|
aylanins replied at 15-3-2015 04:24 PM
Ni sape nak bermadu ngan Aylanins nih.
Amboiiiii... sukati jek nak bermadu ye
Lupa sapa yg ckp tenkiu kat ko tadi?
Tu miss presiden silat tamparan wanita tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sukelah tengok aku sedih, aku nampak ko ngintai adegan di tepi pantai ni dari bilik ko kat resort tu
Mujaparrrrrrr....... please come... your buah hati pengarang jantung nak amek Abang I...
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aih...romantik nya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 15-3-2015 10:10 PM
Hani masih berdiri di tepi pokok, tajam merenung kedua pengantin baru itu. Sakit hatinya saat ini melihat Malik begitu mesra dengan Aylanins. Lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab padanya bukan Aylanins!
"Hani...kau..buat apa kat sini?" Malik luas matanya melihat Hani yang sudah tercegat di situ. Jaket hitam dan seluar jeans yang tersarung di tubuh gadis itu begitu kena dengan tubuh tinggi lampai Hani. Matanya beralih pada isterinya di sebelah. Aylanins juga tidak kurang cantiknya. Tinggi lampai, putih dan yang pasti wajah itulah yang memberinya rasa cinta pertama. Bukan Hani.
"Kau dah janji dengan aku Malik. Sanggup kau musnahkan hidup aku dan berpura-pura rasa tidak bersalah pada aku?" Hani mula sebak. Selama ini dia hanya pendam saja rasa itu kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa dan sekarang ini dia merasakan dia perlu pertahankan dirinya dan Malik harus bertanggungjawab.
"Hani..aku tak pernah sentuh kau. Berapa kali aku nak beritahu?" Malik semakin erat rangkul pinggang Aylanins, bimbang Hani akan bertindak di luar dugaan. Dia tahu, Hani dan Aylanins sama-sama pegawai polis dan sudah tentu mereka berdua ada kemahiran masing-masing.
Hani senyum sinis.
"Aku hanya janji yang Linda akan bebas dari tuduhan menculik Aylanins. Itu saja." Malik bengang. Memang itu yang dia beritahu Linda dulu sewaktu di pasar raya.
"Sampai hati kau Malik..kau dah lihat tubuh aku, kau buat tak senonoh pada aku dan kau ingat boleh lepas macam tu saja? Kejadian hitam tu akan terpahat sampai bila-bila Malik. Sampai bila-bila!" Hani mengetap bibir. Kedua tangannya sudah digenggam kuat.
Aylanins masih terpaku di situ. Hani yang tadi cantik berbaju kurung moden sudah bertukar penampilan. Terus saja terlintas di benaknya yang Hani adalah mawar hitam yang sebenar. Hani diperhatikan lagi. Sesekali matanya menala ke arah Malik. Dia tidak tahu hendak mencelah di mana namun untuk dia bermadu dengan Hani tidak mungkin kalau benar Malik ingin bertanggungjawab. Dia lebih rela dirinya dilepaskan. Ah..terasa dunia ini tidak adil baginya. Kecewa dengan kisah tangkap khalwat Conan dan Arisha, terpalit pula dengan kisah hitam Hani dan Malik.
"Hani...listen to me. Please don't be like this. Muzafar cintakan kau. Aku tak ada apa-apa perasaan pada kau. Tolong Hani..." Malik mula merayu. Dia perlu berlembut dengan Hani yang ternyata sudah kelihatan merah padam mukanya.
"Sepuluh tahun aku menderita Malik..sepuluh tahun. Aku tak minta benda yang susah pun..aku hanya nak kau nikah dengan aku. Itu saja.." Hani berkata sebak.
Aylanins mula mendongak ke arah Malik. "Abang...kalau itu yang boleh buat abang hilang rasa bersalah, saya sedia undur diri."
"Ayla! No!" Terus tubuh Aylanins dipeluk erat.
"Malik!"
