![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/anakamalina23_1666089101.jpg)
DR Nur Amalina Che Bakri berkongsi wajah puteri sulungnya, di IG, hari ini. FOTO Ihsan IG Dr Nur Amalina Che Bakri.
Kuala Lumpur: Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi wajah puteri sulungnya di Instagram, hari ini.
Menerusi hantaran itu, Nur Amalina, 35, dan suaminya menzahirkan syukur dan meraikan kehadiran cahaya mata itu yang diberi nama, Arabella Mia.
Kongsinya, Arabella dilahirkan minggu lalu di Hospital St Thomas.
"Kami menyayanginya dan menghargai setiap saat bersamanya. Kami teruja dengan apa akan berlaku di masa depan. Alhamdulillah," kongsinya.
Perkongsian Dr Nur Amalina itu mendapat ribuan tanda suka dengan rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan sama.
Pada 31 Mac tahun lalu, pakar perubatan itu mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alexander Charles di London, United Kingdom (UK) dan mengesahkan hamil anak pertama pada 4 Jun lalu.