CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 12-9-2011 05:43 PM | Show all posts
Perempuan yg pergi sorang utk buat umrah, selalunya TA akan carikan mahram (mahram tumpang). Iaitu orang yg sama-sama pergi mengerjakan umrah dengan kita yg diuruskan oleh TA. Semasa saya pi dulu, TA tumpangkan dengan pasangan suami isteri dan kakaknya. Diperkenalkan semasa di KLIA sebelum berangkat. Masa nak masuk Madinah dan keluar di Jeddah kena bersama-sama dengan mahram ni, begitu juga semasa mengerjakan umrah, terutama semasa nak pergi ke tanaim. Pandai-pandailah bawa diri ya. Nasib saya baik sebab dapat mahram dan teman2 yang baik sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 09:03 AM | Show all posts
Paling penting sekali...
Pastikan kita tahu setiap jalan dan lorong alternatif utk pergi/balik masj ...
ustaz Post at 10-9-2011 12:33


Terimakasih byk2 .... entri yg ditunggu2kan mengenai ibadat haji telah muncul.  Kat website mana peta ni? Harap boleh share, akak nak print besar2 sikit.

Kursus perdana haji akan diadakan di Masjid Besar Shah Alam dan Masjid Putrajaya 17-18/09.
Pendaftaran selepas zohor, dan berakhir pkl 12 tghhari Ahad.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:07 AM | Show all posts
Kalau di sana, kalau nak keluarkan duit, boleh guna kad pengalan diri. Ini bagi menggantikan paspot/ ...
ustaz Post at 10-9-2011 13:46

tahun ni pakai gelang getah 'mcdonald??? mcm senang tanggal je ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:09 AM | Show all posts
Ini adalah cara Haji Rasulullah saw di mana baginda dan rombongan pergi ke Mina dahulu baru ke Arafa ...
ustaz Post at 10-9-2011 12:36

Panduan bergambar ni ustaz dpt dr website mana? Boleh share?

Jazakallahu khair.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:42 AM | Show all posts
gepren...
mickey nak pi sorang je...
ahli keluarga yg lain taknak pergi lagi...
nak tun ...
Pr|nCeSS^M|cKeY Post at 12-9-2011 04:35 PM


Seruan dah sampai tu
Erm parents & adik beradik pun tak nak pergi jgk ek?
Tak sampai seru & maybe dorg tak bersedia lg tu.

Sy nak pergi dgn mak tp 2mggu lps dia rebah so skang dia risau dgn lutut dia tu,
jln terhincut2 tp dia nak pergi sesangat.
Plan nya bln 3 tp tak tau la cemana.. ikut hati saya, nak pergi sgt2 jgk.. rindu.
Dia kata kalau boleh nak 3 @ 4org sebilik, maka kena la cari dlm ahli grup kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 09:50 AM | Show all posts
Harap link ni dpt membantu bg idea kat sape2 yg nak gi sana.
http://www.hajinformation.com/umrah_agents.php?id=78

Saya pun masih mencari agent, kalau blh di kota bharu lah,
sbb senang nak gi kursus segala2nya.
Ada sesiapa tak amik agent dr kota bharu?
TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2011 09:58 AM | Show all posts
aily...
boleh tak suggestkan travel agensi yg berwibawa..
mickey blm pernah pergi sana l ...
Pr|nCeSS^M|cKeY Post at 11-9-2011 19:56


sy g ngn andalusia last 2 years...alhamdulillah...telah slamat pegi n pulang........
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 1263# frapamocha


    kak nani....kalau yg berlengan montot tu Insya Allah..ok ja gelang tuh...
tp kalau lengan yg kurus cam saya ni mg asik terkeluar ja...
last2 saya simpan ja dalam beg... janji pas mesti gantung kat leher....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 03:16 PM | Show all posts
Seruan dah sampai tu
Erm parents & adik beradik pun tak nak pergi jgk ek?
Tak sam ...
gepren Post at 13-9-2011 09:42



    mungkin lah..
seruan dah sampai...
parent mickey dah tak ada...
sbb tu kena pi sorang...
kakak na dik pula ada komitment dgn keluarga..
tp tak apalah...

skrg tgh berusaha utk pergi n buat research sikit2...
kat thread ni mmg byk membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 04:14 PM | Show all posts
Reply 1269# Pr|nCeSS^M|cKeY


sbb tu kena pi sorang...


Mickey, gam gajah pun pergi sorang sorang jadi boleh lah mickey geng dengan dia pergi sama sama. Mahram bincang dengan travel agent macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 04:49 PM | Show all posts
Err takde org nak jawab ke soalan saya kat atas2 ni?  :re:

Nak tanya lg.
Smlm mak sy kata kalau boleh dia nak 3 @ 4org 1bilik.
Kami nak pergi berdua je.
So boleh ke request dgn agent masukkan sesiapa sama?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:17 PM | Show all posts
Harap link ni dpt membantu bg idea kat sape2 yg nak gi sana.


