CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 22-3-2010 11:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 23-3-2010 02:01
salam buat shabat semua,
saya orang baru di forum ini dan masih baru mencari ilmu agama.terlalu dahagakan ilmu utk berhijrah ke arah yg lebih baik.namun terdapat beberapa kekeliruan disini saya temui ...
ummi_humaira Post at 22-3-2010 01:56


Salam..
Memang kita akan keliru bila kita berhadapan dengan sesuatu perkara yang berlainan dari  apa yg kita fahami sekian lama terutama perkara2 yang telah menjadi adat turun-temurun dan kita mengambilnya secara ikut-ikutan tanpa menyemak sumber yang sepatutnya iaitu Al-Qur'an dan Sunnah yang sahih.


1. saya dapati ada beberapa fahaman disini dari apa saya ikuti.contoh baghal dan salik ini berpegangan aswj kan? tapi kenapa dengan nazrul ? saudara pegangan apa ya ?saya jadi keliru dengan tingkah saudara.maaf ya bertanya.mungkin dapat terangkan saudar pegangan apa? supaya saya lebih jelas dan tidak keliru dalam memahami ilmu agama.apabila wujud kekeliruan disini maka saya orang baru akan keliru kalau saya yg muslim ini keliru bagaimana yg masih baru mengenal islam pasti akan lebih keliru bukan??


Ramai orang mendakwa ASWJ ... tapi mereka mensahihkan hadith nabi s.a.w melalui kasyaf mereka tanpa merujuk pengkajian ahli hadith hinggakan bertaburan hadith2 yang tidak diketahui puncanya berada dalam kitab mereka.

     Falsafah merupakan percubaan-percubaan manusia untuk mengetahui alam ghaib atau yang berada di sebalik alam nyata (metafizik). Sudah sewajarnya percubaan-percubaan manusia itu segera berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan kerana tiada jalan sama sekali bagi manusia untuk mengetahui perkara ghaib selain dari meneka-neka, mengagak-agak dan menjangka atau melalui bisikan jin dan syaitan-syaitan.
     Allah telah mengutus rasulNya Muhammad s.a.w. supaya membimbing mereka yang kebingungan lagi sesat itu menuju kepada tuhan pencipta mereka, dan supaya mengajarkan kepada mereka hikmat mereka diciptakan dan tujuan yang patut mereka berjalan ke arahNya, serta cara dan jalan yang disukai dan diredhai Allah untuk hamba-hambaNya dan untuk mereka.
     Rasulullah s.a.w. terpaksa menghadapi timbunan fikiran, aqidah, kepercayaan, mazhab-mazhab dan falsafah-falsafah yang batil itu, serta menegakkan hujah dan bukti yang menunjukkan keburukan dan kebatilannya dan kesahihan ajaran Allah yang disampaikan kepada manusia. Dengan itu bermulalah pertarungan aqidah yang tertumpu kepada dua dasar pokok yang darinya bertunas tumbuh cabang-cabang yang amat banyak :-
1)      1. Dasar pokok yang pertama ialah mentauhidkan Allah semata, iaitu pengakuan bahawa Allah sahajalah Tuhan Pencipta, Dialah sahaja yang disembah, tiada sesiapa menyekutui di dalam sifat-sifatNya dan perbuatan–perbuatanNya. Dia bersifat dengan segala sifat yang sempurna, indah dan agung, dan Dia suci dari segala sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat kesempurnaan, keindahan dan keagungan itu.
         2. Dasar pokok yang kedua ialah mentauhidkan cara atau jalan menuju kepada keredhaan Allah. Tiada siapa yang menguruskan hal ehwal manusia selain Allah, dan bertaqarrub kepadaNya melainkan mengikut cara yang disyarakkanNya. Inilah ertinya Lailahaillallah Muhammadur Rasullullah. Lailahaillallah ialah dasar pokok yang pertama, manakala Muhammadur Rasullullah ialah dasar pokok yang kedua.


           "Katakanlah (wahai Muhammad!) sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 120)
           "Katakanlah (wahai Muhammad!) Jika kamu menyayangi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah menyayangi kamu."
            (Surah al-Imran, ayat 31)
        
         
Al-Quran keseluruhan merupakan penerangan mengenai jihad Rasullullah s.a.w. menentang penyelewengan berhubung dengan kedua-dua dasar pokok diatas.




Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).  
(  سورة الجاثية  , Al-Jathiya, Chapter #45, Verse #18)

Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.  
(  سورة الأنعام  , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #126)

Itulah yang menjadi pegangan saya!

     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 02:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 23-3-2010 02:04

1108# Nazrulism

Hadits pertama. "Artinya : Pertama kali yang diciptakan Allah adalah cahaya nabimu, wahai Jabir" [Hadits Palsu]  


Hadis mengenai nur Muhammad saw itu diperkuatkan oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh Ali bin Al-Husain ra yang berasal dari ayahnya (Imam Ali bin Abu Thalib ra) dan dari datuknya (Muhammad Rasulullah saw).Hadis tersebut menuturkan bahwasanya Rasulullah saw menerangkan "kuntu nuuran baina yadai rabbi" yang bererti dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku.Hadis tersebut disebut oleh Al-Hafizh Abul-Hasan Ali bin Muhammad Al-Qaththan di dalam Al-Ahkamnya.Ibnul Qaththan termasuk jajaran kritikus (naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya, dan termasuk juga sejumlah ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat hadis dan penghafalannya.

