CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-12-2010 01:13 PM | Show all posts


Jika jiwa didustakan

Jiwa itu perlu dibaja dengan ketabahan
jiwa itu perlu disiram dengan keyakinan
jiwa itu perlu digembur dengan kata-kata hikmat
jiwa itu perlu dikenyangkan dengan makanan rohaninya.

Malam-malam dulu yang sepi mengikat indah
rungkaikan simpulan tali-talinya
bentangkan lebaran putih bersih
coretkan garis-garis perjalanan musim baru.

Bukalah mata pada luasnya alam pertemuan
jangan ditoleh lagi pada malam-malam sepimu
pandanglah pagi hening berirama kicau si murai
tinggalkan sejarah malam yang tercoret dalam diari dukamu.

Sementelah sukma bangkit di dinihari
dendangkan jiwa itu dipermulaan hari dengan ayat-ayat suci
gugurkan sepi yang mencengkam dengan wuduk
laksanakan solat taubat kembali putihkan lebaran amalan
moga datang bertandang rasa kasih pada yang mencipta
dirahmati dengan kurniaan segugus ketenangan.

Dewasalah dengan segedung pengalaman
yang dikutip sepanjang jalan keremajaan
moga lorong-lorong cabaran
dilolosi dengan penuh keyakinan
meniti waktu-waktu keemasan
dalam keteguhan iman.

~Goldkey~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2010 07:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 30-12-2010 20:08
Cinta Lara

Cinta lara mendustakan rasa
cinta lara membawa derita
cinta lara membawa duka
c ...
Goldkey Post at 7-10-2010 20:28



Cinta Lara
Terkulai rasa cinta di dada
Datangnya lara perginya bahagia
Merana jiwa kerana terluka
Berlalunya cinta hadirnya sengsara

Cinta Lara
Saat duka hati berbicara
Mengenang cinta tiada penghujungnya
Pergilah cinta jika datangnya bahagia
Relaku seorang merawat derita

Pasti tiada cinta lara
Jika kita saling percaya
Jika kita jujur dan setia
Jika kita ikhlas bersama
Jika kita hargai cinta sepenuh jiwa

30.12.2010 : 7.08pm
comic_comot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2010 10:34 PM | Show all posts
Guruku

buku-buku yang tak habis dibaca
di almari senget berhabuk
nama-nama pengarang dari dunia aneh
tertampal pada kulit dan tulang
tebal tipis kertas pemikirannya
semuanya guru setiaku.

guruku ialah
peminta sedekah yang sabar
atau licik
yang mengheret aku ke dunianya
dengan air muka atau anaknya
dan menggugat kesedaranku.

guruku ialah
anak kecil yang terus menanya
walaupun jawapannya
tak pernah memuaskan
bayi yang sesak dengan kehidupan
di otot dan paru-paru baru.

guruku ialah
musuh yang menunggu kesempatan
yang mengaturkan supaya aku kalah
kata keras dari pemidato
yang menyusun nada
seperti tangga naik.

guruku ialah
pelajar yang ponteng kelas
dan mahasiswa yang kejam
sebab-sebab yang dicipta oleh mereka
dengan imiginasi dan harapan.

guruku ialah
pemikir sepi
yang meniadakan masa remajanya
dengan kerja
kawan-kawan yang dikejar jawatankuasa
penyair yang mematangkan bangsanya
kekasih yang sedia memahami keanehan.

Petikan dari:
Edisi Khas Sasterawan Negara
Muhammad Haji Salleh
Sebuah unggun di tepi danau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 09:02 AM | Show all posts
Air mata cinta

Cinta mana tiada air mata?
bila rindu bergenang dikelopak
bila sedih menitis ...
Goldkey Post at 5-12-2010 16:14



Air mata cinta

Hadirnya ia tatkala berduka
Sedih terasa
Pilu melanda
Gugurnya ia tatkala kecewa
Kasih didusta
Cinta dinoda

Gantikan ia dengan gelak ketawa
Selitkan rasa ceria sepanjang masa
Gapai bahagia ubati jiwa
Supaya hati tidak terus merana

31.12.2010 : 8.45 am
comic_comot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 09:08 AM | Show all posts
Kubelai lembut rambut halusmu yang mengurai
Merekah senyuman terpancar di bibir merahmu
Unggas juga tahu
Sang rerama terhenti membisu
Air terjun beku desirannya kaku
Jantung kasih kembali berdenyut rindu

Jari jemarimu kugenggam erat penuh syahdu
Mengalirkan arus melemaskan minda lelakiku
Lautan juga tahu
ombaknya beralun lesu membiru
penyu berkumpul mencari restu
Ada hati yang tidak jemu-jemu menunggu

Ketika ini, di saat ini dan di waktu ini
bumi tersenyum puas riang berlagu
langit kelam mendung berlalu
Mentari muncul meredah segala pahit yang menjengah
Baruku tahu kaulah segalanya untukku.

