|
edited............... Last edited by chit_ana on 1-8-2012 01:11 PM \n\n |
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 1-8-2012 10:46 AM ![](static/image/common/back.gif)
akan berada di pasaran sebelum raya.
harga rm18.00
chit..buku alaf awat post sini ![](static/image/smiley/miluegg/hehe.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 1-8-2012 12:14 PM ![](static/image/common/back.gif)
chit..buku alaf awat post sini
errr tertukar umah ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/625629_300869296676957_1551817235_n.jpg)
NOVEL BUKU PRIMA KELUARAN OGOS 2012..
Tajuk: Aku Bukan Bola
Penulis: A je Fazlina
Harga: RM 19.90
Sinopsis:
Mohd Khyrill Zafrie, pemain bola pujaan wanita. Cintanya hanya untuk Nur Iris Arisya. Namun badai cinta mula melanda setelah Khyrill terpaksa pergi ke satu desti nasi jauh demi cita-citanya yang menggunung. Pemergiannya mengecewakan Arisya. Rasa cemburu membuatkan ikatan cinta yang dibina, kian terlerai. Saat luka Arisya masih berdarah, Tengku Fauzie datang mengetuk pintu hati nya. Jejaka kacak dan kaya ini pada mulanya ti dak percaya pada cinta, namun rasa cinta pada Arisya membuai dia dalam satu perasaan aneh. Sayang seribu kali sayang, hati Arisya terlalu sukar untuk ditebak cintanya. Adakah rasa cinta Arisya pada Khyrill Zafrie masing menggunung? Siapa pilihan Arisya, Khyrill Zafrie atau Tengku Fauzie?
Tajuk: Sayonara Cinta
Penulis: Rosa Nur Imani
Harga: RM 25.90
Sinopsis:
Kadangkala musibah hadir dalam sebuah takdir yang tak mampu ditolak. Begitulah dengan takdir yang membelit diri Tengku Ezra. Dia memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang gadis rupawan. Namun, di sebalik kecantikan paras rupanya, tiada siapa menduga bahawa dia sebenarnya bekas pesakit mental yang terpaksa bergantung kepada bekalan ubat-ubatan untuk kekal waras. Penyakitnya yang pelik itu membuatkan dia lebih suka mengasingkan diri daripada orang ramai. Kehadiran jejaka kacak, Megat Adam Haikal akhirnya menyapa kesunyian hatinya.Namun, bahagia bagaikan terlalu sukar digapai. Tengku Sufi an tiba-tiba muncul dan mahu memilikinya semula. Haruskah Tengku Ezra kembali semula ke pangkuan suaminya yang tidak pernah dicintai? Sedangkan di hatinya tetap abadi dengan cinta Megat Adam Haikal?
Tajuk: Awek Buku & Cornflakes Madu
Penulis: Annis Rizani
Harga: RM 19.90
Sinopsis:
Kelalaian Zaireen menjaga sebuah buku menyebabkan gelaran ‘awek buku’ diberikan kepadanya oleh Zaffrul. Kerana sebuah buku itu juga, tercetusnya pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Sedang Zaireen meniti bahagia setelah Zaffrul membuka bicara tentang hala tuju hubungan mereka, harapan itu hanya tinggal harapan. Kehadiran Ruzaizi pula amat tidak dialu-alukan. Bagi Zaireen, lelaki itu merupakan seorang makhluk yang paling sombong, ego dan berlagak yang pernah ditemuinya. Tapi disebabkan cornflakes madu, Ruzaizi sanggup buat kerja gila dengan bertandang ke rumah orang tua Zaireen. Kekeliruan demi kekeliruan semakin mencelarukan perasaan Zaireen. Siapakah Ruzaizi ini? Apakah kaitannya dengan Zaffrul? Kenapa banyak persamaan antara mereka berdua? Mampukah Zaireen menggantikan tempat Zaffrul dengan Ruzaizi yang gila itu? |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422342_407641005951626_288775938_n.jpg)
Kenapa Aku?
Nuroll Shazlinda Hairul
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-78-8
~544 hlm
Bahasa Melayu
Sinopsis
Perkenalan Nia Darlina dengan tiga orang jejaka membuatkan hidupnya tidak tentu arah. Nia Darlina jadi bingung. Tidak tahu antara Zulhelmi, Azfar dan Shahrul, siapa pilihan hatinya. Kehadiran bapa tirinya, Haikkal dalam keluarga Nia Darlina mengundang rasa kecewa. Haikkal merupakan kawan baik papanya dan berkahwin pula dengan mamanya, Puan Hazrina setelah kematian Encik Daniel Hakim. Ini amat merumitkan Nia Darlina. Dengan tidak diduga, Haikkal pula mengambil kesempatan ke atas Nia Darlina tanpa pengetahuan Puan Hazrina. Apakah kesudahan hidup Nia Darlina? Mampukah Nia Darlina mengharungi badai yang menimpa ataupun terpaksa menyerah pada takdir?
