CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 9-4-2013 10:36 AM | Show all posts


Setelah lebih seminggu aku buka tred, baru muncul Auntie Agony. “Kenapa lambat jawab auntie? Dah lama Jiha tunggu tau!” Aku merungut sendirian. Bagaimana pun aku tetap gembira kerana Auntie Agony berbesar hati menjawab masalah aku. Alhamdulillah! Kebetulan Fahmi pun sudah melakukan apa yang disarankan oleh forumer yang menjadi kekaguman aku itu.

Alhamdulillah auntie... Emm telah membuat keputusan setelah mendapat petunjuk dari-Nya. Emm rela berkorban perasaan demi meraih cinta dan rahmat Tuhan. Dan aku juga begitu. Aku bersedia mengundur diri dengan rela demi Dee.” Aku membalas pos dari Auntie Agony.

Lima minit kemudian aku menerima balasan dari Mind Teaser. Pantas saja dia membalas. "Eh, mamat ni stalk aku ke?"



Skeptik! Seperti selalunya. Aku sudah tak hairan lagi, dan aku malas nak layan.

**********
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2013 10:39 AM | Show all posts
“Betulkah tindakan yang kau nak ambil ni?”

“Yup!” Soalan Eddie dijawabnya ringkas. Tawa Eddie pantas meledak.

“Bila Jiha sudah ada yang lain, kau main sambar saja Dona. Kau sengaja nak mengelak dari aku.”

“Bukan... Keputusan yang aku ambil ini setelah aku rujuk dahulu kepada Allah.”

Sekali lagi Eddie meledakkan tawa. “Oh, jadinya Allah tu dah beritahu kaulah? Fahmi... Aku perintahkan kau mengahwini Dona. Begitu?” Eddie memperlekehkan Fahmi untuk menyakitkan hati lelaki itu kerana hatinya sendiri telah disakiti.

“Kau nak ejek aku atau nak ketawakan aku, supaya hati aku terbakar, kau buatlah Eddie. Hakikatnya, hati kau tu yang terbakar sekarang ni.” Fahmi membalas sinis. Eddie terdiam apabila disindir.

“Fahmi.., aku masih menunggu kau. Kau batalkan niat kau tu.” Eddie merayu. Rayuannya hanya dibalas dengan sengihan sinis dari lelaki yang masih ditagih cintanya itu.

“Ok, ok... kau kahwin dengan perempuan tu. Bila dia dah mati nanti kau balik semula pada aku. Aku akan setia menunggu.”

“Aku pergi dulu, Eddie. Aku ada temu janji dengan Dona.” Malas Fahmi melayan kemahuan gila Eddie lagi. Jika dilayan, dia bimbang hatinya pula yang akan goyah. Dia perlu kuat untuk menahan godaan dari Eddie yang tak pernah-pernah berhenti.

“Tak guna kau Fahmi!” Kemudian dia membuat sit up laju-laju, selaju rentak jantungnya berdegup, menahan kemarahan yang mula menyelusup.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 10:42 AM | Show all posts
Kampung Bharu.

“Jiha, apa sebenarnya yang berlaku ni? Nek Rahmah nangis-nangis beritahu mak, Fahmi nak kahwin dengan Dona. Nek Rahmah kesal sangat Fahmi membatalkan lamaran tempoh hari.”

Aku tahu mesti emak terperanjat apabila mengetahui Fahmi mahu berkahwin dengan Dona. Aku pun tidak beritahu emak yang aku sebenarnya sudah lama menolak lamaran Fahmi. Aku cuma beritahu emak yang aku belum bersedia buat masa ini dan akan berbincang dengan Fahmi mengenai rancangan perkahwinan itu. Alih-alih Fahmi membatalkan lamaran, tentu saja Nek Rahmah terkejut. Aku tak sampai hati nak beritahu keputusan aku. Aku tahu Nek Rahmah suka sangat pada aku dan mahu aku berkahwin dengan cucunya itu.

“Kami tak ada jodoh mak.”

