|
Reply 1297# it'sme
mustafa tuh senang je nak carik...turun mrt station ferrers park. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tumpang tanya otai2x uss...
nak dptkan tiket xpress lane SG30 tu kat maner ye? ader ke kena beli masa nak booking kat asiatravel...atau kita bole beli tiket tu kat saner jer nnt. sbb takut gak nak beli awal2x, dibuatnyer crowd tak ramai mana.
tkasih! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1302# norsh05
norsh
kalaou me.....takuttttttt![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply norsh05
norsh
kalaou me.....takuttttttt
Amiizaa Post at 15-12-2010 15:31 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
kena try gak sekali untuk rasa experience tu!!! ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1298# mambangkuning
wah mambang,dh beli da ekk.caiyok !!! insyallah krismas ni half jadi g USS tu ,hopefully jadilah member half nie,
nak hujung tahun ni makin susah nk g bercuti,siap kena dtg ot lagi weeken ,uwaaa!!!!
aku stress ni, nk gi USS gak heheheh,inipon tgh gigih siapkan keje kt opis lg ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1302# norsh05
hahh itu mcm ke?aduyaiiii tolongg ya ampun!![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mambangkuning
MKuning
Beli online jerk kat Asia Travel lagi senang, nanti sampai kat U ...
Amiizaa Post at 13-12-2010 09:48 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dh beli kt asia travel,mekasehhh kt kwn2 dlm 4rum cari ni sbb sharing info,kalu tdk mmg tak tau![](static/image/smiley/default/sleepy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mambangkuning
Walaikumsalam..
Saya ada pergi Ofis dia..
Dia setentang dgn Lot 10 n se ...
aziefa Post at 13-12-2010 01:32 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tocey2 arigato haitttttt![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
hepinyer dh beli tiket nk ke USS 24hb nie.ho yeaaa!!!
tima kasih yg bg advice beli kt asiatravel tu ekk???ermm, klu dr CIQ tu ader shuttle ke USS ke? sy tanya naza hotel,derang kata ader free shuttle ke CIQ,pastu dia ckp kena amik bas/taxi ke USS. byk x bas kt CIQ tu?ader alternatif lain x contoh naik mrt ke,selain taxi.
hopefully kawan2 bole bantu.1st time nie ke s'pore |
|
|
|
|
|
|
|
saper2 yg tgk online USS dah sold out, better beli ke asiatravel sbb dia mmg ada allocate utk agent. lgpun kt asiatravel ada pilihan nak bayar cash atau cc....
pd yg nak ke USS selamat happy2 di sana.....ikut suggestion yg diberi kt sini ye...boleh fully utlise ke 'enjoyan' |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1308# half
half bila pergi?
tak per pulun keje kow2 pastu enjoy![](static/image/smiley/default/smile.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1310# mambangkuning
yeahhhhh....lega dah dapat tiketkan...![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1314# Amiizaa
miza,kita gerak dr kl ari kamis lepas keje.tido jb n masuk uss ari jumaat 24hb,
ulang alik jb -sing jer la.huhuhu
ader sesapa x ley tolong jwb soklan half kt atas tu,tQQ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sakura2503 at 17-12-2010 20:52
metro semlm ade artikel pasal USS....
ni dia..
Keunikan tujuh zon Universal Studio Oleh Suliati Asri
![](http://www.hmetro.com.my/articles/KeunikantujuhzonUniversalStudio/pix_middle)
PERCUTIAN KELUARGA...Universal Studio Singapore menawarkan pelancongan untuk seisi keluarga.
MENAIKI 'roller coaster' berkelajuan tinggi dalam kegelapan di Revenge of the Mummy cukup menggerunkan dan hanya jeritan mampu dilakukan bagi menghilangkan ketakutan.
Dengan berkelajuan tinggi dan trek yang menjunam serta pusingan 360 darjah, ia pasti membuatkan sesiapa saja menjerit ketakutan dan berasa gerun, tetapi seronok.
Itulah pengalaman penulis bersama teman menaiki Revenge of the Mummy di Zon Ancient Egypt, Universal Studio Singapore (USS), Singapura, baru-baru ini.
![](http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KeunikantujuhzonUniversalStudio/pix_gal1)
COMEL...walaupun belum dibuka,watak animasi Madagascar menantipengunjung.![](http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KeunikantujuhzonUniversalStudio/pix_gal2)
JURASSIC PARK...mencabar.![](http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KeunikantujuhzonUniversalStudio/pix_gal3)
CANTIK...selain menawarkan keseronokan, istana Far FarAway sesuai untuk sesi bergambar.
Di situ terdapat lebih 18 permainan dan tarikan bertaraf dunia menanti pengunjung di taman tema pertama Universal Studio di Asia Tenggara.
Belumpun memasuki USS, kemeriahan sudah dirasai di hadapan pintu masuk Universal Studio.
Kebanyakan pengunjung mengambil peluang bergambar berlatarbelakangkan 'trade mark' universal studio, acara wajib jika ke sana.
Menawarkan tujuh zon menarik untuk diterokai, Hollywood adalah zon pertama menyambut kedatangan pengunjung. Anda seperti berada di Hollywood kerana setiap bangunan yang ada mengadaptasi bentuk bangunan khas Hollywood.