Last edited by chit_ana on 11-9-2012 02:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
[img=300,400]605,960%5D [/img]
AKAN DATANG
AKU DUDA KAU JANDA - AIRIS DANIA
SM : RM22.90
SS : RM25.90
Melihat kebahagiaan orang yang kucintai adalah kebahagiaanku juga,
walaupun bukan diriku yang mendampingimu...
SINOPSIS:
Kerana sebuah janji, hidup Nur Anisha dibelenggu resah. Kerana janji itu jugalah yang menjadi penyebab kemalangan Adam Hasif sehingga dia lumpuh. Walau bagaimanapun, Adam Hasif tetap menuntut agar Nur Anisha menunaikan janjinya. Adam Hasif sudah berubah daripada seorang lelaki yang baik menjadi seorang lelaki yang obses dan cemburu. Pada waktu yang sama, hadir Imran Rifqi meluahkan rasa cintanya pada Nur Anisha. Imran Rifqi mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi impian hampir setiap wanita. Lelaki yang bijak, penuh pengertian dan kemesraan. Nur Anisha bingung untuk memilih. Keresahan hati Nur Anisha bertambah dengan kehadiran, Khairi. Khairi masih tetap setia menunggu Nur Anisha walapun Nur Anisha sudah berkali-kali mengatakan dia tidak mencintai Khairi. Siapakah yang akan menjadi pilihan Nur Anisha? Sanggupkah Nur Anisha mengingkari janjinya pada Adam Hasif semata-mata untuk memilih Imran Rifqi? Adakah Khairi akan terus setia menunggu?
Last edited by chit_ana on 7-9-2012 07:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mijot posted on 15-2-2012 08:21 PM ![](static/image/common/back.gif)
Cinta Awek Dan Pakwe
HASRUDI JAWAWI
RM 25.90
Sape dah baca novel nie? Any komen kengkawan.
Kalau komen Cucur bawang kopi O penulis ni ramai kata best. Tp nvl tak nmpk review pula setakat ni. Takut jg nak beli dahlah tebal & mahal.
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 10-4-2012 02:08 PM ![](static/image/common/back.gif)
BUKU PRIMA : MEI 2012
Miss Pisau Cukur ~ SITI NUR DHUHA
Teragak2 nak beli citer ni lah. Ada yang kata merapu2 citer ni masuk kategori nyesal beli pulak. Tp yg pelik asyik laris pula tu. kengkawan yg dah baca boleh komen citer ni okay tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 23-5-2012 09:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kala Cinta Menggoda
NOORFADZILLAH
RM 19.90
Mebeles.. citer nie.. suka dengan watak anak2 dara/3 Siti Mak Cik Siti Ayu tu. Anak pertama seksi je pakaian bf pula laki orang nama Siti Saleha. Anak kedua agak tomboy & kasar Siti Nurbaya tetiba jadi bidan terjun model dlm agensi dia. Anak ketiga Siti Raihana agak muslimah sikit, pakai tudung tak macam dua kakak dia tapi pemalu, menggelabah dan keje sbg guru. Tiga Siti ni kiranya berbeza keperibadian. Umur dah makin naik. mak diaorg dah bising suruh cari jodoh. Tp mmg byk episod kelakarlah terutama mak dia tu. Ending dia mmg kelakar jugak. Citer santai, smpoi dan lawak banding novel2 penulis yg lepas2. Tp apapun semua citer penulis aku suka dan boleh jd koleksi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ariana posted on 1-9-2012 09:29 AM ![](static/image/common/back.gif)
Teragak2 nak beli citer ni lah. Ada yang kata merapu2 citer ni masuk kategori nyesal beli pulak. T ...
bagi sy xbest.nasib baik pinjam je ![](static/image/smiley/default/th_2lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 1-9-2012 12:06 PM ![](static/image/common/back.gif)
bagi sy xbest.nasib baik pinjam je
boleh citer sket nape tak best? nak tau jg ni.
Cinta Awek & Pakwe tu dah baca?
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/556602_411153722267021_403822987_n.jpg)
AKAN DATANG OKTOBER 2012
KEJAP ADA KEJAP TAK ADA ~ EBRIZA AMINNUDIN
SM : RM19.90
SS : RM22.90
Sinopsis:
Pemalas. Memperhabiskan beras emak bapak adalah kata-kata yang sering dilemparkan oleh Hawadah (Ibu) kepada Abzariq. Abzariq tidak suka bekerja di bawah orang lain, namun dia juga tidak berusaha mencari kerja dengan inisiatif sendiri sehingga kerap kali mengundang amarah Hawadah.
