|
Lady sambung skit jah utk bab seterusnya. kadha hat semlm..
---
BAB 42
Rahul? Adakah Rahul yang sama? Tapi, bukankah Rahul berada di Amerika? Puas hatinya bermonolog mengingatkan kata-kata Jiha. Selama ini sudah acap kali dia mendengar cerita tentang sahabat Jiha, Dona yang beragama Hindu. Tak pernah terfikirpun ia ada perkaitan dengan Rahul. Patutlah selama ini dia meragui kejujuran Dona terhadap Islam.
Kalau benar Dona adik kepada Rahul, iaitu anak kepada penganut agama Hindu ketegar itu... aku tak akan biarkan mereka melakukan perkara yang sama ke atas Jiha.. Hati kecilnya terus bermonolog.
"Tapi Jiha tak pernah sekali pun cerita tentang Rahul. Atau sekurang-kurangnya Jiha menceritakan yang Dona ada abang." Seingat Insyirah, cuma nama Dona sahaja yang disebut-sebut Jiha.
"Mungkin orang lain." Insyirah cuba menyedapkan keresahan hatinya. Kemudian dia menuju ke meja kecil tepi katilnya. Laci meja dibukanya, lalu sekeping gambar yang disembunyikan bawah buku, dikeluarkannya. Gambar Rahul itu masih disimpan dalam laci. Walaupun nama lelaki itu sudah dipadamkan dari hati, namun wajahnya masih tak mampu hilang dari memori. Untuk melupakan lelaki itu gambarnya diletakkan di sudut yang paling bawah sekali. Hendak dibuang, hatinya masih mengingini. Hendak dipadam, lelaki itu masih dirindui.
Ah! Sukarnya mengawal rasa hati. Dalam membenci, diri lelaki itu masih lagi diingati... Kemudian sebuah keluhan panjang dilepaskan. Bebola matanya terus menatap wajah kacak yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.
3 tahun masa berlalu. Hatinya masih dibiarkan kosong tanpa penghuni. Hendak menerima lelaki itu, tak mungkin. Rahul... tak akan aku perdagangkan cinta Allah semata-mata cintamu yang tak pernah kukuh...
********** Last edited by ladyFinger12 on 9-4-2013 03:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
shimah81 posted on 9-4-2013 03:48 PM
Syirah.. kau memang betuk-betul sombong, kerana keangkuhan hati kaulah, yang membuatkan kau mender ...
Tidakkk!!! Aku lebih cintakan Allah dari Rahul. Cinta Rahul kpd Allah adalah satu pembohongan belaka!
Dialog terober gituuu...
-----
Tiga tahun yang lalu.
"Awak tak pernah cintakan Islam."
"Jangan menuduh saya begitu Syirah. Saya perlukan masa. Saya mahu mendalami Islam lagi. Apabila saya benar-benar yakin, akan saya lafazkan syahadah itu."
"Awak tipu saya. Awak perdagangkan cinta Allah untuk pikat hati saya."
"Saya cintakan awak, Syirah, cuma saya masih belum bersedia untuk menerima Islam."
"Kalau begitu, awak sama saja dengan appa awak. macam ni lah Rahul, saya pun tak mahu memutuskan silaturrahim antara seorang anak dan bapa. Memandangkan keluarga awak juga tak menerima saya, kita putus."
"Tapi saya cintakan awak. Saya sangat sangat cintakan awak."
"Cinta sesama makhluk tak membawa apa-apa makna. Saya sangka awak cintakan Allah. Saya hanya akan menerima lelaki yang menyintai Allah dan Rasul. Awak sendiri tahu, kita berlainan akidah, jadi kita tak mungkin bersama."
"Saya tahu, untuk bersama, akidah kita mesti satu. Saya merayu kepada awak Syirah, berilah saya sedikit masa."
"Saya tak nampak kesungguhan awak, Rahul. Saya juga tak nampak kejujuran awak mahu menerima Islam. Jangan-jangan awak hanya mahu mempermainkan saya. Awak sebenarnya mahu saya menurut agama awak, kan? Saya nak ingatkan awak, itu adalah perkara yang paling mustahil yang akan saya lakukan. Saya tak akan jual agama saya hanya kerana cinta!"
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Hhahaha cik lady... see.. syirah ni pantang diuji... molek sangatlah cinta rahul beralih arah ke Jiha...
Rahul jiha |
|
|
|
|
|
|
|
shimah81 posted on 9-4-2013 04:00 PM
Hhahaha cik lady... see.. syirah ni pantang diuji... molek sangatlah cinta rahul beralih arah ke Jih ...
