|
Reply #1295 Rosputih's post
until now i didn't get any reply from her..sibuk agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1296 gazelle's post
Alhamdulillah dah Selamat Pulang mengerjakan Umrah...
Ceritalah pengalaman mengerjakan Umrah disana especially bila bawa anak..
Mesti ada yang menarikkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat kembali kak azie...
ooo pi bercuti rupanya...
selamat kembali gazelle dgn selamatnya...
pastinya gazelle ada cerita2 yang menarik...
kongsikanlah bersama kami di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1203 ustaz's post
Rumah Ustaz tak de Astro ?
Samalah macam Kakak saya yg duduk di Sabak Bernam.
Baru ni pi bercuti dgn kakak kakak saya ( ada empat kakak dan seorang adik perempuan)..
masing masing sibuk berborak borak bercerita pasal Jemputan Umrah..
Kakak yg dudok kat Sabak Bernam terlopong aje mendengar...
Last last dia menyampuk rumah aku tak de Astro..
Pernah sekali dtg Rumah adik kat Bangi secara kebetulan ada Akademi Fantasia..
Dia bercakap dgn anak saudara yang umur 6 tahun..
"Mak anjang tumpang tengok ye..rumah Mak Anjang takde Astro"
Ustaz nak tau apa anak saudara saya jawab..
"Alaa Mak Anjang...ambil aje mana kuali kat rumah tu dan pegi pasang kat atas bumbung
mesti dapat tengok Astro"..
Tergelak Kakak saya..
Sorry Ustaz saya gurau aje..
Saya sendiri pun kat rumah jarang tengok TV apatah lagi Astro..
Tak rajin nak tengok TV...
[ Last edited by aziefa at 21-6-2008 12:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1296 gazelle's post
selamat kembali..kalau ada apa-apa nak share...coretkan di sini...ramai sedia menanti...hmm...bau-bau Mekah lagi ni..kalau dekat-dekat, dah pelok dah ni...nak ambik berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Rina mana ek?
Rasanya dah terlampau lama dia tak masuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1298 HUSSAINTAHIR's post
Mak cik dah cuba makan Nasi Mandi Ayam kat Restoran Hydramaut dekat Chulan Square.
Memang sedap nasinya...ayam dia pun memang lembut.
Diakui utk di recomend kat Husain.
Suami Mak cik Makan Kambing dia...Suami Mak cik cakap pun sedap juga..
Owner Restaurant tu orang Yaman.
Dia ada Chicken Mendy...Lamb Mendy..dan banyak lagi.
Nasi dia memang sedap...makan macam tu saja pun sedap.
Sama sedapnya dengan dekat Restoran Hydramaut di Aziziiah MEKAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1264 HUSSAINTAHIR's post
Walaupun Tuan Rumah Thread UMRAH ni tiada tapi Husain dan Ustaz
sudi jadi Penyambut Tetamu utk Rumah ini...
Sekurang kurangnya taklah sunyi rumah ni...
Ada juga keriuhannya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang pengalaman saya mengerjakan Umrah....
Sesuatu yang dapat dibanggakan kita jemaah Malaysia adalah Jemaah yang paling baik
dan bagus.
'Malaezia bagus,
Perasaan menghormati orang Melayu Malaysia oleh pegawai Masjid di sini
mungkin kerana kita juga menghormati orang lain.
Orang melayu tidak melangkah orang tengah sembahyang,
tidak mengganggu jemaah lain didalam masjid,
tidak membuat bising, beratur bila menunggu giliran
dan tidak pernah berkumpul dan bergerak dalam kumpulan yang besar
bila melakukan ibadat seperti tawaf dan saie yang boleh menghalang perjalanan dan ibadat orang lain.
Di mana terdapat kumpulan manusia yang ramai dan bersesak-sesak
tak ramai dilihat orang Melayu ada bersama.
Orang kita lebih suka berada di kawasan yang lapang dan berada jauh sedikit dari orang lain.
Mungkin Tabung Haji dan Ustaz tenaga pengajar telah melatih bakal haji dengan baik
sehingga jemaah haji kita dapat melaksanakan rukun, wajib dan sunat haji dengan yakin,
sempurna serta mempamerkan image Malaysia yang berdisiplin, teratur dan bersih.
Mungkinjuga pengendalian jemaah kita di Tanah Suci sistematik dan berjalan dengan licin
dan jemaah tidak perlu banyak berfikir perkara selain dari beribadat.
Walau bagaimana pun yang penting mungkin jemaah kita telah betul2 bersedia secara mental,
fizikal, spiritual dan dada telah dipenuhi dengan ilmu yang cukup supaya ibadat yang dijalankan
tidak menjadi cacat.
