CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pennywise84

*V15* SHAM STRUCK LAND ~DREAM WITHOUT FEAR LOVE WITHOUT LIMITS

 Close [Copy link]
Post time 23-3-2020 08:01 PM | Show all posts
Pennywise84 replied at 23-3-2020 07:52 PM
Iols confuse chuols yg men or bitches? Wakakaka...

iols tadi tak pikap.. tp ni baru rasa dpt tangkap. ni chuols refer to hoksha kan, bukan belhokz kan hahahahaahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgok vid PA. Kemain... btw rays tu bukan ke hikhok? Kenapa bersopan sgt heolls mengomen ig chuolls tu? Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 23-3-2020 07:52 PM
Iols confuse chuols yg men or bitches? Wakakaka...

Kimekkkkkk hahahahahahh iols bitch gak kekadang tapi iols masih men yach wkkakakak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongGirl replied at 23-3-2020 08:05 PM
Baru tgok vid PA. Kemain... btw rays tu bukan ke hikhok? Kenapa bersopan sgt heolls mengomen ig chuo ...

Yihhhh sedap jah speku reyz,  siyez laaaa reyz komen uiyoooo geng ilavengers komen siotzzz
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:15 PM | Show all posts
TeropongGirl replied at 23-3-2020 08:05 PM
Baru tgok vid PA. Kemain... btw rays tu bukan ke hikhok? Kenapa bersopan sgt heolls mengomen ig chuo ...

Seen sajork by dedi chuols....
dia who r yus kan je bideo ituhhh haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:16 PM | Show all posts
hikhokz47 replied at 23-3-2020 08:08 PM
Yihhhh sedap jah speku reyz,  siyez laaaa reyz komen uiyoooo geng ilavengers komen siotzzz

yihhh chuols & @TeropongGirl ni dh confuse rasanya
admin reyz ig dia - sv_reyz (ni yg kita speku hikhok tp bukan, dan  ni yg ilavengers)
yang komen kat ig iols tu - inirays_sv

iols rasa org yg berlainan... inirays tu mcm gegirl je rasanya
pejadah reyz sampai nk 2 ig
tak ke?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 23-3-2020 08:16 PM
yihhh chuols & @TeropongGirl ni dh confuse rasanya
admin reyz ig dia - sv_reyz (ni yg kita speku  ...

Mane iols tau iols tak follow pon mamat tu, kosserrr nak amek tau, rays ni sape pulak adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:24 PM | Show all posts
hikhokz47 replied at 23-3-2020 08:20 PM
Mane iols tau iols tak follow pon mamat tu, kosserrr nak amek tau, rays ni sape pulak adoiii

yg rays tu yg komen kat ig iols, dia pun iols pernah dm2 share info pasal dedi. demi secebis info psl dedi iols kan rajin dm2 segala crew semua ahhahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 23-3-2020 08:24 PM
yg rays tu yg komen kat ig iols, dia pun iols pernah dm2 share info pasal dedi. demi secebis info  ...

Ooo sini la chuols share ape info yg chuols dah korek tu wkakaakka
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:29 PM | Show all posts
TeropongGirl replied at 23-3-2020 08:05 PM
Baru tgok vid PA. Kemain... btw rays tu bukan ke hikhok? Kenapa bersopan sgt heolls mengomen ig chuo ...

hahhah poyo kan bideo... projek poyo RMO namo eh hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 20-3-2020 08:46 PM
EP53 : Untukmu Selamanya

"Azar....bangun.Kenapa mengigau siang2 hari ni?". tanya Mak Jah.

EP54: Untukmu Selamanya

Azar tersenyum sendiri lagi. Didalam kesamaran lampu bilik tidur yang malap, dia menatap wajah suaminya itu yang tidur lena. Hatinya berbunga bahagia. Dilihat Adam yang juga tidur nyenyak diantara mereka. Anak itu saling tak tumpah seperti bapanya. Diusap bayi itu lembut.

“Kenape tak tidur lagi?”

Suara garau Dato Sham mematikan khayalan Azar. Azar hanya mengelengkan kepala perlahan sambil tersenyum.

“Kenape? Tak selesa ke tidur macam ni? Tanya Dato Sham memikirkan mereka berkongsi katil dengan sekecil Adam yang memonopoli 50 peratus ruang katil.

“Eh takde laa.. saya tak boleh nak tidur..” Jawap Azar

“Kenapa?” Tanya Dato Sham lagi bingung

Azar hanya tersenyum melihat reaksi Dato Sham yang bingung. “Takde apalah...”

