CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 20-3-2010 11:40 PM | Show all posts
Memang benda2 bida'ah dan mungkar seperti yg disebut oleh imam Syafi'i tidak menjadi masalah dalam agama sufi

Nasihat pemuja kuburi... maaflah, kamu sahaja pergi minta ampun pad ...
Nazrulism Post at 20-3-2010 22:15


Nabi SAW bersabda :

La yadhulunara muslimun ra-ani wal man ra-a man ra-ani wala man ra-a man ra-ani ai walau bisab’ina wasithah, fainnahum khulafa-li fi tablighi wal irsyadi, inistaqamu ala syarii’ati.

“Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang melihat aku dan tidak juga (akan masuk neraka) yang melihat orang yang telah melihat aku, dan tidak juga (akan masuk neraka) orang yang melihat orang yang telah melihat aku, sekalipun dengan 70 wasithah (lapisan/antara). Sesungguhnya mereka itu adalah para khalifahku dalam menyampaikan (islam/sunahku) mengasuh dan mendidik (orang ramai), sekiranya mereka itu tetap istiqamah didalam syari’atku” (H.R. Al – Khatib bin Abd.Rahman bin Uqbah).

Makna melihat dalam hadist di atas bukan dalam pengertian melihat secara umum, karena kalau kita maknai melihat itu dengan penglihatan biasa maka Abu Jahal dan musuh-musuh nabi juga melihat beliau akan tetapi tetap masuk Neraka. Melihat yang dimaksud adalah melihat Beliau sebagai sosok nabi yang menyalurkan Nur Allah kepada ummatnya, melihat dalam bentuk rabithah  menggabungkan rohani kita dengan rohani beliau.

Kerana pengertian melihat itu lebih kepada rabitah atau hubungan berguru, maka yang paling di jamin punya hubungan melihat adalah Para Ahli Silsilah Ilmu dan Amal yang saling sambung menyambung sampai kepada Rasulullah SAW.

Syukurlah bagi orang-orang yang telah menemukan seorang Guru Mursyid yang silsilahnya bersambung kepada Rasulullah SAW, yang selalu memberikan pencerahan dengan menyalurkan Nur Muhammad sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 11:41 PM | Show all posts
alhamdulillah'....mike marah yek?marah..?.marah yg teramat sangat?nampaknye teman berjaya menambahkan kemarahan & ketidakwarasan mike dlm mencela & menuduh ulama2 sufi...tak gitu?kik!kik!...nampak s ...

semua gare2 mencela/memfitnah ulama sufi.kesian yek?!
fathan Post at 20-3-2010 23:18


Marah? ... aku dah kata.. aku tergelak 'Baca' hujah baghal, beruk dan khinzir ... sila teruskan

ada ulama sufi... patutpun ada agama sufi !
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 11:46 PM | Show all posts
“Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang melihat aku dan tidak juga (akan masuk neraka) yang melihat orang yang telah melihat aku, dan tidak juga (akan masuk neraka) orang yang melihat orang yang telah melihat aku, sekalipun dengan 70 wasithah (lapisan/antara). Sesungguhnya mereka itu adalah para khalifahku dalam menyampaikan (islam/sunahku) mengasuh dan mendidik (orang ramai), sekiranya mereka itu tetap istiqamah didalam syari’atku


Sekiranya mereka tetap dalam syari'at  Rasul s.a.w .. BUKANNYA dalam syariat ibnu arabi, al junaid, al hallaj dan tok-tok sufi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 11:54 PM | Show all posts
Sekiranya mereka tetap dalam syari'at  Rasul s.a.w .. BUKANNYA dalam syariat ibnu arabi, al junaid, al hallaj dan tok-tok sufi.
Nazrulism Post at 20-3-2010 23:46


Semakin ramai ulama besar dia kutuk..tahniah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:02 AM | Show all posts
Sekiranya mereka tetap dalam syari'at  Rasul s.a.w .. BUKANNYA dalam syariat ibnu arabi, al junaid, al hallaj dan tok-tok sufi.
Nazrulism Post at 20-3-2010 23:46


Kutuk la pulak Imam besar ASWJ nih...