Malik dan Aylanins sekali lagi memandang Hani. Terkejut melihat Hani sudah mengacu pistol ke arah mereka. Pucat muka ketika ini. Aylanins menelan liur. Dia tahu tembakan Hani tidak pernah tersasar. Hani pernah lulus ujian menembak sebagai penembak tepat sedangkan dia baru mendaftar untuk ujian ketangkasan menembak di bawah seliaan Detektif Ana Dahlia yang sememangnya seorang penembak tepat yang diiktiraf jabatan polis.
"Hani...tenang..." Malik cuba memujuk Hani yang masih mengacu pistol ke arahnya dan Aylanins.
"Aku tak main-main Malik. Kau nikah dengan aku atau kau akan mati macam kawan keparat kau yang lain tu! Kau pilih!"
Malik cuba menghampiri Hani yang sudah kelihatan bersedia memetik picu pistol tetapi ditahan Aylanins. "Abang...biar saya yang uruskan dia.."
"Ayla..ini masalah abang. Ayla ke sana.."Malik tarik semula tangan Aylanins yang ingin menapak ke arah Hani.
"Hani! Dengar sini..aku tak pernah sentuh kau..berapa kali lagi kau nak aku beritahu kau?" Malik mula buntu.
"Oh really? Kau ingat aku percaya cerita bodoh kau tu?" Hani ketawa.
"Hani!!"
Tiga kepala berpusing ke arah suara kuat tadi. Muzafar sudah tercegat di situ. Lelaki itu sudah meluru ke arah Hani. Aylanins terkejut. Tiba-tiba Muzafar muncul sedangkan masa di majlis tadi, Muzafar langsung tidak nampak batang hidung.
"Kau jangan rapat dengan aku! Aku tak pernah cintakan kau Muz! Pergi!!" Jerit Hani.
"Hani..ok, aku faham. Aku tak akan paksa kau lagi tapi tolong..letak pistol tu. Beri pada aku.." Pujuk Muzafar, bimbang bila-bila masa peluru akan dimuntahkan nanti. Dia tahu Hani belum sembuh sepenuhnya lagi. Pagi tadi, Linda nampak Hani tergesa-gesa keluar dari rumah dengan sepucuk pistol dimasukkan ke dalam beg tangan. Dia tahu, tentu Hani datang ke majlis Malik dan Aylanins. Linda beritahunya tentang hal itu. Terus saja dia memandu ke Terengganu dan waktu sampai tadi, Hani sudah menghala pistol ke arah Malik. Penat memandu masih terasa.
"Kau dan kau! Sama saja! Pengecut! Dayus!!" Hani halakan muncung pistol ke arah Muzafar dan Malik silih berganti. Biarlah sekarang ini dia dituduh gila. Seksa hidupnya selama ini tiada siapa yang tahu.
Muzafar perlahan menghampiri Hani. Dia perlu berhati-hati. Hani bijak memerhati musuh. Seorang pegawai tinggi seperti Hani sudah tentu mahir dalam semua itu.
"Hani..kau jangan jadi pembunuh Hani. Kau gadis yang baik..aku sayang kau Hani. Aku tahu..selama ni kau tertekan dan kau dirawat. Hani...bak sini pistol tu.." Pujuk Muzafar lagi, semakin rapat dia menghampiri Hani.
"Aku kata jangan dekat!" Satu das tembakan dilepaskan tepat mengenai lutut kaki kanan Muzafar.
Malik ingin menolong Muzafar yang sudah rebah tetapi muncung pistol yang dipegang Hani sudah terasa melekat di kepalanya.
"Sekarang, ikut aku!" Arah Hani sekali lagi.
Terpaksa Malik mengikut Hani. Bimbang keselamatan Aylanins pula terancam. Dia perlu mengalah. Ikut saja dulu kemahuan Hani.
