CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jelita

[V43] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ HAPPY 1ST WEDDING ANNIVERSARY

 Close [Copy link]
Post time 19-12-2018 03:25 PM | Show all posts
arsasa replied at 19-12-2018 12:14 PM
kan eely..faz tu takdenya nak bersaing2 nie. Ada je ucapan faz untuk keluarga arwah adib...last2 s ...

busuk hati haters mengalahkan perusuh kuil
Takde modal dah haters ni
Faz pun ada like  pic zahirAH



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 04:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:38 PM | Show all posts
kalau sayu dan marah pun tiada, carilah hati yang baru. Kerana hati yang ada, sudah hilang kemanusiaan - Ahmad Kamil Muallah.

iols faham orang macam fazzy ni. orang macam sheols ni dipanggil an emotional empath sbb sheols akan rasa terkesan yang amat sangat kalau ada tragedi yg berlaku macam kisah arwah Adib. kesedihan yg sheols rasa tu sama macam seolah2 benda tu berlaku pada sheols sebab tu sheols tulis panjang2 macam tu untuk sama2 melahirkan kesedihan. sayangnya ada syaitan2 nirrojim pulak yg nak menjadikan curhat sheols tu sebagai bahan kutukan. nasib engkaulah fazzy!

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2018 04:44 PM | Show all posts
Aura seorang Nur Fazura..posting kat ig pon boleh jadi bahan utk dorg hentam..xdpt jawab soklan negara terkecil pon di katakan bimbo..haihhh laa Fazzy..hadap je la Fazzy..ape nk buat, ramai sangat yg tak minat tp suke naww nk ambil tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 04:57 PM | Show all posts
Cikjie replied at 19-12-2018 08:44 AM
Aura seorang Nur Fazura..posting kat ig pon boleh jadi bahan utk dorg hentam..xdpt jawab soklan nega ...

halah yg beria kecam tu pon nth tau ke idok jawapan. sarancak kata dia pon gugel jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 05:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 19-12-2018 04:38 PM
kalau sayu dan marah pun tiada, carilah hati yang baru. Kerana hati yang ada, sudah hilang kemanusia ...

Jadi issue ke? Patutlah sheols delete ruang comment. Meol tak sempat baca. Derang cakap apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 05:31 PM | Show all posts

Fuyooo...so gorgeous
Macam Princess dari Sepanyol
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 05:38 PM | Show all posts
kenapa lah orang suka pertikaikan segala benda ek.. kenapa dia nak tolong orang tu, kenapa dia tak tolong orang ni,kenapa dia canang satu dunia , kenapa dia nak simpan rahsia, kenapa bagi bantuan ini kenapa bantuan itu kenapa tak bagi yang ini kenapa tak perlu bagi bantuan dan seterusnya lagi kenapa itu kenapa ini.. semua benda orang nak pertikai.

dalam berkata-kata tu tak boleh ke cuba letak diri kita sendiri in other people's shoes..kalau benda tu jadi pada awak, apa perasaan awak? tak payah cakap suami/isteri la, kalau kawan baik kita meninggal dunia pun kita down bukan sikit2.  Bukan setakat tunang arwah, adik beradik dia kawan2 dia semua pun sedih perlu bantuan (mungkin moral support je pun, even doa sahaja contohnya). Just because dia cuma tunang, tak patut ke orang nak bagi bantuan? Kenapa kena question niat orang, kenapa tak tolong parents dia. Kalau dia ikhlas, insyaAllah pahala ganjarannya. Kalau dia buat untuk fame semata, insyaAllah ada bahagian dia.

Opps lupa pulak dalam bodgos semua nya boleh. Phew.



Sorry emo *breathing in breathing out* sambil terkumat kamit 'inner peace inner peace'
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 05:45 PM | Show all posts
MentariSenja replied at 19-12-2018 09:22 AM
Jadi issue ke? Patutlah sheols delete ruang comment. Meol tak sempat baca. Derang cakap apa?

dia bkn delete..tp fazura off komen terus..ms dia post tu dia mmg set as offkomen..so xde org boleh komen kt post tersebut..

