CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 5-4-2013 11:42 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 5-4-2013 11:41 AM
promot PLK??  sempattttttttttttt

sempat!





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 11:49 AM | Show all posts


Thunder, Nicki and Mercury..... yang belakang tu Pasah (kucing Usu) dengan sekor lagi tak kenal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 11:52 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-4-2013 11:49 AM
Thunder, Nicki and Mercury..... yang belakang tu Pasah (kucing Usu) dengan sekor lagi tak kenal. ...

Hang ni kan... Ada jeee idea nak menambah....

btw, Nicki is so gorgeous!

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:54 AM | Show all posts
iya la lady.. first time tgk PLK terlintas dlm hati, tebal jugak... masa baca kat forum tak terasa byknyer... tu belum lagi masuk bab merapu lagi tu...

maulana iqbal dah publish nanti nak minta signature lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 12:02 PM | Show all posts
syanamir posted on 5-4-2013 11:54 AM
iya la lady.. first time tgk PLK terlintas dlm hati, tebal jugak... masa baca kat forum tak terasa b ...

Tau tak pe...

YM tu kalau lady tak edit, mahu beribu2 lemon muka suratnya. So utk ke versi cetak byk lady dah buang. Ambil yg penting2. Ada gak plot yg ditambah, iaitu plot maulana dgn para hufaz. Lady bykkan plot maulana sbb tak mo raf n su membayangi.


err... errr.... signature? Maknanya ai kena pergi karyaseni dan tandatangan buku byk2. Tapi ai pemalu youuu!  Penerbit pun tak pernah tengok wajah ai.
psstt... Yg mendpt hadiah je dpt signature ai. (pembaca yg mencadangkan tajuk dan terpilih)

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:05 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 5-4-2013 12:02 PM
Tau tak pe...

YM tu kalau lady tak edit, mahu beribu2 lemon muka suratnya. So utk ke versi ceta ...

x semestinya... ada juga writer yg jual sendiri buku dia... diaorg minta dgn publisher kot utk jual sendiri...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-4-2013 12:08 PM | Show all posts
syanamir posted on 5-4-2013 12:05 PM
x semestinya... ada juga writer yg jual sendiri buku dia... diaorg minta dgn publisher kot utk jua ...

Tapi ai tak rajin menjual.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 03:30 PM | Show all posts
Salam. Sambung utk bacaan di hari minggu...

-----

BAB 40

Gombak.

Senyuman masih tersungging di bibirnya. Berjaya juga rancangannya. Bukan susah hendak memerangkap gadis naïf itu, monolog hati kecilnya. Sambil kakinya melangkah, bebola matanya diarahkan ke pintu bilik Dona.

Dia tahu Najiha bermalam di rumah mereka setelah melihat kasut gadis itu tersusun elok di atas rak kasut di luar rumah. Sengaja dia pulang lewat. Dan dia juga sengaja menyimpan laptop Najiha di pejabatnya. Sebenarnya bukan sukar mana baginya memulihkan laptop itu. Dia yang mencipta virus sudah tentu dia mempunyai anti virusnya. Sebenarnya bukan virus kritikal pun, namun sudah cukup membuatkan gadis itu gabra. Hari ini laptop gadis itu sudah dimilikinya, mungkinkah kemudian hari hatinya pula?

Usai membersihkan dirinya, Rahul melabuhkan duduk di atas katil. Lama matanya merenung tilam. Seakan ternampak gadis comel itu berbaring di situ. Memori itu tak akan pernah terpadam. Entah kenapa keinginannya untuk mendapatkan Insyirah kembali tidak sekuat keinginannya terhadap Najiha. Wajah comel itu jugalah yang sering mengganggu fikirannya kebelakangan ini.

Kenapa bayanganmu semakin pudar Syirah? Walau berkali2 dia cuba menghadirkan memori silam, namun memori itu tak mampu mengambil alih wajah Najiha. Wajah itu jugalah yang menjelma di ruang matanya setiap kali dia mahu mencungkil memori lama.

Dia sangat terhibur setiap kali Najiha berada di sisinya. Gadis naif yang begitu mudah dibuli itu sering menggeletek rasa. Ceria ketika bersama Dona, tapi malu-malu ketika bersamanya. Kelembutannya mendamaikan perasaan. Dengan Najiha, dia sering tertawa. Amat seronok sekali mempermain-mainkan gadis itu. Dalam malu-malu mereka sering bergaduh dan  menyindir di antara satu sama lain. Ketika gadis itu memberikan tentangan, terserlah imej Fred Kougarnya. Ada kalanya ayatnya sinis tapi tak terasa pun menyakitkan hati.