~GRP RO~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 09:24 AM | Show all posts
Nafas cinta

Kian bergelora
bila bertentang mata
bersama si dia
kelu seribu bahasa
menguki ...
Goldkey Post at 30-12-2010 09:28



Nafas cinta

Saat ketemu dengan dia
Mata mula bertentang mata
Hati segera bertaut rasa
Jiwa mula bergelora

Hati mula berkata-kata
Adakah kasih mula berbicara
Adakah sama apa yang kami rasa
Adakah wujud cinta di dada
Adakah dia kepunyaan saya

Bila kasih mula berbunga
Dia meluah segala apa yang dirasa
Dia mengata rindu saat tidak bersua
Dia mengaku telah jatuh cinta
Dia berjanji akan terus selamanya

Tatkala cinta di dada
Kami saling berkongsi cerita
Kami saling meluah rasa bahagia
Kami bicara soal cinta
Kami akui nafas cinta milik kami berdua

Ketika bahagia bercinta
Puncak bahagia kami cita
Kasih disulam menjadi setia
Pinangan cinta mula tiba
Bina mahligai milik bersama selamanya

31.12.2010 : 9.17 am
comic_comot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-12-2010 02:41 PM | Show all posts


Ibu..


Ibu!!!
Ibu!!!
engkaulah ratu hatiku...

Ibu!!!

Ibu!!!
dengarkan suara hatiku
aku rindu pada bait-bait bicaramu
tiada kata berseni tersusun rapi seperti katamu
setiap patah katamu menitip tanda di batu hampar hatiku
jadi mercu tanda dalam liku-liku perjalanan panjangku
lorong berduri kulolosi dengan bisa calar menggembur semangat juangku
dalam kejerihan kau panjatkan doa memohon restu
kuukiri bayangan silam dalam lipatan sejarah hatiku
agar kekal kumiliki waktu-waktu keemasan bersamamu
warna-warna hatiku timbul beralun di atas lembaran rindumu.

~Goldkey~
31/12/2010
14.31 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 04:08 PM | Show all posts
Jadilah seorang lelaki yang beriman,

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

~GRP NY~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2010 05:56 PM | Show all posts
Tak inginku bercinta lagi
telahku temui cinta sejati
setelah mencari di taman berduri
kupetik ...
Goldkey Post at 9-10-2010 15:30


Tak Inginku Bercinta Lagi

Tak inginku bercinta lagi
Setelah hati ini berjaya dicuri
Mekar setaman harum mewangi
Bahagia terasa hari yang dilalui

Tak inginku bercinta lagi
Setelah dia aku miliki
Segala rasa menjadi pasti
Semua mimpi menjadi realiti

Tak inginku bercinta lagi
Setelah penuh cinta dihati
Mampu buat hidupku berseri
Cinta kepada dia kekal abadi

Tak inginku bercinta lagi
Setelah cinta kian berahi
Asmara mula menembusi naluri
Buat hatiku tidak berpaling lagi

Dia...
Pasti akan jadi miliku di alam realiti

31.12.2010 : 5.30 pm
comic_comot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 06:30 PM | Show all posts
cikgu kenapa banyak sgt puisi cinta ni... aikk sedang di lamu cinta ke cikgu...

~ tahniah anak cemerlang...
~ kami pun baru meeting guru kat sekolah baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 06:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 31-12-2010 18:35
cikgu kenapa banyak sgt puisi cinta ni... aikk sedang di lamu cinta ke cikgu...

~ tahniah anak  ...
assafdiyah Post at 31-12-2010 18:30



Comic tu ex-student saya,
belajar tulis puisi..so suh dia jawap puisi-puisi saya...

TQ atas ucapan kepada anak saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 10:10 PM | Show all posts


Mabuk cinta di laut kasih

Mabuk cinta
di laut kasih
mengasyikkan
tautan cinta bersimpul mati
tak terungkai dibadai gelora
tak karam dilambung gelombang.

Kasih disiram kata setia
kasih dibajai kata cinta
kasih digembur kata asmara
kekal bersemi ke hujung nyawa
selagi laut kasih bergelora bersulam senda
mudahan tidak hilang bersama cahaya senja.

Itulah nafas keyakinan diri
setelah kasih sayang membanjiri
daripada sang ratu yang bertahta di hati
menyulam cinta di garis-garis senja yang tak bertepi
menyanyikan lagu rindu di bawah indahnya warna pelangi
mengutip bunga-bunga asmara ditaburi keperaduan kasih abadi.

~Goldkey~, 31/12/2010, 21.50 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2010 10:35 PM | Show all posts


Air mata duka

Sapulah air mata duka
keringkan dengan selendang senda
hiasi pipimu dengan ukiran wajah ria
air mata duka racun jiwa
merosakkan nurani rasa
sengsara datang memenjara
hati merana di lubuk kisah lara
ingauan semalam lepaskan dengan redha
penuhi masa dengan mengingati yang Esa
kerana Firman-Nya
Dengan mengingati-Ku hati jadi tenang.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 11:46 AM | Show all posts


Ujian, Pasrah, Kepayahan

Ujian
ukur keimanan
tingkat ketakwaan
buat kita tak keruan
moga kita ada kekuatan
menempuh segala dugaan
berpandu hadis dan al-quran
khazanah agung warisan junjungan.

