CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG - JJCM ~ V16 ✤ ~ ✤

[Copy link]
Post time 10-2-2013 11:23 AM | Show all posts
nanie posted on 9-2-2013 07:55 PM
wahhh..dah pegi. cepat nye...nnt share2 ye gambo
td pon baru lalu sane balik dr kend ...

Maaf sebab semalam sibuk sikit maklumlah CNY kan ada makan besar sebab sertai keluarga sebelah mak, ni gambar-gambar aku berjaya rakam tapi maafklah tak berapa jelas sebab semuanya nak cepat sebab rasa pelik pula orang kat sana tengok aku sibuk ambil gambar.

Ni gambar semasa sampai, mulanya dapat parking paling hujung tapi tengok ada kereta keluar jadi dapatlah parking depan sedikit. Ramai betul pengunjungnya, ada 2 van polis kat sana dan pengunjungnya multirace sebab ramai juga orang cina dan india. Senang nak cari lokasinya, sebelah rumah banglo SkyVilla yang aku tengok macam tak siap-siap lagi.




Sampai terus dapat meja, ada nasi lemak atas meja berharga RM1.50 sebungkus tapi kecil sangat lah untuk harganya. Aku ada beli 2 bungkus bawa balik rumah tapi rasanya biasa-biasa dan sambal tak menyengat, masa kat sini aku dan rakan order nasi ayam berempah. Lama juga menunggu sebab ayam berempahnya digoreng masa kita order tu, jadi ambil kuih muih dan order air barli. Karipapnya boleh tahan sebab ada ketulan ayam di dalamnya, tapi pendapat aku tak boleh juga lawan karipap Ikea tu. Menu lain selain nasi ayam berempah adalah laksa penang, mee/bihun kari, mee/bihun sup ayamatau daging, nasi putih sup tulang dan ayam berempah.





Nasi ayam berempah sampai, memang sedap tapi biasalahkan kalau dah goreng berempah tu ada sedikit minyak tapi tak ketara sangat sebab ada kuah pedas dia. Tapi kami sangat berpuas hati lah dengan harganya RM5.00 dan portionnya, boleh lawan nasi ayam Pak Mal tapi dalam kategori lain sebab nasi ayam ni jenis berempah kena dengan tekak orang Melayu. Apa pun rekemen tempat ni dan aku sempat tapau 3 pulut panggang, 5 karipap ayam dan 2 bungkus nasi lemak dan keseluruhan harga RM20 tepat.



Last edited by dr.R on 10-2-2013 11:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2013 11:28 AM | Show all posts
nanie posted on 9-2-2013 08:09 PM
lepas ni boleh try goreng pisang bayu perdana. nak bli kene q dulu. org sentiasa ramai.
dr roundab ...



Ini kan warung yang di maksudkan? aku pernah singgah kat sini dulu makan cendol, karipap dan popia dia pun sedap. Nanti kalau ada masa aku nak ke sini lagi, sebab masa aku singgah tu hujung tahun 2011 masa sibuk cari rumah sewa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 07:58 PM | Show all posts
dr.R posted on 10-2-2013 11:28 AM
Ini kan warung yang di maksudkan? aku pernah singgah kat sini dulu makan cendol, karipap dan p ...

mcm warung. rase nye bukak payung je. tepi jalan besar. dekat ngan brother's accessories
xtau la kot dah tukar tmpt.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 08:09 PM | Show all posts
sabtu malam pegi mkn kat black pepper kitchen kat taman rakyat, andalas. sorry xde gamba. lupe nak amik. 2 taun seblom tu aku penah pegi sana jugak tp namanya andalas corner. maybe dah rebranding or tukar owner.
kuar dlm kol 10.30 mcm tu. still ramai org lagi. order western ciken cop. rasa biasa2 saje and portion utk ciken cop kecik sgt klo nak compare kat food court uptown d'sara. fries pon xbyk. servis agak slow maybe sbb ramai org. smpi 2x kasi char kuew teow kat aku walopon aku x order. ramai juga order char kuew teow. nampak penuh 1 pinggan. makan sambil tgk bola tottenham vs newcastle sbb ade pasang skrin besar kat sana. aku makan agak cepat sbb nak balik cepat nak tgk game chelsea kol 11
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 08:12 PM | Show all posts
ke jusco bkt tinggi sebentar td. ramai jugak org walopon byk kedai kat dlm tu tutop sempena CNY. ramai nya pon kaum Cina juga. maybe diorg lg selesa beraya di shopping complex atau dah abes beraya smlm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 08:15 PM | Show all posts
dr.R posted on 10-2-2013 11:23 AM
Maaf sebab semalam sibuk sikit maklumlah CNY kan ada makan besar sebab sertai keluarga sebelah mak ...

nampak sedap nasi ayam berempah tu. lom try lg.

nasi nye mcm nasi ayam or nasi putih je?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2013 08:38 PM | Show all posts
nanie posted on 11-2-2013 07:58 PM
mcm warung. rase nye bukak payung je. tepi jalan besar. dekat ngan brother's accessories
xtau la  ...

