Rezeki Intan Liana terus mencurah... Puteri Sarah pula membantu[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 16 April 2018 4:59 PM
 [size=0.75em]Sarah (kiri) menawarkan Intan sebagai model video klip untuk produk terbarunya. Foto Instagram: @puterisarahliyana.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PELAKON Puteri Sarah terpanggil untuk membantu bekas isteri pertama pemuzik bebas Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh selepas apa yang berlaku kepada wanita itu. [size=0.98em]Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata dia ada meluahkan rasa sedih melihat keadaan Intan pada suaminya, Syamsul Yusof. [size=0.98em]Sarah berkongsi kisah pertemuan kali pertama dengan bekas madu pelakon Izreen Azmindar itu menerusi laman Instagramnya. [size=0.98em]"Pertama kali jumpa Intan Saleh pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah tapi Sarah kata jangan segan.
[size=0.98em]"I nampak saja garang. Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah beritahu suami; 'Sayang kesian Intan. I nak shoot video klip. I nak panggil Intan'.

[size=0.98em]Sarah simpati dengan keadaan Intan yang menjaga dua orang anaknya. [size=0.98em]"I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri," kata Sarah. [size=0.98em]Tambah Sarah lagi, dia melihat Intan seperti diri sendiri yang sentiasa membawa anak sulungnya, Syaikhul Islam ke mana sahaja. [size=0.98em]Malah, Sarah berasa simpati melihat keadaan anak bongsu Intan iaitu Ariq yang kerap menangis semenjak kes perceraian mereka berlaku. [size=0.98em]"Intan pun macam Sarah sentiasa bawa anak ke mana-mana saja. Kesian tengok Ariq melekat dengan bonda dia lepas itu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi," ujarnya. [size=0.98em]Dalam pada itu, dia turut memberi kata-kata semangat serta dorongan buat wanita itu untuk berdikari mencari sumber rezeki.

[size=0.98em]Intan bersama anak sulungnya, Arish Muqri (kiri), 3, serta Ariq Muqri, 1. [size=0.98em]"Intan awak adalah wanita yang kuat. Kami semua yang panggil photoshoot ini hanya permulaan awak untuk melangkah lebih jauh. [size=0.98em]"Tapi awak kena berdikari untuk pandang ke hadapan. Insya-Allah ada rezeki tu untuk Intan. Harap ini jadi pengajaran untuk semua wanita di luar sana. [size=0.98em]"Sedikit sebanyak kita kena juga berdikari. Wanita, kita kena bertindak seperti wanita lagi!" katanya. [size=0.98em]Selain Sarah, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri juga antara individu yang membuka ruang rezeki pekerjaan dengan menawarkan Intan menjadi model tudungnya. [size=0.98em]Intan dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, bercerai pada 22 Mac selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... cmOXO5XUIbVZg5RR.99
|