|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 29-4-2015 09:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-5-2015 11:59 PM
Rayyan dihantui perasaan bersalah. Menyesal bertindak mengikut hati siang tadi. Jie dilihat mengambil langkah selamat. Mengelak dari bertentang mata maupun bersua muka dengan Rayyan. Sepanjang masa menyibukkan diri melayani Danny dan Daryl.
Zack pula sedang sibuk membakar ayam dan daging yang siap diperap bersama Khalid. Rayyan turut sama membantu mengipas bara api. Takut hangus.
Idea Zeeta untuk berkumpul sambil berbarbeku. Senang kerana mereka membeli ayam dan daging yang siap diperap. Tak perlu bersusah payah untuk menyediakan bahan mentah. Kebetulan pula hotel tempat mereka menginap menyediakan peralatan barbeku.
Safihah dan Zeeta berborak sambil membantu menyedia hidangan. Sesekali terdengar hilai tawa mereka. Rayyan tak nafikan Zeeta dan Safihah memang rapat. Safihah senang sekali berdampingan dengan Zeeta.
Nampaknya, hubungan persahabatan antara Tan Sri Isa dan Dato' Hanafi semakin pulih. Kedua lelaki berusia itu sedang rancak berbual. Maznah dan Tengku Safiah saja nampak kekok.
Mujur, Viana pandai memainkan peranan. Petah bercerita bagi membuka lebih ruang perbualan antara Mommy dan Mama mertuanya.
Rayyan perasan Viana berbisik sesuatu kepada Jie. Jie mengangguk lalu mendapatkan Zack pula. Tak pasti butir perbualan mereka suami isteri. Seketika kemudian Jie berpaling pergi manakala Zack meneruskan kerja membakar.
"Najiha nak pergi ladies. Dia ajak Vee teman kejap. Suruh I bagitahu you." Zack menyampaikan pesanan Jie kepada Khalid. Abangnya cuma angguk. Ralit mengangkat ayam yang sudah masak.
" I dengar cerita Fiha pregnant. Bertambahlah cucu Mama dan Papa nanti." Khalid sengaja menyakat Rayyan. Rayyan hanya tersipu.
"Alhamdulillah !" Rayyan senyum. "Rezeki Allah." Sememangnya Rayyan sendiri tidak menduga bakal menimang cahaya mata kedua. Safihah disahkan mengandung 3 minggu. Masih terlalu awal untuk dihebohkan.
"Tahniah Ray !" Zack gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Rayyan.
"Nampaknya lepas ini Rayna tak boleh manja lagilah. Dah nak ada adik." Khalid mencuri pandang ke arah anak buahnya.
"Abang.." Safihah mendekati suaminya. "Fiha lupa ambil botol susu Rayna. Fiha nak pergi bilik kejap dengan Zeeta." Rayna merengek inginkan susu. Haus kerana penat bermain.
"Biar I yang ambillah. You dengan Rayna stay dekat sini." Rayyan bingkas bangun. Tak mungkin membiarkan isterinya berjalan jauh ke bilik mereka. Safihah hanya angguk.
Zack gelak tak semena. Terkenang saat Jie mengajar si kembar minum menggunakan cawan sewaktu usia Danny dan Daryl mencecah tiga tahun. Sebaya dengan Rayna. Habis tumpah semuanya. Teruk juga Danny dan Daryl dilatih oleh Jie. Tegas kadang tak bertempat namun Zack tahu Jie cuma ingin kembar belajar berdikari.
"Kenapa you gelak, Zack?" Khalid pelik dengan adiknya.
"Najiha.." Ketawa masih bersisa. "I teringat masa Najiha ajar kembar minum dalam cawan. Kalau you tengok gaya dia, you pun gelak sekali. Garang gila." Zack tak sangka bila serius isterinya akan berubah 360 darjah.
" I rasa I dapat imagine." Khalid turut sama tertawa. "Macam singa, kan?" Itulah yang diadukan kepada Khalid oleh si kembar. Mommy garang macam singa !
Safihah benci mendengar perbualan yang berkisar tentang Jie.