Selain menempatkan kedai cenderahati, pengunjung boleh melihat persembahan 'Live Show Monster Rock' di Pantages Hollywood Theater.
Puas bergambar di Zon Hollywood, kami ke zon watak dalam animasi itu iaitu Alex, Marty, Melman dan Gloria yang comel serta lucu iaitu di Zon Madagascar.
Bagaimanapun, kami sedikit kecewa kerana Zon Madagascar ditutup dan hanya berpeluang bergambar di hadapannya.
Perjalanan diteruskan ke zon animasi popular, Shrek.
Di Zon Far Far Away, kami berpeluang menyaksikan aksi Shrek menyelamatkan Puteri Fiona di Shrek 4D Adventure. Percikan air, tiupan angin dan tempat duduk yang bergerak membuatkan pengembaraan Shrek 'hidup'.
Kemudian, kami menaiki roller coaster mengeliling dunia Far-Far Away dengan Enchanted Airways selain Magic Potion Spin dan Donkey Live.
Di Zon The Lost World, ia bagaikan membawa pengunjung ke dunia dinosaur. Ia terbahagi kepada dua kawasan, Jurassic Park dan WaterWorld.
Di Jurassic Park, penulis dan beberapa rakan sempat menaiki Jurasic Park Rapids Adventure yang mencabar.
Selain cabaran menyusuri sungai yang memiliki arus yang deras sehingga menyebabkan pelampung dinaiki melanggar tebing sungai buatan, percikan air dan curam yang boleh membuatkan baju basah, menunggu giliran untuk melakukannya juga satu daripada cabarannya. Ini kerana terlalu ramai pengunjung, kami terpaksa menunggu kira-kira sejam sebelum melakukan permainan itu. Namun, penantian itu berakhir dengan keseronokan.
Selain Jurasic Park Rapids Adventure, antara tarikan di The Lost World termasuk WaterWorld, Canopyflyer, Amber Rock Climb dan Dino-Soarin.
Zon Ancient Egypt, zon yang cukup penulis gemari. Ia ibarat menjelajahi Mesir kuno dengan piramid serta patung yang berdiri gagah.
Di Zon Ancient Egypt ini, pengunjung dicabar melawan ketakutan dengan menaiki roller coaster berkelajuan tinggi, berhenti dan mengundur secara tiba-tiba, dengan suasana di dalam gua yang gelap di Revenge of the Mummy.
Jika tidak mahu memasuki Revenge of the Mummy, Treasure Hunter juga sedia untuk membawa mencari harta karun dengan menaiki jip tua ala Indiana Jones.
Sci-Fi City adalah zon keenam yang akan dilalui di USS. Bagaimanapun, Sci-Fi City yang menawarkan tiga permainan iaitu roller coaster tinggi dengan dua landasan yang bergerak serentak, tetapi berlawan arah iaitu Battlestar Galactica Cyclon & Battlestar Galactica Human dan Accelerator belum dibuka kepada pengunjung.
Jika mahu merasai pengalaman membikin filem ala pengarah Steven Spielberg dalam studio perfileman, Light! Camera ! Action di New York adalah zon terakhir di USS.
Lights, Camera, Action! membawa pengunjung melihat sendiri 'special effect' luar biasa yang membuatkan anda seperti benar-benar di tengah badai dengan angin kuat serta kapal yang terbakar hingga akhirnya sebuah kapal besar tiba-tiba masuk dan menghentam dek tempat pengunjung berdiri. Berada di Zon New York seperti pengunjung berada di kota itu dengan menyusuri jalan apabila ada banyak deretan kedai di kanan kiri jalan.
Di zon itu juga, pengunjung berpeluang mengabadikan kenangan 'bergambar' bersama pelakon terkemuka dunia dari zaman silam seperti Charlie Chaplin dan Marilyn Monroe.
Selepas mengelilingi tujuh zon, kami membeli-belah di kedai cenderahati di Zon Hollywood.
Sehari suntuk di taman tema USS memang memenatkan, tetapi berbaloi dengan pengalaman yang mungkin sukar diungkap dengan kata-kata.
Jika mahu ke taman tema USS, sebaiknya anda membeli tiket secara 'online' bagi mengelak kesesakan atau kehabisan tiket di kaunter. |
|
|
|
|
|
|
|
menghitung hari...huhuhu
harap2 rides nyer x extreme sgt
(camner la nk masuk amazing race klu nek rides USS pon takut eek)![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam
aq g 23 hb ni..tiket aq kat jb heheh...thanks for info kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Rock nak pergi Singapore 27hb-29hb ni dgn anak2 - sorang 8 thn, sorang 2 thn.. sekarang ni..macam tak sure whether nak pergi USS or not.. Sebab bila dipikirkan kena queue up dgn panas nye lagi.. sambil bawak 2 yr old.. takut dia tak enjoy sebab he's too small to understand.. Sbb Rock dah ada pengalaman pergi Disneyland Paris dgn my daughter - so boleh bayangkan kepenatan nye, dgn beratur panjang lagi.. yang kakaknye umur 8 thn tu.. nak pergi USS - so mcm mana ye? Sapa2 yang dah pergi USS and bawak anak kecik.. boleh share pengalaman tak? Thank you.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|