CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2026 11:52 AM | Show all posts
swk - Maritim Malaysia tahan kapal kargo asing langgar peraturan di perairan Miri

sbh - Sedekad harapan, SOSHF bertemu semula dengan bekas pesakit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 11:54 AM | Show all posts
Pelayan kedai dipenjara, sebat atas pelbagai kesalahan jenayah
Februari 6, 2026, Jumaat - 6:12pm

KUCHING: Seorang pelayan kedai dipenjara tujuh tahun sembilan bulan berserta satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret hari ini atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk kes yang mencetuskan aksi kejar-mengejar tular di Jejambat Batu 4, Sabtu lalu.

Secara keseluruhannya, Alex Ujai, 35, berhadapan lapan pertuduhan dengan lima daripadanya berkaitan insiden tular tersebut yang berlaku pada 31 Januari 2026, sekitar jam 1.30 petang di Jejambat Batu 4 Jalan Kuching-Serian di sini.

Fakta kes mendedahkan sepasukan polis ketika rondaan cegah jenayah ternampak sebuah kereta Perodua Viva berada dalam keadaan mencurigakan, dipandu oleh tertuduh yang merupakan orang dikehendaki bagi kes pecah rumah dan curi.

Susulan itu, polis mengekori tertuduh dan apabila berada di Jejambat Batu 4, mereka cuba memberhentikan tertuduh namun tertuduh memecutkan kenderaannya, menyebabkan salah seorang anggota polis diseret kenderaan tersebut.

Semasa kejadian itu juga, tertuduh bertindak melanggar tiga kenderaan lain, sebelum dia segera meninggalkan kereta dipandunya di atas jejambat dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Tertuduh bagaimanapun berjaya ditangkap tidak lama kemudian di sebuah premis di Batu 4 ½ Jalan Penrissen, di sini.

Sehubungan itu di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nadwa Radzali hari ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis dengan cara enggan memberikan kerjasama ketika diperiksa dan cuba melarikan diri.

Nursyaheeqa memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan berkuat kuasa hari ini bagi pertuduhan tersebut.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis berusia 38 tahun ketika mangsa melaksanakan tugas dan untuk itu, Nursyaheeqa memerintahkan tertuduh dipenjara setahun lima bulan.

Nursyaheeqa mengarahkan hukuman penjara berkenaan dijalankan selesai tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan terbabit.

Di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan, tertuduh berhadapan tiga pertuduhan terbabit insiden sama, masing-masing dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan tidak berhati-hati sehingga melanggar tiga kenderaan, mengakibatkan kesemua kenderaan berkenaan mengalami kerosakan.

Untuk itu, Mason memerintahkan tertuduh dipenjara enam, 10 dan 12 bulan bagi setiap pertuduhan terbabit, dengan semua hukuman tersebut berjalan berasingan.

Bagi kes pecah rumah dan curi di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Nursyaheeqa memerintahkan tertuduh dipenjara dua tahun enam bulan berkuat kuasa hari ini untuk kesalahan yang dilakukannya sekitar jam 3.30 pagi di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho 2 di sini pada 30 Januari 2026.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan berkuat kuasa hari ini untuk kesalahan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak kerana memiliki seutas jam tangan mewah dan gagal memberikan alasan munasabah bagi pemilikan barangan tersebut yang disyaki dicuri.

Sementara itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Iris Awen Jon, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima tahun empat bulan berkuat kuasa hari ini berserta satu sebatan kerana mengambil dadah Amphetamine dan Methamphetamine buat kali ketiga.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1)(b) Akta sama.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chuah Kai Sheng, DPP Muhammad Aidil Akmal Sharidan dan DPP Muhammad Afiq Safly Nor Kazly dengan kes disiasat oleh Inspektor Awang Iswandi Awang Mahmuddin.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:55 AM | Show all posts
Penalti RM120 juta: Mahkamah benarkan lima anak syarikat PETRONAS failkan semakan kehakiman
Februari 6, 2026, Jumaat - 4:28pm



Fong (kiri) bersama Adzrul keluar dari kamar Mahkamah Tinggi selesai prosiding kes hari ini.

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching hari ini membenarkan lima anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memfailkan semakan kehakiman terhadap penalti berjumlah RM120 juta yang dikenakan oleh Pengarah Pengedaran Gas Sarawak dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi.

Hakim Dean Wayne bagaimanapun memutuskan tiada perintah penangguhan diberikan terhadap pelaksanaan penalti kewangan tersebut sementara menunggu pendengaran semakan kehakiman.