Kenapa semua perasaan itu tidak aku rasakan ketika bersama Insyirah? Hatinya bermonolog lagi. Apabila Insyirah menentang, kata-katanya tegas. Ayat-ayatnya pedas. Insyirah gadis serius. Dia jarang berbicara soal hati sebaliknya fokus perbualannya lebih kepada agama sahaja. Jadi untuk mengusik Insyirah, tentu saja dia tidak berani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 03:36 PM | Show all posts
Sikap Najiha sungguh berbeza dengan sikap Insyirah yang begitu prejudis dan tidak sabar. Kerana sikapnya yang terburu-buru itulah, hubungan mereka terputus di tengah jalan. Insyirah langsung tak mahu menempuh halangan cinta mereka. Dia gadis yang pantang dicabar. Hanya kerana kata-kata appa, Insyirah berkeras untuk memutuskan hubungan mereka.

"Kalau kau bertahan, aku yakin amma dan appa akan merestui perhubungan kita Syirah..." Fuuhh.... Rahul melepaskan sebuah keluhan.

Matanya kembali merenung tilam. Bayangan Najiha muncul lagi. Mindanya mula memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh Najiha pada saat ini. Matanya melirik kepada jam di dinding. 11 malam. Sudah tidur ke?

Keakraban Najiha, sikap prihatin dan kasih sayang yang ditunjukkanoleh gadis itu terhadap Dona membuatkan hatinya lebih tertarik. Kadang-kadang dia hairan bagaimana appa boleh menerima kehadiran Najiha sedangkan sebelum ini appa begitu berkeras dengan Insyirah. Dengan Najiha, appa tampak mesra. Tapi mungkinkah itu disebabkan appa tidak mengetahui tentang keinginan Dona memeluk Islam? Dan bagaimana kalau appa tahu Dona mahu berkahwin dengan lelaki Islam?

Enggan menyesakkan mindanya lagi, Rahul bingkas dari duduknya. “Sekarang adalah masa untuk menguji kejujuran hati.” Dia berbicara sendiri. Kakinya melangkah menuju ke bilik Dona.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 03:38 PM | Show all posts
TOK... TOK... TOK.. Pintu bilik Dona diketuk. Sudah lewat malam, siapa pula yang datang? Kemudian aku toleh kepada Dona. Nampaknya Dona sudah lena dalam peraduannya. Dona yang sedang tidur sambil mendakap bantal peluk, tidur begitu nyenyak sekali. Mungkin juga kesan dari ubat tahan sakit yang ditelannya kira-kira tiga jam yang lalu.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil setelah pintu bilik diketuk lagi berulang kali. Rahul? Hatiku berdetik. Dia nak pulangkan laptop aku, mungkin?

“Dona... dia dah tidur?” Soalnya sebaik sahaja aku membuka pintu bilik. Aku hanya mengangguk, memberikan jawapan tanpa suara.

“Can we talk?” Duhh... memang tak boleh nak mengelak.

“Here?”

Lelaki itu tersengih. “Of course not. In my bedroom...” Terbundar luas kedua biji mataku memandangnya. Kemudian lelaki itu tertawa.

“Just kidding. I’ll wait for you downstairs.” Rahul kemudiannya beredar ke bawah.

Aku menoleh seketika ke arah Dona. Nampaknya Dona memang betul betul lena. Kemudian perlahan-lahan kaki ku melangkah keluar. Pintu bilik Dona aku tutup rapat-rapat.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 03:48 PM | Show all posts
"Mana lappy saya? Dah siap ke belum?" Aku bertanyakan Rahul tentang laptop aku. Tujuan aku ke rumahnya adalah untuk mengambil laptop aku. Puas aku menunggu petang tadi tapi dia tak balik balik juga dari pejabat. Penyudahnya aku terpaksa bermalam di rumahnya lagi.

“Have a sit. Tak kanlah awak nak tercegat di situ sambil bercakap. Lenguh nanti kaki awak.” Rahul cuba membuat lawak. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang penting mahu dibincangkannya dengan aku, bukan sekadar menyerahkan laptop. Aku kemudiannya melabuhkan duduk di atas sofa yang bertentangan dengan  Rahul. Aku pandang wajahnya sambil menantikan bual bicaranya.

