|
Reply #1277 gazelle's post
Salam Gaz,
Persoalan ni susah sikit nak jawab.... apa kata u telefon Tabung Haji minta cakap dengan bahagian Haji dan Umrah. Tanya ustaz kat situ. Insya'Allah mereka dpt membantu...
Pergi ngan travel agent ke atau sendiri... kalau dgn travel agent dorang selalunya ada ustaz yg boleh dirujuk... gaz boleh minta minta no telefon ustaz tu....
Cubalah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by melati00 at 16-4-2008 03:06 PM 
Salam,
Jangan lupa bawak ubat-ubat....Insya'Allah tak de apa-apa tu.... cumabatuk tu saja nak bermanja dengan Rin sblm Rin berangkat...
Kepada rakan-rakan yang menunaikan umrah, semoga sela ...
terima kasih melati.doakan rin yer....ubat2an boleh dibawa naik pesawat atau letak beg utk ke kargo???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1279 melati00's post
saya pi agent uruskan. not sure ade ustaz ke tak sbb ni group khas family kami. bukan ikut tour.nanti i tanye ayah i. dia yg uruskan. this insyallah will be my second time there. tapi yelah dulu pergi masa anak dara. tak kisah semua tu.buleh call tabung haji yer....tq for the info.
pernah terbaca kat forum cari la pengalaman bawak anak ke tanah suci. tapi dunno whther thread tu ade lagi ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
aa...camne ngan handphone? ade regulation kan sekarang takleh bawak handphone camera. so camne? kena rampas ke, bawak sorok2 ke?
how about camcoder? last time pi bawak tapi rasenye dlm masjidil haram semua tu tak bawak la. |
|
|
|
|
|
|
|
rin tk bawa hp camera.bawa hp yg takder camera.....just bawa digital camera jer....
lagi satu nk tnya....
ic ,kad pengenalan tak yah bawa kan.....kita only guna passportkan |
|
|
|
|
|
|
|
beg semua dah siap...tulis nama semua..rina akan bawa 3 beg..
[ Last edited by rinafarha1709 at 16-4-2008 06:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terpanggil juga kakak nak respond kerana kesian kepada gazelle yang menanti-naanti respond dari pembaca. Kakak bukanlah ahlinya yang hendak menullis dan memberi pandangan dari sudut yang melibatkan hukum hakam ketika melakukan ibadat kerana maklumlah membawa anak kecil yang masih memakai diapers, itu kena rujuk kepada yang ahlinya. Tapi kakak nak berkongsi pengalaman melihat ibubapa yang membawa anak-anak kecil ketika berada di tanah suci supaya hati dan fikiran gazelle tidak di serabuti dengan persoalan-persoalan yang akan menggangu perjalanan ibadat kelak. Gazelle sebenarnya mendapat dua kebahagiaan , iaitu kebahagian pertama dapat jemputan berkunjung ke Rumah Allah dan kebahagian kedua dapat membawa bersama anak atau zuriat gazelle yang masih sangat kecil sama-sama menjejakkan kaki ke tempat yang paling suci di dunia ini. jangan jadikan masalah-masalah kecil kerana membawa permata hati gazelle sebagai rintangannya. Anak gazelle dah dua tahun, rasanya tak menjadi masalah besar kerana umur sebegitu anak-anak telah memahami atau mengerti percakapan atau arahan ibubapanya.
Kalau diperhatikani ketika di Makkah ramai dari warga asing yang mengerjakan umrah membawa anak-anak kecil malah ada yang masih bayi lagi bersama-sama mereka. Kerlihatan mereka mengedung, menjujung anak-anak kecil mereka ketika bertawaf dan bersai. Tetapi amat jarang sekali kita dapat meilihat jemaah dari asia tenggara khususnya dari Malaysia yang membawa anak kecil atau yang masih lagi bayi yang membuat begitu. Ini mungkin walau pun mereka membawa bersama anak-anak kecil ke Makkah, mereka meninggalkan seketika kepada pejaga atau famili yang ikut serta atau bergilir-gilir melaksanakan rukun umrah untuk mengelakkan dari gangguan ketika beribadat atau ketika melaksaanakan umrah kerana orang-orang kita ini memang sangat berdisiplin menjaga rukun, syarat wajib dan sunat umrah dan tatatertib ketika melaksanakaan ibadat.