Padanya Jie perosak kebahagiaan rumahtangga Zeeta dan Zack. Penyebab Danish kehilangan kasih sayang seorang ayah.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT, x sabar nak tau ending..
bile nak ending..
rase sesak nafas sket baca sbb byk konflik..
sian Jie..
jgn deritakan hidup Jie lg.. hehe.. bole x gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-4-2015 05:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 1-5-2015 06:31 AM
Viana tergesa gesa mendapatkan Zack dan Khalid. Wajah pucat lesi. Mata meliar memandang sekeliling.
"Zack, Karl.. You nampak Jie tak?" Lama Viana menunggu namun Jie masih tidak menunjuk muka. Puas sudah mencari.
"Bukan you temankan dia pergi ladies ke tadi?" Zack menyoal balik. Risau.
"Memanglah I dengan dia. Tapi Jie keluar dulu. Dia cakap tunggu I dekat luar." Viana resah.
Seingatnya Jie memberitahu untuk menunggu diluar usai mencuci tangan. Viana ingin membasuh muka yang berminyak kerana peluh.
Namun, sebaik saja Viana keluar, bayang Jie tiada.Jenuh mencari tak berjumpa. Memikirkan Jie mungkin kembali ke sini lantas Viana mengambil keputusan ke mari.
Zack terus mencampak kipas yang dipegang. " You jaga kembar kejap. I nak cari Najiha." Berpaling untuk pergi namun langkahnya terhenti apabila mata terpandang seseorang..
"Zul.. You pun tak jumpa Jie?" Dalam kekalutan mencari Jie tadi Viana terserempak dengan Zulkarnain yang sedang berjalan sendirian. Baru lepas menikmati makan malam.
Mereka kemudiannya berpecah untuk menjejaki Jie dan Viana meminta Zulkarnain ke mari setelah selesai meninjau.
"I nak bagitahu Daddy, Jiha hilang." Zulkarnain segera mendapatkan Dato' Hanafi.
Zeeta terkejut dengan kehadiran Zulkarnain yang tidak diduga namun cuba berlagak selamba.
Danish dan si kembar berlari mendapatkan Papa mereka. Rindu.
" I dengan Zack cuba cari lagi sekali." Khalid menawarkan bantuan. " Kalau tak jumpa juga kita report polis." Viana cuma akur.
Khalid dan Zack berjalan pantas meninggalkan Viana yang masih lagi gundah. Bimbangkan adik bongsunya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan sapa plk yg nak culik jie utk ke sekian kali ni... Geram plk aku |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 1-5-2015 12:59 AM
Bab 60
Jie terjaga melihat dirinya berada dipersekitaran yang asing. Gelap gelita. Gementar namun cuba bangkit mengecam keadaan sekeliling. Kepala terhantuk sesuatu. Sakit.
Fahamlah Jie dirinya berada didalam bonet sebuah kereta. Keyakinan bertambah apabila telinga menangkap bunyi deruan angin dan enjin yang bersilih ganti. Mungkin kereta ini sedang bergerak.
Jie menendang kuat pintu bonet. Sayangnya, usaha Jie sia sia. Memikir cara lain untuk melepaskan diri.
Pergerakan yang dirasakan Jie terhenti. Suara perbualan mengambil ruang. Jie mendengar derap kaki berjalan dan bunyi tangan sedang membuka pintu bonet. Pantas berpura pura tidak sedarkan diri.
"Weyh.. Ini manusia ke bidadari? Cun gila.." Melihat raut wajah dan bentuk tubuh wanita yang sedang tak sedarkan diri buat Akif terpukau. Padanlah 'boss'nya tergila gila sampai sanggup membuat kerja bodoh ini. Menculik isteri orang.
Alan terus saja menolak kawannya ke tepi. Mengerti sikap buaya Akif. Pantang melihat perempuan dahi licin.
"Kalau kau nak kena bunuh dengan boss, kau beranilah sentuh perempuan ini." Alan memberi amaran keras. Perintah dari boss mereka hanya menculik wanita ini dan selebihnya boss akan menguruskan.
Alan tak kisah asal saja mereka mendapat upah lumayan. Lebih dari cukup untuk Alan dan Akif mendapat perempuan lebih cantik dan seksi. Tabur saja wang.
