CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG - JJCM ~ V16 ✤ ~ ✤

[Copy link]
Post time 21-2-2013 09:54 PM | Show all posts
Lupa nk update!

Last week ke Madam's Lim Tesco Setia Alam
Tomyam dan nasi goreng siam - gandingan mantop.
Wlpn dkt2 rasanya mcm asam pedas...pedas!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 08:48 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 21-2-2013 09:54 PM
Lupa nk update!

Last week ke Madam's Lim Tesco Setia Alam

Aku pun pernah makan kat situ sekali dalam pertengahan tahun 2012, harganya pun boleh tahan juga kan sebab nasi goreng harga sekitar RM6.90. Ikan kerapu untuk size kecil tak silap aku harganya tak sampai RM30 seekor, memang puas hati makan kat situ dan harganya sama seperti restoren cina halal yang lain dan aku rasa Mohd Chan kat Klang Sentral tu lagi mahal sedikit kan. Kau bagi review ni baru aku teringat restoran ni, ingat nak pergi lah minggu depan sebab asyik ke Setia City Mall je sampai tak tau nak buat apa tu yang tengok wayang je tu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 09:00 AM | Show all posts
Petang semalam duit baki farewell party selasa lepas kakak admin belikan untuk Domino's, punyalah banyak pizza sampai aku dah naik muak dan tak ada selera nak makan malam. Jadi sebab dah kenyang aku dan rakan serumah lepak minum air je, sebab malas nak pergi Kopitiam jadi cari port lepak sambil torrent baru. Pusing punya pusing sampailah ke Ambang Botanik, mulanya nak lepak kat Bangi Kopitiam tapi ternampak Share Tea ni terus lepak kat sini.

Kat sini ada promosi beli medium boleh upgrade large cup, memang puas hati tapi wifi dia lembap sedikit lah tak berapa syok nak torrent tapi kalau sekadar nak borak-borak boleh la lepak sini. Boleh pilih sendiri nak air kita tu macam mana, nak kurang ais ke nak kurang manis ke lebih kurang Chatime juga.

Facebook : http://www.facebook.com/ShareTeaMalaysia









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 11:28 AM | Show all posts
dr.R posted on 22-2-2013 09:00 AM
Petang semalam duit baki farewell party selasa lepas kakak admin belikan untuk Domino's, punyalah ba ...

sedap tak? aku xpenah try lg share tea ni. slalo beli chatime je.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 12:19 PM | Show all posts
nanie posted on 22-2-2013 11:28 AM
sedap tak? aku xpenah try lg share tea ni. slalo beli chatime je.

Jujurnya aku kurang suka kalau nak di bandingkan dengan Chatime, lagi pun Chatime tu aku suka beli Coklat Hazelnut tu siap dah buat member lagi. Mungkin semalam aku ambil set promosi jadinya kurang sedap kot, aku ambil Honey Milk Tea dan rakan aku ambil Manggo Fruit Tea. Tapi kalau kat rumah aku selalu minum kopi Old Town White Coffee 3 in 1 perisa Hazelnut tu, sedap betul sampai ketagih lah juga. Harga tak termasuk black pearl, kalau nak pearl tambah RM1 tak silap.




Last edited by dr.R on 22-2-2013 12:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2013 12:42 PM | Show all posts
dr.R posted on 22-2-2013 12:19 PM
Jujurnya aku kurang suka kalau nak di bandingkan dengan Chatime, lagi pun Chatime tu aku suka beli ...

aku nak try horlick yg baru tu tp tiap kali pegi mesti aku order roasted milk tea with grass jelly tu je.
takot beli nnt xsedap.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2013 01:31 PM | Show all posts
edit
Last edited by dilaOHdila on 22-2-2013 04:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 01:31 PM | Show all posts
edited
Last edited by dilaOHdila on 22-2-2013 04:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 04:40 PM | Show all posts
nanie posted on 22-2-2013 12:42 PM
aku nak try horlick yg baru tu tp tiap kali pegi mesti aku order roasted milk tea with grass jelly ...

