereka... tapi secara lembut...
dari pengalaman... paling efektif sekali bila kita cerita mengenai hal2 mati dan alam barzakh...
mula2 kita tanya mereka samada mereka tahu tak apa akan terjadi selepas mati...
lazimnya mereka akan soal kita dan berhujah dgn kita...
kita sabar dan susun ayat secara lembut... apa2 pun jgn sampai mereka marah...
jika mereka berminat, barulah kita cerita dgn lanjut...
cari kitab tentang 7 perjalan roh...
ia merupakan himpunan dari al quran dan hadis2 tentang perjalan roh kita...
dari segumpal tanah yg dihembuskan roh... hingga berakhirnya ke syurga...
kalau baca buku tu... memang menyeramkan... segala siksaan yg kita bakal alami...
isyyy... meremang bulu roma ni.... takut saya nak cerita lebih lanjut...
jadinya bila timbul kesedaran, barulah kita didik keagamaan sikit2 kepadanya...
sekarang rata2 masjid buat kuliah maghrib dan subuh...
banyak kita boleh pelajari dari kuliah2 ini... percuma je...
banyak juga masjid dah buat tafsir Al Quran selepas maghrib...
ada ustaz jemputan atau imam sendiri akan membimbing jemaah...
ini sangat bagus sekali utk kita mendalami agama kita...
Renung2kanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #1336 ustaz's post

Ustaz
boleh tak uploadkan muka depan kitab tu...nak cari di kedai buku nanti.

saya rasa di alam pekerjaan pun sama ustaz...ramai dah semakin jauh..ramai wanita rela kerja sampai larut malam atau hingga ke dini hari dan mengabaikan suami/anak di rumah (mungkin dah dapat restu tapi kesian kaum Adam ) . Malah dengan gaji yang amat tinggi, mereka tak tergerak hati langsung nak menyucikan diri dengan menunaikan Umrah/Haji....paling tidak mereka pegi Haji sekali dan lepas tu tak ingat apa dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048344 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list