"Boss lambat lagi ke? Aku lapar dah ni." Akif menukar topik. Kecut perut dengan amaran Alan. Namun mata tetap merenung wajah cantik dihadapannya. Ghairah.
Satu hentakan kuat terasa dikepala Akif. "Jangan sesekali pandang dia macam tu. Aku tak suka !" Entah bila boss mereka muncul.
Akif menggosok kepala yang terasa pedih. Akur dengan perintah boss.
"Nah, upah korang." Sampul surat beralih tangan. " Tolong aku buka pintu kereta kejap. Aku nak alihkan dia masuk kereta aku. Korang follow dari belakang nanti." Tubuh Jie diangkat.
Jie terpaksa mematikan diri. Sedang dalam dukungan seorang lelaki asing. Bau minyak wangi yang dipakai menusuk ke hidung. Jie seperti pernah mengenali jenis wangian ini. Persis jenama yang selalu digunakan seseorang pernah Jie dampingi. Mungkinkah dia..
"We meet again, Najiha ...You tetap cantik macam dulu.." Spontan bicara itu keluar. Wajah yang sedang lena diusap lembut.
Ford Mustang meluncur laju membelah kesunyian jalan raya. Ada tempat yang ingin dituju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-5-2015 03:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 1-5-2015 03:22 PM
Jie berkira kira untuk membuka mata dan mencari peluang melarikan diri. Menunggu saat lelaki yang menculiknya terleka. Masih samar dengan identiti lelaki yang digelar 'boss'. Sukar untuk Jie meneka berdasarkan suara semata. Cuma yang pasti 'boss' memang mengenali dirinya. Sempat mendengar lelaki itu menyebut 'Najiha'.
Kedengaran bunyi pintu kereta dibuka. Jie mencelikkan mata. Lelaki yang mendukung Jie tadi dilihat sedang berbincang diluar kereta bersama 2 lelaki lain.
Pandangan melilau mencari sebarang senjata untuk mempertahankan diri. Memandang ke cermin hadapan. Musuhnya yang berada dibelakang masih leka berbual.
Enjin kereta tidak dimatikan. Peluang keemasan buat Jie. Segera mengengsot ke tempat pemandu. Memasuk gear memandu dan menekan minyak. Jie nekad walau tak pasti dimana tempat dia berada sekarang. Masa untuk memecut!
"Boss, tu !" Alan menunjuk ke arah belakang. Perempuan yang menjadi tawanan mereka sedang melarikan diri memandu kereta boss.
"Cepat kejar dia !" Arahan boss dipatuhi. Bergegas masuk ke kereta Honda Accord. Akif segera memecut.
Agak sukar untuk menyaingi kereta yang sedang dipandu wanita itu. Kuasa enjin berbeza dan pada pandangan Akif kemahiran memandu tawanan mereka juga bukan calang calang.
Boss yang sedang duduk dibelakang mengepal penumbuk. Bengang kerana meninggalkan Najiha dalam kereta tanpa sebarang pengawasan. Beranggapan Jie masih lagi tidak sedarkan diri.
Perempuan ini memang nak kena ! Desis hati Boss. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 2-5-2015 11:21 AM
Zack meraup wajah. Gusar dan bimbang bercampur aduk. Cuba mengesan lokasi isterinya menggunakan telefon bimbit namun gagal. Mungkin saja telefon bimbit Jie mati.
Zulkarnain masih lagi berbincang dengan beberapa staff untuk meninjau rakaman kamera keselamatan.
Mujur, Abi Zulkarnain memiliki syer dalam hotel yang mereka duduki.
Senang untuk berurusan memandangkan Abi sudah mengarahkan pengurus besar hotel untuk memberi kerjasama pada Zulkarnain.
Abi akan datang sebentar lagi bersama Umi. Mereka juga khuatirkan keselamatan Jie.
"Zack, you tengok ini.." Zulkarnain menunjukkan imej seorang remaja lelaki berpakaian seragam hotel yang dirakam sedang bercakap dengan Jie dan berbuat sesuatu. Mungkin menyuntik sedatif. Jie dilihat tidak sedarkan diri kemudiannya.