Imam Abu Hanifah r.a.

Imam Al-Haskafi Al-Hanafi berkata:
“Abu ‘Ali Ad-Daqqaq (guru Imam Al-Qusyairi r.a.) berkata: “Saya mengambil tarikat (sufi) ini daripada Abi Al-Qasim An-Nasr Abazi”. Abu Al-Qasim berkata: “Saya mengambilnya (tarikat sufi) daripada Imam As-Syibli dan beliau (As-Syibli) mengambilnya dari Imam As-Sirri As-Saqati. Beliau (As-Sarri/As-Sirri) mengambilnya daripada Imam Ma’ruf Al-Karkhi dan beliau (Al-Karkhi) mengambilnya (tarikat sufi) daripada Imam Daud At-Tho’ie. Adapun Imam Da’ud At-Tha’ie mengambil ilmu dan tarikat (sufi) daripada Imam Abi Hanifah r.a.. Seluruh ulama’ tersebut memujinya (ilmu tasawwuf) dan mengakui kelebihannya”. [Ad-Durr Al-Mukhtar merujuk kepada Hasyiyah Ibn ‘Abidin: 1/43]

Imam Al-Haskafi berkata sebagai catatan terhadap hal tersebut dengan berkata:
“Betapa anehnya wahai saudaraku! Bukankah contoh terpuji ada pada para ulama’ agung tersebut (yang mengambil tarbiah sufi)? Adakah mereka adalah golongan yang ditohmah pada pengakuan (terhadap keagungan ilmu tasawwuf) dan bermegah (dengan ilmu tasawwuf) sedangkan merekalah para imam tarikat (sufi) dan para pemimpin dalam ilmu syariah dan hakikat? Adapun orang yang setelah mereka (kaum sufi),maka kepada merekalah (para ulama’ sufi dahulu) mereka (kaum sufi sehingga hari ini) ikuti. Adapun orang yang bercanggah dengan pegangan mereka (ulama’ sufi terdahulu), maka dialah yang tertolak dan pelaku bid’ah” [ibid]

Para ulama’ seperti Imam Ibn Mubarak, Imam Ahmad dan Imam Sufiyan At-Thauri turut memuji Imam Abu Hanifah sebagaimana disebut oleh Imam Ibn ‘Abidin dalam Hasyiyahnya terhadap kitab tadi. [ibid]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:10 AM | Show all posts
Kami memakai hujah ni...Tuan pakai la sindri hujah Tuan..

Nabi saw merupakan nur, adalah sohih. Firman ALLAH swt :

Ertinya : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Al Maidah ayat : 15)

ALLAH swt juga berfirman :

Ertinya : "Dan (Muhammad saw juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama ALLAH swt dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai lampu yang menerangi (Surah al Ahzaab ayat 46) (Bkn Tok Sufi Kata nih tp Firman Allah swt)

Baginda saw adalah nur dan penerang. Tidak mengapa jika kamu mengatakan bahawa Sayidina Muhammad saw adalah nur selama ALLAH swt telah menyifatkan Baginda saw sedemikian dan menamakannya Nur. Bahkan, telah thabit di dalam sunnah bahawa sahabat radiyaLlahu 'anahu menyatakan sesungguhnya wajah Baginda saw seumpama bulan purnama.

Ertinya : Sesungguhnya wajahnya (Nabi saw) seperti rembulan (Riwayat Nasa'i, As sunnan al Kubra, vol 5 hlmn 187, dan vol 6, hlm 155; Tobrani, Al Mu'jam Al Kabir, vol 10, hlm 147; dan al Hafiz Ibnu Hajar juga mengemukakan di dalam al Ishaabah, vol 6, hlm 180.

Baginda saw juga telah mengkhabarkan ketika mengandungkannya, bondanya melihat cahaya yang memancar sehingga menerangi istana-istana Busra di negara Syam. Para sahabat radiyaLlahu 'anhu tatkala masuk ke Madinah, semua benda menjadi bercahaya. Tatkala baginda saw wafat, semua benda menjadi gelap.