“Ke...?” Soal Dato Sham sambil tersenyum nakal dan mengangkat kening.

“Ape? Jangan mengade lah abang. Dah tidur..” balas Azar sambil tersenyum malu, faham apa yang dimaksudkan Dato Sham. Dia lantas memejamkan mata berpura-pura tidur apabila mendengar suaminya itu ketawa kecil.

Dato Sham tersedar dari tidur apabila terasa sesuatu bergerak-gerak disebelahnya. Dia membuka mata dan melihat Adam yang bermain berseorangan betul-betul disebelahnya.

“Heyy.. Good morning anak daddy..” Ucap Dato Sham sambil mencium dan mengangkat Adam lalu duduk di birai katil. Dia menjeling kearah Azar yang masih lena, tersenyum. “Kesian mommy tidur lambat semalam.” Katanya kepada Adam.

Azar mengeliat sambil tangannya meraba-raba ruang disebelahnya..

“Yeayyy mommy dah bangun...” kata Dato Sham kepada Adam apabila melihat Azar mengeliat. Azar menoleh memandang Dato Sham yang duduk sambil mengendong Adam.

“Abang bangun pukul berapa? Kenapa tak kejut..?” Tanya Azar sambil bangun dari baringan. Dia membetulkan rambut dan mengosok mata sebelum meminta untuk mengendong Adam untuk disusukan.

“Sayang nampak nyenyak sangat. Tidur pukul berape semalam?” Balas lelaki itu sambil menyerahkan Adam.

“Terus tidur...” Jawap Azar ringkas mengingat usikan Dato Sham semalam.

Dato Sham hanya tersenyum dengan jawapan Azar. Dia melirik kearah jam yang sudah menunjukkan pukul 6.10 pagi.

“Abang solat dulu la heh?” Pinta Dato Sham melihat Azar yang sedang menyusukan Adam.

Azar hanya mengangguk sambil tersenyum memandang suaminya itu. Dia hanya membiarkan Dato Sham mencium dahinya sebelum lelaki itu berlalu ke bilik air.

———————————————————

“Abang kena bagitahu Syafiq dan eyka yang abang dah ingat semula..Jangan rahsia-rahsia dengan diorang” Pesan Azar sambil menuangkan air teh ke cawan Dato Sham.

Dato Sham hanya mendiamkan diri. Dia memandang ikan-ikan koi yang asyik berenang-renang di kolam ikan buatan di laman banglo itu. Sesekali dia menarik nafas panjang.

“Abang...” Panggil Azar apabila melihat Dato Sham yang seperti mengelamun jauh.

“Nanti abang cakap dengan diorang.” Balas Dato Sham sambil tersenyum memandang Azar. Dia tiada masalah ingin berterus terang dengan anak-anaknya itu. Cuma perasaanya berat untuk melakukan itu. Dia tahu bagaimana sikap anak-anaknya terhadap wanita ini. Dato Sham tidak mahu emosi isterinya itu diperkotak-katik kan. Lebih-lebih lagi oleh anaknya sendiri.

Azar tersenyum dengan jawapan suaminya itu. Dia tidak mahu Syafiq dan Eyka terasa tertipu lagi apabila Dato Sham menyembunyikan perkara ini.

“Eh Mak Jah..” kata Azar terkejut lantas bangun dan menuju kearah Mak Jah apabila melihat wanita tua itu muncul di muka pintu dan berjalan kearah mereka sambil mengendong Adam yang sepertinya baru lepas menangis

“Nangis ni baru bangun tidur....Terkejut agaknya tengok orang takde..” kata Mak Jah sambil tersenyum dan menyerahkan Adam kepada Azar

“Alaa.. kesian dia...”

Selepas menyerahkan Adam, Mak Jah meminta diri ke dapur. Dato Sham yang masih duduk tersenyum melihat Adam dan meminta untuk mengendong bayi itu.

“Anak daddy kenapa..? Mommy daddy ade sini la...” kata Dato Sham sambil mencium dan tersenyum memandang Adam. Adam yang sepertinya mengenali bapanya lantas memeluk dan membaringkan kepalanya di bahu Dato Sham manja. Dato Sham tersenyum gembira sambil matanya melirik ke arah Azar.

“Abang tak dapat bayangkan macam mana sayang lahirkan dan besarkan Adam sorang-sorang. Abang minta maaf sebab tak ada dengan sayang masa tu” tutur Dato Sham tiba-tiba sambil tangannya menepuk perlahan belakang Adam.

