|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
freddianza posted on 12-9-2012 04:06 PM
Amboihhhhhhhhh ladyyyy
Kak Lady hang tu.. biasalah. Selagi tak game, selagi tu tak puas hati....
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 12-9-2012 04:13 PM
esok masih ada!
next!
Esok?
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai sweetnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa.... kena tunggu esok pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua....slps habis dup dap dup dap kt abg iqbal....meh singgah sini....nicki ooooo nicki...meh la blk sini lak...tepek la sebarang dua perenggan....hehehheh
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 13-9-2012 10:46 AM
Salam semua....slps habis dup dap dup dap kt abg iqbal....meh singgah sini....nicki ooooo nicki...me ...
Ingat nak cuti je hari ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Yolah..yolah...
Tapi cheq mampu satu episode je ni.....kebizian...
Salam readers...
Babe.. takut iols tengok tangan hang yang berapi tu..... Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 11:07 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 58
Fifi terjaga awal pada pagi itu. Nyenyak benar tidurnya. Tangan Fandi masih melingkari pinggang. Fifi berpusing ke kanan, mengadap Fandi. Fifi hanya terkebil-kebil memandang Fandi yang masih lena. Nafasnya tenang. Dalam diam Fifi tersenyum. Rasa bahagia mula meresapi hatinya. Sudah terbukakah hatinya untuk Fandi?
Wajah Fandi yang terlena di tatap lama. Walaupun di dalam pudar, wajah itu dapat di lihat dengan jelas. Fifi memberanikan diri membelai rambut Fandi, perlahan-lahan.Tak terjaga.. Fifi senyum. Kemudian, dahinya, matanya, hidungnya dan akhirnya bibir Fandi. Jari Fifi bermain di situ. Sama seperti apa yang sering Fandi lakukan kepadanya.
Tiba-tiba Fifi merasakan pelukan Fandi kepadanya makin erat. Fifi segera memejamkan mata, pura-pura tidur. Kali ini, dia pula terasa yang rambutnya di belai. Kemudian, dahinya, matanya, hidungnya dan turun di bibirnya.
Bibirnya di kucup lembut. Fifi tergamam, berlarutan beberapa saat. Setelah bibirnya di lepaskan, mata Fifi terbuka. Fandi tersenyum ke arahnya. Fifi terkebil-kebil.
“Assalamualaikum” Fifi tidak menjawab. Suaranya tidak terkeluar lalu di jawab dalam hati.
“Good morning sweetheart”
“Err…okay” Ya..okay. Perkataan okay saja yang terfikir di kepala Fifi lalu turun ke mulut. Fandi senyum lagi, merenung mata Fifi dalam-dalam.
“Dah pukul berapa?” Fifi mencapai ‘tab’ nya yang terletak di bawah bantal.
“5:30 pagi” Fifi menjawab. Kembali berpaling ke arah Fandi.
“Saya nak pergi surau” Fandi berkata setelah lama terdiam.
“Okay” Fifi menjawab. Fandi bangun dari katil, mencapai tuala di penyidai. Dia memandang Fifi sekilas lalu tersenyum lagi dan terus melangkah keluar dari bilik.
******************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 09:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lorrrr...apsal semua kasi ciput sgt N3 pagi ni ? sambung lagi lahhhhh..uhuk |
|
|
|
|
|
|
|
ha.. bile dah tak bz sambung lagi ye Nicki |
|
|
|
|
|
|
|
“Mana abah kamu?” Puan Sairah bertanya kepada Fandi yang baru pulang dari surau.
“Tadi dia berbual dengan Pak Samad tu. Orang balik dulu” Fandi menjawab. Menarik kerusi di meja makan lalu duduk. Puan Sairah mengangguk.
“Piah dah bangun?”
“Belum mak. Tertidur balik kot lepas subuh tadi”
“Besar perutnya ya?” Seteko kopi sudah di letakkan di atas meja. Fandi cuma angguk. Tangannya mencapai cawan lalu kopi di tuangkan untuk Puan Sairah dan dirinya sendiri.