“Nek Rahmah beritahu mak, Dona sakit dan mungkin tak boleh hidup lama. Apa betul ke Jiha?"

“Betul mak.”

“Innalillahi wainna ilai hirojiun. Kenapa Jiha tak beritahu mak? Habis, macam mana dengan Dona sekarang?”

“Kadang-kadang ok, kadang tak ok. Selepas rawatan kemo kali kedua nanti, dia akan menjalani pembedahan.”

“Kesiannya Dona. Mak bapak dia tahu dia nak masuk Islam?”

“Belum mak.”

“Habis macam mana tu?” Suara emak kedengaran risau sekali.

“Kami akan beritahu makcik Anu dengan pakcik Bala selepas pembedahan tu selesai nanti. Mak... mak doakan untuk Dona. Semuga pembedahan tu berjaya.”

“Insya-Allah. Jiha, mak bangga dengan pengorbanan Jiha. Biarlah Fahmi bimbing Dona. Mak percaya ada jodoh yang lebih baik untuk anak mak ni nanti. Ayah pun setuju. Kami akan cuba pujuk Nek Rahmah.”

Sungguh aku terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh emak. Aku sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan memahami. “Terima kasih, mak.”

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 11:02 AM | Show all posts
Pejabat kaunseling.

“Jiha, sahabat saya tu akan berkahwin.”

“Oh, tahniah.”

“Tapi saya rasa tersiksa. Saya tak sanggup melepaskan dia.”

“Eddie, belajarlah terima kenyataan ini. Kalau awak benar-benar sayangkan sahabat awak tu, awak relakanlah dia berkahwin. Awak tak rasa gembira untuk dia kerana berjaya mengatasi masalahnya?”

“Kenapa pula saya mesti gembira sedangkan saya menderita?”

“Eddie... mungkin dengan pengorbanan awak ini, Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik buat awak. Mungkin Allah ketemukan jodoh yang direstui lagi diberkati. Awak sendiri tahu hubungan awak dengan dia tak akan ke mana. Perhubungan yang awak mahukan itu salah di sisi agama, Eddie.”

Aku teringatkan pula kisah aku. Kata-kata emak, memberi kekuatan kepada aku. Mungkin jodoh yang terbaik sedang menanti aku di luar sana, siapa tahu. Tapi siapa?

“Biar salah sekali pun, saya tak mahu yang benar.”

“Eddie... Jangan ikut rasa, nanti binasa.”

“Saya rela binasa daripada terkapai dalam gelora jiwa.”

“Astaghfirullahala’zim!” Aku beristighfar.

“Awak tak akan faham Jiha. Awak tak pernah merasai apa yang saya rasai.” Cuping telingaku menangkap suara sebak yang tertahan. Aku simpati dengan Eddie, tapi ini bukan bermakna aku harus bersetuju dengan apa yang dia rasakan. Semua itu hanyalah hawa nafsu yang tidak dikawal dengan oleh iman.

“Apabila lelaki gay putus cinta, apakah ada perbezaan dengan lelaki atau perempuan hetero?” Kulemparkan Eddie dengan pertanyaan.

“Maksud awak?” Dia tidak memahami maksud persoalan aku rupanya.

“Adakah bila seorang lelaki gay terluka, luka hatinya sehingga mengalirkan darah semangkuk atau sebaldi? Atau mungkin satu kolah?” Sudah habis modal untuk aku memujuknya. Kali ini sengaja aku persenda perasaannya. Aku mahu mencuba pendekatan reverse psychology pula. Ikutkan sangat rentak dia, lagi terbuai-buai perasaan celarunya itu. Macamlah dia seorang saja yang putus cinta. Aku pun putus cinta, ok!

“Maksud awak?” Sekali lagi Eddie kabur.

Hmmm... mat blur rupanya. Patutlah hati tu sentiasa dikaburi dengan nafsu serakah yang langsung tak membawa kepada sebarang faedah. Bahkan hanya mengundang kemurkaan Allah. Kenapa susah sangat kau nak faham Eddie? Puas aku bermonolog di hati sehinggakan terlupa hendak menjawab soalannya tadi. Last edited by ladyFinger12 on 9-4-2013 11:03 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 11:07 AM | Show all posts
“Apa maksud awak, Jiha? Kata-kata awak.... semacam saja saya dengar.” Eddie bertanya lagi apabila aku berdiam.