Dalam keputusannya, mahkamah antara lainnya berpendapat terdapat isu yang wajar dihujahkan dan kes yang boleh dipertikaikan untuk dibicarakan pada pendengaran substantif kelak.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 2 Mac depan, dengan pemohon turut diarahkan untuk memfailkan hujahan substantif mereka.

Malaysia LNG Sdn Bhd, Malaysia LNG Dua Sdn Bhd, Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd, PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan PETRONAS LNG 9 Sdn Bhd dikenakan penalti kerana gagal memohon lesen untuk beroperasi di Sarawak seperti diwajibkan di bawah Seksyen 7 Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.

Mengikut Seksyen 21A DGO 2016, penalti maksimum yang boleh dikenakan ialah RM20 juta bagi setiap kes.



Pasukan undang-undang PETRONAS ketika berada di lobi kompleks Mahkamah Kuching hari ini.

Bagaimanapun, lima anak syarikat itu telah dikeluarkan lapan notis kerana gagal memohon lesen, dengan penalti RM15 juta setiap satu dikenakan terhadap mereka.

Pasukan peguam pemohon terdiri daripada Khoo Guan Huat dan Alex Ngu Sze Shae.

Pihak responden terdiri daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Dato Sri JC Fong yang hadir mewakili Jabatan Peguam Besar Negeri dan Peguam Kanan Negeri Mohd Adzrul Adzlan daripada Jabatan Peguam Besar Negeri.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly hadir mewakili Jabatan Peguam Negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 01:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 02:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:28 PM | Show all posts
DBKK mahu kerjasama dan maklum balas masyarakat
Februari 9, 2026, Isnin - 12:04pm



TERIMA KASIH: Sabin (enam kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Jimmy semasa dalam kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Kerjasama dan pendapat orang awam amat diperlukan kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terus berdepan isu vandalisme, kecurian kabel dan masalah sampah serta pelbagai lagi di bandaraya ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, walaupun Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mencari jalan untuk menangani masalah berkenaan kerana isu itu kekal berterusan dengan kekangan tenaga kerja dan belanjawan yang terhad.

Sebagai contoh, beliau berkata, laluan jalan dari bandaraya ini sehingga ke Telipok merupakan kawasan panas bagi isu vandalisme, dengan kabel dan wayar dari lampu jalan dipotong serta dicuri.

Beliau berkata, sejumlah kos yang besar diperlukan untuk membaiki masalah itu tetapi pihaknya tetap berharap rancangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan panas dapat direalisasikan tahun ini.

“Kami sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memasang CCTV dan kami juga memohon bajet untuk menubuhkan pusat kawalan bagi memantau rakaman itu.

"Saya juga berterima kasih kepada para pengamal media yang sentiasa memberikan kerjasama,” katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada ahli jawatankuasa Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) di sini, hari ini.

Mengenai isu berulang seperti sampah, beliau berkata, usaha sedang dijalankan termasuk meningkatkan jumlah saman dan penguatkuasaan.

Untuk itu katanya, ia memerlukan masa untuk diselesaikan, khususnya dalam mendidik dan mengubah tabiat masyarakat.

“Kami mengalu-alukan cadangan daripada masyarakat untuk membantu DBKK memperbaiki imej bandaraya ini agar boleh meningkatkan  kebersihan, keindahan dan pembangunan ekonomi.

"Idea konstruktif amat diperlukan kerana inisiatif ini melibatkan semua pihak," katanya.

Beliau berkata, sebagai entiti yang menggalakkan penglibatan awam dalam usaha mengubah dan memperbaiki bandaraya, DBKK juga akan berusaha mengekalkan sebanyak mungkin kawasan awam supaya masyarakat masih dapat menikmati ruangan terbuka untuk aktiviti keluarga yang tidak memerlukan kos tinggi.

“Jika semua kawasan diswastakan, maka kita akan mengalami kekurangan ruang untuk orang awam bersantai bersama keluarga serta rakan dengan kos yang berpatutan atau tanpa kos,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah kampung atas air di Pulau Gaya.

“Hanya satu kampung yang digazetkan tetapi terdapat banyak penempatan. Kita perlu mencari penyelesaian untuk perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KKJA Jimmy Goh berkata, sebagai wartawan, fokus utama adalah menyampaikan maklumat dan menyebarkan dasar serta rancangan kerajaan dengan tepat.

"Ia juga bertujuan membantu orang awam menyuarakan kebimbangan sambil mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa termasuk agensi dan kementerian kerajaan demi kebaikan bersama.