"Kalau dia pekerja hotel confirm ada orang kenal." Satu kesimpulan dibuat. "I nak tanya Encik Shahril." Zulkarnain bingkas bangun mendapatkan pengurus besar yang menguruskan hotel ini.
Tak mahu bertangguh lagi. Nyawa Jie jadi taruhan jika mereka berlengah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-5-2015 09:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 2-5-2015 11:46 AM
Zulkarnain tak mampu menahan sabar lagi. Satu tumbukan dihala ke arah muka remaja dihadapannya. Lebam bertanda diwajah. Angin kerana bukti sudah terpampang jelas didepan mata namun masih saja menafikan.
Encik Shahril tidak berupaya berbuat sesuatu mempertahankan staff yang hampir lembik dibelasah walau hati simpati. Status Zulkarnain membuat diri cuak untuk bersuara menghalang tindakan lelaki itu.
"Last chance, aku tak teragak agak untuk membunuh kalau kau tak bagitahu sekarang !" Zack pula naik angin. Rambut pekerja hotel bernama Hakim itu ditarik kuat. " Isteri aku mana ?!" Kali ini satu tumbukan mengenai perut. Hakim menyeringai kesakitan.
"Ampun bang !! Saya cuma bertindak ikut arahan." Hakim merayu sambil tangan mengesat darah yang mengalir dihidung. Tak sanggup lagi menahan pukulan bertalu talu dari Zack dan Zulkarnain terutamanya.
"Arahan dari siapa?!" Zulkarnain pantas menyoal. "Ingat kau jangan menipu ! Nahas kau aku kerjakan !" Belas kasihan sudah tiada. Ikut hati lunyai budak itu dikerjakan.
Hakim terketar ketar mengangguk. "Sa.. ya dapat arahan dari.." Remaja itu dilihat mengesat darah yang masih bersisa. Teragak agak untuk bersuara.
Kesabaran Zack makin tipis. Bersedia untuk membelasah sekali lagi.
Viana menyentuh bahu Zack cuba menenangkan adik iparnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-5-2015 12:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 31-5-2015 12:16 AM
"Open up !"
Puas menekan loceng, Viana melaung pula. Tak sabar menanti pintu bilik dibuka. Tangan menggeletar menahan amarah. Sudah lama rasanya Viana tidak 'membelasah' sesiapa. Biar hari ini menjadi sejarah. Segala ilmu mempertahankan diri yang pernah dipelajari akan dipratikkan untuk membuat perhitungan.
Terdengar bunyi pintu dibuka dari dalam. Viana terus saja menyepak kasar. Kedengaran suara mengaduh kesakitan namun tidak diendahkan. Langkah diatur ke masuk ke dalam diikuti Zack dan Zulkarnain.
"Bawak anak you keluar ! I nak bercakap sekejap dengan wife you !" Tegas sekali arahan diberikan.
"Kenapa ini Vee , Zack?" Rayyan tidak mengerti. "And you?" Mata mencerlung ke arah Zulkarnain. "Apa urusan you ke sini?" Rayyan buntu. Diri tidak dimaklumkan tentang kehilangan Jie.
" I cakap bawak anak you keluar, Ray ! Sekarang !!" Viana menengking.
" And you Safihah ! We need to talk !" Nada suara Viana membuatkan Safihah berdebar. Tak pernah melihat birasnya naik angin begini.
"Wait Vee ! Isteri I mengandung... Please don't pressure her !" Rayyan menenangkan Viana yang tampak garang merenung Safihah.
"I tak peduli isteri you mengandung ke apa.. Sekarang ini yang penting nyawa adik I !" Viana nekad. Tubuh Safihah ditolak kasar ke katil.
" You tak payah berselindung lagi, I dah tahu semua. Sanggup you berpakat untuk kenakan adik I. You memang perempuan tak guna !" Tamparan bertalu talu dihadiahkan kepada Safihah.
Rayyan yang cuba membantu menerima sepakan padu dari Viana. Hampir tumbang dibuatnya.Terkejut dengan kekuatan yang dimiliki Viana.
Zack hanya membiarkan abangnya. Safihah didekati.