Begitu juga athar-athar dan hadith-hadith lain yang menerangkan bahawa Baginda saw adalah nur. Tidak sewajarnya kita menafikan bahawa nur tersebut adalah nur yang bersifat hissi (yang boleh dirasai oleh salah satu pancaindera). Kerana tidak ada di sana apa-apa yang menghalang untuk kita menyatakan bahawa sifat Baginda saw itu menerangi atau memiliki nur hissi sebagaimana ia juga tidak bertentangan dengan tabiat manusia yang telah dikhabarkan oleh al Quran.

Sesungguhnya yang dilarang ialah menafikan sifat kemanusiaan bagi diri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam kerana ini bersalahan dengan apa yang disohihkan oleh al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman :

Ertinya : "Katakanlah (wahai manusia) : "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku" (Surah al Fussilat ayat 6)

Yang paling selamat ialah dengan menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt bagi NabiNya saw Allah swt telah menetapkan bahawa Baginda saw adalah nur yang menerangi dan sentiasa berada dalam keadaan sedemikian dan Baginda saw juga adalah manusia seperti kita tanpa perlu sebarang tafsil dan tanzir.

Menetapkan diri Baginda saw mempunyai nur yang hissi juga tidak bertentangan dengan hakikat diri baginda saw yang merupakan manusia. Bulan tabiat semulajadinya terdiri daripada batu-batu pejal dan dalam masa yang sama ia adalah cahaya dan mempunyai cahaya hissi. Nabi saw lebih mulia daripada bulan dan lebih mulia daripada seluruh makhluk ciptaan Allah swt. Kami memohon kepada Allah swt agar menunjukkan kami jalan yang lurus, Ini adalah penerangan mengenai permasalan nur yang dinisbahkan kepada Nabi saw. Kami akhiri dengan doa kami, segala puji bagi Allah swt Tuhan sekalian alam.

Di antara hadith yang mensabitkan Nur Muhammad ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh ali ibn al Husain daripadanya ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi saw bersabda :

Ertinya : "Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"

Hadith ini disebut oleh al Hafiz Abu Hasan Ali ibn Muhammad al Qattan di dalam Ahkamnya, Beliau merupakan di antara pengkritik hadith yagn mahsyur dan di antara ulama yang tegas dan memberikan perhatian serius terhadap periwayatan dan penjagaan sesuatu hadith.

Selain itu, Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki juga mengemukakan ayat di atas dan menyatakan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa nur dalam ayat ialah Muhammad saw sebagaimana yang disebut di dalam Tafsir al Tabari, ibn hatim dan al Qurtubi, Qatadah juga berpendapat sedemikian.

Di antara dalilnya juga ialah hadith yang banyak menyebut tatkala Baginda saw dilahirkan, bondanya melihat cahaya dan keluar bersamanya cahaya yang menerangi istana-istana Syam. Ibnu Hajar berkata sedemikian dan mensohihkan hadith ini. Begitu juga Ibnu Hibban dan Al Hakim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2010 12:15 AM | Show all posts
Mengapa kamu mendesak orang lain untuk memberi komen tentang kefahaman kamu. Sedangkan kamu dengan pegangan kamu dan aku dengan pegangan aku. Lagipun seperti yang telah aku katakan pada kamu pegangan aku tentang konsep NurMuhammad adalah seperti yang salikin berikan.HymenopterA Post at 20-3-2010 23:27


Memang lembab sedara ni... jika itu pegangan saya, tidaklah saya bantah  Hakikat Muhammadiah dalam fahaman sufi yang mengatakan Muhammad s.a.w itu asal segala kejadian ataupun aliran yg lembut sikit mengatakan Muhammad s.a.w adalah sebab diciptakan segala kejadian.