"Terima kasih kepada Datuk Mayor kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan kami serta KKJA," katanya.

Katanya, program seumpamanya merupakan antara aktiviti tahunan KKJA bagi mengeratkan hubungan dan komunikasi antara persatuan dengan pihak DBKK.

"Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan supaya bersama-sama kita dapat membangunkan Kota Kinabalu menjadi sebuah bandar yang lebih indah, teratur dan sempurna.

"Di bawah kepimpinan Datuk Mayor, kami percaya perkara ini bukan satu masalah dan pasti dapat direalisasikan," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2026 03:29 PM | Show all posts
15 peserta sertai kursus kemahiran keusahawanan
Februari 9, 2026, Isnin - 2:37pm



KURSUS: Sebahagian peserta kursus menunjukkan sijil masing-masing selepas menyertai Program Kursus Kemahiran Keusahawanan Mahkota Pelangi yang diadakan dekat sini.

TAMBUNAN: Seramai 15 peserta menyertai Program Kursus Kemahiran Keusahawanan Mahkota Pelangi, satu inisiatif berfokus yang dirangka bagi membina keupayaan keusahawanan serta mewujudkan peluang ekonomi mampan di peringkat akar umbi, khususnya dalam kalangan wanita dan usahawan kecil.

Salah seorang peserta, Sylvia David Jaimun, berkata program itu memberi pendedahan praktikal yang signifikan, selain meningkatkan keyakinan diri untuk memulakan dan mengembangkan aktiviti keusahawanan.

Menurutnya, kursus terbabit bukan sekadar menyampaikan teori, sebaliknya menekankan pendekatan latihan berterusan yang boleh diaplikasikan secara langsung mengikut keperluan sebenar komuniti setempat.

Program ini sekali gus membuktikan bahawa peluang ekonomi tidak terhasil secara kebetulan, tetapi dibina melalui latihan tersusun, komitmen berpanjangan dan kesediaan peserta untuk memperkasakan diri.

Usaha berkenaan dilihat selari dengan matlamat memperkukuh ekosistem ekonomi komuniti, sambil membuka laluan ke arah kemandirian dan daya saing ekonomi yang lebih inklusif di peringkat akar umbi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:30 PM | Show all posts
Tiga ditahan serang lelaki dengan batang besi
Februari 9, 2026, Isnin - 2:48pm



JASMIN

TAWAU: Tindakan tiga lelaki menyerang seorang individu di sebuah kedai peralatan rumah dan elektrik di Jalan Chong Thien Vun, di sini, pada Sabtu, membawa padah apabila kesemua mereka diberkas polis.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa didatangi seorang lelaki yang dikenalinya bersama dua lagi rakan sebelum dipukul secara tiba-tiba menggunakan batang besi hingga menyebabkan kesakitan serta trauma.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan sebelum sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau digerakkan.

“Hasil siasatan awal membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia kira-kira 25 tahun di kawasan Lorong Perdana Jaya 5.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebatang besi dan sebilah pisau pemotong yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penahanan dua lagi suspek lelaki berusia antara 34 hingga 36 tahun bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 03:31 PM | Show all posts
PAS Sabah gesa PBT sedia surau sementara di bazar Ramadan
Februari 9, 2026, Isnin - 2:56pm



DR. ALIAKBAR

KOTA KINABALU: PAS Sabah menggesa semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini menyediakan surau sementara atau ruang solat yang sesuai di setiap tapak bazar sepanjang bulan Ramadan ini.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, bazar Ramadan bukan sekadar lokasi aktiviti ekonomi, sebaliknya medan menghidupkan syiar Islam yang perlu disertai kemudahan ibadah mencukupi.

Katanya, dalam kesibukan peniaga mencari rezeki dan pengunjung membeli juadah berbuka, kewajipan menunaikan solat tidak wajar diketepikan.

“Penyediaan surau atau ruang solat berdekatan akan memudahkan peniaga serta orang ramai menunaikan perintah Allah dengan lebih selesa, teratur dan tidak tergesa-gesa.

“Ia juga dapat mengelakkan mereka terpaksa meninggalkan tapak bazar atau berkejar mencari masjid dan surau yang jauh,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, kemudahan ibadah yang baik turut membantu peniaga menguruskan perniagaan dengan lebih lancar tanpa kekangan masa.

“Insya-Allah, apabila urusan ibadah dipermudahkan, rezeki yang diperoleh juga akan menjadi lebih berkat,” katanya.