Setuju bangat ....rahul dgn jiha, eddie dgn lily dan shirah dgn fahmi sebb donakan mati.....
Padan la shirah dgn fahmi, sorang lembut sorang x suka beralah.....baru la ok.
Shirah tak bleh dgn rahul sebab rahul lebih perlukan jiha yg lembut dan memahami
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi syirah kat eddie je la.. die rasa diri bagus sgt kannn.. apa kata biar die aje yg sekolahkan si eddie tuh.. hoh! |
|
|
|
|
|
|
|
cara Syirah ni keras sgt...eloklah dgn Eddie...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... lawak lah korang ni... Makan hati lah eddie... Jenuh menadah telinga |
|
|
|
|
|
|
|
Fahmi...
ok tak Cik Sellie? |
|
|
|
|
|
|
|
Eddie takyah le end up dengan mana-mana watak dalam citer ni. Lagi bagus kalau dia berubah dan berhijrah.
Jiha too soft, Syirah too skeptical. Lili too errr.... Lili tu takyah kawen dengan mana-mana hero pun takpe sebab dia pelakon pembantu je..... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung...
"Apa khabar Syirah? Lama kita tak jumpa. I miss you!"
"Rahul? Apa awak buat di sini? Jadi betullah awak dah balik Malaysia?" Terkejut sekali dia melihat lelaki yang disangkanya berada di Amerika, kini betul-betul berada di depan matanya.
"Yup! Dah dua bulan saya balik ke sini. Dan saya sudah bekerja di sini. Quite a surprise, right?"
Insyirah tiba-tiba tertawa. "Patutlah bila Jiha beritahu dia rapat dengan seseorang yang beragama Hindu, hati saya sudah dapat merasakan ada sesuatu. Gerak hati saya tak pernah silap. Rupa-rupanya Dona adik awak, Rahul."
"Ya, Dona adik saya. BFF Najiha."
“Jadi, awak memang dah tahu saya dan Najiha serumah. Awak sengaja ambil peluang ini, kan? Awak cuba pikat Najiha, sebab nak sakitkan hati saya?”
“Syirah, Syirah... Sikap prejudis awak tak pernah surut. Kita baru saja berjumpa setelah tiga tahun terpisah. Tak terfikirkah awak untuk bertanya khabar tentang saya? Awak tak rindukan saya,, Syirah?"
Tawanya kedengaran lagi. "Rindu?" Sinis pandangan mata yang dijatuhkan ke wajah tampan itu. Memang rindu, hati kecilnya mengakui dalam diam.
"Syirah, can we talk?"
"Untuk apa? Antara kita sudah tak ada apa-apa lagi. Semuanya sudah saya campakkan."
"Ternyata awak campak saya begitu jauh sekali, Syirah... Langsung tak ada ruang buat saya? Sekurang-kurangnya sebagai kawan?” Soalannya tidak berbalas.
“Saya minta awak beri saya ruang dan masa tapi nampaknya masa langsung tak menunggu saya.”
“Dalam hati saya tiada ruang untuk orang yang tak jujur, jadi tak perlu buang masa.”
“Awak masih keras seperti dulu, Syirah.”
“Hati awak lagi keras. Awak mempermainkan agama untuk memikat hati perempuan yang lemah. Tapi awak silap Rahul. Saya bukan perempuan yang mudah mengalah. Jiha mungkin. Tapi saya tak akan biarkan itu berlaku. Awak jangan ganggu dia, Rahul." Tegas Insyirah memberi amaran, namun amarannya disambut dengan tawa oleh Rahul.
"Syirah! Dari dulu hingga kini, awak tak pernah berubah. Sentiasa prejudis." Ayat prejudis diulang lagi. Biar gadis itu tahu betapa tebalnya sikap prejudis itu di dalam dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-4-2013 09:43 AM
Eddie takyah le end up dengan mana-mana watak dalam citer ni. Lagi bagus kalau dia berubah dan berhi ...
Depa ni kalau boleh semua nak end up dgn pasangan masing2. Too fairy tale lerrr...
|
|
|
|
|
|
|
|
yg rahul pergi ucap i miss you tu kenapa? Issyyhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Awak kata saya prejudis? Ok, saya terima. Saya bukan sekadar prejudis malah saya juga skeptik dengan kaum musyrik terutama lelaki muda yang kacak bergaya macam awak. Sudah terlalu banyak kes murtad dan kami masih menangani masalah ini. Awak jangan ingat saya akan berdiam diri."
Rahul tertawa lagi melihat kemarahan Insyirah. "Jadi, awak nak tuduh saya ni cuba memurtadkan gadis-gadis Melayu, lah?"