“Awak sukakan Fahmi?” Terkejut aku dengan soalan yang dilontarkannya itu. Kupandang wajahnya dengan mata yang tak berkesip.

“Awak tak jujur dalam persahabatan, Jiha. Kalau awak sukakan Fahmi, apa perlunya awak menggalakkan perasaan Dona terhadap Fahmi? Awak tahu apa perasaan Dona kalau dia tahu yang Fahmi juga sukakan awak?”

Aku tertunduk apabila sekali lagi dituduh tidak jujur. “Saya.. saya...” Tergagap aku hendak melafazkan bicara. Aku tarik nafas dalam dalam bagi mengumpul sedikit kekuatan. Tak berani aku mengangkat muka kerana aku tahu matanya tajam merenung ke wajahku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 03:53 PM | Show all posts
“Benar, saya sukakan Fahmi tapi perasaan itu sudah berkubur. Fahmi pun dah setuju untuk terima Dona.” Beritahu aku. Aku memberanikan diri memandangnya. Tampak wajahnya seperti terperanjat.

“Maksud awak, Fahmi mahu mengahwini Dona?"

Aku mengangguk perlahan. Kemudian telingaku menangkap bunyi tawa kecil yang keluar dari bibirnya. Aku tahu itu tawa sinis yang tidak mempercayai kata-kata aku.

"Saya tak bohong. Tolonglah percaya cakap saya." Aku bimbang jika Rahul langsung tak mahu mempercayai kata-kata aku lagi. Hari itu, dia begitu marahkan aku kerana menipunya yang aku ada kursus di Bangi. Aku pun hairan bagaimana dia boleh tahu. Banyak perkara tentang aku yang dia tahu. Kali ini aku tak boleh menyembunyikan apa-apa pun dari dia lagi. Aku mengharapkan bantuan darinya untuk menyokong keputusan Dona, jadi aku tak boleh menimbulkan sebarang kemarahan atau kesangsiannya.

“Saya mahu melihat Dona bahagia, walau pun cuma untuk seketika. Saya mahu Dona menikmati hari-hari terakhirnya dengan keseronokan. Dapat hidup bersama Fahmi merupakan keseronokan yang paling Dona impikan.” Tertawa sinis Rahul mendengarkan kata-kata aku.

“Saya tahu saya tipu awak hari tu. Saya ada alasan saya kenapa saya tipu awak. Tapi tolonglah percayakan saya dalam kes Dona ni. Saya jujur dalam bersahabat dengan Dona. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya sayangkan dia.”

“Untuk hidup bersama Fahmi, Dona mesti menukar agamanya. Dan itu sesuatu yang sukar. Awak sendiri tahu Jiha, apa reaksi parents kami kalau mereka tahu.”

“Saya tahu... tapi Dona sedang meniti hari-hari terakhirnya, takkanlah parents awak masih mahu berkeras?”

“Hmm... Pandai awak mengambil kesempatan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 03:59 PM | Show all posts
“Awak tak mahu melihat Dona bahagia?” Giliran aku pula menyoal.

“Sudah tentu saya mahu melihat Dona gembira.” Rahul membalas pantas.

“Jadi awak akan menyokong Dona? Awak sedia kalau Dona memeluk Islam dan mengahwini Fahmi?”

“Saya sedia jika Dona benar-benar mahu menjadi seorang Islam. Saya akan menyokongnya tapi, idea berkahwin dengan Fahmi....” Ayatnya tidak dihabiskan.

“Kenapa?” Hairan aku dengan sikap Rahul. Bila bercerita mengenai Fahmi, dia akan terhenti. Apa sebenarnya yang hendak dia khabarkan?

Melihatkan Rahul tak menjawab soalan aku, aku terus menyambung kata. “Tak kanlah awak nak kata Fahmi gay. Oh, tolong sikit!” Secara melawak aku menyindirnya. Kalau Eddie, aku boleh terima tapi kalau Rahul mahu mengatakan Fahmi juga lelaki gayah, memang nak kenalah dia.

Rahul tertawa mendengar kata-kata aku. Namun dia tak membalas apa-apa, matanya sahaja yang diarahkan ke wajah aku. Serba-salah aku dibuatnya.