“Kenapa mak?” Fandi bertanya. “Macam ada benda nak cakap je?”
“Kamu betul-betul sayangkan Piah?” Fandi mengangkat muka memandang Puan Sairah.
“Kenapa mak tanya macam tu?”
“Mak nak tahu…” Fandi menarik nafas.
“Orang betul-betul sayangkan dia” Fandi membuat pengakuan.
“Bukan sebab Datuk Yusuf upah kamu?” Sekali lagi Fandi menarik nafas. Terdiam lama. Memikirkan ayat yang sesuai untuk di ucapkan.
“Fandi….”
“Kalau dulu, mungkin ya. Pernah juga terfikir nak ceraikan dia lepas bersalin. Dalam masa yang sama, orang kesian kat dia. Sikit-sikit termenung. Menangis tu tak payah cakaplah, hari-hari kot. Berkurung je dalam bilik. Tapi, bila orang dah kenal dia, baru orang tahu yang dia taklah macam apa yang orang sangka. Sofea tu sebenarnya baik mak. Dia nampak macam keras kepala tapi tidak. Hati dia lembut”
“Kamu tahu dengan siapa dia terlanjur?” Fandi angguk.
“Sofea…dia” Fandi bercerita secara ringkas. Puan Sairah menelan air liur, memandang Fandi tak berkelip.
“Kalau kamu dah sayang, jaga dia elok-elok, Fandi. Kalau kamu boleh terima dia seadanya, mak dengan abah pun macam tu” Fandi angguk sambil tersenyum.
“Mak pun rasa Piah tu baik budaknya. Masa mula-mula kamu beritahu nak balik Kluang bawak Piah, mak risau juga. Takutlah dia tak selesa ke, apa ke. Tapi, elok je mak tengok” Fandi senyum.
“Dia takut nak ikut balik sebenarnya mak”
“Kenapa?”
“Takut mak dengan abah tak boleh terima” Puan Sairah diam.
“Itu hari, Makcik Jenab tanya mak, betul ke kamu dah kahwin? Mak jawab ajelah ya. Lepas tu macam-macam dia tanya. Kenapa tak buat majlis kat sinilah? Anak siapalah? Banyak soalannya” Fandi sengih.
“Kepoh betul Makcik Jenab tu”
“Ala, bukan kamu tak tahu. Dari dulu lagi dia berkenan nak jodohkan kamu dengan anak dia”
“Si Wani tu? Eiii, tak payahlah mak. Mulut Wani dengan mulut Makcik Jenab tu sama je. Bingit!”
“Tak baik kamu cakap macam tu” Fandi sengih.
“Masa Alya bertunang dulun pun, sibuk dia tanya kalau-kalau kamu dah ada pengganti” Fandi diam.
“Kamu dengan Alya macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Mak ada jumpa Cik Mai. Dia beritahu yang Alya nak putuskan tunang” Fandi diam lagi. Hanya meneguk kopi o di dalam cawan.
“Kamu dah tahu?”
“Tahu mak. Alya ada contact orang kat KL. Macam-macam dia cerita pasal tunang dia” Fandi menjawab perlahan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jadi?”
“Jadi apanya mak?”
“Kamu tak rasa apa-apa ke?” Fandi menarik nafas. Kepalanya di geleng perlahan.
“Hidup dia mak, biarlah dia. Orang dah ada hidup sendiri. Orang dah ada Sofea. Orang cuma anggap Alya tu macam kawan je” Fandi membalas dengan nada perlahan. Puan Sairah tersenyum.
“Eloklah Fandi. Mak kadang-kadang risau juga, kot lah kamu ada hati lagi dengan si Alya tu”
“Kalau dapat kahwin dua pun okay mak”
“Banyak cengkadak kamu!” Fandi tergelak. Puan Sairah mencebik.