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
X apa lah biar lah org nak kata ...alah bisa tegal biasa....jadi Org femes begitu lah....Allah yg tahu niat....we lebiu Faz.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 19-12-2018 05:22 PM
Jadi issue ke? Patutlah sheols delete ruang comment. Meol tak sempat baca. Derang cakap apa?

Ruang comment sheols mmg off sejak sheols upload pasal ni. Takde kena mengena dgn kecaman atau apa. Yg gigih mengecam bodgos je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
iamteana123 replied at 19-12-2018 05:38 PM
kenapa lah orang suka pertikaikan segala benda ek.. kenapa dia nak tolong orang tu, kenapa dia tak t ...

Sabarrrr u..

I baca & tgk je comment2 @ bodgos tu..
( sambil senyum sinisssss... )
Nmpk sgt " heartless people " di situ!!
I ni jgn kata immidiate fmly..anak kucing i mati punnnn..sedih bagai nk rakk..belum lg termasuk anak ayam anak itik..anak rabbitt...

Ok lagi klu baca comment2 di Rotikaya tu..ramai jg yg masih rasional & faham what if depa in the " tunang " shoes..

Hanya perempuan yg memahami hati perempuan..
Haters2 ni perempuan ke ekkk??..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
iamteana123 replied at 19-12-2018 05:38 PM
kenapa lah orang suka pertikaikan segala benda ek.. kenapa dia nak tolong orang tu, kenapa dia tak t ...

Pastu ada pulak yg persoalkan Faz dah lambat baru up the post, lps a few artists upkan. Itupun nak jadi isu.

Lps dpt tahu org mengata mcm2 psl tunang Arwah tu, i terfikir maybe part of the reasons Faz up the post, mention nama tunang Arwah tu dan tutup comment section tu, utk luahkan her support for the tunang. Utk bagi semangat, if she should read it.

Semoga niat baik kita semua mendapat keredhaan Allah. Biarlah manusia lain nak buruk sangka dan perlekehkan, yg penting Tuhan redha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
qwerty02 replied at 19-12-2018 06:39 PM
Pastu ada pulak yg persoalkan Faz dah lambat baru up the post, lps a few artists upkan. Itupun nak ...

Tu sendu tu...kene ada date line ke nak post...ngek tul
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
qwerty02 replied at 19-12-2018 06:39 PM
Pastu ada pulak yg persoalkan Faz dah lambat baru up the post, lps a few artists upkan. Itupun nak ...

Tu yg pelik
Ada juga yg pertikai nape lambat up the post. Konon2 fake lah up pasal isu ni setelah ramai retis lain up. Ntah apa2. Mcm lah dorg boleh baca niat org tu tulis macam tu ikhlas ke tidak yada yada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
BELIAU BUKAN TUNGGUL...

SAYA terpanggil untuk menulis perihal beliau kerana satu asbab iaitu komentar kejam dari netizen.

Beliau, seorang gadis yang berstatus tunangan orang di mana mengikut perancangan asal, beliau dan tunangannya akan mendirikan rumahtangga pada tanggal 22.12.2018, iaitu hari sabtu ini.

Di antara ajal dan jodoh, ajal terlebih dahulu menjemput tunangannya. Seorang ahli bomba, wira negara yang berkhidmat untuk membantu masyarakat. Pemergian arwah tunangannya dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

Malah, saat artikel mengenai arwah berlegar di dada media dan dibaca seantero malaysia, kita semua mengalirkan airmata. Kerana apa? Kerana kita sebak di atas asbab pemergiannya walhal dia bukanlah siapa-siapa pada kita.

TETAPI, saya silap menelaah. Rupanya, bukan semua masyarakat punya rasa simpati dan berbelas ehsan. Beberapa kali, saya scroll ruangan komentar di beberapa artikel, ada yang menurunkan komen;

'Alah.. Tunang je pun, nak nangis beriya bagai..'

