|
|
All about Neelofa : PEMINAT BERDO'A LOFA DAN FAHRIN DISATUKAN (p80) + video p81
[Copy link]
|
|
|
kentutmanis posted on 24-2-2013 08:42 AM 
kalu hormat kasih sekalipun setakat salam2 ok la, kalu nak berpelok gomol mcm tu really xsesuwai d ...
I do that with my baby brother all the time. umur dia sekarang pun dh 20, aku still buat jugak. so tak payahlah nk jdkan isu bila lofa buat mcm tu sbb byk je org lain mcm tu jugak...cuma maybe pada setengah orang, dia x biasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This girl, i truly salute cara dia berkerja dengan komitmen yang banyak, bisness sendiri, nona, meletop, study, produser, berlakon, duta pada banyak produk besar....dan dalam masa yang sama boleh spend quality time dengan keluarga dan kekawan... I bet dia memang berdisiplin, bijak dan rajin dalam setiap yang dia buat coz kalau tak, takkan tawaran mencurah curah.... package tul lah dier, kaya, cantik, educated, bisnesswomen........ frankly i rasa dia jadi artis sebagai stepping stone nak jadi usahawan yang berjaya.... kalo dia tak seksi sangat, lagi perfect... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
farfar posted on 24-2-2013 09:57 AM
I do that with my baby brother all the time. umur dia sekarang pun dh 20, aku still buat jugak. so ...
Betul. Cara hidup semua orang lain2, klu agama tak melarang apa yg dia buat, who are we nak kate tak manis, tak elok, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sherry_zaida posted on 24-2-2013 06:28 AM 
Selain sibuk shooting Nona, Lofa akan start shoot Pilot Cafe ptgahan bulan Mac ni. Pahtu shoot Diari ...
wow...busynye...ada baca lofa akan terlibat dgn 1 projek with khabir bhatia...tuu filem or drama?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
angsaemas posted on 24-2-2013 07:19 AM 
yess plseeeee..
suruh PR dia slowtalk...so far lofa ada potensi utk punya ramai peminat
tp rm ...
like... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sherry_zaida posted on 24-2-2013 06:28 AM 
Selain sibuk shooting Nona, Lofa akan start shoot Pilot Cafe ptgahan bulan Mac ni. Pahtu shoot Diari ...
Ape dia best part tu???? Nak tahu.. Share je la kt cni.. Nk tahu...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
farfar posted on 24-2-2013 09:57 AM 
I do that with my baby brother all the time. umur dia sekarang pun dh 20, aku still buat jugak. so ...
same with me...siblings i smua lelaki...i sorg je ppuan so mmg i manje dgn dorg...xjd masalah pon...kt mesre smue tuu atas dasar kasih sayang adek bradek..plus i still tido je lg atas riba/lengan my mum n dad.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax posted on 24-2-2013 10:31 AM 
kaka pun peluk adik camtu
nak2 pulak kaka betul2 jadi misi bidan terjun
sambut dia waktu ...
curlasst kaka..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Respect sgt. Klu iols mau pengsan kat situ jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky posted on 24-2-2013 10:08 AM 
This girl, i truly salute cara dia berkerja dengan komitmen yang banyak, bisness sendiri, nona, mele ...
Yup
Sebab tu ai sebagai follower pertandingan dewi remaja, (sejak 1st edition) berani cakap Lofa adalah pemenang terbaik pernah di hasilkan
Almost perfect package (kecuali ketinggian)
Baru ada 8 pemenang dewi remaja sejak tahun 1986 (3, 4 tahun sekali baru ada pemenang)
Tapi raaaamai retis/model/selebriti yg dihasilkan dari pertandingan ni
Rasa cam nak gelak guling2 (& menangis dalam masa yg sama) setiap kali ada suara2 yg mempertikaikan kemenangan Lofa
Kunun Lofa rasuah penganjur laaa.. kunun lofa berjiran ngan tokey Karangkraf laaa...
Alahaiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
shachihata33 posted on 24-2-2013 07:26 AM 
kalau mcm ni perancangan lakonan dia, baik dia yg menang FFM tu... calon2 lain tu dh nampak ke mas ...