Mengenai kebenaran hadis tentang nur Muhammad saw ,Allah berfirman di dalam Al Quran (yang berbunyi) "qad jaa akum minallaahi nuurun wakitaabun mubiin" (yang bererti) sesungguhnya telah datang kepada kalian nur (cahaya) dari Allah dan Kitab (Al-Quran) yang menerangkan (Al-Maidah:15).

apa macam sekarang kamu puas menjadi munafik..... Apa!! belom puas? saksikan penipuan kamu....jangan berlindung di belakang orang lain....
      
Hadits kedua. "Artinya : Aku sudah menjadi nabi sedangkan Adam masih berwujud antara air dan tanah". [Hadits Palsu. Lihat Syarah Jami'ash-Shagir III/91 dan Asna Al-Mathalib hal. 195]


Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?”. Bersabda  
Rasulullaah saw “ Sedang  hal Adam diantara Ruh dan Jasad”.Hadis Riwayat At Tarmuzi dan beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib

Kitab Alhadis Al Munthoqah  , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau  mensyarahkan hadis ini ,  menyebut : “ Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?” Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu’im Al Baihaqi dan Al Hakim telah Mensahihkannya juga. Tersebut pada satu riwayat yg lain  :“Mata kutibta Nabiyyan?”  ertinya“ Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?”.  Bersabda Saw  “ Adalah Aku Nabi  pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad”.   

Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis). Pada  riwayat lain lagi “ Bilakah anda Jadi  Nabi ?.”  yaitu riwayat Maisarah. Sama seperti yg diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .

Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a’a pula disisi Ibnu Saad  dan Ibnu Qoni’.Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf  bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi  Ibnu Sa’ad  juga. Pada riwayat Asya’bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :“ Bilakah anda dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta ) . Bersabda Nabi saw “ Padahal Adam  (berada ) diantara Ruh dan Jasad ketika diambilkan daripadaku perjanjian”.      

Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya’bi tersebut) tetapi perawi yg meriwayatkan dari Sya’bi adalah Jabir Al Ju’fi. Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu “ Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw “ Pada hal Adam tercampak ( yakni masih belum terbentuk )  pada tanah  keras (tanah liat)”.Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Ad Dalaa il. Kesemua riwayat ini adalah berhampiran maksud dan lafaznya (mutaqaribah).

Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan bagi wajib kenabian Nya saw yaitu sabitnya bagi Ruh Nya saw yg mulia yg telah diciptakan sebelum semua Ruh.   

Riwayat   "Mata kutibta ?."  Bilakah telah di wajibkan ?, makna “kitabah” pada hadis tersebut adalah juga bermaksud  wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana  (lafaz) “Kitabah” digunakan pada perkara yang wajib lagi zohir di luaran sebagaimana (istilah yg digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:22 AM | Show all posts
1108# Nazrulism

Telah bersabda pula beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam .  "Artinya : Janganlah kalian semua melebih-lebihkan aku seperti orang-orang Nashrani melebih-lebihkan Isa anak Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba, maka katakanlah hamba Allah dan utusan-Nya". [Hadits Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim]  


Takkan bawak hadis nie jer bawak le sekali hadis nie jugak....jangan berat sebelah bila nak berthujah...bior adil....

Sabda nabi Muhammad saw:-

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibubapa, dan manusia seluruhnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

ada satu lagi yang kamu simpan sebalik punggung kamu takut orang tahu kan?

Sabda Nabi saw:

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku, kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri" dan Syaidina Umar berkata: " Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri" (hadis riwayat Bukhari)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:42 AM | Show all posts
1261# Nazrulism

Ramai orang mendakwa ASWJ ... tapi mereka mensahihkan hadith nabi s.a.w melalui kasyaf mereka tanpa merujuk pengkajian ahli hadith hinggakan bertaburan hadith2 yang tidak diketahui puncanya berada dalam kitab mereka.


ye ke abis kamu aliran apa?

Itulah yang menjadi pegangan saya!


taksangka gatae jugak kamu ni....teruskan mengorat.....

walobagaimanapom humaira hati-hatila kenyataan dia bole bertuko-tuko
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 23-3-2010 02:04

1108# Nazrulism



Hadis mengenai nur Muhammad saw itu diperkuatkan oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh Ali bin Al-Husain ra yang berasal dari  ...
salikin Post at 23-3-2010 02:01


Telah dijelaskan dalam post #1108 tersebut.

Hadits pertama. "Artinya : Pertama kali yang diciptakan Allah adalah cahaya nabimu, wahai Jabir" [Hadits Palsu]  
      Hadits kedua. "Artinya : Aku sudah menjadi nabi sedangkan Adam masih berwujud antara air dan tanah". [Hadits Palsu. Lihat Syarah Jami'ash-Shagir III/91 dan Asna Al-Mathalib hal. 195]  
     Ini adalah perkataan yang sangat lemah dan matan-nya mungkar. Bukankah air adalah bagian dari tanah ? Adapun hadits shahih berlafadz : "Artinya : Aku sudah menjadi Nabi, sedangkan Adam adalah keadaan antara ruh dan jasad", tetapi ini pada ilmu Allah yang azali.  