"Ya! Memang itu pun niat awak semasa awak mahu berkawan dengan saya, kan?"
"Syirah... Saya pun tak tahu kenapa saya jatuh cinta dengan awak dahulu." Wajah Insyirah ditatapnya dalam-dalam bagi melepaskan kerinduannya yang sudah bertahun terpendam.
"Awak masih cantik, macam dulu. Awak dah kahwin, Syirah?" Rahul menyambung bicara.
"Itu urusan peribadi saya. Awak tak perlu tahu. Dan awak tak perlulah nak menggoda saya. Tak semudah itu saya akan tertawan. Look, saya rasa tak ada apa-apa lagi yang hendak kita bincangkan. Sekejap lagi kawan saya akan sampai. Tolonglah Rahul, saya tak nak orang lain melihat kita. Saya tak mahu ada sebarang hubungan dengan awak lagi." Insyirah mula melangkahkan kakinya. Dia tak mahu berdepan dengan Rahul lagi. Sudah cukup tiga tahun hatinya disakiti. Sekarang, semua kenangan dengan Rahul sudah berkubur. Sama-sekali tak akan dibongkarnya lagi.
"Syirah! Saya datang ni sebab saya nak berjumpa dengan awak. Saya nak berborak dengan awak. Bertanya khabar berita. Tak kan itu pun tak boleh?"
Insyirah kembali menoleh. langkahnya dihentikan. "Tak perlu kut, Rahul. Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi tentang saya. Dan saya pun tak berminat nak tahu tentang awak."
"Saya tahu awak masih marahkan saya, tapi berilah saya peluang untuk beritahu awak perkara yang sebenar."
"Dah terlambat Rahul. Tak guna pun kalau saya tahu."
Insyirah didekatinya. Sungguh dia tak puas hati dengan sikap gadis itu. "Syirah! Tiga tahun dulu awak langsung tak beri peluang kepada saya, hari ini pun awak masih tak beri ruang." Kata-kata Rahul mati begitu sahaja apabila Insyirah langsung tak mempedulikan laungannya. Insyirah terus sahaja berlalu sebaik sahaja teman yang diperkatakannya tiba. Sedikit pun Insyirah tidak menoleh.
"Kerasnya hati kau Syirah!" Sebuah keluhan dilepaskan. Kemudian dahinya yang sudah merenik peluh, diraup perlahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Gombak.
“Are sure with your decision? You won't regret it?”
“I will not. I love him so much and he needs me..”
“But he's a...”
“I don't mind.” Pantas bicara Rahul dipintas.
“Menjadi seorang Islam dan mengahwini Fahmi adalah impian I sekarang ini. And I really hope before I die, these dreams will come true.”
“Are you sure he can accept you?”
“It's ok because I can wait. Kalau tidak bersama di dunia sekali pun, sekurang-kurangnya dengan ikatan tali perkahwinan yang terbina, akan menjadi tiket untuk I menunggunya di syurga. Just pray for us, Rahul.”
Cinta Dona kepada Fahmi yang tidak berbelah bahagi mengundang rasa terharunya. Walau pun Fahmi sudah berterus-terang mengatakan dia lelaki gay, namun Dona tetap teguh dengan pendiriannya. Jika itu keputusan Dona, dia akan memberi sokongan sepenuh hati. Kebahgiaan Dona adalah kebahgiaannya juga.
“How about you? Forget the past Rahul. Binalah syurga baru.”
Tersungging senyuman pada bibirnya setelah mendengar kata-kata Dona. “Agak sukar untuk membinanya sendirian.”
“I know. Tapi Allah sudah menghantar seseorang untuk bantu you, Rahul.”
Dia hanya mampu menyungging senyuman buat kali kedua. Tak perlu kata apa-apa. Dia tahu siapa yang Dona maksudkan. Mereka sering berkongsi rahsia hati sejak dulu lagi. Cuma setelah kecewa dengan Insyirah, dia membawa diri dan terus menyepi sehinggakan email dari Dona pun tak mampu dibalasnya. Kekecewaannya ada perkaitan dengan keluarga sebab itulah dia terus membawa diri bagi mengubati hati yang terluka.
“Islam is the best way. Only Islam can save us.” Tutur Dona.
“True!” Kata-kata Dona tidak dapat disangkal. Kagum dia dengan keimanan adiknya itu.
“Do you think she's the best choice?”
“No doubt. Marry her before I die, please!” |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-4-2013 09:59 AM
Personally, I choose to differ. Eddie boleh je BFF dengan Jiha for moral support etc tapi untuk ka ...
bau ikan? ce citer...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|