|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: ENHANCEMENT IN THE PINES
[Copy link]
|
|
|
|
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di utara Pulau Pinang mendapati pepijat katil tropika mampu menyimpan DNA manusia sehingga 45 hari selepas menghisap darah mangsa tanpa sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

GAMBAR menunjukkan seorang penyelidik membiarkan pepijat katil menghisap darah dari lengannya sebagai sebahagian daripada kajian saintifik di sebuah makmal Universiti Sains Malaysia (USM) di George Town, Pulau Pinang. Foto AFP |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penemuan itu menjadikan serangga kecil yang gemar bersembunyi di celah kepala katil, jahitan tilam dan sarung bantal ini sebagai sumber bukti yang berharga untuk mengenal pasti suspek di lokasi jenayah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya daripada setitik darah, penyiasat polis suatu hari nanti mungkin mampu menyusun profil penuh seorang penjenayah, jika pepijat tersebut ditemui di tempat kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penganalisisan pepijat itu boleh mendedahkan jantina, warna mata, warna rambut dan warna kulit seseorang, jelas ahli entomologi Abdul Hafiz Ab Majid kepada AFP. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kami panggil pepijat katil ini ‘musuh dalam selimut’,” kata Hafiz, sambil menambah bahawa “mereka juga boleh menjadi perisik” yang membantu menyelesaikan kes jenayah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMBUATAN PROFIL DNA
Di sebuah makmal yang tersorok di dalam Sekolah Sains Biologi USM, Hafiz dan penyelidik pasca kedoktoran Lim Li telah membelanjakan hampir lima tahun mengkaji pepijat katil tropika. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangga penghisap darah ini, cimex hemipterus, ialah spesies paling lazim ditemui di Malaysia dan rantau tropika. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

PENYELIDIK mempamerkan ruam selepas membiarkan pepijat katil menghisap darah dari lengannya sebagai sebahagian daripada kajian saintifik di sebuah makmal Universiti Sains Malaysia (USM) di George Town, Pulau Pinang. Foto AFP |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pepijat itu dibela dalam bekas bawah bangku makmal, setiap satu dibalut plastik hitam bagi meniru persekitaran gelap yang menjadi habitat pilihan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kami letakkan kertas yang dilipat dalam bekas kecil supaya pepijat ini ada permukaan untuk memanjat,” jelas Hafiz. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan suhu makmal dikekalkan antara 23°C hingga 24°C, pepijat berkenaan menghisap 1.5 hingga 5.3 mikroliter darah setiap kali makan “jumlah yang kurang daripada setitis,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyelidik mendapati DNA manusia yang diekstrak daripada pepijat katil selepas makan mampu memberikan profil fenotip asas ciri fizikal boleh diperhatikan serta jantina sehingga 45 hari kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan menggunakan penanda Ulangan Pendek Berturutan (STR) dan single nucleotide polymorphism (SNP) urutan DNA khusus, penyelidik dapat menentukan jantina, warna mata, warna rambut dan warna kulit suspek, jauh selepas mereka meninggalkan lokasi kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

AHLI entomologi Abdul Hafiz Ab Majid (kanan) bersama pasukannya memerhatikan telur pepijat katil di sebuah makmal Universiti Sains Malaysia (USM) di George Town, Pulau Pinang. Foto AFP |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kajian USM bertajuk ‘Pembuatan profil manusia melalui analisis STR dan SNP pada pepijat katil tropika, Cimex hemipterus’ diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports terbitan Nature dua tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ia merupakan penggunaan forensik pertama yang didokumenkan melibatkan pepijat katil tropika. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|