“Awak sanggup korbankan perasaan awak hanya kerana sebuah persahabatan?” Dia menyoal. Soalannya membuatkan aku menelan liur. Tak guna aku menyembunyikan apa-apa dari dia. Nanti dia tuduh lagi aku tidak jujur.

“Cinta kepada kekasih ada terselit nafsu. Dan nafsu itu suci hanya jika dipimpin atas landasan Ilahi. Persahabatan pula murni. Kasih dan sayang yang terjalin atas tali persahabatan lebih telus dan jujur. Saya sudah humbankan perasaan saya terhadap Fahmi, dan begitu juga dengan dia. Kami sedar cinta Allah lebih penting dari segala-galanya.”

Kupandang wajah Rahul yang tampak serius menatap aku. Agak lama juga bebola mata kami bertentang pandang. Aku tidak tahu apa yang sedang berada di fikiran lelaki itu pada saat ini.

“Awak masih meragui kejujuran saya?” Soalku kemudiannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:03 PM | Show all posts
“Well, jarang ada orang yang sanggup korbankan rasa cintanya.”

“Saya mungkin tak mampu meyakinkan awak. Tapi keikhlasan hati saya hanya Allah yang tahu. Dan saya yakin Fahmi juga ikhlas menerima Dona.”

Aku dapat merasakan Rahul masih sukar mempercayai kata-kata aku. Duhh... bagaimana harus aku meyakinkannya? Macam mana pun aku mesti meyakinkan Rahul. Dia satu-satunya yang dapat membantu Dona. Melihatkan keakraban dan kasih sayang yang ditunjukkannya kepada Dona, aku yakin dia akan merestui hubungan Dona dan Fahmi.

“Ok, saya percaya.” Ringkas kata-katanya. Pantas aku menguntumkan sebuah senyuman kepadanya. Alhamdulillah! Aku benar-benar gembira.

“Now, tell me why did you lie that day?”

Fuhh... sangkaku perbualan kami tamat di situ. Nampaknya dia masih tak berpuas hati dengan kes tempoh hari. Kali ini aku akan berterus-terang supaya aku tidak dicop tidak jujur. Aku sedar, memang salah aku pun hari itu. “Saya tak mahu berduaan dengan awak lagi sebab agama kami melarang...”

“Menghampiri zina?” Pintasnya. “Sekarang ni kita bukan berduaan?”

Soalan sinisnya membuatkan aku mengetap bibir. Aku lihat ada garis senyuman terlakar pada bibirnya. Seronoklah dia mempersenda aku. Namun aku sudah malas mahu bergaduh soal agama dengan lelaki musyrik. Sikapnya mengingatkan aku kepada Mind Teaser yang suka memprovok.

“Kalau awak dah tak ada apa lagi nak bincangkan, saya nak naik ke bilik.” Aku bingkas dari duduk, mahu kembali ke bilik Dona.

“Jiha, your lappy.” Sejurus aku mengambil laptopku serta mengucapkan terima kasih kepadanya, aku meninggalkan Rahul di ruang tamu.

“Nite honey. Sweet dream.” Tuturnya. Aku enggan membalas atau pun menoleh kepadanya.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:06 PM | Show all posts
Tiga hari yang lalu.

"Jiha, aku sudah memikirkan masak-masak tentang cadangan kau. Aku sedia terima Dona."

"Alhamdulillah." Rasa mahu gugur air mataku setelah mendengar kesediaan Fahmi mengahwini Dona."

"Apa yang membuatkan kau menerima Dona, Fahmi? Aku harap kau jujur dan tak menyesal dengan keputusan yang kau ambil ini." Namun di hati aku masih terselit keraguan.

"Sebab ini keputusan Allah. Aku sudah memohon petunjuk dari-Nya."

Aku pejamkan mata sambil mengucap kesyukuran. Satu halangan sudah dapat direntangi. Selepas ini masa untuk mendapatkan sokongan Rahul. Kemudian, langkah seterusnya adalah berterus-terang kepada makcik Anu dan pakcik Bala.

"Terima kasih Fahmi." Aku benar-benar terharu dengan keputusan Fahmi.

“Terima kasih kepada kau sebab menyedarkan aku tentang cinta Allah. Kau benar-benar seorang sahabat sejati. Bukan sahaja kepada Dona, malah juga kepada aku. Aku hargai persahabatan kita. Dan aku mendoakan agar Allah mengurniakan kau seorang lelaki yang benar-benar boleh menjaga kau, menyayangi kau sepenuh hati dan ikhlas menyintai kau tanpa melupakan cinta Allah dan Rasul.”