Beliau berharap penganjur bazar, PBT serta agensi berkaitan memberi perhatian serius terhadap keperluan itu supaya bazar Ramadan di Sabah bukan sahaja meriah, malah dipenuhi nilai takwa serta menjadi contoh pengurusan mesra ibadah.

“Negeri yang diberkati bukan diukur pada ramainya manusia berniaga, tetapi pada ramainya manusia yang taat kepada perintah Tuhan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:35 PM | Show all posts
Lebih 30 tong sampah dilaporkan dibakar dan dirosakkan sepanjang tahun 2024 di kawasan pentadbiran MDLBS
Februari 9, 2026, Isnin - 2:31pm



(Dari empat kiri) Lau, Sempurai, Tuai Rumah Dawi dan Dr Asri serta yang lain ketika melawat Kebun Komuniti ‘Interheart’ di Rumah Dawi Ringgil, Sungai Pasai di Sibu semalam.

SIBU: Masalah vandalisme terhadap tong sampah milik Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) kini berada pada tahap membimbangkan, kata Pengerusinya Sempurai Petrus Ngelai.

Menurutnya, lebih 30 tong sampah dilaporkan dibakar dan dirosakkan sepanjang tahun 2024 di kawasan pentadbiran majlis berkenaan.

"Tahap kesedaran sivik yang rendah dalam kalangan segelintir masyarakat menjadi punca utama berlakunya perbuatan tidak bertanggungjawab itu, sekali gus menjejaskan kebersihan persekitaran dan kesihatan awam.

"Tong sampah disediakan untuk kemudahan rakyat bagi mengurangkan kekotoran yang boleh menyebabkan penularan penyakit. Namun apa yang berlaku, tong-tong ini dibakar, dirosakkan malah ada yang dicuri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kebun Komuniti ‘Interheart’ di Rumah Dawi Ringgil, Sungai Pasai, di sini, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahagian Kesihatan Awam dan Alam Sekitar MDLBS Kaunselor Kevin Lau.

Turut hadir Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Asri Said serta Tuai Rumah Dawi.

Sempurai berkata, terdapat persepsi salah dalam kalangan masyarakat bahawa sekiranya tong sampah dirosakkan, pihak majlis akan menggantikannya tanpa sebarang kesan kepada penduduk setempat.

"Ini anggapan yang silap. Apabila tong sampah rosak, yang menanggung kesannya adalah penduduk sendiri kerana tidak dapat menggunakannya," tegasnya.

Beliau turut mendedahkan, MDLBS pernah mengesan tong sampah milik majlis digunakan di ladang-ladang sawit untuk menyimpan air dan baja, hasil pengesanan sistem GPS yang dipasang, selain cop MDLBS yang masih jelas tertera pada tong berkenaan.

Sehubungan itu, Sempurai mencadangkan Rumah Dawi dijadikan pelopor kepada pelaksanaan konsep ‘anak angkat tong sampah’ iaitu satu inisiatif yang memberi kuasa kepada tuai rumah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk setempat untuk menjaga, melarang serta melaporkan sebarang perbuatan vandalisme terhadap kemudahan awam tersebut.

"Sejak 2018, MDLBS telah memulakan kempen menjaga tong sampah dan melalui program ini, penduduk boleh menjadi mata dan telinga majlis," katanya.

MDLBS jelasnya lagi, komited untuk menyediakan jumlah tong sampah yang mencukupi bagi penduduk luar bandar demi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat.

Sementara itu, beliau turut menggesa penduduk agar tidak jemu menuntut ilmu dan terus memanfaatkan peluang pembelajaran yang ada, di samping mengamalkan gaya hidup sihat melalui penjagaan pemakanan dan kesihatan.

"Apabila sakit, bukan sahaja membebankan fasiliti kesihatan, malah tahap produktiviti kita juga akan terjejas," ujarnya.

Selain itu, beliau menggalakkan penduduk luar bandar menceburi pertanian moden yang tidak memerlukan modal besar tetapi mampu menghasilkan input berkualiti tinggi berbanding pertanian tradisional.

Menyentuh isu keselamatan jalan raya Sempurai berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Polis Daerah berhubung masalah penggunaan lori yang terlalu banyak termasuk lori haram di Jalan Pasai yang boleh membahayakan keselamatan penduduk.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:37 PM | Show all posts
Pasar Tiong Hua mungkin diperbesar: Chieng
Februari 9, 2026, Isnin - 3:13pm



Chieng menekan butang sebagai simbolik penyalaan lampu tanglung di Pasar Sementara Tiong Hua pada acara tersebut hari ini.