Aylanins pula sudah serba salah. Kalau dia juga ada senjata sekarang ini, sudah tentu dia akan menembak balas perbuatan Hani tadi yang tanpa ada rasa bersalah sedikitpun menembak Muzafar. Malik dilihat sudah mula berada di sebelah Hani yang bila-bila masa akan pecah kepalanya jika Hani meledakkan tembakan. Muzafar pula sudah mengerang kesakitan di situ. Malik sudah diarah ke kereta. Tubuh Malik ditolak kasar menuju ke arah kereta yang diparkir di bawah pokok kelapa tidak jauh dari situ. Aylanins segera mendapatkan Muzafar yang mengerang kesakitan.
"Ya Allah! Ayla! Kenapa? Siapa tembak Muzafar? " Jerit Conan yang meluru bersama Nicki dan Ipo setelah mendengar bunyi das tembakan tadi.
"Kau bawa Muz ke hospital cepat!" Aylanins segera berlari ke biliknya dan menukar pakaian.
Blaus dan seluar jeans disarung ke tubuh. Malik adalah suaminya . Malik perlu diselamatkan. Aylanins capai sepucuk pistol yang sentiasa dibawa bersama dan dimasukkan ke dalam poket baju jaketnya. Laju saja dia menapak ke kereta dan memandu keluar dari resort itu walaupun dia sendiri tidak tahu ke mana Hani bawa Malik pergi tadi. Dia perlu mengejar Hani.
Conan yang masih terpinga-pinga dengan kejadian itu segera mengekori Aylanins yang kelihatan tergesa-gesa ke kereta tadi dengan persalinan baju lain. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. Muzafar pula sudah dibawa ke hospital oleh Nicki dan Ipo.
|
|
|
|
|
|
|
|
i would rather die than see you hurting aylanins...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa jadi? Apa jadi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_conan at 15-3-2015 10:58 PM
iskkk.. aku tengah kejo la nihh..
nicki dah gi spital la.. tak sempat nak kejo ko..
|
|
|
|
|
|
|
|
kali ni ko ketinggalan kepala keretapi
|
|
|
|
|
|
|
|
Conan kan masih chentakan Ayla tu..ofcoz la dia kejor yop kejor
|
|
|
|
|
|
|
|
hok aloh..keto ko awat slow benor conan weh??? Macam nak makan angin jek
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn.. terhenjut2 je nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tahu hujung pangkal masalahnyeee
Apa jadi? Apa jadi? Kenapa kena kejor? Siapa patut aku kejor?
*sambil goncang Conan dgn Ipo kat sebelah mintak penjelasan
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh...aku pergi spital rupanyaa...
*Goncang Ipo ajelah mintak penjelasan
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak yg tak sempat sampai spital ni kang...
|
|
|
|
|
|
|
|
weh ..aku pun tak tahu hujung pangkal
|
|
|
|
|
|
|
|
MALIK terpaksa memandu mengikut arahan Hani yang masih memegang pistol menghala ke arahnya. Nampaknya Hani sudah menunjukkan arah ke sebuah jalan sunyi yang kiri kanannya hanya ada hutan kecil dan di sebalik hutan itu pula memang jelas nampak pasir pantai. Bemakna mereka tidak jauh dari resort itu. Kereta dipandu masuk ke dalam jalan kecil menuju ke pasir pantai. Dengan cahaya terang bulan penuh malam itu, jalan kecil itu diredah.
"Berhenti di sini."
Kereta dihentikan di sebatang jalan dan di hadapan jalan itu begitu jelas pasir pantai yang landai dan bunyi ombak menghempas pantai jelas kedengaran di telinga. Malik diarahkan keluar oleh Hani.
"Hani...apa kau nak buat dengan aku? Kau nak bunuh aku?" Malik dengan suara lembut cuba berdiplomasi dengan Hani.
Hani ketawa. "Bunuh kau? Kalau aku nak bunuh kau, dah lama aku buat macam tu Malik! Aku bukan pembunuh..aku hanya nak kau Malik. Aku nak kau jadi milik aku...sejak dulu aku cintakan kau tapi kau sikit pun tak pandang aku. Kau biarkan aku dirosakkan kawan-kawan keparat kau tu!"
