CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-9-2012 02:35 PM | Show all posts
“Awak, ini awak kan?” Fifi menunjukkan gambar seorang kanak-kanak lelaki yang kurus. Hanya memakai seluar dalam sambil memegang pistol mainan.

“Awak! Mana awak dapat album tu?”

“Dalam bilik awak” Fifi menjawab sambil tersengih.

“Janganlah tengok. Malu saya” Fandi cuba merampas album itu tetapi Fifi pantas mengelak.

“Biarlah. Nak tengok”

“Jangan gelak!” Fandi memberi amaran tetapi Fifi tetap tergelak. Album itu di selak lagi. Satu demi satu gambar didalamnya di lihat. Adakalanya tersengih apabila terlihat sesuatu yang menggelikan hatinya.

“Awak, ini siapa?” Fifi bertanya. Keningnya berkerut. Gambar seorang perempuan yang mesti ada bersama Fandi. Sama ada mengambil gambar berdua, bertiga atau beramai-ramai, gambarnya mesti ada.

“Bestfriend” Fandi menjawab pendek. Matanya langsung tidak memandang gambar itu.

“Alya?” Fandi tidak menjawab. Terus menyibukkan diri memetik gitar. Melihat reaksi Fandi yang sengaja mendiamkan diri, Fifi tidak bertanya lagi.

“Boleh tahan awak punya nakalkan?” Fandi tersengih.

“Biasalah tu. Hero kampung…” Fifi mencebik.

“Apa nama kampung ni awak?”

“Kampung Melayu” Fifi angguk.

“Awak selesa duduk kampung saya?”

“Selesa”

“Awak selesa dengan saya?” Fifi senyap. Hanya tangannya ralit menyelak album, membiarkan soalan Fandi tergantung.

“Awak ada band sendiri ke?” Fifi bertanya apabila melihat gambar Fandi bersama beberapa orang rakannya. Seperti berada di sebuah studio.

“Ada. Saja suka-suka. Kadang-kadang, orang panggil main kat majlis kahwin. Dapatlah duit poket” Fandi menjawab.

“Yang ini Pojie, dia main dram. Ini Ayem, main bass. Yang perasan handsome ni pulak, Jijoe. Vokalist” Fandi menerangkan satu persatu.

“Yang paling handsome ni, nama dia Muhammad Affandi, lead guitar”

“Eleh” Fandi tersengih.

“Yang lagi dua orang kat belakang ni, Sham dengan Boy. Tukang sorak je”

“Saya tahu, ini mesti geng enam jahanamkan?” Fandi ketawa terbahak-bahak.

“Awak main gitar?” Fandi mengangguk.

“Nyanyi?”

“Suara saya sumbang”

“Iya ke?” Fandi sengih.

“Orang yang istimewa je yang dapat dengar saya nyanyi”

“Mesti Alyakan?” Fifi terus menembak soalan. Sejak dari tadi melihat gambar Alya di dalam album, hatinya tiba-tiba di usik cemburu. Fandi senyum.

“Saya nak nyanyi untuk orang paling istimewa dalam hidup saya sekarang. Nak dengar?” Fifi diam. Fandi tersenyum lagi. Last edited by Nicki_Meow on 12-9-2012 02:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2012 02:52 PM | Show all posts


http://www.youtube.com/watch?v=q0WRPz8jMTY

Kredit: Ajek Hassan

Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan



Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 02:58 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 02:35 PM
“Awak, ini awak kan?” Fifi menunjukkan gambar seorang kanak-kanak lelaki yang kurus. Hanya memakai ...

Suara siapa lagi sedap ni nicki? Iqbal atau fandi?


kemain lagi fandi ekk? Yg di sini disayang, yang di sana dikenang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 02:59 PM | Show all posts
Fandi merenungnya hingga Fifi tertunduk malu. Renungan Fandi kali ini benar-benar menusuk ke hatinya. Fifi menghela nafas panjang apabila Fandi meraih tangannya lalu di genggam kemas.

“Sofea” Fifi mengangkat muka. Menunggu bicara Fandi. Tetapi Fandi hanya berterusan merenungnya. Tiada senyuman, tiada kata-kata.