"I tak peduli you kakak ipar I ke siapa ! Yang penting keselamatan isteri I ! Bagitahu I mana lelaki tak guna itu bawa Najiha ?!" Kalau tidak memikirkan Safihah seorang wanita dan mengandung, Zack tidak akan teragak agak untuk naik tangan.
Namun, Zack tidak juga menghalang Viana mengasari Safihah. Memang kakak iparnya patut diajar.
"I tak tahu apa you cakap Vee, Zafrey !" Safihah mengalirkan air mata. " Abang, tolong Fiha !" Meraih simpati dari Rayyan.
"Apa semua ini ?" Pandangan dihala ke arah Viana dan Zack. Rayyan tidak faham.
Zulkarnain terpaksa masuk campur. " I tahu siapa you sebenarnya Nurul Safihah ! Jangan sampai I bocorkan rahsia you depan suami you sendiri ! Elok you bagitahu I mana Jiha?!" Bukan berniat untuk mengaibkan Safihah. Zulkarnain hanya ingin mengetahui lokasi Jie. Bimbangkan Jie yang dalam bahaya.
Safihah tersentak. "You jangan nak buat cerita !" Berlari mendapatkan Rayyan."Abang jangan percaya lelaki ini !" Jari dihala ke arah Zulkarnain.
"Terpulang pada you !" Zulkarnain faham wanita dihadapan ini sedang bersandiwara untuk menutup segala pelakuannya.
"Mungkin you tak ingat ! Nama I Iskandar Zulkarnain and to be exact Dr Iskandar Zulkarnain. Medical history you ada dalam rekod I ! Jangan sampai I tunjuk rupa sebenar you depan Rayyan !!" Zulkarnain terpaksa mengugut.
"Now tell me, mana Jiha?!" Nada suara semakin meninggi.
Walau marah membara, Zulkarnain tetap tidak akan berkasar. Melanggar prinsipnya mengasari wanita kaum yang lemah.
"I tak tahu !" Safihah terperangkap. Antara keinginan untuk menghapuskan Jie atau rahsia diri yang hampir dilupakan.
"Baiklah." Zulkarnain bengang. Berpaling ke arah Rayyan. "You nak tahu siapa sebenarnya wife you yang so called lemah lembut dan nampak baik ini?" Sengaja membuat Safihah tidak keruan.
" Perempuan ini sebenarnya ---"
"Baiklah you menang !" Safihah memotong bicara Zulkarnain. Air mata merembes di pipi.
" I akan bagitahu mana Jie !" Esak tangis makin kuat. "Dia ada dengan Alan.." Sedu sedan mendesah.
Safihah tiada pilihan lain. Terpaksa mengalah. Takut aib yang selama ini ditutup terdedah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-5-2015 12:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 2-5-2015 06:26 PM
"I nak nombor telefon lelaki tak guna tu !! " Satu arahan diberikan. Zulkarnain segera menghulurkan telefon bimbit Safihah.
Safihah menunjukkan satu nombor yang memang tersimpan dalam senarai kenalan telefon kepada Zulkarnain. Terpaksa.
"Zack.. you boleh trace tak location guna nombor telefon ini?" Zulkarnain menulis nombor diatas kertas lalu diserah pada Zack.
Zack angguk. " I perlukan laptop dan internet connection." Berura ura untuk pergi ke biliknya.
"You boleh guna laptop I !" Rayyan menunjuk ke arah meja. " Connected to wifi." Terkilan dengan sikap Safihah. Justeru Rayyan berhasrat membantu untuk mencari Jie.
"I nak you call sekarang. Cari tahu lokasi dia !" Zulkarnain menengking Safihah yang tampak terkebil kebil.
"Ingat Fiha ! Adik I luka sikit sekalipun, I akan pastikan you sengsara seumur hidup you !" Viana mengancam.
Terketar ketar tangan Safihah mendail. Mengharap rakan sekutunya mengangkat telefon. Sayang, panggilannya sepi tanpa jawapan.
"You cuba sampai dia angkat !!" Zulkarnain mendesak lagi. Resah memikirkan nasib Jie.
"You tahulah nasib you nanti kalau apa apa terjadi pada Jiha !!" Kali ini Zulkarnain sudah hilang sabar. Dinding ditumbuk kuat. Bengang. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-5-2015 12:06 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 4-5-2015 06:16 AM
Jie menekan hon sekuat hati. Mengharap motosikal yang sedang menghalang laluannya bertukar lane. Tak ada masa untuk membrek.