"Hani...aku tak tahu yang kau cintakan aku. Kau pun dah tahu perasaan aku kan? Aku tak ada perasaan itu pada kau." Malik cuba lagi bersikap lembut. Bimbang peluru yang ada akan dimuntahkan bila-bila masa.
"Tak boleh ke..walau sekelumit..kau cintakan aku? Apa kau dah jijik dengan tubuh aku? Hah?" Hani sudah teresak-esak menangis.
Malik tunduk. Rambutnya dicengkam kuat. Buntu dan bingung. Dia keliru dengan sikap Hani. Adakah Hani sudah benar-benar pulih dari penyakit split personality seperti yang diberitahu Dr. Izani? Atau...ubat itu sekadar untuk penenang saja??
AYLANINS yang mengekori kereta Hani tadi sempat menjejaki sehingga ke situ. Dia pasti kereta Hani tadi sudah melalui jalan kecil itu. Keretanya dipandu perlahan. Cahaya terang dari bulan penuh itu tidak sukar untuknya meredah jalan kecil itu yang menuju ke arah pantai. Keretanya diberhentikan di bawah sebatang pokok rendang. Keadaan yang agak sunyi itu cukup membuatnya merasa sukar untuk bertindak seorang diri tetapi memikirkan dia harus selamatkan Malik, semua itu tidak dihiraukan. Langkahnya diatur berhati-hati ke arah kereta Hani. Dia mengintai dari situ. Kelihatan Hani dan Malik sedang berbual di tepi pantai. Pistol di tangan Hani masih dihala ke arah Malik.
Aylanins melangkah perlahan dengan senyap. Pistol di tangannya masih tergenggam kuat. Dia sembunyi di sebatang pokok, menunggu masa untuk bertindak jika Hani melepaskan tembakan.
"Hani! Campak pistol kau! Kalau tak aku tembak!" Aylanins halakan muncung pistolnya pada Hani.
"Ayla! Kenapa datang sini? Balik Ayla! Balik!! Biar abang yang selesaikan benda ni!" Malik terkejut dengan kemunculan Aylanins di situ. Begitu cekap Aylanins mengekori Hani.
"Tidak bang! Ayla takkan biarkan abang jadi mangsa perempuan ni!" Pistol masih dihala ke arah Hani.
"Huh! Kau datang nak selamatkan suami kau? Macam tu?" Hani ketawa.
"Kau dah gila Hani! Kau perlukan rawatan. Lepaskan suami aku! Lepaskan Malik!" Tegas Aylanins bersuara kali ini. Matanya tajam memerhati Hani yang sudah ketawa di depan Malik.
"Apa kau nak buat kalau aku tak lepaskan Malik? Kau nak tembak aku?" Sinis nada Hani.
"Ya! Aku tak akan teragak-agak tembak kau kalau kau cuba tembak Malik!" Ugut Aylanins. Dia tahu permainan Hani dan dia tahu taktik seorang pegawai polis tambah lagi Hani yang begitu terlatih sehingga dinaikkan pangkat dan dihormati orang bawahan. Ah! Peduli apa dengan semua tu! Nyawa Malik lagi berharga baginya.
"Ayla..please balik.." Rayu Malik. Dia tidak sanggup kalau Aylanins yang jadi mangsa kena tembak. Biarlah dia tanggung semua ini kerana sejak dulu Hani dendam pada lelaki yang merogolnya dulu dan rayuan Hani padanya untuk bernikah hanyalah satu alasan saja. Dia tahu Hani masih menyimpan dendam lama.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa Ayla! Suami kau salah seorang dari jantan keparat tu!" Hani mengetap bibir. Pistol masih digenggam kemas di tangan, menunggu masa untuk diledakkan peluru.
"Kau hanya ada dua pilihan Malik. Kau ceraikan Ayla atau kau mati di tangan aku!" Hani beri kata dua.