Sebak aku mendengar ucapan dari Fahmi. Kalau dia ada di depan aku ketika ini, dia pasti akan melihat kedua biji mataku yang sudah berkaca. Nada suara Fahmi kedengaran perlahan dan ada kalanya tersekat-sekat. Apakah Fahmi juga sedang menahan sebak di dada?

Nampaknya Fahmi juga mendahulukan cinta Allah. Dona pasti akan gembira dengan berita ini. Aku yakin Fahmi akan menjadi pembimbing yang terbaik buat Dona. Selamat menjadi saudara baru, Dona Nilani!

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:12 PM | Show all posts
Gombak.

Cinta berlawanan fitrah... mampukah ia diubati? Hatinya kuat mengatakan Fahmi segolongan dengan Eddie. Dia yakin pandangannya tidak salah. Cara kedua lelaki itu amat mencurigakan ketika pertama kali dia terserempak dengan mereka di gym. Kalau bukan kerana dia pernah terserempak dengan kedua-dua lelaki itu bersama Najiha, tentu saja dia tidak mempedulikan kedua mereka itu. Samada mereka sedang bercinta atau tidak, itu bukan urusannya. Tapi keduanya ada perkaitan dengan Najiha, itulah yang membuatkan hatinya tertanya-tanya. Tanpa disedari oleh keduanya, dia memerhatikan gelagat kedua jejaka itu.

Lama dia termenung di atas katilnya setelah berbincang dengan Najiha sebentar tadi. Apakah benar gadis itu sedia menyerahkan lelaki yang dicintainya kepada Dona? Tapi, lelaki yang dicintai oleh kedua wanita itu.... jujurkah dia? Apakah dia sudah mengubah arah? Atau sememangnya dia tidak pernah menentang fitrah? Penat dia cuba membuat rumusan tentang Fahmi.

Selama dia mendalami dunia lelaki gay, dia sudah masak dengan pelakuan golongan ini. Bergaya, sukakan kekemasan, sangat mengambil berat dan amat penyayang. Ada kalanya golongan ini nampak begitu macho, mengalahkan lelaki normal. Mereka sering menjaga keterampilan diri dan gemar kelihatan gagah di mata orang tapi hakikatnya mereka mendambakan belaian. Hati mereka rapuh, mudah terasa dan cepat berkecil hati. Ciri-ciri ini ada pada Eddie.

Melalui pemerhatiannya, Eddie gemar mengekori Fahmi, seolah-olah mahu berkepit sepanjang masa. Sedang Fahmi pula kerap melarikan diri, seperti malu ada mata memerhatikan gelagat mereka. Fahmi pula nampak lembut dan tenang. Ini juga sebahagian dari ciri-ciri lelaki gay. Namun, tidak dinafikan bukan semua lelaki lembut dan tenang itu adalah lelaki gay. Inilah yang membuatkannya sedikit keliru dalam mentafsir orentasi seks Fahmi yang sebenar.

Teringat pula kepada dua teman serumahnya semasa di Amerika.. Michael dan Chan. Pasangan gay yang sedang asyik maksyuk bercinta. Walaupun tidak semua masyarakat Amerika menerima mereka, tapi mereka tidak peduli. Apa yang penting adalah keinginan dan perasaan mereka dipenuhi. Agama bukanlah menjadi penghalang. Apalah yang hendak dihairankan apabila agama itu sendiri sudah menjadi sekular di Amerika? Last edited by ladyFinger12 on 5-4-2013 04:15 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 04:18 PM | Show all posts
Sudah agak lama dia tidak mendengar khabar dari keduanya. Kesibukannya dengan kerja dan memantau kesihatam Dona membuatkan dia tak punya kesempatan menelefon teman serumahnya itu. Kali terakhir dia menerima perkhabaran dari Michael, mereka berdua sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Kepalanya menggeleng teringatkan pasangan yang berlawanan fitrah itu. Perkara ini tak mungkin berlaku di Malaysia. Malah untuk orang Islam, ia amat mustahil. Tak kanlah Fahmi tidak tahu tentang hukum hakam? Atau mungkinkah Fahmi sedang berusaha memperbaiki fitrahnya? Fahmi mempunyai masalah orentasi seks secara semula jadi? Mindanya ligat berputar. Dia cuba memproses data tentang Fahmi.