Ye lah.. bagi ai... Lofa patut menang
Kalau nak kira markah (kualiti lakunan + komitmen + long term + aset pelapis masa hadapan) secara sama rata
Filem tahun 2012 saja dah 3... yg dia blakun tunggu tayangan
/shoot dah berderet2 kalah pelakon senior
Belom campur drama bagai
Tapi kalau kualiti lakunan per se/100%...
x tau lah
Mebi yg blakun 29 februari tu
Bukan apa, takut jadi cam pemenang retis baru terbaik AIM
Lepas menang... semua hilang lenyap dari industri
Hampir semuanya... kecuali beberapa org
A BIG JOKE IN THE INDUSTRY
Bagi ai.. banyak benda yg perlu di beri markah
Bukan mutu lakunan 100%
Mutu lakunan boleh improve dari semasa ke semasa (cth: umie aida)
Tapi komitmen.. long term planning... ramai yg fail
Yg pasti, kalau Lofa menang... akan ada suara2 sumbang yg kutuk & mempertikaikan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
solstice posted on 24-2-2013 01:22 PM 
Ye lah.. bagi ai... Lofa patut menang
Kalau nak kira markah (kualiti lakunan + komitmen + long te ...
haterz jer yg x akn puas ati noks..bg lovers or org2 yg x msuk cmpur especially pemerhati
yg bersifat neutral..x der masalh..biar lah..klau aku mcm lopa..aku akn buat baik lg..buat sehabis baik
biar haterz semakin sesak nafas dn mkn ati..pedulikn dorg.buat kerja sndiri..jgn bergaul
dgn artis2 malass..
so far aku tgok geng lopa org biasa non artis..most of them org2
yg berjaya dn smart..konsentret dgn bisness,pelajrn..buat duit byk2 smpai
jd datuk dgn usaha sndiri
masa tu nanti mkin psikolah org2 yg selama ni perli dia menonggek, mendada kejar vvip
tup2 dia dgn sendiri jd vvip..x mustahil
ade yg ckp thread ni utk karatz karang
x kisahlaa.. yg penting aku ambik yg +ve psl dia ni sbg inspirasi..thanx lopa 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
suka neelofa....bijak & very classy...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LOFA masuk paper utusan pancaindera n metro ahad hari ni uolls.. sape rajin tepek silalah tepek .. AKU malas.. LOL |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sherry_zaida posted on 24-2-2013 06:23 AM 
Actually, Lofa dpt ticket kelas biasa2 gituw. Then dia upgrade ke kelas tip top. Alah beza berapa ...
memang 1st class harga 23k .kalau memula neelofa dapat economy.maksudnya .dia tambah sendri 20K wow!
tapi dia mmg kaya pon.
btw dia pergi morocco sebab kerja ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KERAJINAN MULA MELANDA KERANA KEBOSANAN SUDAH TAK TAHU NAK BUAT APA..
NAH UTK SAPE YG XBELI PAPER ARI NI..
NEELOFA BUANG EGO
BARU sahaja mencecah usia 24 tahun. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi dan sudah pasti angka tersebut melambangkan fasa remaja yang masih ditempuhi.
Namun banyak yang sudah ditempuhi oleh figura yang seorang ini dalam usianya yang masih hijau. Cukup untuk melambangkan kegigihannya.
Awal pembabitan Neelofa Mohd Noor sudah diterjah dengan pelbagai kontroversi. Dituduh bercakaran dengan pelbagai nama, ramai yang mula sangsi pada wanita yang seorang ini.
Tak usah menyelak kembali sejarah tersebut memandangkan segala-galanya sudah tinggal kenangan. Di sebalik sisi negatif seperti yang dilemparkan umum, ada banyak kebaikan yang mengiringi.
Dia sudah tidak lagi melatah saat terhimpit cerita buruk. Sikap positif yang ditunjukkan Neelofa sejak akhir-akhir ini juga cukup menyerlahkan lagi persona dirinya.
Pun begitu, walaupun banyak kontroversi berjaya ditolak ke tepi, itu masih belum membuatkan khalayak menyayanginya sepenuh hati.
Tidak pernah kisah dengan apa juga persepsi yang dilemparkan umum kepadanya, Neelofa yang cukup mesra disapa Lofa yakin dia hanya melakukan yang terbaik untuk dirinya.
"Siapa saya untuk memenuhkan semua impian orang atau nak buat orang gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya juga orang biasa dan tak pernah lari daripada melakukan kesalahan.
"Cuma dalam usia begini saya telah menghadapi segala-gala. Apa lagi yang orang tak kata pada saya? Kontroversi apa lagi yang tak pernah saya lalui?