[ Last edited by aziefa at 21-6-2008 08:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1304 aziefa's post
saya belum tr hydramau nie..
but saya dah try al-rawsha jalan ampang...fuuh dia punya kebab memang sedap
nasi kabsah pun edap mcm nasi mandi ugak..edap sehingga menjilat jari..
nanti ada masa saya p chulan square hdramaut tue...nak taste
but at the moment..i dont have the time to vsit that outlet for my lunch...
i bagi website..kalau ustaz beminat hehehe..(gurau je ustaz)
http://www.al-rawsha.com/menu.asp?item=5# |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1305 aziefa's post
merangkap setiausaha tuan rumah..so kena jg rumah..bos tak de...
pengerusi aunty rina kot hehe
hehehe....smbil siapkan kerja jenguk kt website nie hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1307 HUSSAINTAHIR's post
Mak cik nak ajak suami Mak cik cubalah kat restaurant ni..
Dengar cerita Husain ni pun dah tak sabar nak mencuba...lapar pulak perut ni..
Terima kasihlah memberitahu Mak cik.
Jalan Jalan Cari Makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1308 HUSSAINTAHIR's post
Kira okaylah...
Sekurang kurangnya bila Husain jenguk thread ni ada juga teman dlm thread ni...
Ada Penghuni...
Insyallah Mak cik pergi Umrah Bulan Ramadan ni....
Mengenai persediaan tu...sama aje..
Nak memperbanyakkan ibadah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan Dan Wasiat Penting.Dipetik dari buku,
Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul saw
(Badan Penerangan dan Bimbingan Haji, Arab Saudi) 1425H
1.Ingatlah, bahawa anda sekelian sedang berada di dalam perjalanan yang penuh berkat
yang berasaskan tauhid dan ikhlas kepada Nya dan bertujuan untuk menyahut seruan Nya
dan mentaati perintah Nya. Ketahuilah bahawa haji yang mabrur (diterima)
itu balasannya adalah syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
2.Berwaspadalah anda sekelian daripada tipu daya syaitan kerana ia adalah
musuh yang sentiasa mengintip anda. Anda hendaklah saling mengasihi
sesama muslim kerana Allah serta menghindari daripada pertikaian dan
melakukan maksiat kepada Allah.
Ingatlah bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya
seperti ia mencintai dirinya sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
3.Bertanyalah kepada orang berilmu tentang masalah agama dan ibada haji
yang kurang jelas kepada anda sehingga anda memahaminya
kerana Allah telah berfirman maksudnya:
"Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui".
Dan sabda Rasululah saw:
"Sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan untuknya,
Dia akan memberi kepadannya kefahaman dalam agama" |
|
|
|
|
|
|
|
4.Ketahuilah, bahawa Allah swt telah menetapkan kepada kita beberapa kewajipan (fardhu)
dan mengajurkan kita agar melakukan amalan sunat, tetapi amalan sunat ini
tidak diterima apabila amalan yang wajib disia-siakan.
Hal ini kurang disedari oleh sebahagian daripada jemaah haji sehingga
terjadilah perbuatan yang mengganggu dan menyakiti sesama mukmin.
Sebagai contoh, berebut ketika ingin mengucup Hajar Aswad,
raml (berlari anak ketika tawaf), solat dibelakang Maqam Ibrahim atau
sewaktu meminum air zam-zam.
Amalan-amalan tersebut adalah sunat, sedangkan menyakiti orang mukmin adalah haram.
Patukah kita mengerjakan suatu perbuatan yang haram semata-mata untuk melakukan
perbuatan yang sunat?
Para jemaah yang dirahmati Allah..,
Oleh itu hindarilah perbuatan yang menyakiti antara satu sama lain.
Semoga Allah memeberikan pahala yang berlipat ganda kepada anda sekelian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1310 aziefa's post
semoga beroleh umrah yg mambrur
hehe disamping enjoy maka nasi ayam mandi
n kebab yg sedap...makanan kt mekah nikmat betullah hehehe
yelah bercampur dengan rahmat ALLAH..
saya percaya sebenarnya makanan tersebut tdak seberapa sedap
mungkin kerana hati kita tenang..kita dalam keseronokan rahmat ALLAH
semua jadi sedap, seronok, bahagia...
(nikmat makan kt mekah) ...maaflah ini pendapa saya sahaja..mungkin salah minta maaf ye
panas makan icecream terasa nikmatnya...(cubaan dan nikmat ALLAH datang bersama) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1314 aziefa's post
nasihat yang baik buat semua bakal jemaah umrah dan haji..
semoga ALLAH memberi peluang kepada kita semua..untuk menunaikan haji dan umrah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1310 aziefa's post
Pergi Umrah bulan Ramadhan ni?...tentu sekarang dah teringat-ingat 'kan?
...sungguh membahagiakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|