   Hadits-hadits itu terhimpun di dalam kedua-dua kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Ayat al-Qur’an yang menerangkan tentang hal ehwal para rasul dan keperluan mereka kepada tunjuk ajar dari Allah serta teguran dan celaan Allah ke atas mereka kerana perbuatan mereka yang bertentangan dengan perbuatan yang lebih utama adalah amat banyak, seperti firman Allah kepada Rasulnya Muhammad s.a.w yang bermaksud lebih kurang: "Kalau tidaklah kerana Kami tetapkan pendirianmu, sesungguhnya engkau hampir condong kepada mereka, jika demikian nescaya Kami rasakan kepadamu hukuman berlipat ganda semasa hidup dan berlipat ganda semasa mati. Kemudian engkau tidak memperolehi penolong menentang kami." (Surah Isra’ ayat 74-75)

   Begitu juga terdapat banyak ayat al-Quran di mana Allah menerangkan tentang kurniaanNya ke atas hambaNya dan rasulNya Muhammad s.a.w. Di antaranya firman Allah yang maksudnya lebih kurang: "Tidakkah Dia menemuimu seorang anak yatim lalu diberi tempat tinggal, dan mendapatimu kesesatan lalu Dia memberi hidayah." (Suran ad-Dhuha ayat 6-7).

   Allah telah menyebutkan demikian, maka bagaimana pula golongan sufi itu boleh mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah wujud sebelum kewujudan makhluk-makhluk lain seluruhnya, dan dari nurnya seluruh para anbiya’ memperolehi ilmu-ilmu mereka? Allah juga telah berfirman yang bermaksud lebih kurang: "Engkau tidak tahu apakah Kitab dan apakah iman itu? Tetapi Kami jadikannya (al-Quran) sebagai nur yang memberi petunjuk dengannya siapa yang Kami mahu dari kalangan hamba-hamba Kami." (Surah as-Syura ayat 52).

   Yang pentingnya, barangsiapa menatapi al-Quran dan mengetahui dengan sebenar ajaran agama Islam serta mempelajari riwayat hidup Rasulullah s.a.w, dia pasti tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w seorang hamba Allah dan pesuruhNya, dan Baginda s.a.w wujud di muka bumi sebagai seorang manusia, sama seperti manusia-manusia lain, dan Baginda s.a.w tidak sedikitpun tahu apa yang berlaku di Mala’il-A’laa’ seperti mana firman Allah:
  "Katakanlah wahai Muhammad! Ia iaitu al-Quran, adalah berita yang agung. Tetapi kamu berpaling darinya. Aku tidak mempunyai pengetahuan tentang ‘Al-Mala’il-A’laa’ (alam malaikat), ketika mereka berbalah, tidaklah diwahyukan kepadaku melainkan aku seorang pemberi ingat yang nyata. Ketika tuhanmu berkata kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dari tanah dan apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan kepadanya dari ruhKu, maka meniarap sujudlah kepadanya."
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 03:06 AM | Show all posts
1108# Nazrulism



Takkan bawak hadis nie jer bawak le sekali hadis nie jugak....jangan berat sebelah bila nak berthujah...bior adil....

Sabda nabi Muhammad saw:-

"Tidak sempurna Iman kamu ...
salikin Post at 23-3-2010 02:22


Apa masalahnya dengan Sabda Rasul s.a.w "Janganlah kalian semua melebih-lebihkan aku seperti orang-orang Nashrani melebih-lebihkan Isa anak Maryam." dengan mencintai Baginda s.a.w sebagai Rasulullah ?

Dah takder modal ker nak buat posting?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2010 03:13 AM | Show all posts
1261# Nazrulism



ye ke abis kamu aliran apa?


Tarak baca ka ?

taksangka gatae jugak kamu ni....teruskan mengorat.....

walobagaimanapom humaira hati-hatila kenyataan dia  ...
salikin Post at 23-3-2010 02:42


perlu ker aku jawab hujah 'bernas' mike  ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 05:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by ummi_humaira at 23-3-2010 05:54

sedih betul lar again and again nazrul tak jawap pertanyaan humaira.
nazrul ni berpegangan apa.kalau humaira tak nampak di post2 sebelum ini maaflah.
tapi boleh tak nazrul terangkan sekali lagi.sebab humaira da baca semua.
hanya yg dapat humaira paham nazrul ni bagi pernyataan tunggang terbalik.
maksud saya tak tetap.

salik ni suka tau ngacau.kena lar hormat dengan ilmu yg nazrul ada.kan pemahaman yg dia ada tuh dari Allah taala juga.tapi nk tanya apa maksud syair ini yer dan dari mana??