     Apa yg diceritakan disini (oleh penganut sufi) adalah segi luaran sahaja yg boleh diterima umum.. sedangkan akidah sebenarnya perlu disembunyikan (kecuali kpd yg sealiran). Jika benda ini didedahkan.. penganut baru macam si fathan pun akan kata " mengarut dan tak munaserawakkk"
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:18 AM | Show all posts
Berdoa Kepada Allah Melalui Perantara Orang Yang Mati (Bertawassul)

Maka sesungguhnya kamu tidak akan mampu menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tul ...
Nazrulism Post at 20-3-2010 23:20



Definisi Tawassul:

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa, tawassul dari segi bahasa ialah, mengambil wasilah (perantaraan) bagi mencapai sesuatu yang diingini.

Tawassul kepada Allah s.w.t. bermaksud: mengambil perantaraan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat pahala dengan mengambil jalan perantaraan dan sebab yang membawa kepadanya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan carilah wasilah (perantaraan) kepada-Nya. (Al-Ma'idah: 35)

Jenis-jenis tawassul yang disepakati ulama' tentang keharusannya:

1. Tawassul kepada Allah s.w.t. dengan zat Allah s.w.t.. Ianya berdasarkan firman Allah s.w.t.: "bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127)

2. Tawassul dengan nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "bagi Allah nama-nama yang mulia, maka berdoalah dengannya" (Al-A'raf: 180)

3. Tawassul dengan amal soleh. Hal ini berdasarkan doa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an "wahai Tuhan kami, sesunnguhnya kami beriman, maka ampunilah kami…" (Ali- Imran: 10)

Adapun jenis-jenis tawassul yang diperselisihkan oleh para ulama' tentangnya ialah, tentang tawassul kepada Allah s.w.t. dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi a.s., para malaikat dan para solihin.

Sheikh Syed Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki r.h.l. menegaskan bahawa, para ulama sebelum Ibn Taimiyah sepakat tentang keharusan bertawassul dengan diri Rasulullah s.a.w. dan para solihin, sehinggalah datang Ibn Taimiyah lantas menyalahi pendapat para ulama' sebelumnya.

Sebenarnya, kebanyakkan para ulama empat mazhab bersepakat tentang keharusan bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang soleh, menurut pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. mengharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. semata-mata, tidak boleh baginya,
bertawassul dengan selain Rasulullah s.a.w.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengandaikan bahawa, golongan yang membenarkan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. sahaja, kerana bagi mereka, hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang telah dijamin sebagai ahli syurga dan diredhai Allah s.w.t., sedangkan orang-orang soleh yang lain belum pasti diredhai Allah s.w.t.

Menurut beliau, qiyasan ini tidak tepat kerana ianya menghukum tentang sesuatu perkara yang ghaib.

Hakikatnya, kita bertawassul kepada orang-orang yang soleh kerana husnu-dhon (pra sangka baik) kita terhadap Allah s.w.t. dan para solihin, yang mana, mudah-mudahan Allah s.w.t. meredhai mereka.

Dalil Keharusan bertawasssul dengan Rasulullah s.a.w. sewaktu hidup dan setelah kewafatan Baginda s.a.w.:

Seorang buta bertemu Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah supaya Allah menyembuhkannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mengajarkannya tentang suatu amalan, agar Allah s.w.t. memperkenankan hajatnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ambillah wuduk dan perelokannya, kemudian solat dua rakaat. Setelah itu, berdoalah dengan doa ini: "Wahai Tuhanku, aku berdoa meminta kepada-Mu dengan Nabimu, Nabi rahmat, wahai Muhammad, aku mengadap Tuhan-Ku dengan (perantaraan) mu, dalam meminta hajatku, maka perkenankanlah hajatku…"
Setelah lelaki buta itu berdoa dengan doa itu, Allah s.w.t. menyembuhkan penyakitnya.

Hadis ini riwayat Ahmad, An-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Huzaimah. Menurut Al-Baihaqi, Al-Haithami, At-Tabari, dan Az-Zahabi, hadis ini hadis sahih.

Hadis ini menunjukkan secara jelas, tentang kebolehan atau keharusan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan betawassul dengan Rasulullah s.a.w., secara mutlak, tanpa terbatas dengan kehidupan Baginda s.a.w. semata-mata.