Ketika solat di masjid Nabawi, gazelle solatlah di saf-saf yang agak belakang sedikit kerana kalau anak menangis tidaklah menganggu sangat jemaah yang sedang khusyuk solat di saf-saf barisan hadapan. dan kalau boleh cari-cari tempat solat yang berhampiran tiang-tiang di dalam masjid samada di Masjid Nabawi atau di Masjidiil Haram kerana kita boleh meletakkan anak-anak kita bersebelahan tiang tersebut dan tidak akan mengganggu jemaah lain ketika solat kalau anak meragam. Sediakan juga sedikit makanan atau minuman bagi mengelakkan anak jemu dan meragam sementara menunggu waktu untuk berjemaah.
Ketika solat biarkan anak di sebelah gazelle. Ketika solat berjemaah, memang akan kedengaran teriak tangis anak-anak kecil, tapi biarkan sahaja nanti mereka akan diam sendiri. Tambahan pula kebanyakan jemaah wanita di dalam masjid amat mengasihi anak-anak kecil ,suka mengusik-usik dengan anak-anakkecil ini.
Ketika tawaf pula, gazelle boleh bergilir-gilir dengan ahli keluarga yang lain untuk melaksanakan rukun tawaf kerana jangka masa tawaf tidaklah terlalu panjang di musim-musim begini dan ketika bersaie gazelle boleh begilir-gilir mendokong anak kecil ini dengan ahli kelaurga yang lain.
Sebenarnya sangat seronok membawa bersama anak-anak ke tanah suci ini gazelle terutama ketika melihat mereka dengan pakaian ihramnya. Hingga kini kakak masih terbayang-bayang lagi bagaimana 3 orang anak lelaki kakak walaupun bukan masih kecil macam anak gazelle, mereka yang ketika itu berumur, 5, 7 dan 9 tahun yang berpakaian jubah putih, duduk bersimpuh di kiri dan kanan kakak di dalam Masjid Nabawi mendengar dan memerhati kakak yang sedang membaca terjemahan surah Yassin itu kepada mereka dengan tangisan kerana menginsafi makna firman Allah di dalam surat tersebut. Begitu juga bagaimana terusiknya hati kakak melihat anak-anak kakak berlari ke sana sini, dan bermain-main di dalam Masjidil Haram dengan pakaian jubahnya hingga terbit di dalam hati berdoa agar salah seorang anak kakak ini menjadi ahli agama dan mendapat pendidikan di tanah suci ini .
Kakak bercerita pengalaman kakak ini bagi tujuan memberi suntikan semangat kepada gazelle yang akan membawa anak ke tanah suci. Sekiranya orang-orang yang sangat kita kasihi berada bersama kita walau dimana kita berada, ianya adalah suatu anugerah atau nikmat kurniaan Allah kepada kita sebagaianya hambanya yang tiada tandingannya. Syukurilah nikmat itu.
Kakak doakan gazelle dan keluarga akan dapat menjalani ibadat umrah dengan sempurna kelak dan sentiasa di dalam peliharaan Allah swt jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1284 Rosputih's post
kak ros....
terima kasih sangat reply di sini.really appreciate it.
insyallah ini kali kedua saya ke tanah suci tapi kali pertama membawa anak.
memang betul macam yg akak cerita. di sana saya suka tengok budak2 kecil anak org arab kat masjid semua. sebab tu mak saya berhajat benar nak membawa cucu pertamanya ini membuat umrah. bagi dia, tak ada salahnye, atau susahnya bawak anak kecil ke tanah suci. sbb tu saya post di sini , tanye pengalaman org yg pernah membawa anak kecil. mmg benar, jarang msian nak bawak anak. tapi kalo gi holiday, pi disneyland takpe hehehehehe.......( dlm family saya pon camtu jugak akak...)
bestnya akak dapat bersama anak2 dulu. saya semasa di sana dulu rasa rapat sangat dgn mak dan adik beradik yg lain. saya paham perasaan akak tengok anak2 akak kat sana. kat sana kite dapat ketenangan yang tak pernah kite terfikir, biarpon hiruk pikuk orang ramai semua kan....