Tafakkur yang menaakul
jalur-jalur ungu dari zikr khafi
sepi yang indah teserlah,
bait-bait ismu dzat pada latifatur-qalbi
bergetar bergema, merona jingga segala
menular dzauk wujudi pada agitasi
mabuk bergoyah

Hu Allah,
memuntah rindu membiru
hangat membara menggunung api kasih
membakar memamah mazmumah yg parah
pada lengkung pelangi diri
Ah Allah, Junaid pun berkepak tinggi,
mencari Uweis al-Qorni
yg lari menyendiri, pd gembala domba di sahara
O Syah Nasyabandi,
aku mohon sujud pada rendah kakiMu
pd Baba Samasi yg mengerti
ttg hakikat diri Syaikh Abdel Qadir al-Jilaini

Allah Hu,
anggurMu memecar pada dahi Ali
mengalir merah bagai darah al-Hussaini di Qarbala
menyusur ke laut Parsi mencari Diri
Dzun-Nun al-Misri
mangkuk pengemismu adalah gemerlapan yaqut berair
berbayang dgn zamrud zabarjan
pada bucu ufuk piramid
Lihatlah sorga,
di mata di dada Dia
bahawa Sidratul Muntaha pada mikraj adalah Toha,
yg mengalir ke telaga Fatihah nan jernih
mencium raudhah
dan singgah di Ka'abah
hajar aswad pun melimpah,
dalam Diri!

harap nazrul dapat beri penerangan ringkas mengenai pegangan nazrul yer..humaira minta maaf lagi sekali kalau nyusahkan.thx

humaira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 11:06 AM | Show all posts
reply 1268#

wuish! brani gak ko tepek sya'ir sesat-baghrat sufi kat board ni ek? ;)
itu cerita bab si salik tengah karam mabok meghroyan dgn diri haqiqi dia, ehehehe.

err ko tepek ler bebanyak lagik... takde la boring wal skema serius jer board SSKS&S nih.
Then, mintok ler si abe Baghal wal Salikin ko tu kupaih in detail satu-persatu, depa meme terra bab secret within secret ni, haish!

ps: asal jgn ko mintok si ostad kontemporari hybrid salafi wal liberal tu tafsir sya'ir tu udoh ler... kang, dia counter ko dgn sya'ir gak... "aina dalil ya ukhti, aina burhan ya humaira, jawabun jawaaabbb!"
mueheheheheh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 01:01 PM | Show all posts
1255# Nazrulism
Ibnu Taimiyyah dipenjarakan kerana penentangannya terhadap sufi yg berleluasa ketika itu.. Adakah beliau dibenarkan mengeluarkan kitab yg berterusan menentang perkara yg menyebabkan beliau terpenjara dari dalam penjara? -- tentu tidak!

hmmm .. tentulah kitab yg boleh keluar dari penjara itu telah di edit oleh mereka yg berkuasa ketika itu dalam usaha mereka memborong semua ulama agar terlihat seperti penganut sufi ataupun beliau menulis dengan kiasan2 yg tidak terhidu oleh kaum sufi.

Lagipun.. Ibnu Taimiyyah telah meninggal tanpa sempat menerangkan duduk perkara kitab terakhirnya.


Cerita ni karang sendiri ka?..Hmmm...ini ka hujah yg nak di balas...hmmm...ulama tulis kitab, Tuan balas dengan cerita dongeng...hmmm....mantap!


Jelas sebagai kata2 yg bertentangan dengan apa yg telah diriwayatkan dari Aisyah r.a (rujuk post #1254) tentang melihat Allah dan berkata-kata secara langsung dengan Allah.

Ibnu Taimiyyah mengisyaratkan.. jika ikut spt yazid al bistami, semua akan seperti ular yang bersalin kulit.. masih tetap ular!

Bayazid al-Bistami, dan kisah yang terkenal ketika dia menyaksikan Tuhan dalam kasyf dan dia berkata kepada Dia:" Ya Allah, bagaimana jalan menuju Engkau?". Dan Allah menjawab: "Tinggalkan dirimu dan datanglah kepada-Ku". Ibn Taymiah melanjutakan kutipan Bayazid al-Bistami, " Saya keluar dari diriku seperti seekor ular keluar dari kulitnya".

Implisit dari kutipan ini adalah sebuah indikasi tentang perlunya zuhd (pengingkaran-diri atau pengingkaran terhadap kehidupan dunia), seperti jalan yang diikuti Bayazid al-Bistami.


ASWJ berpegang kpd 4 perkara: 1. Al-Quran
                                               2. As-Sunnah
                                               3. Ijmak ulama
                                               4. Qias ( yg bersandarkan Al-Quran dan Sunnah, menghurai supaya lebih faham)

Pernyataan Abu Yazid adalah qias krn ianya adalah suatu bentuk perasaan atas pengalaman beliau.

"Tinggalkan diri (pengingkaran diri)" = menafikan diri yg ada upaya, mengisbatkan keEsaan Allah Taala yg berkuasa mutlak.
"datanglah kepada Ku" = penyerahan diri secara mutlak, total kepada Allah Taala..sebagaimana maksud Nabi "tiada daya     upaya melainkan daya upaya Allah"

pengingkaran terhadap dunia = meninggalkan nafsu diri yg rendah misalnya mengumpul dan menggunakan harta hanya untuk kepentingan diri, tamak ,gila kuasa, gila pompuan, ujub, riak , takbur, ego dll sifat mazmumah yg menjadi permainan dunia.