Azar hanya tersenyum kelat. Hatinya sebak mengingat waktu sukar itu. Namun sekarang dia bersyukur suaminya kembali sihat seperti sedia kala.

“Yang penting abang ada dengan saya dan Adam kat sini, sihat dan ingat siapa kami. Itu dh cukup bermakna apa saya.” Ungkap Azar sambil tersenyum bahagia melihat suaminya yang dicintai yang juga tersenyum.

————————————————————-

“Aik.. kejap je dah tidur..” tegur Dato Sham separuh berbisik apabila melihat Adam yang sudah nyenyak sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

“A’ah.. dapat susu je terus tidur...” Balas Azar menepuk-nepuk perlahan Adam bagi mendodoi anak kecil itu.

Dato Sham tersenyum dan menuju ke meja tulisnya. Dia membuka komputer riba dan menaip-naip sesuatu dipapan kekunci.

Azar hanya memerhatikan tingkah Dato Sham. Dia lantas bangun dan mendekati lelaki itu.

“Abang buat apa?” Tanya Azar

“Siang tadi abang minta Elly emelkan abang dokumen-dokumen ni. Abang kena semak sikit.” Balas Dato Sham sambil menjeling kearah Azar yang berdiri disebelahnya.

Dato Sham hanya tersenyum melihat Azar yang hanya kaku terdiam dengan matanya hanya tertumpu pada skrin komputer itu.

“Abang rasa, abang dah boleh ke pejabat balik. Maybe dalam next week macam tu.”

“Abang dah betul-betul ok ke nak handle semua tu balik?” Tanya Azar inginkan kepastian.

Dato Sham hanya mengangguk perlahan dan tersenyum menyerlahkan lesung pipit dikedua-dua pipinya. Dia menarik nafas dalam lantas membuka salah satu laci dimeja tulisnya dan mengeluarkan sesuatu. Seutas rantai emas dikeluarkan dari kotak baldu itu.

Azar tergamam dan hanya memerhatikan tingkah Dato Sham tidak berkata apa-apa.

“Abang beli rantai ni sebelum abang accident haritu. Abang ingat balik tu nak surprise kat sayang. Tapi tersurprise lain pulak.. “ ungkap Dato Sham ketawa kecil. Dia lantas bangun dan menghampiri Azar diamati wajah wanita itu sebelum menyarung rantai emas berloket hati itu ke leher Azar. Ditatap wanita itu selepas berbuat demikian. “Cantik” getus hatinya

“Terima kasih abang.” Ucap Azar sambil memegang loket hati itu. Perasaan gembira dan terharu silih berganti. Di amati wajah lelaki itu yang sedang tersenyum manis.

“Terima kasih je..?” Balas Dato Sham cuba mengusik Azar.

Azar mencebik sambil menjeling lelaki dihadapannya itu. Hatinya berbunga bahagia. Dia membelek loket hati itu dan dibelakangnya terukir namanya “Azar”. Senyumannya tiada tanda ingin berhenti. Dia memandang Dato Sham yang dari tadi memandangnya tajam.

“Thank you...” Ucap Azar lagi sambil kedua tangannya merangkul leher Dato Sham. Mata mereka saling berpandangan. Azar amati wajah Dato Sham sebelum dia mengucup bibir lelaki itu sekilas dan kembali menatap wajah suaminya dengan pandangan mengoda. Dibelai rambut lebat lelaki itu dan jarinya terus berayap di pipi dan kumis nipis suaminya. Mengamati wajah kacak yang dirindui itu dari dekat. Terasa pinggangnya mula dirangkul erat Dato Sham merapatkan tubuh mereka. Azar hanya tersenyum dan kembali mengucup bibir Dato Sham yang sepertinya sudah bersedia menerima kucupan darinya. Bibir mereka bertaut. Dibiarkan kucupan hangat itu berterusan bagi melepas rindu yang sekian lama.

————————————————————

Dato Sham melirik kearah Adam yang masih nyenyak tidur. Tersenyum berterima kasih kerana anak itu tidak terjaga malam itu. Dia mengucup lagi ubun-ubun Azar yang terbaring selesa di dadanya. Sebelah tangannya membelai lembut rambut isterinya itu.

“Tidur ke..?” Tanya Dato Sham perlahan

“Emmmm...” Balas Azar sambil mengeratkan rangkulan pinggang Dato Sham selesa.