Pendapat yang menolak tawassul setelah kewafatan Baginda s.a.w. tidak tepat kerana hadis ini mutlak, tentang doa bertawassul dengan Rasulullah s.a.w., tidak kira sama ada ketila Baginda s.a.w. hidup ataupun setelah Baginda s.a.w. wafat.

Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi r.a., Imam At-Tabari turut meriwayatkan bahawa, para sahabat masih menggunakan lafaz doa tawassul tersebut setelah kewafatan Baginda s.a.w. (Mafahim yajib an-tusohhah)

Dalil yang lain: Tawassul Adam dengan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Tatkala Nabi Adam a.s. melakukan kesilapan, beliau berkata: : "Wahai Allah, dengan hak Muhammad, ampunkanlah aku." Allah s.w.t. berfirman: " Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad, sedangkan aku belum menciptakannya lagi?
Nabi Adam a.s. menjawab, takkala engkau menciptakan aku dengan tangan-Mu (kekuasaan-Mu), dan meniupkan ke dalamku roh-Mu, aku mengangkatkan kepalaku lantas terlihat di arasy ada tertulis, "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad ialah Rasulullah". Maka, aku tahu, engkau tidak akan meletakkan suatu nama beriringan dengan nama-Mu, melainkan engkau teramat mencintainya."

Allah s.w.t. berfirman: "benar wahai Adam. Dia (Muhammad) sangat ku cintai, maka, berdoalah dengan haknya, sesungguhnya aku telah mengampunimu. Ketahuilah bahawasanya, kalau tidak kerananya (Rasulullah s.a.w.) nescaya aku tidak menciptamu."

Hadis riwayat Al-Hakim, As-Suyuti dan Al-Baihaqi. Menurut Al-Hakim dan As-Suyuti, hadis ini hadis sahih. Menurut Al-Baihaqi, hadis ini tidak paslu. Hadis ini juga turut disahihkan oleh Al-Qostolani, Az-Zarqoni dan As-Subki.

Hadis ini juga ada jalan yang lain, melalui riwayat Ibn Abbas, dengan lafaz, kalau bukan kerananya (Muhammad), nescaya Aku tidak menciptakan Adam, Syurga dan Neraka." dan diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Jauzi dan Ibn Kathir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (jilid 1, m/s 180).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2010 12:24 AM | Show all posts
Memang lembab sedara ni... jika itu pegangan saya, tidaklah saya bantah  Hakikat Muhammadiah dalam fahaman sufi yang mengatakan Muhammad s.a.w itu asal segala kejadian ataupun aliran yg lemb ...
Nazrulism Post at 21-3-2010 00:15


TAHSINUL AQLI:
Mengikut kebijaksanaan pemikiran dengan menolak hujjah Al-Quran,Hadith,Ijma'Ulama dan Qias dalam bab Aqidah,Syariat,Akhlak,Jihadul Binnafsi dan Jihadul bil Mal

Memang mengarut kalu guna otak Tuan yg kurang cerdik tu...dan hujah Tuan semuanya mengarut..tak perasan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 21-3-2010 00:34
Imam Abu Hanifah r.a.

Imam Al-Haskafi Al-Hanafi berkata:
“Abu ‘Ali Ad-Daqqaq (guru Imam Al-Qusyairi r.a.) berkata: “Saya mengambil tarikat (sufi) ini daripada Abi Al-Qasim An-Nasr Abazi”. Abu Al-Qasim berkata: “Saya mengambilnya (tarikat sufi) daripada Imam As-Syibli dan beliau (As-Syibli) mengambilnya dari Imam As-Sirri As-Saqati. Beliau (As-Sarri/As-Sirri) mengambilnya daripada Imam Ma’ruf Al-Karkhi dan beliau (Al-Karkhi) mengambilnya (tarikat sufi) daripada Imam Daud At-Tho’ie. Adapun Imam Da’ud At-Tha’ie mengambil ilmu dan tarikat (sufi) daripada Imam Abi Hanifah r.a.. Seluruh ulama’ tersebut memujinya (ilmu tasawwuf) dan mengakui kelebihannya”. [Ad-Durr Al-Mukhtar merujuk kepada Hasyiyah Ibn ‘Abidin: 1/43]