Jadi, maksud sebenar Abu Yazid, beliau meninggalkan diri dan dunia utk menjaga atau membersihkan hatinya dan adab dirinya dgn Allah Taala yg Maha Suci. Ini lah tasawuf dan Abu Yazid adalah sufi....salah ka?

Melihat Allah bukanlah melihat Zat Allah...tapi kita tahu Allah ada bersama kita kerana alam ini adalah 'bekas' dari Sifat yg berdiri di atas Zat Allah...

'Bekas' umpama tapak kaki...tapak kaki bukti ada kaki tp kaki dengan tapak kaki adalah 2 benda yg berlainan..

Bermakna alam ini adalah bukti adanya Allah dan Allah itu tentulah menyalahi rupa bentuk alam ini..Maha Suci Allah dr segala perumpamaan , melainkan menghampiri faham.

Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu dengan ‘Jamal Allah’ yang azali, sesuai dengan firman Allah: “Katakanlah, Ini adalah jalan Ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikut Ku”.

Nabi bersabda “Para sahabat ku seperti bintang-bintang, mengikuti yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk”.

Pada ayat tadi dijelaskan bahwa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut ‘basyirah’. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada ‘Mata Hati’ bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan Ilmu Zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan Ilmu Ladunni Batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah “Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Ku”.

Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid .


Ini huraian utk manusia yg jernih hatinya ,dan memang Allah berkehendak utk mengenalkan diriNya kepada hambaNya yg Dia suka. Kalu tak mampu faham, nak buat camna...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:53 PM | Show all posts
Apa masalahnya dengan Sabda Rasul s.a.w "Janganlah kalian semua melebih-lebihkan aku seperti orang-orang Nashrani melebih-lebihkan Isa anak Maryam." dengan mencintai Baginda s.a.w sebagai Rasulull ...
Nazrulism Post at 23-3-2010 03:06


Apa masalahnya?...banyakkk...maih kita tengok satu persatu....



CAHAYA (NUR) MUHAMMADI
Termasuk dalam madzhab wihdah al-wujud (masalah 1), ialah adanya keyakinan dikalangan orang-orang sufi tentang masalah Aqthab, Autad, Abdal, Aghwats, An-Najba (yakni beberapa istilah status, jabatan atau peringkat dikalangan sufi), bahwa ruh Allah berdiam pada diri mereka sehingga merekalah yang mengatur apa yang ada.  Mereka menduduki kedudukan Allah dalam mencipta dan mengatur. Yang demikianpun termasuk keyakinan Syi'ah terhadap para imamnya (masalah 2). Seperti dikatakan Khumeini(masalah 3) dalam kitabnya Al-Hukumah Al-Islamiyah (masalah 4) hal.52 : "Sesungguhnya imam mempunyai kedudukan yang terpuji dan derajat yang tinggi, dan kekuasaan untuk mencipta serta tunduk di bawah kekuasaannya seluruh unsur dari semesta ini. Dan termasuk madzhab kami yang sangat penting pula, bahwa para imam kita mempunyai kedudukan yang tidak dapat diraih oleh para malaikat terdekatpun, dan tidak pula oleh nabi yang didekatkan. Dan berdasarkan riwayat-riwayat yang ada pada kita, dengan hadits-haditsnya, bahwa Rasul teragung Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para imam, mereka semua, sebelum adanya alam semesta ini berupa cahaya yang dijadikan Allah mengelilingi Ars-Nya. [Al-Hukumat Al-Islamiyah, Khumeini ]  

      Sesungguhnya orang-orang sufi, dimana beribu-ribu kaum muslimin dari segala penjuru dirangkul mereka, lalai ketika mengangkat orang-orang tersebut (para imamnya) ke derajat ketuhanan atau yang mendekati hal itu. Yaitu menjadikan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkedudukan diantara mereka dalam mengatur semesta, baik masalah penciptaan dan pengaturan, mendatangkan manfaat dan memberikan madharat, qadha dan qadar .... Maka, mulailah mereka mengada-ngadakan perkataan terhadap Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melalui teori Al-Haqiqah Al-Muhammadiyah yang mengeluarkan Rasulullah dari alam manusia dan menjadikannya cahaya (nur). Dari cahaya Muhammad itulah seluruh mahluk diciptakan.  

"Artinya : ... Sungguh besar perkataan yang keluar dari mulut mereka. Tiadalah yang mereka katakan itu kecuali dusta". [Al-Kahfi : 5]  