Malangnya, penunggang motosikal dihadapan tidak mengendahkan isyarat hon yang diberi. Jie terpaksa menukar arah mengelak dari berlanggar. Gagal mengawal keretanya dan terlanggar pembahagi jalan. Kereta berpusing lalu terbalik. Jie tersepit di tempat pemandu.
Tali pinggang keledar yang dipakai menyukarkan Jie untuk keluar. Cuba membuka namun pergerakan Jie terbatas. Berdoa agar ada insan membantu.
Dalam masa yang sama Jie takut penculiknya mampu mengejar dan dirinya bakal ditawan. Mencuba sedaya upaya. Usaha Jie berjaya. Bunyi telefon bimbit kedengaran. Mungkin milik 'boss'. Jie pantas mencapai.
Stereng lock di ambil untuk memecahkan cermin. Usaha Jie gagal lantaran pergerakan terhalang. Satu ketukan kedengaran diluar. Jie tersentak.Takut namun berserah.
"I akan pecahkan cermin ini dari luar. I nak you stay calm and don't panic ok." Satu suara menerpa dicuping telinga.
"All right.. I'm ready !" Jie tidak peduli berdepan dengan musuh atau kawan. Tujuan utama untuk menyelamatkan diri yang terperangkap dalam kereta.
Lega mendengar jawapan balas dari dalam. Pantas cermin dipecahkan. Tubuh Jie ditarik keluar.
"Thanks." Jie mengucapkan terima kasih. Tersentak melihat wajah dihadapannya.
"Rizal?!" Sudah lama mereka tak bersua muka.
"Jie?!" Rizal juga terkejut dengan pertemuan yang tak diduga.
"Macam mana you boleh ada dekat sini?" Sejak Jie mengahwini adik kepada Rayyan, Rizal jarang mengambil tahu perihal Jie. Sekadar menjaga hati Rayyan. Tambahan pula Rayyan adalah majikan Rizal.
Cuma Rizal lega Jie tidak mati ditangan Azim. Walau tidak berhubungan dengan Jie, namun Rizal tidak menghalang isterinya, Sheera berteman rapat dengan Jie.
"I memang stay nearby lah." Rizal sempat gelak. Melihat wajah panik Jie, jadi kelakar pula. "Yang you memandu laju ini kenapa? Dahlah I hantar you balik. Itupun kalau you sudi naik motor berdua dengan I." Sengaja melawak sekadar mengelakkan suasana janggal antara mereka.
Rizal baru sahaja pulang dari melepak bersama geng motornya. Hobi bersiar siar menaiki motor berkuasa tinggi pada hujung minggu. Mujur, Sheera memahami malah kadang menemani Rizal keluar.
Belum sempat Jie menjawab balas sebuah Honda Accord menghalang laluan mereka. Tiga lelaki keluar mendapatkan Rizal dan Jie.
Secepat kilat menarik tangan Rizal untuk menuju ke arah KTM Duke yang terparkir dipinggir jalan.
"Stop, Najiha !" Satu tembakan amaran dilepaskan. Nyaris mengenai Jie.
Rizal tercengang. Suara itu seperti biasa didengari namun melihat rupa paras lelaki dihadapannya, Rizal jadi keliru. Wajah itu asing dipandangan mata.
"I tak kenal siapa you.. Please let me go !" Jie terpaksa merayu. Risaukan Rizal juga yang bakal menjadi mangsa keadaan.
Ketawa besar kedengaran. "You akan tahu siapa I. Ikut I secara aman , Najiha. Please.. Jangan paksa I berkeras." Tangan dihulurkan ke arah Jie.
Rizal segera menyepak tangan lelaki yang memegang pistol. Tercampak jauh. Tindakan Rizal mendatangkan kemarahan. Dua orang suruhan mengerumuni Rizal.
Rizal tidak gentar. Sudah biasa berdepan keadaan bahaya. Bersedia untuk menyerang.
"Alan, Akif, kau settlekan dia." Arahan tegas diberi. Menunjuk ke arah Rizal.