Aku dah cuba 2 perisa tapi yang Horlicks Coklat tu aku belum cuba sebab tak suka rasa campur macam tu, bagi aku Horlicks Milk Tea tu biasa sangat rasanya dan tak berbaloi dengan harga RM5.90 tu sebab sama macam minum Horlicks kat kedai mamak. Tapi kalau Horlicks Blended tu memang sedap siap ada taburan horlicks lagi kat atasnya, harga RM7.90 dan tak ada pilihan lain hanya gelas besar je. Rakan aku cuba Horlicks Milk Tea dengan pearl dan ikut dia rasanya sangat teruk dan pelik, tapi ikut tekak orang juga lah kan. Apa pun cubalah dan aku sarankan supaya tak rugi beli saja Horlicks Blended tu supaya nampak kelainan, tapi aku masih setia dengan Hazelnut Coklat je. Kat Klang ni aku tak pasti ada kat mana Chatime selain Aeon Bukit Tinggi, tapi area bedekatan ada contoh kat Kota Kemuning dan Setia City Mall.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 01:16 PM | Show all posts
Ni ada promosi terbaru di Bangi Kopitiam, aku dah beli 4 kupon dan bolehlah aku pergi 4 kali nanti. RM15 bernilai RM30, kalau pergi berdua cukup dengan harga ni tapi tambah sedikit je lah. Ada cawangan di Ambang Botanik Klang, berdepan dengan jalan besar seberang Aeon Bukit Tinggi.

http://www.livingsocial.com/citi ... for-food-and-drinks

Ni menu dia dia ada, harga tak lah mahal dan boleh tahan. http://s3-ap-southeast-1.amazona ... 75723_bangimenu.pdf








Last edited by dr.R on 23-2-2013 01:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2013 04:00 PM | Show all posts
dr.R posted on 22-2-2013 04:40 PM
Aku dah cuba 2 perisa tapi yang Horlicks Coklat tu aku belum cuba sebab tak suka rasa campur macam ...

cemane nak wat card tu yer? berbaloi tak? tiap kali aku pegi chatime jusco bkt tinggi ni, asik jumpe cashier sorang ni. muke masam je. pastu nak cepat. kat blakang aku ade la dlm 3 org je pon. aku nak tanye pasal card pon xjadi.

ari tu g starbucks sbb nak redeem free beverage dlm card. alih2 barista tu ckp xde. sentap mak noks.
konpem dah xpired. sbb dah lebih 3 bulan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2013 07:48 PM | Show all posts
mee udang banjir meru


aku baru try sekali je. rasa biase2 je. lain sikit dr mee udang mak jah tu. dah mcm mee jawa pon ada. sbb kuahnye pekat kot.
restoran ni kat jalan meru. depan sikit dr klang sentral.

credit: http://littlemamadiary.com/jalan ... -banjir-meru-klang/

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 08:02 PM | Show all posts
nanie posted on 23-2-2013 04:00 PM
cemane nak wat card tu yer? berbaloi tak? tiap kali aku pegi chatime jusco bkt tinggi ni, asik jum ...

Aku buat member kad ni kat Kota Kemuning, harganya RM10 tapi ada dapat kupon percuma 1 cup air RM5.90. Kat sana pekerjanya mesra, tempat duduk pun banyak dan selesa. Banyak kelebihan jadi member ni, antaranya selalu ada promosi khas buat member dengan beli 1 percuma 1. Dah kalau bulan kelahiran kita, ada promosi istimewa antaranya promosi 30%, upgrade percuma ke large cup dan macam-macam lagi.



New Chatime Thirstea Card: FREE Drink Woth RM5.90
Get free Chatime drink of your choice when you grab your all new Chatime Thirstea Card for only RM10 !!!

Benefits of Chatime Card:
- Swipe, Collect & redeem points like cash
- Birthday tokens
- Invitation to special launches & events
- Monthly exclusive member-only promotions







Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 08:08 PM | Show all posts
nanie posted on 23-2-2013 07:48 PM
mee udang banjir meru

Aku tau lokasinya sebab minggu lepas aku ada nampak masa cari Nasi Ayam Famous tu, tapi tak singgah sebab memang nekad nak cuba nasi ayam tu kan. Lain kali lah aku pergi sini, apa pun tadi aku ke Harbour Place dan lalu Bayu Perdana dan nampak gerai jual kuih yang kamu berikan review haritu. Gerai tu payung biru kan? sebab aku dah rancang nak pergi Harbour Place jadinya tak singgah pun, kat sana aku makan kat restoren Arab baru. Nama restoren arab tu Naoura di Tingkat 1 di atas restoren Warong Ayam Penyet, nanti malam aku masukkan gambarnya dan harga menu boleh tahan dan tak mahal pun contohnya tadi makan Lamb Kabsa RM12 je.