Pertemuannya dengan Adryssa si gadis impian telah merubah segala-galanya. Mahukah Abzariq menuruti segala kehendak Adryssa demi memperolehi cinta gadis itu? Berjayakah Adryssa menjadikan Abzariq dari seorang yang pemalas kepada seorang pemuda yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjayanya sendiri?
“Ya. Kau betul. Kita wujud apabila mereka mahu dan kita akan lenyap sesudah mereka menemui apa yang mereka cari selama ini kerana itulah misi kita berada di samping mereka.– Adryssa
“Manalah si chipsmore ni pergi? Kata nak ke tandas saja, tapi kenapa masih tak muncul-muncul. Tak takut terlepas penerbangankah? Adryssa .... Adryssa ... janganlah buat aku tak keruan. Aku betul-betul akan jadi tengkorak hidup nanti.” - Abzariq
Sememangnya aku wanita lemah yang telah disumpah olehMu Ya Allah, akan berada di dalam jagaan keluargaku selagi sumpahan itu tidak berakhir dengan didatangi olehMu jodohku yang bakal melenyapkan segala sumpahan yang telah engkau palitkan pada diriku ini. Dengarkanlah permintaan hambamu ini Ya Allah ya tuhanku. Jagakanlah dia dari lena yang panjang hanya untukku. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/548472_417225198326540_1606095121_n.jpg)
AKAN DATANG
Memang Dah Jodoh
Antasya Balqis
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-73-3
~544 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 1 Okt 2012
Sinopsis
Kerana kasih sayang seorang sahabat dan tentangan keluarga, Dian Aruni berpisah secara rela dengan Engku Izmier. Namun takdir mempertemukan mereka semula secara tidak diduga. Kasih Engku Izmier kembali bertaut tetapi tidak berani diluahkan lantas dia memendam perasaan dalam diam. Tetapi sebuah peristiwa telah memalukan keluarga Engku Izmier di mata masyarakat melalui media. Dian Aruni yang tidak sanggup melihat keluarga Engku Izmier dimalukan telah meminta pertolongan daripada Zariff, sepupunya dengan menawarkan diri menjadi suri hidup Zariff. Apabila semua masalah keluarga Engku Izmier selesai, Engku Izmier merayu cinta Dian Aruni semula. Apakah kesudahan cinta Engku Izmier? Siapakah yang bakal memiliki Dian Aruni?
Syukur TUHAN, aku bertemu Dian semula. Terlalu banyak perkara yang ingin aku adukan padanya. Dan selebihnya kerana aku masih cintakan dia. - Engku Izmier
Terperasankah Engku Izmier yang dia memotretkan wajahnya yang asyik memandang ke arah lensa kamera, seolah-olah sedang mengintai aksi si pelaku yang sedang mencuri gambarnya untuk dirakamkan? Ah, minta-minta janganlah! Mungkin Engku Izmier sekadar ingin menduga. - Dian Aruni
“Abang tahu abang dapat cinta Dian dengan cara ni tapi abang tak rasa Dian ikhlas dengan abang. Dian terpaksa demi Mier, kan?” - Zariff |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/2895_529242793759225_799068039_n.jpg)
Hingga Hujung Waktu
Harga: RM 25.90
Tarikh Terbit: 8 Okt 2012
Sinopsis
Sebuah jam antik yang dibeli Datuk Osman akan menjerit tatkala jarum tepat ke pukul 12.00 tengah malam. Namun ia hanya berlaku pada setiap malam Jumaat sahaja. Apa yang menyeramkan, jam antik itu akan menjerit ngeri persis suara wanita yang berada di dalam ketakutan. Manakala Irfan Rushidi pewaris segala harta milik Datuk Osman telah kehilangan kekasih hati yang amat dicintainya, Ayu Aleya. Pihak polis turut gagal menemui sebarang jawapan yang pasti. Sahabat baik Irfan Rushidi, Zulke? i pula amat setia melindungi dan menolongnya dalam apa jua keadaan. Cuma Zulke? i agak keberatan untuk menolong Irfan Rushidi mencari Ayu Aleya. Antara kesetiaan, cinta dan persahabatan, apakah pilihan Irfan Rushidi? Ketika deringan jam antik Datuk Osman masih kekal dalam misteri...
“Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga ke hujung waktu. Ya, Leya berjanji akan mencintai Irfan hingga hujung waktu.” – Ayu Aleya
“Tolonglah... jangan menjerit lagi, ampunkan aku... aku tahu aku banyak dosa. Ampunkanlah aku.” – Datuk Osman
“Ikutkan hati Irfan, memang nak gunting semua rambut Leya ni, geram...” – Irfan Rushidi
“Kenapa kau tak jujur dengan aku, kenapa kau sanggup korbankan nyawa semata-mata kerana aku. Kau bodoh Rasydan, kau bodoh!” - Inspektor Maria |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422766_529242720425899_1063561633_n.jpg)
Oh, My Bodyguard
Harga: RM19.90
Tarikh Terbit: 5 Okt 2012
Sinopsis
Ivan Lee, lelaki dingin namun penuh karisma. Dalam karismanya, pemuda berketurunan Cina ini adalah bodyguard keluarga hartawan bernama Ahmad Ghazi. Pada masa yang sama dia juga seorang perisik rahsia tanpa pengetahuan majikannya. Hubungannya dengan Ain Qistina, puteri tunggal Ahmad Ghazi agak dingin lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu mempunyai hubungan istimewa dengan Dain Hakimi. Walau bagaimanapun, segalanya berubah sebaik sahaja berlakunya pelbagai peristiwa menarik di Shinjuku. Ivan Lee menyimpan rahsianya sendiri. Tujuannya cuma satu, ingin mencari kebenaran di sebalik kematian keluarganya sehingga membawa dirinya ke Jepun. Apakah sebenarnya yang berlaku di Shinjuku dan siapakah pembunuh keluarga Ivan Lee? |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/541356_324218334342053_2001153674_n.jpg)
Novel Terbaru Buku Prima
Tajuk: Dia Bukan Suamiku
Penulis: AINON ZAINI ZAKARIA
Harga: RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-86-3
~656 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 19 Okt 2012
Sinopsis
Puan Salmah telah sebulat hati menerima Zakri sebagai menantu. Namun Herlina tetap menolak. Dia menyarankan agar teman baiknya, Zaleha menerima Zakri bagi mengganti dirinya. Tentu sahaja Zaleha dan Zakri tidak bersetuju. Zakri sangat cintakan Herlina seorang. Lagipun semua orang telah tahu Herlina adalah isterinya. Zakri memberitahu Herlina, Fuji-san cintakan Herlina kerana harta dan kuasa tetapi Herlina tidak kisah. Dia tetap cintakan Fuji-san. Walaupun Fujimoto-san juga cintakan Herlina tetapi setia cinta Herlina tetap pada Fuji-san seorang. Ketika majlis perkahwinan Herlina dan Zakri, Fuji-san muncul lalu merampas Herlina daripada Zakri. Majlis perkahwinan itu menjadi kucar-kacir malah menyusahkan Zaleha pula. Apakah kesudahan kisah mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 13-10-2012 09:32 PM ![](static/image/common/back.gif)
Novel Terbaru Buku Prima
Tajuk: Dia Bukan Suamiku
siapa dah baca buku ni? sinopsis macam ok, apa komen? ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/229934_328854370545116_303758930_n.jpg)
Nantikan novel terbaru SAYAP PESONA RATU karya novelis Amanda Aniqah selepas BETULKAH? pada Disember 2012 akan datang! Tungguuuu......
Tajuk: Sayap Pesona Ratu
Penulis : Amanda Aniqah
Harga: RM 22.90
ISBN : 978-967-0342-82-5
Halaman: ~576
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis:
Ini bukan versi kisah Raja Sulaiman-Ratu Balqis. Ini hanya coretan insan biasa yang tak punya apa-apa.
Edisi Sulaiman Yunus-Balqis Salam yang dipertemukan dalam satu bilik dan di bawah bumbung yang sama. Ibu suruh kahwin. Ayah nak dia tamatkan zaman bujang. Si ratu bukannya tidak suka perkahwinan. Tapi dia tidak suka dengan pasangan yang dipasangkan untuknya yang dikenali sejak zaman purba lagi. Nak cari calon, tak ada lagi kenalannya yang sudi pinang. Terpaksalah terima sebuah perkahwinan walau tak rela. Bertahun terpisah, bertemu semula dalam sebuah perkahwinan. Sebenarnya, semua orang tidak tahu tentang sejarah antara dia dan si pemilik tulang rusuknya itu. Si dia pula tersenyum dengan cadangan superb emak! Si penakluk hati menjadi miliknya. Tidak sabar untuk menebarkan sayap mendakap sang ratu. Walau lelah menunggu agar pintu hati itu terbuka, namun dia tetap bersabar kerana baginya si dia memang dipasangkan untuknya! Sampai bilakah? Adakah sampai terputusnya nyawa dari badan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|