"Bukan meminta perkara tersebut terjadi lagi tetapi apa yang boleh saya katakan kontroversi itu cukup untuk mematangkan saya dalam pelbagai sudut.
"Setiap kali saya berjaya atasi masalah, itu adalah detik paling manis sebenarnya. Apa yang penting saya juga tidak mahu dilabel dengan pelbagai kata-kata kurang manis," tegas Neelofa.
Ego menurunMELALUI hari-hari lalu dengan penuh rasa syukur, Neelofa tidak mahu terus dikaitkan bercakaran dengan sesiapa pun lagi. Dia mahu segala kekeruhan yang mengiringi kariernya sebelum ini dibuang jauh-jauh tanpa perlu diungkit lagi.
"Saya sebenarnya letih untuk dikaitkan bergaduh dengan orang itu, bercakar dengan orang ini. Cukup-cukuplah beberapa nama terkait dengan saya selama ini.
"Sebagai manusia biasa saya juga mahukan kedamaian. Saya tak mahu hidup saya dikatakan bermusuh dengan orang itu, orang ini sampai saya rasa rimas.
"Padahal kadangkala antara kami tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma bila cerita yang bertebar ditokok tambah, itu yang menambah 'perisa' menjadikan seolah-olah saya bersalah.
"Saya juga sudah masak dengan 'permainan' ini dan kalau boleh cukup-cukuplah sebab saya tak akan ambil pusing lagi," jelas pengacara MeleTOP ini.
Adakah ego Neelofa semakin menurun sejak akhir-akhir ini? Saat ditanya tentang isu tersebut, dia dengan tenang mengakui kebenarannya.
Sudah tiba masa untuknya lebih rasional dalam menghadapi apa sahaja halangan daripada terus terbelenggu dek emosi negatif.
"Mungkin ada benarnya ego saya semakin menurun sejak usia menginjak. Saya anggap perubahan ini adalah perubahan yang positif untuk diri sendiri. Kalau terus dengan ego, sampai bila pun isu lapuk tak akan selesai.
"Saya juga tidak mahu terus merosakkan diri dengan memikirkan masalah yang tak selesai. Daripada berterusan lebih baik saya segera menjernihkan keadaan.
"Setidak-tidaknya hidup saya lebih tenang dan boleh fokus kepada perkara yang lebih penting," jelasnya lagi.
Jodoh"Saya tidak penat tetapi sebenarnya rimas nak bercakap soal lelaki, jodoh dan isu-isu peribadi. Kalau boleh memang saya enggan ulas lagi memandangkan terlalu banyak kisah itu keluar sebelum ini," tegas Neelofa.
Bagi duta tilam King Koil ini, dia sebenarnya kasihan dengan Hans Isaac yang sering kali terpalit setiap kali ceritanya menghiasi kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar.
Tidak adil untuknya terus mengaitkan nama Hans memandangkan isu ini seharusnya tidak digembar-gemburkan untuk kebaikan bersama.
"Saya masih muda dan soal jodoh ini masih jauh untuk saya sebenarnya. Tapi orang selalu bertanya sampaikan saya rimas untuk beri apa-apa jawapan.
"Kalau saya kata macam ini, esok akan keluar macam-macam berita. Saya lebih rela isu ini ditolak ke tepi memandangkan banyak perkara lain yang boleh diketengahkan.
"Dia mungkin tidak ada masalah dengan isu macam ini tapi saya juga perlu jaga hati keluarga. Kalau asyik cerita cinta sahaja yang keluar, macam mana pula kata keluarga saya.
"Sebab itu saya mohon agar tidak terus dikaitkan dengan Hans buat masa ini. Biarlah kami tumpu tugas dan bisnes masing-masing sebelum cakap soal jodoh," pintanya.
KREDIT ; utusan malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu..
Neelofa, Hans terbuka soal cinta
Sejauh mana kebenarannya hubungan cinta di antara selebriti popular Neelofa atau Lofa dan aktor kini bergelar penerbit, Hans Isaac?
Masing-masing tidak puas hati dengan kenyataan yang mereka berikan sebelum ini setiap kali ditanya perkara itu.
Nampak gaya macam bercinta tetapi baca kenyataan seperti tidak. Kita tahu awak semua pun mesti berasakan perkara sama. Kebetulan baru-baru ini kita sempat bertemu Lofa, dalam duduk berdua berbual panjang kita tanya dari hati ke hati, bagaimana sebenarnya hubungan mereka. Adakah Lofa mencintai Hans dan begitulah sebaliknya?