“Mak” Fandi teragak-agak untuk berkata.
“Ada apa?”
“Ilah….” Puan Sairah memandang tepat ke muka Fandi. Menunggu Fandi meneruskan kata-kata.
“Ilah…dia…” Fandi menerangkan serba ringkas maklumat yang diperolehi dari Datuk Yusuf. Puan Sairah mengurut dada lalu air matanya mengalir.
“Jadi, memang dia ikut lelaki tu lah?”
“Ya kot. Kalau dah sampai ke sana…”
“Sampai hati Ilah, Fandi. Sanggup dia tinggalkan kita sebab nak kahwin dengan lelaki tu. Mak bukan tak kasi dia kahwin Fandi, tapi Ilah muda lagi. Lelaki tu pun entah siapa-siapa. Asal usulnya pun kita tak tahu…” Puan Sairah berkata, sebak.
“Sabarlah mak…” Fandi memujuk.
“Orang tengah usaha nak cari dia balik” Puan Sairah mengesat air matanya. Mengenangkan anak, hatinya benar-benar pilu.
“Mak, kalau Ilah balik, boleh ke mak maafkan dia?” Fandi menduga. Puan Sairah terdiam. Dia mengesat air matanya lalu bangun meninggalkan Fandi termangu-mangu di meja makan.
“Mak…mak” Fandi cuba memujuk tetapi tidak di endahkan. Fandi tahu, luka di hati Puan Sairah belum sembuh lagi. Fandi hanya memerhatikan saja emaknya berlalu lalu mengeluh perlahan.
*******************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 09:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-9-2012 11:04 AM
Yolah..yolah...
Tapi cheq mampu satu episode je ni.....kebizian... Babe.. takut iols tengok tangan hang yang berapi tu.....
haaa... tau pun. cepat sambung lagi banyak-banyak
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi telefon di atas meja menggangu Fifi yang masih terlena. Fifi terpisat-pisat bangun. Segera menoleh ke arah bunyi lagu rock yang mengggangu.
Telefon Fandi…
Fifi menoleh ke sekeliling tetapi Fandi tiada. Lalu dia bangkit, mencapai telefon.
Alya Syuhada… Kening Fifi berkerut.
“Hello” Terdengar suara di hujung talian.
“Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam. Siapa ni?”
“Saya Sofea” Senyap seketika.
“Fandi ada?” Kedengaran suara yang menjawab seperti kurang senang.
“Dia tak ada dalam bilik. Awak ada apa-apa pesan ke?”
“Kalau ada pesan pun aku taknak cakap dengan kau” Fifi menelan air liur.
“Tolong panggil Fandi”
“Ada apa nak cakap dengan dia?”
“Kau sibuk nak tahu, kenapa?”
“Saya isteri dia”
“Oh.. isteri. Kau rasa kau layak ke jadi isteri dia?”
“Apa awak cakap ni?”
“Kau tak tahu? Kau rasa, betul ke Fandi tu nak kan kau? Kau ada tanya kenapa dia nak kahwin dengan kau?”
“Kenapa awak nak marah-marah saya ni?”
“Kalau kau nak tahu, dia cuma kahwin dengan kau sebab terpaksa tahu tak? Lepas kau dah beranak, mesti dia ceraikan kau”
“What do you mean?!”
“Orang kaya macam kau, senangkan. Lepas dah main dengan dua tiga jantan, cari pak sanggup, kahwin! Tutup cerita. Siapa anak yang kau kandung tu pun tak siapa nak ambil kisah” Fifi terdiam. Air matanya mula mengalir perlahan.
“Kenapa awak cakap macam ni pada saya?”
“Sebab Fandi sepatutnya milik aku, bukan kau!”
“Tapi awak yang tinggalkan dia…awak yang bertunang dengan orang lain…awak yang…” |
|
|
|
|
|
|
|
esok sambung lg ye Nicki...x puas sikt sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|