Berikut ini sebagian dari perkataan mereka :  
[1]. Muhammad Adalah Asal Semesta. "Sesungguhnnya akal yang pertama adalah dinasabkan kepada Muhamad. Karenanya Allah menciptakan Jibril di waktu terdahulu. Maka Muhammad adalah bapak bagi Jibril dan merupakan asal dari seluruh alam semesta".[Al-Insan Al-Kamil lil Jalil ]  
[2]. Muhammad Di Atas 'Arsy. "Mahluk yang  pertama adalah debu, dan mahluk yang pertama yang berwujud secara hakiki adalah Muhammad yang disifatkan istiwa' di atas 'Arsy Ar-Rahmani, yaitu 'Arsy ilahi. [Futuhat Al-Makkiyah ]  
[3]. Cahaya Muhammad (Nur Muhammadi) Adalah Cahaya Allah.  
[4]. Muhammad Adalah Penjaga Atas Semesta.  
[5]. Semesta Diciptakan Karena Muhammad.  Ibnu Nabatah Al-Mishri berkata : Kalau bukan karenanya, tidak adalah bumi dan tidak pula ufuk. Tidak pula waktu, tidak pula mahluk, tidak pula gunung.  
[6]. Muhammad Mengetahui Yang Ghaib.  Berikut ini dalil-dalil mereka yang mereka sembunyikan di balik punggung-punggunya :  
      Hadits pertama. "Artinya : Pertama kali yang diciptakan Allah adalah cahaya nabimu, wahai Jabir" [Hadits Palsu]  (masalah 5)
      Hadits kedua. "Artinya : Aku sudah menjadi nabi sedangkan Adam masih berwujud antara air dan tanah". [Hadits Palsu. Lihat Syarah Jami'ash-Shagir III/91 dan Asna Al-Mathalib hal. 195]

     Ini adalah perkataan yang sangat lemah dan matan-nya mungkar. Bukankah air adalah bagian dari tanah ? Adapun hadits shahih berlafadz : "Artinya : Aku sudah menjadi Nabi, sedangkan Adam adalah keadaan antara ruh dan jasad"(masalah ke-6), tetapi ini pada ilmu Allah yang azali.  

     Hadits ketiga. "Artinya : Kalau tidak karena engkau, maka bintang-bintang itu tidak diciptakan". [Shan'ani berkata bahwa hadits ini Palsu dan disepakati Imam Syaukani dalam kitab Fawaid Al-Majmu'ah hl. 116]  
     Padahal sesungguhnya Allah telah menutup berbagai jalan menuju perbuatan yang melebih-lebihkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam , Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman.  
    "Artinya : Katakanlah, sesungguhnya aku ini adalah manusia seperti kamu semua. Hanyasanya diwahyukan kepadaku (wahyu). Sesungguhnya sesembahanmu adalah sesembahan yang Esa. Maka barangsiapa yang mengharapkan bertemu dengan Rabbnya, hendaklah ia beramal dengan amalan yang shalih dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya". [Al-kahfi : 110]  
      Dan berfirman Subhanahu Wa Ta'ala .  "Artinya : Katakanlah, Maha Suci Rabbku. Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul ?". [Al-Isra : 93]  
      Dan berfirman Subhanahu Wa Ta'ala .  "Artinya : Katakanlah, tidaklah aku mengatakan kepada kalian semua bahwa aku mempunyai perbendahaaran Allah, tidak pula aku mengetahui yang ghaib, tidak juga aku katakan bahwasanya aku ini malaikat. Tidaklah aku mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah, apakah sama orang yang melihat dengan orang yang buta ? Apakah kalian semua tidak berpikir ?". [Al-An'am : 50]  
       Telah bersabda pula beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam .  "Artinya : Janganlah kalian semua melebih-lebihkan aku seperti orang-orang Nashrani melebih-lebihkan Isa anak Maryam.(masalah 7)


Masalah 1 - wahdatul wujud

(8) Iktiqad Wahdatul Wujud
Mengiktikad zat Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam diri dan bersatu
dengan roh, sehingga pada masa itu orang itu mengaku Tuhan. Meninggalkan segala
amalan syariat, menghalalkan yang haram dan terangkat segala taklif syarak pada
dirinya, umpamanya nikah batin, sembahyang dengan niat dan lain-lain.

Awai2 lagi dah bgtau...sufi sendiri dah labelkan nih sesat..Tuan apa tau..


Ini lah bukti Tuan suka tembak menkhinzir buta...dah byk kali saya post..{:1_126:}{:1_126:}

Masalah 2 - Syiah dan para imamnya

Sebelum saya hurai saya nak gelak dulu....hahahhahaha...okay dah...

Apsal cerita pasai sufi versi syiah? salah thread kot.....hahahaha

Masalah 3 - Khumeini

Hahahahaha...dia ni dah tentu la syiah...hahaha apa kena mengena ngan sufi ASWJ...


bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:55 PM | Show all posts
1266# Nazrulism
Masalah 4 - Al- Hukumah Al-Islamiyah

Dah tentu la kitab syiah..buat apa hujah ngan sufi ASWJ...(adakah nampak spt dungu?)

Masalah 5 - Hadits pertama. "Artinya : Pertama kali yang diciptakan Allah adalah cahaya nabimu, wahai Jabir" [Hadits Palsu]

Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'raawi dalam "Anta tas-al wal Islam yajib" , cetakan Darul Muslim, Qahirah, tahun 1982 / 1402, juzuk 1, mukasurat 41 telah ditanya berhubung an-Nur al-Muhammadiy dan permulaan penciptaan. Soalannya lebih kurang:-
Telah warid dalam hadis: "Bahawa Jabir bin 'Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: "Apa yang awal-awal diciptakan Allah ?", lalu Junjungan bersabda:"Nur nabimu, wahai Jabir."