Pasrah
dalam kehidupan
panjatkan doa kepada Tuhan
moga ditunjukkan jalan kebenaran
moga dianugerahkan nur keimanan
moga dilimpahkan dengan kerahmatan
sentiasalah ucapkan syukur yang berterusan
ke atas segala takdir kita yang telah ditentukan
jadilah kita umat yang memperolehi kemenangan.

Kepayahan
ditempuhi semua insan
tiada yang terlepas dari kepayahan
tinggal lagi kita yang mengatur dan memutuskan
hadapi ketentuan dengan penuh tabah dan kesabaran
kita punyai Tuhan yang sentiasa memberi segala pertolongan
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim
Tuhan semesta alam yang penuh kekuasaan
cukuplah bagi kita hanya kepada DIA tempat memohon perlindungan
Subhanallah, walhamdulillah, Allahuakbar.

~Goldkey, 1/1/11, 11.41 am~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 06:13 PM | Show all posts
dedikasi untuk cikgu goldkey... teman yang membawa As ke dunia puisi ni...

Selamat tahun baru...

Doa saya untuk cikgu, isteri dan anak-anak...

Semoga Allah s.w.t limpahkan...
segala rahmat
segala kebahagian
segala kegembiraan
segala kehebatan
segala kesempurnaan
segala kenikmatan
segala kemenangan

bahkan segala yang diimpikan...

semoga sinar 2011 ini membawa kita ke aarah yang lebih baik
melakar sebuah kehidupan yang lebih bermakna..

~ cikgu ... ada pertandingan ucapan sempena 2011 ni... jom join..

http://mforum2.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 07:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 1-1-2011 23:39
dedikasi untuk cikgu goldkey... teman yang membawa As ke dunia puisi ni...

Selamat tahun baru...  ...
assafdiyah Post at 1-1-2011 18:13



~Amin.. terima kasih Ustazah..moga berkat doa ustazah ~

slmt tahun baru juga..moga lebih sucess dalam hidup dan kerjaya

nak lawan ucap ko..tak reti nak ucap..he he...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2011 09:32 AM | Show all posts


Arus cinta

Curahan hujan asmara
membanjiri lembah jiwa
arus cinta mengalir di alur hati
memenuhi galir-galir kasih
menyerapi ke galur-galur rindu
menyubur ladang kasing sayang
menunaskan pucuk kemesraaan
berbunga rasa kedamaian
mengembang kelopak kerukunan
berbuah sebuah kebahagiaan
bersatu dua hati menyelusuri arus cinta
belayar ke taman samudera rumahtangga
menggapai keredhaan yang Esa.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 09:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 2-1-2011 09:45
Arus cinta

Curahan hujan asmara
membanjiri lembah jiwa
arus cinta mengalir di alur hati
m ...
Goldkey Post at 2-1-2011 09:32


♥ Saat Datangnya Cinta

Hembusan angin khabarkan kasih
Membawa rasa berputik semula
Dulu memori terpendam di hati
Kini perlahan melangkah cerita
Membawa cinta milik dulu
Ingin dipasti menjadi realiti
Biar jiwa bersatu rasa
Selami hati maksud tersembunyi

Kau di hati selalu
Bukan igauan cinta muda
Lahir mesra belaian rindu
Dedaun gugur tidak dikisah
Asal debunga kian bercambah terus
Mewarnai hidup kian bahagia
Sedingin embun di waktu pagi
Menjadi milik kekal

Lamaran cinta untukku
Terus melangkah laluan hidup
Bertali deras ujian mendatang
Tekad sedia hadapi tabah
Akanku renang berombak madu
Tawar dulu kelat menjamu
Datangnya manis di hujung kasih
Rindu bertaut cinta terlahir
Aku dan kamu pasti bersatu

02.01.2011 : 1.18 am
comic_comot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 09:54 AM | Show all posts


Gula racun berbisa

Gula manis berbisa
merosakkan matabolisme kita
ambil secukup saja
berlebihan buruh padahnya
billa gula bertahta
segala penyakit pun tiba
hilang nikmat dari yang Esa
bila diabetes menumpang sama
tiada ubat menyikirnya
kawalan berat diusaha
itulah akibat terlebih gula.

~Goldkey~, 2/1/11/9.52 am
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 10:28 AM | Show all posts
♥ BiLa aDa CiNTa ♥

DenganMU SEPIku akan berGANTI
Berganti keINDAHan yang BELUM PERNAH kuRASA
Gemuruh GELORA diJIWAku
Taklukan keRAGUan dan keTAKUTan diHATIku

Selamat datang CINTA dihatiku
Ku sambut HADIRmuu
Berikan aku CINTA, RAHSIA keHIDUPan
Tanpa engkau cinta aku BUTA
Kau CAHAYA HATI
CINTA tak pernah salah dalam RASA

02.01.2011 : 1.47 am
comic_comot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.827765 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list