labih2 lagi time saya pergi dulu, saya di final year, mmg tengah serabut hidup saya rasa. mmg terpikir, kalo saya masa tu kecik lagi, mau berlari2 dlm masjid tu.... tu pon buleh lumba lari ngan adik2 sambil tolak arwah nenek ngan wheelchair heheheh...... teringat saya dgn arwah nenek. dia suka cerita tentang mekah masa gi haji naik kapal laut. betapa takjubnye dia tengok marble penuh di masjid, unlike before, tanah berpasir lagi...masyallah..so, pergi ke sana ini buleh la diconsider as walking down the memory land. memory saya dgn arwah nenek. semasa sana saya rasa rapat dgn nenek,,,,dia bercerita pasal diri dia yg tak pernah saya tahu. we really bonded there. miss my nenek.sori, teremosional pagi2 ni
alhamdulillah, anak saya buleh diconsider mendengar kata jugalah, kalo naughty tu sikit2. he's almost 3 , biasala nakal budak. kami pergi ramai. saya even ajak pengasuh dia sekali untuk membantu saya disana. ramai2 ni tak lah risau sebab buleh saling tengokkan.
terima kasih kak ros...atas doa, all the kata2 semangat, all the kind words.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gazelle at 16-4-2008 05:55 PM 
aa...camne ngan handphone? ade regulation kan sekarang takleh bawak handphone camera. so camne? kena rampas ke, bawak sorok2 ke?
how about camcoder? last time pi bawak tapi rasenye dlm masjidil ...
handphone camera boleh bawa..sebab sekarang memang ramai yang bawa..cuma sembunyi la sikit mana tau muttawa (org yg berjanggut ) tu check.dia tak rampas,cuma dia akan halau and halang kita dari masuk ke dalam..biasanya kat pintu2 besar...banyak pintu boleh masuk ke dalam..camera pun boleh bawa,tapi kena pandai2 sembunyi..Biasa kita pakai telekung,galas beg dalam telekung jer,x der orang nampak apa kita bawa ..nanti kita akan nampak ramai orang yang ambil gambar siap possing lagi....kawan saya ada bawa beg anak dia masa nak masuk ke dalam masjidil haram,tiba2 ada muttawa panggil..dia check semua satu beg dan keluarlah segala pampers,susu dan last dia jumpa camera..terus kami kena halau...tapi banyak pintu...kami masuk ikut pintu lain yang takder orang jaga..
[ Last edited by emyas1981 at 17-4-2008 11:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1285 gazelle's post
Alhamdullillah gazelle. Sebagai tanda mengasihi dan mengenang arwah nenek gazelle, ketika di Makkah nanti, doakan agar arwah nenek gazelle ditempatkan di kalangan orang beriman dan kalau berkesempatan gazelle hadiahkanlah satu umrah untuknya atau hadiahkan pahala satu umrah yang gazelle kerjakan untuk arwah nenek gazelle. Tentu gazelle akan dapat rasakan kepuasannya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua.
Ustaz nak menceritakan keadaan Masjidilharam buat masa ini agar bakal2 jemaah yang mengerjakan umrah tak terkejut. Buat masa ni tengah construction secara berperingkat. Tempat Saie antara Safa dan Marwah baru sudah hampir siap, dan tempat yang lama akan diubah untuk membuatkannya lebih lapang. Hotel-hotel and kedai-kedai sekeliling masjid akan/tengah dirobohkan untuk pembesaran masjid. Jadinya penempatan jemaah sepanjang projek dijalankan adalah jauh sedikit dari biasa. Diharapkan para jemaah buat persiapan sebelum pergi. Kalau ada kemusykilan, boleh kemukakan di sini.
Persiapan yang perlu diambil berat:
1) Hendaklah bawa topeng dan sentiasa pakai semasa berada di luar kerana keadaan berabuk. Namun ketika dalam ihram, solat dan tawaf, diingatkan agar buka topeng tersebut. Takut terbatal ihram nanti.
2) Yang membawa orang2 tua atau anak2 kecil, sekiranya perlu kerusi roda, boleh di ambil ti tempat wakaf kerusi roda. Tak payah beli. Kerana kalau membeli, ia akan memperbanyakkan lagi kerusi roda yg telah sedia ada banyak di tempat wakaf tersebut.
