|
|
Sembang Santai Episod 6 Jendela Kehidupan ..update page 36
[Copy link]
|
|
|
CnP Astronomi & Sains
Jantung Kita Ada Otak Sendiri, Dan Ia Sedang Bercakap Dengan Kita
Ramai percaya otak adalah pusat kawalan hidup manusia. Tapi saintis kini mendedahkan bahawa jantung sebenarnya turut menjadi “pengarah senyap” di sebalik segala rasa, keputusan dan gerak tubuh kita setiap hari. Di dada kita ada lebih daripada sekadar organ mengepam darah. Tersimpan dalam dinding jantung adalah kira-kira 40,000 neuron yang berfungsi seperti otak kecil.
Jaringan ini digelar otak-jantung. Ia bukan sahaja menerima arahan dari otak, tetapi turut menghantar lebih banyak isyarat naik ke otak berbanding apa yang diterimanya. Ia bermakna, hati kita bukan setakat berdegup ikut emosi. Ia juga mempengaruhi bagaimana kita fikir, rasa dan bertindak tanpa kita sedar.
Emosi seperti syukur, marah, takut atau kasih sayang bukan lagi dilihat sebagai sesuatu yang hanya berlaku di fikiran. Ia adalah isyarat biologi yang lahir dari jantung dan dihantar ke seluruh sistem saraf. Bila kita cemas, degupan jantung jadi tak teratur. Tapi bila kita tenang atau rasa bersyukur, ritma jantung jadi stabil dan harmoni. Ritma inilah yang seterusnya mempengaruhi kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Kajian dalam bidang neurosains dan psikofisiologi kini memanggil hubungan ini sebagai paksi otak-jantung. Ia membuka mata ramai tentang bagaimana tubuh dan minda sebenarnya sangat bersatu, saling mempengaruhi dan berinteraksi dalam diam. Perubahan kecil pada ritma jantung mampu mempengaruhi tumpuan, tidur, sistem imun dan juga jangka hayat kita.
Dalam dunia perubatan moden, penemuan ini mula mengubah cara kita faham tentang stres, kemurungan, kesihatan mental dan penyakit kronik. Ia juga memberi harapan bahawa mengurus emosi secara bijak mampu mengubah kesihatan tubuh secara menyeluruh. Bukan hanya bergantung kepada ubat, tapi melalui pemahaman lebih dalam terhadap apa yang dirasa oleh jantung kita sendiri.
Ramai mungkin pernah rasa jantung berdebar tanpa sebab. Atau rasa pedih dada bila kecewa. Rupa-rupanya, itu semua bukan kebetulan. Itu adalah bahasa tubuh yang sedang memanggil perhatian kita. Jantung sedang memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak seimbang dalam sistem dalaman.
Jadi bila kita rasa cemas, jangan terus salahkan fikiran. Mungkin jantung sedang menjerit perlahan. Bila kita rasa lega selepas berzikir atau bersyukur, itu bukan sekadar tenang dari segi rohani. Itu adalah reaksi sebenar dari ritma jantung yang mula menari dalam nada yang harmoni dengan tubuh.
Jantung adalah sistem navigasi yang kita selalu abaikan. Kita dengar degupannya setiap hari tapi jarang benar kita mendengar mesej yang ingin disampaikannya. Padahal, jika kita dengar dengan betul, mungkin kita akan faham diri kita lebih dalam dari sebelumnya.
Mendengar suara hati bukan hanya ungkapan puitis. Ia kini menjadi satu sains yang sedang membongkar rahsia bagaimana untuk hidup lebih sihat, lebih damai dan lebih sedar. Dan semuanya bermula dari dalam dada kita sendiri.
Mungkin selama ini kita terlalu sibuk memikirkan apa yang otak mahukan. Tapi sekarang kita tahu, jantung juga ada hak untuk bersuara. Dan bila kedua-duanya seiring, di situlah letaknya kekuatan sebenar seorang manusia.
#SambunganAntaraJantungDanOtak
#BahasaTubuhYangKitaAbaikan
#KesihatanEmosiDanFizikal
#TenangDariDalam
#JantungBukanHanyaBerdegup
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nafizzz at 20-8-2025 11:26 AM
TAU KAH ANDA SIAPA PENCIPTA LIF
Lif pertama mula dibina pada tahun 1743 bagi kegunaan King Louis XV di istananya di Perancis.
King Louis XV First Lift
Ketika itu, lif yang dikenali sebagai 'lif terbang' ini hanya untuk pergerakan satu tingkat sahaja, dari tingkat satu ke tingkat dua.
Lif ini terletak diluar bangunan dan raja yang menggunakannya perlu melalui balkoni.
Kemudian, pada tahun 1850, lif persendirian yang menggunakan kuasa hidraulik dan wap diperkenalkan.
Ia dicipta oleh Elisha Graves Otis, seorang rakyat Amerika yang lahir di Halifax, Vermont.
Lif ini mula dipasang pada tahun 1852.
Manakala lif penumpang pertama pula telah dipasang oleh Otis di bandar New York pada tahun 1857.
Setelah Otis meninggal pada tahun 1861 ketika berusia 49 tahun, dua orang anaknya, Charles dan Norton mengambil alih.
Mereka menubuhkan syarikat Otis Brothers & Co pada tahun 1867.
Kemudian, pada tahun 1873, lebih 2,000 lif keluaran syarikat Otis telah digunakan dalam bangunan pejabat, hotel dan pusat membeli-belah di seluruh Amerika Syarikat.
Modern Lift
Lif moden.
Penggunaan lif terus berkembang pesat sehingga pada tahun 1889, Otis telah mencipta lif yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik.
Sembilan tahun kemudian, Otis Brothers telah bergabung dengan 14 syarikat lif lain lalu membentuk Otis Elevator Company.
Pada tahun 1903, hasil daripada penggabungan, Otis memperkenalkan rekaan yang menjadi tulang belakang bagi industri lif dunia.
Lif baru ini boleh digunakan bagi bangunan-bangunan pencakar langit seperti New York Empire State Building, Pusat John Hancock Chicago dan Menara CNN Toronto. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat petang semua...
Menarik thread ni...baru singgah masuk
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat petang semua.. brp hari dah xdpt berforum.. wifi tab problem
 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|