Dato Sham hanya tergelak kecil mendengar jawapan Azar. “Sayang tahu, masa abang hilang ingatan, abang selalu mimpi ada perempuan datang panggil-panggil abang. Abang tak nampak muka dia tapi abang panggil dia ‘sayang’.”

Azar membuka mata mendengar cerita Dato Sham. Dia teringat yang lelaki itu sering mengigau memanggil-manggil sayang.

“Abang selalu paksa diri fikir siapa perempuan itu. Sampai sakit-sakit kepala. Lepas itu abang baru tahu...”

“Fasha...?” Kata Azar tiba-tiba memotong cerita Dato Sham. “Arwah Fasha isteri abang?” Dia lantas menatap wajah lelaki itu meminta kepastian.

Dato Sham tersenyum mendengar sangkaan Azar. “Abang tak pernah panggil Fasha dengan panggilan ‘sayang’. Abang ada panggilan lain untuk arwah.” Bidas Dato Sham menatap mata Azar.

“Perempuan tu sayang. Sayang la yang abang mimpi-mimpi selama ni.” Sambung Dato Sham tersenyum.

Azar tergamam. Lidahnya kelu tak mampu berkata apa-apa. Di amati wajah lelaki itu yang sedang mengukir senyuman. Dia lantas memeluk suaminya erat. Seerat-eratnya tidak mahu dilepas lagi.

Sambung........

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 23-3-2020 08:16 PM
yihhh chuols & @TeropongGirl ni dh confuse rasanya
admin reyz ig dia - sv_reyz (ni yg kita speku  ...

Eh org lain ek.  Ingt heolls tukar nama ig ke haper. Patut la kemain sopan comment. Aamin lagi. Hikhok pandai ke nak komen semurni itu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 23-3-2020 06:09 PM
Silakan chuols baca buku ni...iols baca tahun 2015 rasanya...

Okeh nanti iolls ade mase try cari..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:32 PM | Show all posts
hikhokz47 replied at 23-3-2020 08:26 PM
Ooo sini la chuols share ape info yg chuols dah korek tu wkakaakka

kadang2 iols supply info, kadang2 iols demand info, barter la chuols.. nak idup hahahahah. tambah network gituh. tp yg info eksklusif warga yistana iols tak pernah share luar dari yistana, fefeeling kita lebih tau sikit khennn hihi
tp warga yistana lah paling cpt dpt info, walaupun cuma 8 owang kepantasan kita nih2 dlm mendapatkan info mengatasi kelajuan cahaya yach, syabbashhhh inspektor2 shahabbb #donemasukbakul
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 23-3-2020 08:15 PM
Seen sajork by dedi chuols....
dia who r yus kan je bideo ituhhh haha

Susah yach nak sampai quality yg mendapt perhatian dedi. Takpe dedi, kami akan cuba lagi fikir content lebih berkualiti. ( padahal iolls dah kering idea ni)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 23-3-2020 06:12 PM
Herlok sgt daddy time cekelat khenz? Walau separa boolat boolat dan jln kepit2

Bila mase yg heollss x herlokkss.. daddy herlokkkks sentiasaa.. xde la kepit pn chuolss.. ok je iolls tgk.. yg iollss prasan uban heolls mcm byk compared to time gv.. dlm drama ni mcm putih semcm rambut heollls.. lighting keee..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2020 08:37 PM | Show all posts
Belbelly replied at 23-3-2020 08:30 PM
EP54: Untukmu Selamanya

Azar tersenyum sendiri lagi. Didalam kesamaran lampu bilik tidur yang m ...

fuiyoo ada scene baring kat dada
macam dh nk abis kan novel ni..nnt novel baru pulak plsss.. iol & teropong sibuk pk content ig, chuols2 content novel voley gitu? hehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 23-3-2020 08:37 PM
Bila mase yg heollss x herlokkss.. daddy herlokkkks sentiasaa.. xde la kepit pn chuolss.. ok je io ...

Memang uban banyak chuols...tp masih herlok.Kan gmbr wajib usung iols tu zmn cekelat honey....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 23-3-2020 08:15 PM
Seen sajork by dedi chuols....
dia who r yus kan je bideo ituhhh haha

Bideo baru hari ni ke dedi whoryus ? Tapi chuols yg seen tu boleh jadi mo tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 23-3-2020 06:33 PM
Iols lunch makan megi je chuols...sedih tak?

Sedapnye maggi... nyum nyummm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.477348 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list