Mungkinkah mereka berselindung soal perasaan kerana mahu menjaga hati ahli keluarga lain terutama ibu Lofa yang sebelum ini didakwa tidak merestui cinta mereka.
Kita tahu awak semua sudah membaca kenyataan diberikan ibu Lofa, Noor Kartini atau sering membahasakan dirinya Mama di kalangan teman media, sewaktu majlis kejutan sambutan hari jadi Lofa yang ke-24, baru-baru ini.
Kartini tidak menghalang sebaliknya menyerahkan soal nikah kahwin anaknya itu kepada Tuhan. Biarlah jodoh menentukan tetapi pada waktu sama, tidak menafikan sebagai ibu, dia mengharapkan anaknya akan menikahi lelaki yang soleh dan mampu membimbing Lofa membabitkan pegangannya.
Pada awalnya, Lofa enggan komen. Mungkin dia sudah muak mahu bercerita mengenai hal itu. Namun bila nampak kita berbicara agak serius akhirnya pengacara rancangan Nona dan MeleTOP itu buka mulut.
Seperti biasa, kata Lofa dia memang rapat dan tidak dinafikan 'soal hati' antara mereka berdua juga wujud. Namun untuk memberikan pengesahan tidak berani kerana bimbang esok lusa jika hubungan tidak ke mana, ia akan menjadi bahan kecaman.
Tanya kita, habis kalau sudah begitu caranya bagaimana? Jawab Lofa memang dia dan Hans 'bersama' bagaimanapun ia tidak bermakna dia cuba bersikap 'tutup pintu' dan tidak lagi memandang orang lain. Tegasnya bukan tidak jujur malah Hans juga boleh buat perkara sama.
Mendengarkan perkara itu membuatkan kita garu kepala. Apa maknanya cinta kalau begitu caranya? Jelas Lofa, dia cuba bersikap realistik dalam hal ini. Pada usia baru mencecah 24 tahun, banyak lagi perkara yang mahu dicapai sama ada dari sudut kerjaya mahupun peribadi. Dia juga harus menamatkan pengajian terlebih dulu.
Seperkara lagi jelas Lofa, kalau dia pukul canang bahawa benar dia dan Hans bercinta pun tidak guna kerana tiada tanda yang boleh dijadikan faktor mengikat bagi dijadikan bukti mereka serius dalam soal ini.
Kalau benar Hans mahukan dirinya, sudah tentu dia melakukan sesuatu bagi meyakinkannya yang benar dia mahukan Lofa dan cuba membawa hubungan ke langkah seterusnya.
Selagi ia tidak berlaku, bermakna lelaki lain yang mahu mendekati diri Lofa juga masih punya peluang sama. Ia bagaikan satu hubungan terbuka seperti status dalam laman muka buku In Open Relationship, sudah berteman tetapi tidak mengehadkan diri untuk mengenali orang lain.
Bila difikirkan apa yang diperjelaskan Lofa ini, pada kita ada juga benarnya. Mengapa kita harus berpegang kepada satu hubungan yang tidak ada kepastian. Bimbang nanti kalau si perempuan yang sakan tunggu akan menanggung sengsara dan kecewa apabila tiba-tiba si lelaki memilih perempuan lain menjadi suri hidup. Pada kita ini satu langkah bijak!
KREDIT ; metro ahad
P/S ; adakh slpas berjumpa ngan fahrin, lofa dah berubah fikiran ... abg fahrin boleh la merampok lofa drpd hans ye... lofa dah bagi green light tu..KUIKUIKUI. .
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adeqo posted on 24-2-2013 10:28 AM 
Ape dia best part tu???? Nak tahu.. Share je la kt cni.. Nk tahu...
lofa jd duta kasut loubotin ke? kalau betul, mmg terbakar kaw2 lar seteru dia  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
farfar posted on 24-2-2013 09:57 AM 
I do that with my baby brother all the time. umur dia sekarang pun dh 20, aku still buat jugak. so ...
Aiolss pun x biasa. hehehe... tp kalau adik aiolss yg nk pergi Oversea maybe aiolss pun akan peluk adik aiolss. tp apa nak herankam si Lofa ni, kalau dgn pelakon lelaki pun dia boleh pelik, so xde lah besar mana isu dia peluk adik dia yg sah2 muhrim dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|