Beberapa orang ulama dunia Islam yang terkenal di antara mereka ada mencatat sanad yang di dalamnya terdapat nama Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani. Sanad yang tersebut sampai kepada 'Abdur Razzaq. Ada sanad 'am mengenai beberapa bidang keilmuan, dan ada pula sanad khash tentang hadis, termasuk hadis Nur Muhammad. Di antara mereka yang mempunyai sanad kepada Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani (wafat 852H/1448M) ialah: Syeikh Hasan al-Masyath, Saiyid 'Ali al-Maliki, Syeikh Muhammad Mahfuzh bin 'Abdullah at-Tarmasi (1285H/1868M - 1385H/1965M), Syeikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor (1278H/1861M - 1374H/1954M), Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272H/1856M - 1325H/1908M), Saiyid Bakri bin Muhammad Zainal 'Abidin Syatha, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.....dan lain-lain.

Setelah melalui beberapa nama bertemu pada Syeikh 'Abdullah asy-Syarqawi (1150H/1737M - 1227H/1821M), ia terima dari Syeikh Muhammad bin Salim al-Hifnawi/Hifni (Syaikhul Azhar 1173H/1715M - 1181H/1767M), ia terima dari 'Abdul 'Aziz az-Ziyadi, ia terima dari Syeikh Muhammad al-Babili, ia terima dari Syeikh Najamuddin Muhammad al-'Aithi, ia terima dari Qadhi Zakaria al-Anshari, ia terima dari Syeikh Ibnu Hajar al-'Asqalani (773H/1371M - 852H/1448M), ia terima dari Syeikh Abil Faraj 'Abdur Rahman al-Ghazzi, ia terima dari Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabbus, ia terima dari Abi Hasan 'Ali, ia terima dari Muhammad bin Nashir as-Salami, ia terima dari 'Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mandah, ia terima dari Abil Fadhal Muhammad al-Kaukabi, ia terima dari Abil Qasim ath-Thabrani, ia terima dari Ya'qub Ishaq bin Ibrahim al-Mirwazi al-Hanzhali, ia terima dari 'Abdur Razzaq bin Hammam bin Nafi dengan sanad sehingga sampai kepada Jabir bin 'Abdullah.


Masalah 6 - hadits shahih berlafadz : "Artinya : Aku sudah menjadi Nabi, sedangkan Adam adalah keadaan antara ruh dan jasad", tetapi ini pada ilmu Allah yang azali.

Bila dah terbukti hadis tu shahih ,ada pulak tukang tambah (tetapi ini pada ilmu Allah yg azali)...inilah kalu dah namanya munafikun..

Masalah 7 -Telah bersabda pula beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam . "Artinya : Janganlah kalian semua melebih-lebihkan aku seperti orang-orang Nashrani melebih-lebihkan Isa anak Maryam.


Boleh pulak tanya apa masalah...untuk pengetahuan Tuan, Ayat ni takdak masalah, Tuan yg ada masalah (jiwa kacau..)

Salikin dah jawab...

Sabda nabi Muhammad saw:-

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibubapa, dan manusia seluruhnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

ada satu lagi yang kamu simpan sebalik punggung kamu takut orang tahu kan?

Sabda Nabi saw:

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku, kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri" dan Syaidina Umar berkata: " Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri" (hadis riwayat Bukhari)


Bermakna, memang wajib kita menyintai malah melebih-lebihkan Nabi Muhammad SAW, hatta lebih lagi dari Nabi Isa as cuma tidak spt puak nasrani yg menganggap Nabi Isa itu sebagai Tuhan..

Nabi Muhammad SAW itu namanya termasuk dalam syahadah kita...tidak menyebut namanya maka tidak sah syahadah..

Baginda adalah kekasih Allah Taala..

Rukun syahadah ke-4, mengisbatkan kebesaran Nabi Muhammad SAW..

Kalu Tuan tak mengaku kebesaran Baginda, maka terbatallah syahadah Tuan..itu saja!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by ummi_humaira at 23-3-2010 05:54

sedih betul lar again and again nazrul tak jawap pertanyaan humaira.
nazrul ni berpegangan apa.kalau humaira tak nampak di post2 sebelum ini maafl ...
ummi_humaira Post at 23-3-2010 05:48


Siapa yg dapat merasai perjalanan rohani para sufi dalam ubudiahnya kpd Rabnya, kalu bukan sufi juga...

Dan puisi ini umpama bunga, kalu di beri pada beruk..dia makan!!

Kalu di beri pada kekasih, dia simpan di dalam pasu yg cantik, dan di siram supaya segar dan wangi..

Nampaknya Humaira yg baru mahu mendalami ilmu ini dah merasai kebenarannya...

Begitulah mudahnya kalu Allah berkehendak..

Beriman bahwa segala sesuatu yang ada di alam ini disebabkan kehendak Allah. Segala sesuatu yang ada di alam ini terjadi karena kehendak Allah, baik yang dilakukan oleh-Nya maupun oleh mahkhluk. Allah telah berfirman.

"Artinya : Dia (Allah) melakukan apa yang Dia kehendaki" [Ibrahim : 7]

Allah juga berfirman.