“Ye lah... awak kata saya tak faham perasaan awak. Sekarang ni awak putus cinta sebab orang yang awak sayang mahu berkahwin. Tapi pernah tak awak terfikir berjuta lagi orang lain yang mengalami apa yang awak alami ini? Pernah tak awak terfikir yang saya juga sedang terluka, Eddie?” Eddie terbungkam. Dia pula yang senyap.

“Awak terlalu menurut kata hati. Saya rasa jelak dengan perasaan lelaki lembik macam awak. Awak tak segagah yang saya lihat dari luaran. First impression, saya tertarik dengan penampilan fizikal awak. Tapi saya kecewa sebab dalaman awak rapuh. Mudah goyah. Bukan awak saja, saya tahu, golongan macam awak ni hanya tampak gagah luarannya saja, hakikatnya kamu lelaki lembik!” Sengaja aku menaikkan kemarahan hatinya. Biar dia tercabar apabila aku mengatakan dia lelaki lembik.

“Saya tahu... masyarakat pasti akan menyalahkan golongan seperti kami. Orang tak mengalami apa yang kami alami, Jiha. Awak juga tak mengalami apa yang saya alami zaman remaja. Mudahlah awak bercakap. Saya diliwat tanpa kerelaan hati. Dan peristiwa itu sentiasa menghantui hidup saya. Awak apa tahu?” Eddie sudah menunjukkan tanda-tanda dia marah.

“Betul! Tanpa kerelaan hati awak. Tapi sekarang... awak melakukannya atas kemahuan awak sendiri. Awak tak terfikirkah lelaki yang awak suka itu juga tidak rela perasaannya diliwat?” Nada suara aku juga sedikit meninggi.

“Awak pernah terfikir tentang masalah perempuan yang dirogol? Ada awak terfikir apa perasaannya untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup dia? Sejauh mana penerimaan lelaki lain dalam hidupnya, penerimaan keluarga dan masyarakat terhadapnya, lebih-lebih lagi bila dia mengandung hasil anak luar nikah? Ada awak kisah tentang itu?” Aku menarik nafas seketika.

“Kalau semua orang berfikir macam awak, ikutkan perasaan dan menyalahkan Tuhan, huru-hara dunia ni, Eddie. Apa gunanya Allah kurniakan kita akal? Bukankah manusia itu lebih istimewa dari malaikat?”

“Awak menyalahkan saya Jiha?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 11:09 AM | Show all posts
“Ya! Saya salahkan awak. Kisah awak diliwat awak jadikan alasan sahaja untuk menyalahkan takdir. Sedangkan Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya. Sekarang terpulanglah kepada awak. Tepuk dada tanya iman, Eddie. Kalau awak mahu terus menanyakan nafsu, saya rasa cukuplah sampai di sini. Saya tak berupaya membantu awak lagi.” Tegas aku menyatakan pendirian. Aku pun sudah bosan dengan sikapnya. Tak habis-habis mahu mengikutkan perasaan. Farah yang jauh lebih muda beribu kali lebih gagah darinya.

Fuhhh... Aku menghembus nafas dari celahan dua bibir apabila Eddie mematikan talian. Aku sedar, aku hanya mampu menasihati sedangkan hidayah itu milik Ilahi...

**********

“Kenapa pulak tu? Monyok aje?” Yasmin menegur aku.

“Entahlah kak... bukan senang nak jadi kaunselor ni, kan?”

“Kenapa? Ada masalah dengan klien?” Aku anggukkan kepala, memberikan jawapan tanpa suara.