Dzunnun tag untuk info, cubalah.



Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 09:45 AM | Show all posts
dr.R posted on 23-2-2013 08:08 PM
Aku tau lokasinya sebab minggu lepas aku ada nampak masa cari Nasi Ayam Famous tu, tapi tak singga ...

eh smelah td pun ai mkn kt rest n,arab tu.errmm tp x brape suka la..lebih suka lg kt n.arab de cafe..tp decoration dlm cntiklh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 11:05 AM | Show all posts
babasai posted on 24-2-2013 09:45 AM
eh smelah td pun ai mkn kt rest n,arab tu.errmm tp x brape suka la..lebih suka lg kt n.arab de caf ...

Itulah sebab tu aku review kat atas tu harga tak mahal dan boleh tahan, tak berani nak cakap sedap ke tak sebab kurang kena kat tekak aku ni. Tapi harganya memang murah contoh Lamb Kabsa tu hanya RM12, siap ada delivery lagi kat area Pandamaran ikut penjaga kaunter tu. Tapi tempatnya lebih selesa seakan di Saharat Tent di Plaza Shah Alam kan? aku pun biasa juga makan di D'Arab tu boleh baca review aku sebelum-sebelum ni, puas hati dengan harga RM40 dapat makan 3 orang untuk Lamb Kabsa dengan nasi sedulang. Dekorasi dia memang cantik, aku nak masukkan gambar internet lembap pula dan dari semalam nak upload kat Photobucket tak lepas dan siap dah donwload versi android untuk masukkan terus dari handphone pun tak boleh.

Tinggal area Klang ke? lain kali boleh la berikan review tempat makan lain, tak kisah sedap ke tak sebab tekak orang ni bukannya sama kan. Malam tadi balik Nilai rumah kakak jadi rancang nak makan kat area Setia Alam dah terbantut, lagi pun semalam area sana pasar malam jadi memang tak berapa seronok nak jalan-jalan kat situ sebab susah nak cari parking.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2013 11:06 AM | Show all posts
babasai posted on 24-2-2013 09:45 AM
eh smelah td pun ai mkn kt rest n,arab tu.errmm tp x brape suka la..lebih suka lg kt n.arab de caf ...

Baru perasan De Cafe rupanya ingatkan D'Arab, De Cafe tu kan mana? boleh bagi review tak?.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 12:33 PM | Show all posts
dr.R posted on 24-2-2013 11:06 AM
Baru perasan De Cafe rupanya ingatkan D'Arab, De Cafe tu kan mana? boleh bagi review tak?.

aah duk klang,,mmg suke jer mkn2...pntang org kte best, gediksz jer nk coba..he.hee,,penat nk jga bdn kejap naik kejap turun..
eh sme lh tu D'Arab..bkn De Cafe..maafin..(sorry x bce pun post2 dr.R sblm nie)

eh sajer nk suggest kt area teluk pulai nie ade tmpat mkn stail stall..mmg nmpk relax and sntai..Burhan cafe ker ape tah,,dh coba ker.klu free gi lh..ai x smpt lg nk coba..tp kwn2 kte ok tmpt nie..ingt mggu nie nk coba..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 06:04 PM | Show all posts
babasai posted on 24-2-2013 12:33 PM
aah duk klang,,mmg suke jer mkn2...pntang org kte best, gediksz jer nk coba..he.hee,,penat nk jga  ...

Aku ni Teluk Pulai kat mana pun dah lupa, tapi macam pernah lalu dulu. Kalau pergi nanti bagilah review ye, kalau dapat bagi peta atau lokasi lagi bagus sebab aku ni bukan orang Klang dan semuanya tempat aku pergi guna GPS. Aku selalu ingat Telok Gong dan Telok Pulai tu bersebelahan, bukan ka? aku pergi ke Telok Gong tu tak ada apa pun dah jalannya sangat teruk sebab mungkin banyak kilang dan lori keluar masuk.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 06:06 PM | Show all posts
Selain photobucket apa lagi ye boleh gunakan untuk masukkan gambar dan letak linknya kat sini, aku tak tau kenapa akaun aku tu susah sangat nak upload gambar walaupun aku dah kecilkan sizenya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 1.306713 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list