Jie dihampiri. "Come Najiha." Ingin merentap kasar tangan Jie menurut kehendaknya. Namun Jie cepat mengelak. Satu tendangan dihala ke arah perut. Lelaki dihadapannya tangkas menangkis serangan.
"I takkan berkasar dengan you , Najiha. Jangan paksa I cederakan you !" Amaran berbaur ancaman diberi. Najiha memang keras hati dan takkan mudah menyerah. Diri tiada pilihan lain.
"I don't care stranger !" Jie menyerang lagi. Kali ini serangan ditumpu ke rusuk. Tepat mengena sasaran. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
Sempat tangan mencucuk sesuatu di lengan Jie. Seketika kemudian, Jie terkulai layu tidak sedarkan diri.
Tubuh Jie diusung masuk ke kereta. Meninggalkan saja Alan dan Akif menghabiskan riwayat Rizal. Pemanduan dimulakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-5-2015 02:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 4-5-2015 06:07 AM
Rizal berjaya menumpaskan kedua dua lawan dengan mudah. Berlari mencapai pistol lalu menembak ke arah kereta Honda Accord yang sedang bergerak. Mengenai tayar belakang. Satu lagi tembakan dilepaskan.
Kali ini perjalanan kereta dilihat tidak stabil. Mendapatkan motorsikalnya untuk mengejar. Keselamatan Jie menjadi keutamaan Rizal. Bimbang Jie menjadi habuan lelaki tak guna.
Rizal menembak tayar dibahagian hadapan pula. Pergerakan kereta makin tak terkawal. Bunyi rim bergesel dengan permukaan jalan kedengaran. Bingit.
Lelaki yang sedang memandu terpaksa berhenti. Keluar dari kereta lalu bersemuka dengan Rizal.
Tembakan dihala ke arah lelaki itu. Malang, musuhnya bijak mengelak dan pantas melarikan diri. Menyusup laju ke arah hutan dipinggir lebuh raya. Rizal ingin mengejar namun memikirkan keadaan Jie, hasrat terbantut. Berpatah balik ke arah kereta.
"Jie.. bangun !!" Pipi Jie ditepuk kuat. Tiada reaksi.
Rizal terfikir sesuatu. Air mineral yang diletak dimotor dicapai. Tak ada pilihan lain lalu disapu ke muka Jie. Tujuan untuk membangunkan Jie. Jie dilihat membuka kelopak mata pelahan lahan. Menjerit ketakutan kemudiannya.
"You dah selamat ! Jangan risau !" Rizal mengusap belakang Jie untuk menenangkan. "I hantar you balik." Menarik tangan Jie supaya menuruti langkahnya menghala ke motor.
Topi keledar dihulur ke arah Jie. Jaket hitam yang dipakai ditanggalkan lalu disarung ke tubuh Jie.
"You nak I hantar ke mana?" Lupa pula mahu bertanya hala tuju Jie. Wajah Jie yang tampak keliru ditenung.
Rizal bersimpati dengan Jie yang selalu menjadi buruan lelaki gila. Kecantikan yang dianugerahkan umpama sumpahan buat Jie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 4-5-2015 10:28 AM
Safihah resah. Viana dan Zulkarnain masih lagi mendesak. Rayyan pula hanya membatu. Panggilan yang dibuat masih lagi tidak berjawab. Gerun memikirkan nasib diri jika Zulkarnain mendedahkan rahsia yang disimpan kemas. Masih gigih mendail untuk kali yang entah ke berapa.
"I dah dapat koordinat. Nanti I setting GPS." Zack bingkas bangun. Bergegas untuk menyelamatkan isterinya.
"I ikut you !" Zulkarnain pantas bangun. "Vee, you keep an eye to this woman." Menunjuk ke arah Safihah. "I tak percaya dia !" Viana hanya akur.
"I pun nak follow." Rayyan bangkit dari duduk. Risaukan Jie.
Pantas menapak keluar bilik menuju ke lif. Namun langkah mereka terhenti mendengar perbualan telefon seorang wanita. Suara yang tidak asing lagi..