3) Kerusi roda hanya boleh di tingkat 2 & 3(atap) sahaja. Tawaf akan ambil masa dalam 1 jam sekiranya perjalanan tawaf lancar.
4) Memandangkan projek tengah berjalan, sila berhati2 semasa melalui laluan tepi construction.
5) Tingkatkan kesabaran kerana bilangan jemaah pada tahun ni lebih ramai dari tahun2 lepas, dan kalau boleh, lebihkan masa di masjid. Sesungguhnya beriktikaf di dalam masjid itu suatu ibadah.
Sekian, buat masa ini.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
alhamdulillah, sy dan suami telah selamat kembali dr menunaikan umrah pada 8 April yg lalu. Alhamdulillah, segala urusan kami di sana dipermudahkan..
pada yg nk berangkat tu, selamat menunaikan umrah ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk kongsi gambar sket

ni pemandangan di masjid nabawi.
URL=http://imageshack.us] [/URL]
yg ni pulak, masa pendakian ke Gua Uhud. Walaupun didlm gua ni penuh dgn tahi kibas, tapi bau dalam gua Uhud ni sgt harum.. Subhanallah. Wanginya sama seperti bauan pada karpet di Raudhah
[ Last edited by Hanni at 17-4-2008 01:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi..

Masjidilharam.. Pintu King Aziz (Pintu 1)

suasana kat tempat saei... Kalo waktu malam, mmg crowded sgt kat level ni. Berjalan tu, mmg berlanggar2 kakilah. Kalo ni senang, buat saei kat level 2.. level ni x ramai sgt, mungkin ramai yg taktau kot.
[ Last edited by Hanni at 17-4-2008 01:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ala... x kuar la plak gambor kat saei ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rin....
Hanni n husband ikut pakej Andalusia Travel & Tours. Kami kiranya batch pertama yg menggunakan visa umrah. Kami ke sama sepatutnya 12 h, 10 mlm, bertolak dr 28/3 - 9/4, dgn menaiki Saudi. Tapi perjlnan balik terawal sket (awal dlm 12 jam gitu)
Alhamdulillah perjlnan dan segala urusan berkaitan dgn ibadah umrah dipermudahkan.. baik di Madinah, mahupun di Mekah. Madinah .. bandarnya cantik, dan aman. Hotel yg kami duduk tu ade dlm 30 m dr Masjid Nabawi.
Kalo di Mekah pulak, hotel asal yg pihak agensi sediakan tu dlm proses nk kena roboh. So hotel gantian yg diberi jauh sket la... Dlm 200 m mcm tu (Blkg Hilton). Tapi bila dh jln beramai2 tu, xde terasa jauh sgt. Mmg suasana kat Mekah ni jauh berbeza dibandingkan di Madinah. Di Mekah, bandarnya (especially sekitar masjidilharam tu) x pernah tidur... sentiasa meriah... tambah2 lagi waktu malam. Lagi2 dgn kerje pembinaan dan pembesaran masjid. Bak kata ustaz, eloklah bawak mask.. sbb kat sana berabuk kuat..Kalo kat dlm masjid tu x delah berabuk.. tapi kalo kat tempat saei tu mmg berabuk, sbb kerje2 pembinaan tgh giat kat betul2 sblh tempat saei..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1293 Hanni's post
Nanti sambung lagi cerita ye hanni. Kisah Madinah dan Makkah ni memang tak jemu-jemu membaca ya. seronok mengikutinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua.
Selamat pulang ke tanah air dan terima kasih kepada puan Hanni kerana kongsi bersama pengalaman anda.
Betul kata puan Hanni tentang percakapan, tak kira di mulut atau di hati. Di sana semua kata2 dan terdetik boleh jadi doa.
Jadinya, niat yang elok2 sahaja.
Sesiapa yang baru pulang tu, elok kongsikan gambar2 keadaan terkini di sana agar boleh tahu perkembangan terkini di sana.
Puan Hanni, cuaca di Madinah dah panas ke? Ustaz di sana sewaktu musim haji hari tu awal bulan 1. Cuaca tersangat sejuk kekadang tu bawah 10C, terpaksa pakai baju berlapis2. Kalau waktu zohor sejuk, cuba bayangkan bertaba sejuknya nak pergi ke masjid di waktu subuh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|