'Cukup2lah nak menangis pun, bukan tunang awak je mati..hari2 ada kematian.'

'Sikit-sikit citer dia, dah xda kisah org lain ke? Nak sedih pun nak bgitau orang.meluat!'

'Arwah ni anak yatim ka? Knp duk tunjuk tunang dia je menangis? Ahli keluarga dia yg lain takda ka?'

'Aduhh, meluat plak asyik tgok tunang dia ni je. Tunjuklah mak ayah adib plak.'

ALLAHU....

Sampainya hati kalian... Kenapa? Beliau tidak boleh bersedihkah? Sedangkan majoriti masyarakat malaysia boleh menitiskan airmata di atas pemergian arwah, kenapa tidak beliau? Kalau masyarakat malaysia punya emosi, beliau tidak layak bermosikah? Tunggul kayukah beliau?

Puas saya cari dan belek, saya tidak nampak langsung dari mana-mana gambar atau video yang diambil wartawan media menunjukkan beliau menangis meronta-ronta, memukul-mukul dada atau berguling-guling di atas tanah seperti orang jahiliyah yang meratap kematian seperti yang ditegah agama islam.  Reaksinya lebih bersifat spontan.

Beliau hanya terlihat mengalirkan airmata dan mencium baju arwah. Mengusap cincin tunangnya dan menyentuh bucu keranda. Salahkah beliau berkelakuan begitu? Walhal ini perkara biasa yang kita nampak dan mungkin pernah kita atau mana-mana orang lain lalui akibat kesedihan yang melampau. Ibu saya juga begitu ketika dia mendapat khabar tentang pemergian arwah abang saya selepas seminggu ibu saya berada di unit ICU.

Menasihatkan orang lain untuk tidak melayan emosi itu mudah, tetapi kebanyakan dari kita sebenarnya tewas dalam usaha melenturkan emosi sendiri. Saat inilah pentingnya sokongan dan doa. Bukan kata nista dan mengaktifkan komen berunsur bawang dan negatif!

Siapa kata mak ayah dan ahli keluarga arwah tidak bersedih? Ingat mereka itu batu? Tiang letrik? Bersepah artikel yang saya baca, komentar dan cerita dari keluarga arwah yang begitu bersedih; menceritakan detik-detik akhir bersama arwah serta mengharapkan keadilan tertegak buat arwah.

Tetapi, artikel dan cerita perihal beliau lebih mendapat liputan. Sementelah, hari bahagia mereka seperti yang dirancang hampir tiba, maka ia lebih menjentik emosi.

Wajarlah beliau bersedih kerana beliau telah kehilangan orang tersayang. Ada di antara kita yang kematian kucing pun sudah menggugu tangis apatah lagi kehilangan insan. Beliau..Sepatutnya dalam tempoh 3 hari lagi, status tunangan yang dipegang akan bertukar kepada status isteri - belahan jiwa kepada seorang suami. Tetapi, semuanya terkubur. Allahu... Berat ujian beliau.

Entah apa janji yang pernah termeterai di antara mereka. Entah apa pengorbanan yang mereka lalui untuk sampai ke tempoh ini. Wallahi, kita tidak tahu, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

KITA, tidak berada di tempat mereka. Kita hanya berkongsi kesedihan, tetapi mereka yang melaluinya dari hari malam pertama adib tidak sedarkan diri hinggalah arwah dijemput illahi.

Jika kita tidak mampu memberi sokongan di sebelah beliau dan ahli keluarga arwah, maka kita hantarkan lah doa buat mereka. Mohon kepada Yang Esa agar menitipkan kekuatan dan ketenangan buat mereka. Kita hadiahkanlah ummul kitab buat arwah.

Jika tidak mahu melakukan dua perkara ini, maka berdiamlah dan tahan jari iblis anda dari melakukan dosa percuma dan menyakiti hati orang lain.

Adib...

Semoga lena tidurmu di dunia abadi, dalam dakapan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga syurga buatmu. Amin allahumma amin.

Al-Fatihah.

# JusticeForAdib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 2.047517 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list