perkataan tarekat sufi, sufi dan ilmu tasawwuf semuanya dalam kurungan.. itu adalah fahaman penganut sufi untuk memborong semua ulama Islam agar dapat menipu orang ramai agar percaya kepada agama sufi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by HymenopterA at 21-3-2010 00:38
Memang lembab sedara ni... jika itu pegangan saya, tidaklah saya bantah  Hakikat Muhammadiah dalam fahaman sufi yang mengatakan Muhammad s.a.w itu asal segala kejadian ataupun aliran yg lemb ...
Nazrulism Post at 21-3-2010 00:15


Oic. Jika itu bukan pegangan kamu, mengapa kamu mesti menggunakan hujah tersebut disini? sebab itu aku bertanya dari awal dahulu; apa tujuan dan niat kamu dengan meletakkan pernyataan-pernyataan kamu. Haha . Dan sekarang secara kamu tidak sedar kamu telah memperkenalkan diri kamu yang curang itu. Sekaligus semua masyarakat cari.com telah tahu siapa kamu sebenarnya iaitu benar-benar seorang pelontar batu yang menyembunyikan tangannya. Hanya itulah sekadar yang kamu mampu. Menggunakan hujah fahaman lain untuk menegakkan keegoan kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:34 AM | Show all posts
Fikirkan dan selidiki apa yang dibawakan oleh tok-tok sufi ... perkara2 bathil yg disandarkan pada Rasul s.a.w. sanggup melakukan pendustaan terhadap Allah s.w.t. !

kamu sebagai pengikutnya.. h ...
Nazrulism Post at 20-3-2010 22:58


Tuan maksudkan ulama ini ka?

Imam Ghazali (450-505 H./1058-1111 CE)

Imam Ghazali, hujjat ul-Islam, tentang tasauf: "Saya tahu dengan benar bahwa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahwa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi [al-Munqidh min ad-dalal, p. 131].


Imam Nawawi (620-676 H./1223-1278 CE)

Dalam suratnya al-Maqasid: "Ciri jalan sufi ada 5:

   1. menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri
   2. mengikuti Sunah Rasul dengan perbuatan dan kata
   3. menghindari ketergantungan kepada orang lain
   4. bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit
   5. selalu merujuk masalah kepada Allah swt [Maqasid at-Tawhid, p. 20]

Imam Fakhr ad-Din ar-Razi (544-606 H./1149-1209 CE)

Imam Fakhr ad-Din ar-Razi: "Jalan para sufi adalah mencari ilmu untuk memutuskan diri mereka dari kehidupan dunia dan menjaga diri mereka agar selalu sibuk dalam pikiran dan hati mereka dengan mengingat Allah, pada seluruh tindakan dan perilaku" ." [Ictiqadat Furaq al-Musliman, p. 72, 73]

Ibn Khaldun (733-808 H./1332-1406 CE)

Ibn Khaldun: "Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara Sahabat, Tabi'een, and Tabi' at-Tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah dan meninggalkan perhiasan dan kesenangan dunia" [Muqaddimat ibn Khaldan, p. 328]

Tajuddin as-Subki

Mu'eed an-Na'eem, p. 190, dalam tasauf: "Semoga Allah memuji mereka dan memberi salam kepada mereka dan menjadikan kita bersama mereka di dalam sorga. Banyak hal yang telah dikatakan tentang mereka dan terlalu banyak orang-orang bodoh yang mengatakan hal-hal yang tidak berhubungan dengan mereka. Dan yang benar adalah bahwa mereka meninggalkan dunia dan menyibukkan diri dengan ibadah"

Dia berkata: "Mereka ialah manusia-manusia yang dekat dengan Allah yang doa dan shalatnya diterima Allah, dan melalui mereka Allah membantu manusia.