"Artinya : Kalau Dia (Allah) menghendaki maka Dia memberi petunjuk kepadamu semuanya" [Al-An'am : 149]

Dia juga berfirman

"Artinya : Kalau Rabb-mu menghendaki maka Dia menjadikan umat manusia menjadi umat yang satu" [Hud : 118]

Dia juga berfirman.

"Artinya : Bila Dia (Allah) menghendaki maka Dia memusnahkanmu dan mengadakan penciptaan yang baru" [Fathir : 16]

Ayat yang menunjukkan bahwa perbuatan-Nya terjadi karena kehendak-Nya. Begitu juga segala perbuatan makhluk terjadi dengan kehendak-Nya, sebagaimana firman Allah.

"Artinya : Kalau Allah menghendaki, maka tidak terjadi saling bunuh di antara orang-orang setelah mereka datang penjelasan kepada mereka, akan tetapi mereka berselisih ; sebagian mereka beriman dan sebagian kafir. Dan apabila Allah menghendaki maka mereka tidak saling membunuh, akan tetapi Allah melakukan apa saja yang Dia kehendaki" [Al-Baqarah : 53]
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:42 PM | Show all posts
1266# Nazrulism

Apa masalahnya dengan Sabda Rasul s.a.w "Janganlah kalian semua melebih-lebihkan aku seperti orang-orang Nashrani melebih-lebihkan Isa anak Maryam." dengan mencintai Baginda s.a.w sebagai Rasulullah ?


Sesungguhnya kamu memang jahil!!!

Sabda nabi Muhammad saw:-

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibubapa, dan manusia seluruhnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

lagi Sabda Nabi saw:

"Tidak sempurna Iman kamu sehingga aku, kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri" dan Syaidina Umar berkata: " Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri" (hadis riwayat Bukhari)
nak aku besokan lagi, supaya kamu lebih terang

Dah takder modal ker nak buat posting?


atau kamu yang ketandusan hujjah......nin baru permulaan......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:51 PM | Show all posts
reply 1268#

wuish! brani gak ko tepek sya'ir sesat-baghrat sufi kat board ni ek? ;)
itu cerita bab si salik tengah karam mabok meghroyan dgn diri haqiqi dia, ehehehe.

err ko tepek ler bebanyak  ...
m_fire Post at 23-3-2010 11:06


Owh.... dah datang sekor lagi puak nazrul bagui-bagui....jom join sekali aku pon baru nak panaskan badan nih....

kamu cakap pun macam org pelat jah....tapi bolelah jadi pembantu nazrul

silalah......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:07 PM | Show all posts
Korang yang ber 3 ni, mungkin dapat banyak PM dari aku.  Ni aku dah bagitau...  lepas ni aku banhammer pulak.  Pastu aku nak tutup thread ni.  korang pun bukannya berbincang.  Tapi semua nak menang.  3 - 3 sekali bercakap nak menang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2010 10:09 PM | Show all posts
oo...  bukan 3 tapi 4.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:28 PM | Show all posts
1277# ibnur
sape lagi sorang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 10:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by fathan at 23-3-2010 23:01
Post Last Edit by Nazrulism at 23-3-2010 02:01



  Falsafah merupakan percubaan-percubaan manusia untuk mengetahui alam ghaib atau yang berada di sebalik alam nyata (metafizik). Sudah sewajarnya percubaan-percubaan manusia itu segera berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan kerana tiada jalan sama sekali bagi manusia untuk mengetahui perkara ghaib selain dari meneka-neka, mengagak-agak dan menjangka atau melalui bisikan jin dan syaitan-syaitan.
Nazrulism Post at 22-3-2010 23:07

  Adil ler sikit di dalam memberi keterangan chor!....Firman Allah " alladziina yu/minuuna bialghaybi wayuqiimuuna alshshalaata wamimmaa razaqnaahum yunfiquuna" ertinya (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka." jadi bukankah Allah memerintahkan manusia itu untuk mempercayai perkara ghaib..


Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari

Baginda sendiri pernah bercerita kepada Fatimah tentang kewafatan baginda:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.

Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam)

jadi apa kene-megena dgn falsafah plak...?.syaitan dan jin termasuk didalam percaya perkara ghaib jgk...sapa tahu pasal jin dan syaitan melainkan Quran dan hadis menjelaskan
,...tak gitu...{:1_125:}tapi...' tak tau le kot mike tau plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 01:09 AM | Show all posts
reply 1275#

ayyioh! afa fashal Syalikeen marra shama shaya? shaya Bangalore shikit funya jawoh adha mariii, shini masyuk jughak mau shokong ithu Sufi funya wohrang, ehehehe.
erk shaya funya shakap adha felat ka? Duluw funya jam, syaha laghi toktok adha subuthan bahasa.
Tafiii sikarang shikit2 adha improvement, laghi 2 tahoun Malesyia dudhok adha bahgouuus.

-shaya buhkan N***** funya kahwan.
f.y.i, ithu Ummi_Humaira sowalan apa N***** funya streamline of faith, shaya "ps:" clue adha jawaabih, mueheheheh.

Wowkeyh? Syalaamun'alaik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.276256 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list