“Biasalah... bukan semua masalah kaunselor boleh tangani. Dalam sehari, kadang-kadang bermacam-macam masalah yang kita dengar. Itu yang menghubungi kita. Di luar sana tu, beribu-ribu masalah ada. Jangan hanya kerana seseorang yang bermasalah, kita pula ditimpa resah. Masalah tu! Jangan dibebankan sangat otak kita dengan masalah klien yang degil.”

Aku melarik sengihan kecil. Semakin aku mengenalinya, aku semakin faham kenapa Yasmin tidak terlalu memikirkan soal kliennya. Dia hanya memberi tumpuan kepada klien yang betul-betul mahukan nasihat sahaja.

Hmm.. mungkin cara Yasmin itu perlu juga diguna pakai, terutamanya dalam soal Eddie. Penat kepala otak aku memikirkan masalahnya, namun Eddie langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Aku bukanlah mengharapkan dia berubah 360 darjah. Aku tahu, bukan mudah untuk dia mengorak langkah ke depan setelah bertahun-tahun dia melalui jalan belakang. Tapi, sekurang-kurangnya cubalah berusaha untuk melakukan perubahan itu. Ini tidak, balik-balik salahkan takdir. Balik-balik, ikutkan nafsu! Aku terus bermonolog di hati.

Benarlah kata orang tua-tua... ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut rasa, binasa. Kenapa tidak diikut iman, Eddie? Kalau kau ikut iman, Insya-Allah, aman. Kau dapat hidup aman, skandal kau aman, bakal bini skandal kau aman dan kepala otak aku pun aman ....

**********

ok, hepi reading
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2013 11:17 AM | Show all posts
Buatnya eddie wat onar bgtau sapa skandal dia kat jiha maunya jiha........................
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:28 AM | Show all posts
tak cukup , tapi memadailah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 11:41 AM | Show all posts
eddie spt tidak boleh diselamatkan lagi dah
teruk sgt.. jiha jgn give-up ok!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:50 AM | Show all posts
lowgil posted on 9-4-2013 11:41 AM
eddie spt tidak boleh diselamatkan lagi dah
teruk sgt.. jiha jgn give-up ok!

nanti eddie sedarlah tu sb dah kena marah ngan jiha
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:51 AM | Show all posts
lowgil posted on 9-4-2013 11:41 AM
eddie spt tidak boleh diselamatkan lagi dah
teruk sgt.. jiha jgn give-up ok!

harap2 bolehlah...

mungkin lily boleh mengubah eddie pulak...


dan..bolehlah rahul berbahagia dgn jiha....



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:25 PM | Show all posts
Jgn bagi Eddie ganggu jiha....lily lebih baik utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:26 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 9-4-2013 10:24 AM
Salam all. Lady sambung...
--

thank you lady!

dah sihat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:30 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 9-4-2013 10:26 AM
Jazakillah. And jazakillah to usu too...
Khai... seumur hidup sekali saja lady pi mengundi.. :shu ...

ops...lady pun dok kat obersea ke???
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 12:54 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 9-4-2013 11:09 AM
“Ya! Saya salahkan awak. Kisah awak diliwat awak jadikan alasan sahaja untuk menyalahkan takdir. Se ...

yay!!!! hepi hepi hepi yay!!!




bunge utk lady.....



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 02:24 PM | Show all posts
Rahul dgn Jiha..sbb sebab Jiha blh bimbing sedara baru...

Lili dgn eddie..sbb lili boleh bimbing eddie ke jalan lurus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2013 03:27 PM | Show all posts
nallepooh posted on 9-4-2013 02:24 PM
Rahul dgn Jiha..sbb sebab Jiha blh bimbing sedara baru...

Lili dgn eddie..sbb lili boleh bimbing  ...

Kak Syirah lak?


Sian Kak Syirah tau!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 03:29 PM | Show all posts
khaizarina posted on 9-4-2013 12:30 PM
ops...lady pun dok kat obersea ke???

Tak de maknanya.... Lady over the river jahhh!


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:33 PM | Show all posts
Syira kita kasi kat unle Bala(gurau je ye)..sian aunty Anu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:38 PM | Show all posts
Lady ..syirah tu biar menyesal sorang2 hahahahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073120 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list