“Awak”

“Ya?”

“Saya ngantuk” Fandi mendongakkan kepala memandang ke atas dan kemudian kembali memandang Fifi lalu ketawa.

“Jomlah masuk. Lagipun dah lewat” Fandi mengajak. Fifi mengangguk.

***************************************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 13-9-2012 09:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 03:00 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 02:52 PM
http://www.youtube.com/watch?v=q0WRPz8jMTY

Kredit: Ajek Hassan

Bestnya laguuuu! Tak pernah dengaq pun sebelum ni...

Nicki weh... hang mmg layak jadi music director. Semua terangkattt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 03:00 PM | Show all posts
hmmm... lom puas. lagi please..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2012 03:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 02:59 PM
Fandi merenungnya hingga Fifi tertunduk malu. Renungan Fandi kali ini benar-benar menusuk ke hatinya ...

Dah masuk bilik, nak buat apa plak tu?






Mungkinkah ada game lagi?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 03:03 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-9-2012 02:58 PM
Suara siapa lagi sedap ni nicki? Iqbal atau fandi?

FANDI!!!!


"Terkenang lain kak, sayang lain" Jawab Fandi sambil tersengih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2012 03:07 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-9-2012 03:00 PM
Bestnya laguuuu! Tak pernah dengaq pun sebelum ni...

Nicki weh... hang mmg layak jadi music dir ...

Eheh... termalu iols....Thanks Lady...Dulu pernah bercita-cita nak kerja dgn M.Nasir....






Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 03:09 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 03:03 PM
FANDI!!!!

"Oh gitu ekk? Memang macam ni lah lelaki... Cuba kalau perempuan yang buat macam tu, mau berantakan rumah tangga. Dia punya cemburu.... ya ampun!" Rara mencekak pinggang. Sakit hati mendengar kata-kata Fandi. Sama saja pemikiran dengan Iqbal.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 03:13 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-9-2012 03:09 PM
"Oh gitu ekk? Memang macam ni lah lelaki... Cuba kalau perempuan yang buat macam tu, mau berantaka ...

Kening Fandi berkerut. Dia sungguh terkejut.

"Bila pulak perempuan sihir ni ada kat sini? Macam mana dia boleh datang dari Pulau Sayak ke Kluang dalam sekelip mata? Ilmu apa yang dia pakai?"



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 03:21 PM | Show all posts
Fifi berdiri di tepi katil. Sekali lagi otaknya di terjah soalan yang sama.

Macam mana nak tidur?

Malam semalam, puas dia bergolek kiri ke kanan cuba untuk lena. Amat payah. Tertidur tidak tahu pada jam berapa setelah puas memujuk mata. Kalau di dalam gelap, mindanya dengan mudah berfikir yang bukan-bukan. Kalau terlalu terang juga susah untuknya tidur. Kenapalah masalah dia yang satu ini terlalu kompleks?

“Sofea” Kening Fandi berkerut melihat Fifi yang tidak senang duduk.

“Kenapa?” Fifi menggelengkan kepala.

“Tadi kata ngantuk, tidurlah”

“Awak tidur kat mana?”

“Luar”

“Kalau mak tanya?”

“Pandai-pandailah saya jawab”

“Awak”

“Kenapa ni?” Fandi tidak jadi hendak keluar. Hanya memerhatikan Fifi yang tak keruan.

“Sofea” Fifi tetap mendiamkan diri.

“Awak tidurlah ya. Kalau ada apa-apa, panggil saya. Saya tidur kat ruang tamu je” Fandi berkata lagi. Fifi terkebil-kebil.

TAP. Suis lampu di tutup.

“Awak!” Fifi bersuara kuat. Suis lampu di nyalakan semula.

“Kenapa ni? Cuba cakap. Kalau awak tak cakap, mana saya tahu apa masalah awak” Fandi berkata, separuh bengang.

“Saya…saya takut gelap” Fandi terus ketawa. Fifi sudah muncung.

“Sebab tu malam tadi awak tidur bukak lampu?” Fifi angguk.

“Tapi kalau terang sangat pun saya tak boleh tidur” Fifi berkata lagi. Dahi Fandi berkerut mendengar kata-kata Fifi.

