CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LAVENDER CASCADE

[Copy link]
Post time 26-1-2026 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wugi la saiya…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 06:00 PM | Show all posts
Cerun runtuh makin teruk, penduduk hilang rasa selamat

Runtuhan cerun di Sungai Kepayang, Seremban memburuk sejak April tahun lalu akibat paip air pecah berulang kali

Kerja-kerja pembaikan cerun yang bermula Oktober tahun lalu terganggu dan menyebabkan struktur pagar tiga buah rumah runtuh

Penduduk Taman Oakland resah runtuhan boleh merebak ke jambatan satu-satunya laluan masuk ke kawasan perumahan

Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.4 juta untuk projek pembaikan cerun, dijangka siap pada April depan

Kontraktor berjanji membaik pulih tembok pagar rumah terjejas dan bersedia berbincang berhubung pampasan penduduk
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:01 PM | Show all posts
Tabika Kemas 'laku keras' kerana kualiti setaraf swasta– Asna
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:01 PM | Show all posts
SEREMBAN – Permohonan kemasukan ke Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Negeri Sembilan mencatatkan permintaan luar biasa, khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar, susulan peningkatan kualiti pendidikan awal kanak-kanak yang ditawarkan institusi berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:01 PM | Show all posts
Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin berkata, sambutan tinggi itu diibaratkan seperti ‘pisang goreng panas’ apabila semakin ramai ibu bapa memilih Tabika Kemas berikutan mutu pendidikan yang setaraf institusi swasta, selain penekanan terhadap pelaksanaan Pelan Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang menjadi fokus utama tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
Menurut beliau, faktor yuran minimum turut menjadikan Tabika Kemas sebagai pilihan utama ibu bapa apabila kadar bayaran hanya antara RM20 hingga RM50 sebulan, selain penyediaan makanan percuma kepada murid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
“Di beberapa kawasan di seluruh negara, ibu bapa hanya perlu membayar yuran serendah RM5 sahaja dengan kemudahan makanan percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
“Ini jelas menunjukkan komitmen Kemas dalam memastikan pendidikan awal yang berkualiti dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
Beliau menjelaskan, setiap permohonan kemasukan ke Tabika Kemas akan melalui proses tapisan yang teliti dan keutamaan diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan, tanpa mengamalkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
Mengulas pembaharuan dalam sistem pendidikan Tabika Kemas, Asna berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh pembangunan modal insan menerusi pelbagai inisiatif pemerkasaan pendidikan desa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
Menurut ADUN Lenggeng itu, antara inisiatif utama yang dilaksanakan termasuk penubuhan Pra-Tahfiz Tabika Kemas, TVET Tahfiz, pendidikan digital merentas desa melalui program Smart Classroom@Kemas serta usaha melahirkan huffaz cilik menerusi program PeliTa@Kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
“Lebih 50 peratus Tabika Kemas di seluruh negara akan dinaik taraf bagi memastikan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:02 PM | Show all posts
“KKDW juga telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta kepada Kemas bagi tujuan menaik taraf serta membaik pulih tabika dan taska di seluruh negara,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:03 PM | Show all posts
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa Tabika Kemas khas untuk kanak-kanak autistik akan mula dibina di setiap negeri mulai tahun ini bagi memastikan akses pendidikan awal yang inklusif dan mampu milik dapat disediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:03 PM | Show all posts
“Penubuhan tabika khusus ini mengambil kira ekosistem pendidikan Kemas yang berkeupayaan menawarkan pendidikan khas, sekali gus memastikan kanak-kanak autistik tidak tercicir daripada sistem pendidikan awal,” katanya sambil berharap pelaksanaan inisiatif tersebut berjalan lancar seperti dirancang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:03 PM | Show all posts
Mengulas statistik pendaftaran Tabika Kemas, Asna berkata, jumlah kanak-kanak yang mendaftar menunjukkan trend yang konsisten sejak 2021 dengan seramai 205,716 kanak-kanak, meningkat kepada 207,965 orang pada 2022 dan 216,322 orang pada 2023.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 06:03 PM | Show all posts
Bagaimanapun, jumlah tersebut sedikit menurun kepada 216,029 kanak-kanak pada 2024, diikuti 210,165 orang pada 2025 dan 195,966 kanak-kanak setakat 2026.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:03 PM | Show all posts
Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas komitmen memastikan Tabika Kemas terus maju dan relevan dengan keperluan semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:03 PM | Show all posts
Asna turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik Tabika Kemas atas bakti dan pengorbanan mereka dalam membentuk generasi awal negara.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 06:04 PM | Show all posts


Peningkatan kualiti pendidikan yang ditawarkan di Tabika Kemas kini setaraf dengan swasta. Gambar kecil: Mohd Asna Amin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.572214 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list