"Macam mana boleh lepas?! Perempuan seorang pun you tak boleh handle! Bodoh !!" Cacian dihambur. "Menyesal I percayakan you !" Hampir saja telefon bimbit menjadi mangsa balingan. Geram.
"You bercakap dengan siapa, Zeeta?" Zulkarnain segera menyampuk. Wajah Zeeta berubah. Cuak.
"Kawan." Zeeta berlagak selamba. "Dahlah I nak masuk bilik tengok Danish." Pantas alasan diberikan. Berpaling untuk pergi.
Zulkarnain bertindak drastik merampas telefon pintar dalam genggaman Zeeta. Melihat rekod panggilan. Hanya nombor tanpa nama. Cuba menghubungi semula. Butang pembesar suara diaktifkan.
"Look here Zeeta." Mata Zeeta ditentang. "Kalau I tahu you pun terlibat dengan penculikan Jiha, I sendiri akan serahkan you kepada polis !" Zulkarnain berwajah serius. Curiga usai mendengar perbualan tadi.
Zeeta tergamam. Tak sangka Zulkarnain sanggup berkata begitu. Ketara Zulkarnain memang masih cintakan Jie. Dirinya tak ada nilai disisi lelaki itu.
"Thanks sebab selamatkan I tadi ! Kirim salam I dekat Sheera." Jie sudah mampu tersenyum. Lega kerana selamat. Syukur dipanjatkan kepada Allah.
"I teman you sampai lobi." Rizal tak sedap hati membiarkan Jie bersendirian. Agak bahaya juga untuk Jie masuk berjalan dari tempat meletak kenderaan.
Jie hanya angguk. Berjalan lesu ke arah hotel. Rizal tersentuh tangan Jie. Sejuk bak ais.
Segera jaket yang dipakai Jie dibetulkan. Bimbang Jie kedinginan.
"Baby !"
Zack terus berlari mendapatkan isterinya. Tubuh Jie dipeluk erat. Segala kerisauan berlalu pergi.
Zulkarnain menarik nafas lega melihat Jie. Begitu juga dengan Rayyan.
"Rizal?!" Rayyan terkejut melihat kehadiran pekerjanya disisi Jie.
"Encik Rayyan pun ada dekat sini?" Rizal juga tidak sangka bertemu Rayyan.
"Macam mana you boleh jumpa dia?" Rayyan tidak dapat menahan rasa ingin tahu.
"Kita borak dekat dalamlah. Secure sikit." Rizal lebih khuatirkan keselamatan Jie.
Takut jika mereka diekori. Naluri merasakan penjahat tadi boleh muncul semula untuk mendapatkan Jie.
Rayyan hanya menurut. Tak sabar mahu mendengar cerita dari mulut Rizal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:33 PM
Terdengar bunyi nada dering yang asing ditelinga. Jie baru teringat kewujudan telefon bimbit 'boss' yang diambil. Pantas menyeluk saku seluar yang disarung mengambil Iphone 6 untuk menjawab. Panggilan mati.
Jie membelek isi kandungan dalam telefon untuk mencari sebarang petunjuk. Senarai panggilan dan teks mesej diteliti. Gambar gambar yang tersimpan dibelek. Jie terkejut besar.
"You kenapa Jiha?" Zulkarnain menyoal pelik melihat perubahan wajah Jie.
"Bie, kembar dengan siapa?" Jie berdebar menanti jawapan suaminya.
"Kembar dengan Karl. Dekat bilik Mommy dan Daddy." Zack juga hairan melihat Jie yang tidak keruan.
"I nak pastikan anak kita selamat." Jie bingkas bangun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mu dok jemo ke taip cter. lma2..klo aku .......chapter 37 wajib ending.atau 40..
pelik aku dgn mu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-5-2015 11:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 4-5-2015 11:03 PM
Mu dok jemo ke taip cter. lma2..klo aku .......chapter 37 wajib ending.atau 40..
Haha.. u ni klaka haha.. i taip just to spend free time saja.. hobi masa lapang.. bila jemu i x taipla.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo..bgituuuuu. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah Safiha ni ummm.... aiyaaa lepas satu, satu laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm...lepas satu..satu... |
|
|
|
|
|
|
|
Menanti n3 dgn penuh kesabaran... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|