SIBU: Pasar Tiong Hua yang termasuk dalam Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek dijangka dibina dengan kapasiti yang lebih besar, berkonsep moden dan bersih serta direka menggunakan elemen baharu yang selari dengan ciri-ciri pusat penjaja masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, kos berkaitan pembangunan pasar tersebut akan ditentukan oleh pihak Majis Perbandaran Sibu (MPS) dan terdapat kemungkinan saiz pasar tersebut akan diperbesarkan.

“Sekiranya perancangan membolehkan, pasar ini boleh diperbesarkan bagi menempatkan lebih ramai peniaga serta dibangunkan dengan konsep yang lebih moden, bersih dan mempunyai reka bentuk baharu yang sesuai sebagai pusat penjaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Agihan Paket Angpau dan Limau Mandarin sempena Tahun Baharu Cina (TBC) di Pasar Sementara Tiong Hua di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembangunan semula di bawah seliaan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) tersebut melibatkan perancangan menyeluruh kawasan Bukit Assek dan kedudukan pasar pada masa depan akan ditentukan berdasarkan pelan induk yang sedang dirangka.

“Berhubung lokasi pasar, ramai peniaga di sini turut menyuarakan kebimbangan mengenai lokasi baharu pasar pada masa depan, terutama selepas proses pembangunan semula dilaksanakan.

“Pembangunan semula ini berada di bawah agensi LCDA dan pasar ini turut termasuk dalam Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek.

“Lokasi baharu pasar mungkin tidak berada di tapak yang sama seperti sebelum ini kerana keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas perancangan lengkap pelan induk pembangunan semula Bukit Assek disiapkan,” katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berharap pemasangan lampu tanglung dapat menyemarakkan suasana perayaan di pasar berkenaan, sekali gus menarik lebih ramai pelanggan.

“Apabila orang ramai datang membeli-belah di sini, mereka dapat merasai suasana Tahun Baharu Cina.

“Ini amat bermakna terutama kepada mereka yang pulang dari luar negara atau dari luar Sarawak, kerana mereka masih dapat menikmati suasana perayaan yang sama,” ujarnya.

Hadir sama ialah Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon.


Sumber : Utusan Borneo


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:38 PM | Show all posts
sbh - PAS Sabah gesa PBT sedia surau sementara di bazar Ramadan

swk - Pasar Tiong Hua mungkin diperbesar: Chieng

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:48 PM | Show all posts
Mesin MRI jantung di Hospital Sibu dijangka pemangkin penubuhan pusat jantung satelit - Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:51 PM | Show all posts
Bypass, jejambat dan highway dicadang lancar trafik Tawau - Nizam
Februari 9, 2026, Isnin - 3:39pm



ALBUM: Nizam bergambar bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Daerah Tawau.

TAWAU: Isu kesesakan lalu lintas yang semakin membelenggu di daerah Tawau mendapat perhatian serius kerajaan negeri apabila tiga solusi utama sedang dipertimbangkan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu sudah dibangkitkan secara langsung kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Katanya, cadangan pertama ialah memperkenalkan laluan Tawau Bypass bagi mengurangkan tekanan trafik di jalan sedia ada yang semakin sesak, terutama pada waktu puncak.

“Cadangan kedua ialah pembinaan dua jejambat (flyover), masing-masing di Bulatan Keris Batu 4 Jalan Apas dan kawasan Takada, yang dikenal pasti sebagai titik paling kritikal aliran trafik.

“Ketiga, sebagai solusi jangka panjang berskala besar, kerajaan turut mempertimbangkan pembinaan Tawau Coastal Highway yang bukan sahaja menyediakan laluan alternatif, malah menjadi pemangkin baharu kepada perancangan bandar dan ekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri di Daerah Tawau, di sini, hari ini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, isu kesesakan jalan raya tidak boleh terus dilengahkan kerana aduan rakyat sudah berlarutan sekian lama.

“Setiap kali hujan dan waktu puncak, kesesakan serta risiko keselamatan berulang. Jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan atau insiden besar barulah semua pihak mahu bertindak,” katanya.

Susulan itu, beliau memaklumkan Ketua Menteri sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) terhadap semua cadangan berkenaan.

Nizam berkata, projek-projek besar seperti naik taraf Lapangan Terbang Tawau bernilai RM130 juta hanya akan memberi impak maksimum jika perkhidmatan asas, termasuk sistem jalan raya, air dan elektrik, berfungsi dengan cekap.