Aylanins pandang Malik yang sudah resah. Dia tahu, Malik sudah serba salah. "Abang...nyawa abang lebih penting. Ayla sedia undur diri.."
"Ayla!! Tidak! Abang tak akan lepaskan Ayla!" Malik ingin melangkah ke arah Aylanins yang sudah mula beralah. Namun belum sempat dia melangkah. Hani sudah menembak kakinya. Meraung dia kesakitan.
"Hani!!" Aylanins sudah geram. Mahu saja dia tembak Hani sekarang juga!
"Aku baru tembak kaki dia..belum lagi jantung Malik. Patutnya orang macam Malik patut dicincang saja! Macam Joe, Rizal dan Ben! Semua tak ada hati perut! Semua lelaki tak guna!" Hani menghala pula muncung pistol pada Aylanins.
"Aku tak akan teragak-agak tembak kau Hani!" Jerit Aylanins. Malik masih mengerang kesakitan di situ. Dia cuba alihkan perhatian Hani bila melihat Malik cuba bangun dan ingin rampas pistol dari Hani.
Conan yang baru sampai di situ cuba menghalang Hani dan Aylanins dari berbalas tembakan. Namun belum sempat dia berbuat begitu, satu peluru sudah menembusi lengannya. "Kau..kau tembak aku Hani?"
"Kau jangan nak menyibuk Nan! Dengan kau sekali aku bunuh nanti! Aku bukan lagi Hani yang kau kenal dulu! Aku adalah Hani yang dah tak ada belas kasihan! Dan kau Malik, kau sepatutnya nikah dengan aku bukan Aylanins!" Hani semakin geram. Dia sedar Malik seperti ingin bangun dari situ. Satu lagi tembakan dilepaskan ke arah Malik dan ketika ini juga Aylanins melepaskan tembakan ke arah Hani, tepat mengenai bahu kanan Hani yang menyebabkan pistol tercampak ke tanah.
Pantas pistol itu ditendang jauh dari Hani dan Aylanins segera mendapatkan Malik yang sudah cedera parah. Sesekali matanya menala ke arah Conan yang juga sudah cedera di lengan. Dia segera menghubungi polis berdekatan.
"Abang...bertahan bang.." Aylanins memangku kepala Malik dengan esak tangis. Darah merah mengalir deras dari luka tembakan. Tembakan itu sudah hampir mengenai jantung Malik.
Conan yang juga cedera ditembak cuba melangkah ke arah Aylanins dan Malik. "Ayla..kita kena hantar Malik ke hospital sekarang juga!"
"Tapi awak tu cedera.." Aylanins menoleh ke arah Conan yang juga sudah cedera, nampak sangat Conan menahan rasa sakit. Sebak sebenarnya. Dia keliru dan serba tak kena dibuatnya. Matanya beralih pada Malik. Pipi Malik yang sudah kelihatan pucat dan lemah diusap lembut. Mata Malik sudah layu.
"Tak apa..saya tolong awak angkat Malik.." Dengan luka di lengan, Conan berusaha memapah tubuh Malik masuk ke dalam kereta Aylanins dan Aylanins segera bawa Malik ke hospital .
Conan pula masih di situ menunggu pihak polis datang. Hani sudah rebah di atas pasir pantai, mengerang kesakitan. Sungguh tidak sangka, Hani sanggup menembak Malik dan dirinya. Kasihan sebenarnya dengan keadan Hani."Hani..kau perlukan rawatan Hani.."
Hani ketawa sambil menahan luka di bahu.
"Kau mawar hitam kan?" Conan cuba mencungkil rahsia yang selama ini disimpan Hani. Dia pasti, mawar hitam itu adalah Hani.
Hani diam. Dia kemudian ketawa sinis.
Cahaya lampu kereta sudah menerangi kawasan itu. Lega, pihak polis sudah tiba. Hani dibawa ke hospital bersama Conan untuk mendapat rawatan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|