“Terang tak boleh, gelap tak boleh. Macam mana ni?” Fandi terfikir-fikir, memandang Fifi. Fifi pula masih terkebil-kebil memandang Fandi. Mereka saling memandang, lama.

Karang aku ambil kesempatan, marah pulak. Tapi…..

Perlahan-lahan Fandi tersenyum. Kening Fifi pula yang berkerut.

TAP. Suis lampu di tutup kembali. Fifi tergamam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 03:34 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 03:21 PM
Fifi berdiri di tepi katil. Sekali lagi otaknya di terjah soalan yang sama.

Macam mana nak tidur ...

weiiii .. lagu ni best giler laaa ... sesuai tuk fandi ....

caya la nicki ... hebat luuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 03:54 PM | Show all posts
“Awak..awak”  Fifi memanggil, tiada sahutan.

“Awak, janganlah macam ni. Bukalah lampu tu balik”

“Awak”

Fifi sudah terasa seram. Entah berapa lama dia berdiri tegak di sebelah katil, dia pun tak tahu.

Hhmmpp….

Fifi terkaku apabila kedua belah tangannya di genggam erat. Fandi sudah berdiri di hadapannya. Dalam remang pudar, dapat dia lihat mata Fandi yang sedang merenungnya.

“Sofea” Fandi memanggil perlahan. Fifi tidak menyahut. Hatinya berdebar-debar apabila jari Fandi mula bermain-main dengan rambutnya yang terurai. Kemudian, tangan Fandi mula menjalar ke pipinya, lalu di usap lembut. Bibirnya pula menjadi tempat jari Fandi menyinggah.

“Kalau awak sudi, izinkan saya temankan awak dalam terang ataupun dalam gelap” Lembut suara Fandi berkata kepadanya. Fifi semakin tergamam. Tiada bicara yang mampu di balas kembali kepada Fandi.

“Saya janji, saya takkan sentuh awak, tanpa kerelaan awak” Sekali lagi terdengar Fandi berkata kepadanya. Fifi menarik nafas. Fandi membawa tangannya ke bibir lalu di kucup lembut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 04:02 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 12-9-2012 03:54 PM
“Awak..awak”  Fifi memanggil, tiada sahutan.

“Awak, janganlah macam ni. Bukalah lampu tu bali ...

lolongan anjing mana?


Ooppsss! Fandi belum nak score goal lagi kan?

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 04:06 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-9-2012 04:02 PM
lolongan anjing mana?

Amboihhhhhhhhh ladyyyy



Tak sempat menyempaaaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 04:08 PM | Show all posts
dalam gelap berani la ya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 04:10 PM | Show all posts
“Jadi, sekarang ni jom kita tidur. Tidur kat sofa tu bukannya best pun”

Eh? Fifi terkebil-kebil. Agak keliru untuk dia mencerna kata-kata Fandi.

“Baringlah” Akhirnya Fifi menurut. Dia duduk di atas katil lalu berbaring perlahan-lahan. Kemudian, dia kaku. Fandi pula sudah berbaring di sebelah.

“Yang macam patung cendana ni kenapa?”

“Err…aaaaa” Tiada apa lagi yang mampu di katakan. Fifi mengiring, membelakangkan Fandi. Cuba menenangkan perasaan. Terasa tubuhnya diselimutkan. Fifi tetap mendiamkan diri.

Sekali lagi dia terkena renjatan eletrik. Tangan Fandi sudah memeluk pinggangnya.

“Good night sweetheart, sweet dreams” Fandi berbisik lembut di telinga. Satu ciuman singgah di pipi. Kemudian, suasana menjadi senyap sunyi.

Fifi mengira satu sampai sepuluh. Sepi….

Dah tidur?

Tidur ajelah. Setakat kena peluk dengan Fandi, tak luak pun….

Matanya pun terpejam. Last edited by Nicki_Meow on 12-9-2012 04:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 04:11 PM | Show all posts
1st step!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2012 04:12 PM | Show all posts
Okay.. habes dah. That's all for today.....

Boleh bertenggek kat benang lain dengan gembira....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.471555 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list