“Rakyat menilai kerajaan bukan berdasarkan pelan atas kertas, tetapi pengalaman harian mereka. Jalan yang selamat dan lancar adalah antara ukuran utama kejayaan dasar di mata rakyat,” katanya.

Beliau turut menyentuh pembangunan Tawau International Cultural Centre (TICC) di kawasan tepi laut Sabindo yang bakal menjadi mercu tanda baharu daerah itu dan hab utama Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT).

“TICC akan memposisikan Tawau sebagai destinasi pelancongan budaya dan menggerakkan ekonomi komuniti setempat, khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Ini membuktikan Tawau bukan lagi bandar pinggiran, sebaliknya bandar hadapan dalam perancangan negeri dan serantau,” katanya.



NIZAM

Menyentuh soal pentadbiran, Nizam berkata integriti, kecekapan dan disiplin penjawat awam adalah nadi utama kepada kejayaan semua perancangan kerajaan di Tawau.

“Rakyat tidak membezakan antara jabatan atau agensi kerana bagi mereka, kerajaan adalah satu. Apabila isu asas seperti jalan, air dan elektrik gagal ditangani, kepercayaan rakyat akan terhakis,” katanya.

Beliau berkata, penjawat awam perlu menghentikan budaya melengahkan keputusan, birokrasi berlebihan serta menunggu aduan tular sebelum bertindak, sebaliknya mengamalkan pendekatan lebih proaktif dan berorientasikan penyelesaian.

“Jangan ambil rasuah, jangan menyusahkan rakyat dan jangan guna jawatan untuk kepentingan peribadi.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengkhianati amanah,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:52 PM | Show all posts
SMJE peroleh 20 peratus kepentingan dalam North Sabah EOR PSC
Februari 9, 2026, Isnin - 3:41pm



KEJAYAAN: Hajiji Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menyaksikan pertukaran dokumen FOA 2011 Kontrak Perkongsian Pengeluaran North Sabah EOR antara PETRONAS Carigali Sdn Bhd pada majlis itu.

KUALA LUMPUR: Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) telah memperoleh 20 peratus kepentingan penyertaan dalam Perjanjian ‘Farm-out’ 2011 Kontrak Perkongsian Pengeluaran North Sabah EOR susulan pemeteraian Perjanjian Farm-Out (FOA) bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Mengalu-alukan pencapaian terbaharu itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif tersebut mencerminkan strategi jangka panjang kerajaan negeri untuk memperkukuh sektor tenaga Sabah melalui pelaburan berkualiti tinggi serta kerjasama erat dengan PETRONAS.

“Dengan peluang yang kini semakin berkembang di seluruh negeri dari Pantai Barat hingga Pantai Timur, kami mengalu-alukan pelabur bereputasi untuk bekerjasama dengan kami bagi memastikan manfaat yang mampan dan berkekalan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pertukaran dokumen-dokumen sempena memperingati kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS.

Pengambilalihan itu yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 adalah susulan kepada Perjanjian Dasar Induk (HOA) yang ditandatangani antara SMJE dan PCSB pada November 2025, sekali gus membuka laluan kepada transaksi muktamad, hari ini.

Ia merupakan pengambilalihan huluan kedua SMJE sejak menyertai Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Samarang pada April 2023, yang seterusnya mengukuhkan peranannya sebagai pemain strategik dalam landskap minyak dan gas Sabah.

North Sabah EOR PSC merangkumi empat medan minyak yang sedang beroperasi, terletak di perairan cetek pada kedalaman kira-kira 70 meter di luar pesisir Kota Belud.

Asset ini terdiri daripada 20 platform luar pesisir yang dihubungkan oleh saluran paip sepanjang 143 kilometer berdiameter 24 inci untuk menyalurkan minyak mentah ke Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT).

Selepas transaksi ini, SMJE akan memegang 20 peratus kepentingan rakan bukan pengendali, manakala SEA Hibiscus Sdn Bhd kekal sebagai Pengendali dengan 50 peratus kepentingan penyertaan, dan PCSB mengekalkan 30 peratus.

Langkah ini dijangka meningkatkan peruntukan minyak mentah SMJE, dengan jumlah pengangkutan kargo meningkat daripada 4.7 kargo pada 2025 kepada 7.0 kargo pada 2026, sekali gus memperkukuh aliran hasil dan kebolehpercayaan bekalan untuk Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi SMJ Energy, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata North Sabah merupakan aset pengeluaran strategik, dan penyertaan SMJE menandakan peranan negeri yang semakin matang dalam aktiviti huluan.