“Layakkah Fahmi untuk Dona? Apakah Dona diperlukan untuk mengubati Fahmi? Bolehkah gay diubati?” Fikirannya terganggu sedikit. Yang pasti dia tak akan biarkan Najiha dimiliki oleh lelaki seperti itu. Bahkan Eddie juga tidak.

“Tapi Fahmi tampak kuat pegangan agamanya.” Nafasnya dihela berat. Keinginan Dona mengahwini Fahmi bukan sesuatu yang harus diambil remeh. Sebagai abang, dia bersyukur kerana Dona sudah terbuka hati kepada Islam. Namun untuk berkahwin dengan Fahmi, sama seperti memperjudikan nasib adiknya itu.

Mukanya diraup. Kemudian matanya merenung ke dinding. Cuba mengimbas kembali perbualannya dengan Fahmi buat pertama kali. Pertama kali bertegur sapa di hospital, dia tahu Fahmi baik orangnya. Tak hairanlah kenapa Najiha menyukai Fahmi. Bahkan Dona juga tertarik kepada lelaki yang sama.

Dona memerlukan lelaki seperti Fahmi kalau dia benar-benar mahu menjadi seorang Islam. Menjadi seorang Islam bukan semata-mata kerana perkahwinan. Syahadah yang dilafaz hendaklah ikhlas kerana Allah. Kalau tidak, Islam hanya sekadar di luaran, seperti dirinya.

Dia tinggalkan agama dan keluarga demi membuktikan cintanya kepada Insyirah tapi nampaknya pengorbanannya sia-sia. Kerana itu dia amat skeptik dengan Islam walaupun hatinya mengakui bahawa Islam agama yang benar. Sengaja dia memprovok orang-orang Islam. Hatinya sakit, marah dan terlalu kecewa dengan sikap Insyirah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:20 PM | Show all posts
Sejak mengenali Najiha, hatinya kembali terbuka kepada Islam. Tenang hatinya ketika menunaikan kewajipan di rumah Allah di Masjid Negara tempohari. Begitu juga ketika di surau hospital. Bermula dengan niat menemani Najiha, buat pertama kali dia kembali bersujud kepada-Nya.

Kesungguhan Najiha mendekatkan Dona kepada Islam begitu menyentuh perasaannya. Malah pembacaannya ke atas tulisan Mujahid di ruangan Bicara Muslim telah banyak menyedarkannya tentang peranan seorang hamba. Sesungguhnya dia sudah jauh tersasar. Niatnya tidak selari dengan lafaz di bibirnya....

“Aku tak boleh biarkan Dona huru-hara di neraka. Aku sepatutnya menyokong pilihannya. Dan aku sendiri, kenapa aku biarkan syurgaku musnah terbakar hanya kerana Insyirah? Jika syurga dan neraka tidak ada, tetap aku kena bersujud menyembah-Nya!”

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 04:23 PM | Show all posts
last one... Bab ni pjg la jugak... Jgn sampai muntah membacanya..

--

Tersenyum aku melihat laptop aku yang sudah dipulangkan oleh Rahul. Rindu sangat aku dengan laptopku itu. Aku cium laptopku puas-puas. Mmmuuuahhh!!!

Sejurus laptopku dibuka, terkejut aku melihat gambar aku sudah dijadikan sebagai wallpaper. Hampehh! Aku dah agak dah... Dia mesti skodeng gambar aku. Geramnya! Menuduh aku tak jujur bukan main lagi, sedangkan dia tu... penceroboh! Aku menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemudian mataku tepandangkan sebuah ikon yang bertulis READ THIS! Pantas butang tetikus aku klikkan ke atasnya.

I've seen all your pictures. Beautiful! And I like this picture the most. When I miss you, I'll look at it.

Berdegup jantung aku setelah membaca apa yang ditulisnya. Maksud dia gambar yang telah dijadikan wallpaper? Pipiku serta-merta merona. Panas! Seakan terhenti degup jantungku. Aku toleh pula ke arah Dona. Teringat usikannya yang mengatakan abangnya menyukai aku. Jantungku kini berfungsi kembali tapi kali ini pergerakannya amat laju sekali...

**********

hepi reading n hepi wiken.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 04:25 PM | Show all posts
alhamdulillah Rahul sebenarnya dah islam.... cik lady pastikan Rahul dengan Jiha tau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065109 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list