Saya pun masih mencari agent, kala ...
gepren Post at 13-9-2011 09:50


Terimakasih gepren. Eloklah tu... dah puas kat india, tanahsuci tak dilupakan... hehe

Cuba TA Ash-har Travel, HQ di Kota Bharu. Ustaz pembimbing utama adalah Dr Basit Abd Rahman (abu anas madani), merupakan mentor kpd Ustaz Zahazan. InsyaAllah akak akan pergi dgn TA ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:23 PM | Show all posts
Kuota tambahan 2000 je? 2000 utk jemaah yg daftar dgn Ray--, And-- dan Zah-- pon tak cukup!

Malaysia memperolehi tambahan kuota jemaah sebanyak 2,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan 28,000 jemaah negara ini menunaikan haji di tanah suci tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:56 AM | Show all posts
Assalam Semua

Panggilan Haji dah bermula. Kursus perdana pun dah bermula minggu ni.

Untuk meri ...
aily Post at 9-9-2011 17:08



Assalamualaikum...

Rindunya nk jadi tetamuNya lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 09:58 AM | Show all posts
Kat sana nanti anda akan menghadapi pelbagai dugaan.
Haji adalah bermaksud untuk bersusah2... walau ...
ustaz Post at 10-9-2011 12:30



ustaz... tima kasih atas info yg dikongsikan. Sangat2 membantu.
Ada sesiapa yg dh terima jemputan haji utk tahun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 1271# gepren


    dia bergantung pada pakej yg kita amik. dan rega setiap pakej sudah tentu berbeza.
kalau u request nk sebilik 4 org, dan tentu TA akan bg pakej utk 1 bilik 4 org. masa tu nasib la kalau dapat rakan sebilik yg OK atau pun KO..
ye la..kita mana nk kenal rakan2 lain.....jadi berdoa la semoga dapat rakan sebilik yg OK dan boleh bertolak ansur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 1273# frapamocha
ok la dari last year ..langsung tiada kuota tambahan....
ni pun rasanya pihak sana...pertimbang sebab jemaah2 M'sia berdisplin berbanding jemaah2 negara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:59 AM | Show all posts
Terimakasih gepren. Eloklah tu... dah puas kat india, tanahsuci tak dilupakan... hehe

Cuba TA ...
frapamocha Post at 13-9-2011 07:17 PM


Heheh niat tu sentiasa ada kak & tanah suci la tempat yg sentiasa di idam2kan selain negara lain
Bila tgk drama2 yg shooting kat tanahsuci.. lg la hati ni nak ke sana.

Oh akak nak gi bila?
Tp tgk kat web ash-har, tak de lg jadual 2012 tp sy baru emel kat dorg pg td.
Berapa RM pakej tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply 1276# Mas916

Itu lah masalahnya.
Sy prefer berdua je tp mak kata kena sekurang2nya 3org.. biar berkawan.
Masa gi dulu dpt la roomate (makcik2).. erm tak tahu nak ckp apa.. mulut dia duk pot pet pot pet mcm taknak stop ckp.

Apa2pun, tq atas penerangan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:57 PM | Show all posts
Reply 1216# Mas916

Alhamdulillah... tak sangka Mas ingat lagi kat akak yer... patutlah akak pun tingat2 gak kat Mas...  Ada.. akak bizi sket lately nih... dgn kurang sihatnyer... & sibuk dgn urusan keluarga...

Syukur alhamdulillah... akak pun dah dpt tarikh gi & balik (KT08), insyaAllah berangkat pada 2hb Okt... & balik sini 16hb Nov.  (tak sangka dpt trip awal... sebab akak mohon minta trip ujung2 nak masuk Mekah dulu) tapi tak apalah... dtg awal masuk Madinah dulu pun syukur gak... dah Allah nak kita jadi tetamu awalNya, kita bersyukur sgt2... dpt jumpa/ziarah Rasulullah SAW dulu kan..  akak pun syukur dgn tarikh 2hb yg Allah bagi tu sebab jatuhnya pada hari ahad... so, Allah dah permudahkan di situ utk akak.. Dah dpt tarikh ni at least dah lega gak la sebab dah boleh la nak concentrate utk cari barang2 kelengkapan & urusan2 yang lain2...

Rasa berdebar2 & tak sabar pun ada nak jejak kaki ke sana... maklum lah last sekali pegi umrah dulu tahun 2005... bercampurbaur perasaan antara sebak & gembira... serta syukur yg tak terhingga pada Allah yg Maha Pengasih...

Semoga Allah SWT akan permudahkan la segala2nya dari semasa berangkat, dlm perjalanan, sampai di sana & sepanjang berada di Madinah & Mekah sehinggalah balik ke sini semula nanti... dimurahkan rezeki dgn dikurniakan kesihatan & kemudahan utk beramal ibadat, dpt rakan2 yang baik2 belaka serta diberikan kesabaran yang tinggi...  mudah2an kita semua mendapat haji yg mabrur & sentiasa di dlm rahmat & hidayahNya... amin ya rabbal alamin....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.463220 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list