Salam all. Lady sambung...
--
BAB 41
Kampung Bharu.
“Kenapa Jiha degil?” Kak Syirah benar-benar marahkan aku kerana bermalam di rumah Dona lagi.
“Jiha cuma nak pergi ambil laptop Jiha.”
“Sampai kena bermalam?”
“Laptop Jiha ada dengan Rahul. Dia pula balik lambat. Makcik Anu suruhlah Jiha bermalam saja di rumah dia orang.”
"Rahul?"
Duhh... Aku terlepas cakap. "Abang Dona..."Aku menjelaskan kepada Kak Syirah siapa Rahul. Selama ini aku tak bercerita mengenai Rahul kepada Kak Syirah. Aku cuma bercerita kepada Lili saja. Gila nak cerita pada Kak Syirah?
“Jiha, Jiha dengar sini akak nak cakap... Akak masak sangat dengan orang-orang musyrik ni. Kat pejabat akak tu... berlambak kes murtad yang masih tak settle. Jiha tahu, kebanyakan kes murtad ni melibatkan gadis-gadis Melayu. Mereka ni digula-gulakan dengan perasaan cinta. Bukan setakat itu saja, mereka dipuja dengan jampi serapah bagi lupa pada keluarga dan agama. Jiha nak, kalau jadi macam tu pada Jiha?”
Kali ini aku tidak mahu membalas kata-kata Kak Syirah. Apa pun yang aku katakana nanti, Kak Syirah pasti ada hujahnya untuk mematahkan kata-kata aku. Aku sedar, pengetahuan aku dalam agama terlalu kurang berbanding dengannya. Tambahan pula Kak Syirah bekerja di mahkamah syariah, tentu dia lebih tahu apa yang berlaku di luar sana. Dalam diam, aku akui kes murtad semakin kritikal dewasa ini.
Namun, dalam perhubungan aku dengan Dona dan keluarganya, aku yakin mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Kalau diikutkan akulah yang menjadi dalang yang ‘memurtad’kan Dona. Akulah yang menyebarkan ‘dakyah’ Islam kepada Dona. Kalau aku berada di tempat makcik Anu dan pakcik Bala, tentu aku akan mengamuk juga nanti.
Cuma, aku berpegang kepada satu... apa yang aku lakukan ini adalah kerana Allah SWT. ‘Dakyah’ yang aku lakukan ini adalah scsuatu yang diredai Allah. Bukan dengan Dona sahaja, bahkan dengan sesiapa saja yang memerlukan bantuan. Ini termasuklah juga Eddie. Membawa umat Nabi SAW dekat kepada Allah, pasti akan menyukakan hati Allah dan Rasul.
********** Last edited by ladyFinger12 on 9-4-2013 10:31 AM
|