Kat situ ke? kat situ belum pernah cuba lagi, esok lah aku nak pergi situ pula. Sekarang ni aku selalu beli kuih kat Bukit Tinggi 2 sebeb dekat dengan rumah aku, biasa beli karipap, goreng pisang dan nasi lemak. Harganya sedikit mahal sebab kuih 5 ketul RM2, nasi lemak dan bihun sebungkus RM1.30 tapi puas hati sebab sambalnya pedas dan sedap. Buka seawal jam 2.30p.m, tutup jam 5.30p.m dan memang ramai pelanggannya dan kadang tu perlu beratur juga.



Aku juga pernah terbaca mengenai gerai kuih waktu petang di Bandar Puteri Klang tu sebelum ni di thread ni, aku dah cuba dan memang kat situ lagi sedap dan banyak pilihan. Tapi jauh pula aku nak memandu sampai ke sana, lain lah kalau aku teringin nak makan Mc Donald barulah aku ke sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 08:39 PM | Show all posts
nanie posted on 11-2-2013 08:09 PM
sabtu malam pegi mkn kat black pepper kitchen kat taman rakyat, andalas. sorry xde gamba. lupe nak a ...

Boleh bagi spesifik lokasi tak macam aku buat kat atas ni? sebab aku tak tau lah lokasi sekitar Klang ni takut tersesat pula, tapi kalau Andalas Corner aku pernah makan sebab dia berdepan saja dengan Jusco Bukit Tinggi dan di situlah tapak Burger Bakar Abang Burn di buka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2013 08:43 PM | Show all posts
nanie posted on 11-2-2013 08:15 PM
nampak sedap nasi ayam berempah tu. lom try lg.

nasi nye mcm nasi ayam or nasi putih je?

Memang sedap dan berbaloi makan kat sini, nasinya nasi kuning atau nasi ayam dan rasanya sedap dan baunya wangi. Mungkin kamera aku gunakan tu tak berapa jelas maklumlah kamera murah saja, nak buka tablet nanti orang mengata pula kan. 3 hari berturut ni aku makan nasi ayam tau sebab nak bandingkan rasanya, malam nanti aku letak gambarr sebab kat handphone baru adik aku. Semalam di Nasi Ayam IOI Mall, tadi pula Nasi Ayam Pak Mal Shah Alam.

Kebetulan semalam tengok rancangan JJCM di TV3, tempatnya Nasi Ayam Famous di Jalan Kapar ke Meru aku dah lupa. Aku ingat nak pergi lah sabtu ni, kalau siapa-siapa kat Klang ni tau lokasinya boleh tak tolong bagi maps sebab aku ni selalu je sesat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 09:43 PM | Show all posts
dr.R posted on 11-2-2013 08:38 PM
Kat situ ke? kat situ belum pernah cuba lagi, esok lah aku nak pergi situ pula. Sekarang ni aku se ...

kat sini




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2013 10:03 PM | Show all posts
dr.R posted on 11-2-2013 08:39 PM
Boleh bagi spesifik lokasi tak macam aku buat kat atas ni? sebab aku tak tau lah lokasi sekitar Kl ...

kat sini. dekat taman rekreasi taman rakyat.




pernah perasan andalas corner ade bukak sebelah kedai sekinchan ikan bakar yg dah tutop tu. tp td lalu tgk mcm dah tutop.
burger bakar tu rasanye depan lg kan ?

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2013 06:40 AM | Show all posts
Sorry x dpt catchup dgn selera korang
Ape2 pn, aku totap membaca dgn air liur meleleh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:22 PM | Show all posts
nanie posted on 11-2-2013 09:43 PM
kat sini

Aku dah singgah semalam tapi gerainya tutup pula mungkin tak berniaga, nak singgah Brothers pun dah tutup. Lokasi berdekatan dengan Mamak Corner tu kan? kalau silap tolong betulkan sebab aku semalam pun guna GPS Waze je.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 12:28 PM | Show all posts
dr.R posted on 13-2-2013 12:22 PM
Aku dah singgah semalam tapi gerainya tutup pula mungkin tak berniaga, nak singgah Brothers pun da ...

yer..kat situ. dekat ngan mamak. besar jugak mamak tu yer. patot la mamak sri pelita kat depan tu dah xde org. subaidah still full lg





Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:32 PM | Show all posts
nanie posted on 11-2-2013 10:03 PM
kat sini. dekat taman rekreasi taman rakyat.