“Langkah ini menjamin nilai jangka panjang, membina keupayaan komersial dan memastikan lebih banyak manfaat disalurkan secara langsung kepada rakyat Sabah,” katanya.

Menurutnya, di bawah pentadbiran kerajaan negeri ketika ini, SMJE terus mempercepat penciptaan nilai melalui perkongsian strategik, penglibatan tempatan dan pengurusan sumber yang bertanggungjawab.

Terdahulu, satu pertukaran dokumen telah berlangsung bagi Perjanjian Dasar Induk (HOA) antara PETRONAS dan Sabah Energy Corporation (SEC) untuk Kluster Mutiara.

HoA ini menetapkan rangka kerja bagi Perjanjian Jualan Gas (GSA) masa hadapan bagi memudahkan pembangunan kluster tersebut, yang disasarkan pada suku  pertama 2029.

Selain itu, pertukaran dokumen turut dilakukan bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Kluster Permata antara PETRONAS dan Bridge Petroleum Limited, sebuah Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) yang baharu dilantik. Kluster Permata terletak di luar pesisir Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:54 PM | Show all posts
RSK Sibu dibaik pulih, ditambah baik
Februari 9, 2026, Isnin - 3:39pm

Penghuni RSK Sibu akan dipindahkan sementara ke RSK Kuching dalam masa terdekat, kata Fatimah  



Suasana sekitar Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, hari ini.

SIBU: Penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Sibu akan dipindahkan sementara ke RSK Kuching dalam masa terdekat, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih serta penambahbaikan premis berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah semasa berucap pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu di sebuah hotel di sini, hari ini.

“Langkah ini penting bagi memastikan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik, selesa dan selamat dalam jangka masa panjang.

“Insya-Allah, para penghuni akan ditempatkan semula ke RSK Sibu setelah kerja-kerja baik pulih dan penambahbaikan selesai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan waris keluarga untuk berkunjung ke RSK Kuching jika mempunyai perancangan untuk melawat waris mereka.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan warga emas di bawah jagaan institusi.



Fatimah menyampaikan sumbangan angpau dan hamper kepada salah seorang penerima di Sibu, hari ini sambil dibantu Semawi (dua kanan) dan disaksikan yang lain.

Katanya, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan mereka menikmati persekitaran yang selamat, selesa serta kondusif sejajar dengan keperluan semasa.

Mengenai program tersebut kata beliau, 1,708 penerima bantuan bulanan kebajikan yang berbangsa Cina di bahagian Sibu iaitu daerah Sibu, Kanowit dan Selangau akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

“Kepada penerima bantuan yang hadir pada hari ini akan diberikan sumbangan berupa tunai sebanyak RM100 berserta hamper bernilai RM80.

“Bagi penerima bantuan jabatan yang tidak dijemput untuk hadir, mereka juga akan menerima wang sumbangan RM100 melalui pengkreditan ke bank akaun penerima,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah turut berpesan kepada penerima bantuan agar memanfaatkan bantuan yang diterima dengan bijaksana dan menjadikan bantuan tersebut sebagai dorongan untuk berusaha memperbaiki taraf kehidupan.

Jelasnya, bantuan yang diterima itu adalah hasil usaha bersama masyarakat yang prihatin terhadap keperluan mereka.

“Semoga bantuan ini juga mengingatkan kita semua tentang pentingnya sikap bersyukur dan saling membantu,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Semawi Mohamad, wakil Residen Bahagian Sibu Nursyarmila Jeruis, Pegawai Daerah Sibu Tsong Chow Soon, Temenggung Stanley Geramong Bandar dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu Uwieng Gimos.



Fatimah bersama (dari kanan) Uwieng, Chow, Nursyarmila dan Semawi menggaul Yee Sang sebagai simbolik perasmian Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 03:55 PM | Show all posts
Program agihan kalendar, kad dan limau sempena TBC di pekan Bintangor
Februari 9, 2026, Isnin - 3:45pm



Ding bersama rombongannya mengagihkan kalendar, kad dan limau mandarin kepada masyarakat di Bintangor semalam.

BINTANGOR: Program pengagihan kalendar, kad Tahun Baharu Cina (TBC) dan limau mandarin di kedai-kedai sekitar pekan Bintangor telah berlangsung dengan suasana yang meriah dan penuh kemesraan, semalam.

Program diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing bersama isterinya Datin Kueh Nai Fun.

Ding berkata, program itu diadakan setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.

“Program ini bertujuan menyampaikan ucapan perayaan serta tanda penghargaan kepada para peniaga dan masyarakat setempat yang menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi pekan Bintangor.

“Lawatan dari kedai ke kedai ini bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin tempatan dan rakyat,” kata Ding.

Sepanjang program berlangsung, Ding dan isterinya menyerahkan kalendar serta kad TBC sebagai tanda ingatan, di samping mengagihkan limau mandarin yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan tuah kepada para peniaga.

Kehadiran mereka disambut dengan penuh mesra oleh para peniaga yang turut mengambil kesempatan untuk bertukar ucapan Tahun Baharu Cina serta berkongsi pandangan mengenai perkembangan semasa perniagaan di kawasan tersebut.

Menurut Ding, beliau berharap agar sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini membawa kesejahteraan, kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan kepada seluruh masyarakat, khususnya para peniaga di bandar Bintangor.

“Di sini kita ingin menekankan kepentingan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang telah lama menjadi kekuatan utama di Meradong.

“Program turun padang seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan hubungan antara pemimpin dan rakyat sentiasa terjalin erat, di samping membolehkan isu-isu setempat didengar dan difahami secara langsung.

“Kestabilan dan kemakmuran sesebuah kawasan hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat semua pihak tanpa mengira kaum dan latar belakang,” ujar Ding lagi.

Hadir sama dalam program itu ialah Naib Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor Chieng Boung Ong, Bendahari SUPP Cawangan Bintangor Lee Ngin Soon, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong dan Bendahari Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor Kapitan Leong King Yung.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:55 PM | Show all posts
sbh - SMJE peroleh 20 peratus kepentingan dalam North Sabah EOR PSC

swk - Program agihan kalendar, kad dan limau sempena TBC di pekan Bintangor

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 03:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 04:26 PM | Show all posts
Wartawan harus utamakan kredibiliti dan integriti: Lichong
Februari 9, 2026, Isnin - 4:02pm



SEMANGAT HPN: Lichong (dua kanan) menyerahkan salinan keratan akhbar Utusan Borneo kepada Asro sempena HPN 2026.

KOTA SERANG (Banten, Jakarta):  Setiap wartawan harus mengutamakan kredibiliti dan integriti dalam menghadapi cabaran transformasi dunia kewartawanan, kata Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Datuk Lichong Angkui.

Beliau berkata ia penting demi menjaga ekosistem kewartawanan sebagai sumber maklumat sahih yang boleh dipercayai, sekali gus meletakkanya kekal relevan.

"Dengan meletakkan kredibiliti dan integriti sebagai keutamaan, ia dapat memperkukuh kualiti kewartawanan dan meningkatkan kepercayaan umum.

"Ini kerana apabila masyarakat memperoleh maklumat daripada media yang berwibawa dan dipercayai, ia membantu menyuburkan lagi dunia kewartawanan," katanya selepas pertemuan bersama Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI) Indonesia, Asro Kamal Rokan, di sini hari ini.

Delegasi ISWAMI Malaysia diketuai Pemangku Presiden Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, diundang ke Banten sempena Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2026.

Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir ISWAMI Malaysia berkata wartawan akhbar kini berdepan cabaran dengan perkembangan media sosial yang merentasi seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, katanya, adalah perlu bagi wartawan media arus perdana untuk mengekalkan momentum kewartawanan sebenar melalui pemberitaan yang jujur, berimbang dan bertanggung jawab.

Katanya, transformasi digital kini membawa cabaran besar kepada media arus perdana, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan soal etika dalam pemberitaan.

"Jangan kita terikut-ikut dengan trend mengejar kepantasan menyebarkan maklumat, kerana kita perlu mendapatkan kesahihan terlebih dahulu," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa wartawan bukan sekadar berfungsi sebagai penyampai informasi, tetapi lebih penting harus menjadi penegak (pilar) demokrasi yang menjaga keseimbangan antara pemerintah dan masyarakat.

Sebab itu, katanya, adalah penting bagi wartawan menulis berdasarkam fakta, selain harus bersikap jujur, berimbang dan bertanggung jawab.

Lichong juga memuji pemilihan tema HPN 2026 iaitu `Pers Sehat, Ekonomi Berdaulat, Bangsa Kuat', yang disifatkannya sebagai bertepatan dalam era digitalisasi kini.

Katanya, melalui amalan media yang sihat, ia pasti memperkukuh pembangunan ekonomi dan sekali gus memperkuatkan jati diri bangsa dan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.372818 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list