Aku dah sampai tengahari semalam tapi restoren kat situ semuanya tutup, jadi aku tukar plan ke Jalan Kapar sebab nak makan Nasi Ayam Famous. Penat juga aku mencari lokasinya, akhirnya selepas lebih 1 jam baru jumpa tapi itu pun menunggu lama sebab restorennya penuh dan aku tak sempat pun ambil gambar makanan kat sana sebab dah lapar sangat sampai terlupa (sebenarnya segan nak ambil gambar sebab banyak mata memandang).




Ni pula lokasinya, jangan pula tersesat macam aku pula ye. Rupanya dekat saja dengan bandar Klang, dari rumah aku tak sampai 30 minit pun dan kebetulan semalam bandar Klang tak sesak. Nasib baiklah GPS banyak membantu, dan facebook restoren ni pun ada membantu juga sebab ada berikan alamat penuh. Pergi berempat dan harga anggaran RM60 sebab banyak juga menu kitorang cuba, tapi disebabkan orang ramai jadi menu kitorang order dapat sedikit-sedikit dan antara menunya ialah roti jala dengan kuah kari ayam, nasi ayam, mee bakso, laici kang dan banyak lagi.




Maaf sebab tak ada gambar, jadi ambil gambar dari facebook dia je lah.

https://www.facebook.com/FamousNasiAyam





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 12:36 PM | Show all posts
dr.R posted on 13-2-2013 12:32 PM
Aku dah sampai tengahari semalam tapi restoren kat situ semuanya tutup, jadi aku tukar plan ke Jal ...

akan dicuba. leh masok dlm list
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 12:37 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 12-2-2013 06:40 AM
Sorry x dpt catchup dgn selera korang
Ape2 pn, aku totap membaca dgn air liur meleleh...

Tak apa biarlah aku sebagai orang baru di Klang ni kongsikan apa yang patut ye, maklumlah kat sini semuanya orang Klang jadi tak nampak sangat apa yang ada di Klang ni sebab makan kat rumah lagi sedap. Hampir setahun aku tinggal di Pandamaran ni boleh kata tak banyak sangat gerai/warung/retoran aku cuba sebab aku kerja di Kemuning dan hujung minggu pula balik Nilai sebab ibu bapa aku tinggal di sana sekarang. Tapi kalau ada info menarik, jangan lupa bagi review dan kongskan ye.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 09:35 AM | Show all posts
untuk makluman Andalas Corner dan Black Pepper Kitchen adalah dua tokey yg berbeza.... dulu  kat Taman Rakyat tu Andalas Corner tapi tempoh sewaan dah tamat dan diganti dgn Black Pepper Kitchen.. Andalas Corner buka kedai baru depan Jusco Bukit Tinggi sebelah kedai Ikan Bakar Sekinchan yang dah ditutup.... Tak silap Andalas Corner ni ada kantin di Hospital kat K.L. Pusrawi ke apa ke....

BPK yang sekarang ni baru bulan ni start meniaga sarapan dan lunch nasi campur....(sebelum ni meniaga petang hingga ke tengah malam...) macam2 gak menu sarapan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2013 10:07 AM | Show all posts
kenesep posted on 14-2-2013 09:35 AM
untuk makluman Andalas Corner dan Black Pepper Kitchen adalah dua tokey yg berbeza.... dulu  kat Tam ...

thanx utk pencerahan. ye. ade perasan bunting pasal sarapan n nasi campur. lom try lg. selalu dtg mlm saje.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 10:08 AM | Show all posts
kenesep posted on 14-2-2013 09:35 AM
untuk makluman Andalas Corner dan Black Pepper Kitchen adalah dua tokey yg berbeza.... dulu  kat Tam ...

Terima kasih review ye, boleh kongsikan tak apa menu yang special perlu di cuba di kedua-dua restoren ni? sebelum ni aku pernah juga makan di Andalas Corner di depan Aeon Bukit Tinggi tu. Aku ambil menu sizzling, tak silap aku dulu ambil lamb chop sizzling dan rasannya boleh tahan.

Di sebelah kiri Aeon Bukit Tinggi tu ada restoran Sate Kampung, aku pernah makan 2 kali kat sana sebab satenya boleh tahan dan ada WIFI percuma. Aku ada ambil gambar dulu tapi dah lupa letak kat mana gambarnya, satenya sedikit pucat tapi rempahnya terasa. Harga air tak silap aku sedikit mahal, seakan harga di kopitiam iaitu paling murah RM2.50 untuk air barli dan untuk air lain semuanya atas RM3.00.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.189344 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list