Jalaluddin as-Suyuti

Dalam Ta'yad al-haqiqat al-'Aliyya, p. 57: "tasauf dalam diri mereka adalah ilmu yang paling baik dan terpuji. Dia menjelaskan bagaimana mengikuti Sunah Nabi dan meninggalkan bid'ah"

Ibn Taymiyya (661-728 H./1263-1328 CE)



Kitab ini ditulis ketika beliau dipenjara dan sebelum Meninggal Dunia Majmaca Fatawa Ibn Taymiyya, Dar ar-Rahmat, Cairo, Vol, 11, page 497, Kitab Tasawwuf: "Kamu harus tahu bahwa syaikh-syaikh terbimbing harus diambil sebagai petunjuk dan contoh dalam agama, karena mereka mengikuti jejak Para Nabi dan Rasul. Tariqat para syaikh itu adalah untuk menyeru manusia ke Kehadiran Allah dan ketaatan kepada Nabi."
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 21-3-2010 00:34



perkataan tarekat sufi, sufi dan ilmu tasawwuf semuanya dalam kurungan.. itu adalah fahaman penganut sufi untuk memborong semua ulama Islam  ...
Nazrulism Post at 21-3-2010 00:33


Awat yg bengong sangat...penulis tu nak jelaskan saja...dah nama tariqat, memang la sufi..mana ada tariqat bukan sufi...

Teruskan kejahilan Tuan...malam ni malam minggu..saya sangat enjoy menikmati ayat2 jahiliah Tuan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:46 AM | Show all posts
1214# Nazrulism

kamu sebagai pengikutnya.. hanya menyondol macam babi ... tak mahu menkaji semula adakah semua itu benar2 diajarkan oleh Nabi s.a.w.


Mula2 sondol hujah Ibn Taimiyyah yg berbau wahabi, then sondol hujah syiah, skrg nak sondol hujah Imam Syafi'e...

Sapa yg suka menyondol sebenarnya?

Sapa yg mengkhinzir buta tuli pekak badak sebenarnya?{:1_126:}{:1_126:}{:1_126:}{:1_126:}
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:51 AM | Show all posts
Awat yg bengong sangat...penulis tu nak jelaskan saja...dah nama tariqat, memang la sufi..mana ada tariqat bukan sufi...

Teruskan kejahilan Tuan...malam ni malam minggu..saya sangat enjoy menikmati ayat2 jahiliah Tuan...
baghal Post at 21-3-2010 00:38


Terselah kebodohan dan kejahilan

Lebih Lawak dari Bujangsepah lalailitamplom lawak sangat nie

Taniah buat tebuan sekali lagi bisa awak memang besh.....

Tuan Baghal Syabas mere beteh.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:53 AM | Show all posts
1198# salikin

Dan peringatan buat yang mempersendakan manusia yg sangat dikasih oleh oleh Allah...."man 'aadali waliyyan faqad aadzantuhu bilharbi" yang bermaksud barangsiapa memusuhi wali-waliku maka aku istiharkan perang kepadanya (Hadia Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)


Rasanya perang dah bermula...ini baru dari kita, banyak lagi tentera Allah menunggu peluang!!

Jeng! jeng! jeng!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2010 12:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by HymenopterA at 21-3-2010 00:38



Oic. Jika itu bukan pegangan kamu, mengapa kamu mesti menggunakan hujah tersebut disini? sebab itu aku bertanya dari awal dahulu; apa tujuan dan ...
HymenopterA Post at 21-3-2010 00:34


ishhh.. masih lembab lagi.. aku quote konsep nurmuhammad dari kitab kasyf al-ghaibiyyah untuk tunjukkan apa yg disembunyikan oleh penganut sufi tentang kekarutan iktikad mereka.

Nanti ada masa.. aku postkan bahagian 'siraman demi siraman nurmuhammad dari ibnu arabi pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 12:59 AM | Show all posts

Mula2 sondol hujah Ibn Taimiyyah yg berbau wahabi, then sondol hujah syiah, skrg nak sondol hujah Imam Syafi'e...

Sapa yg suka menyondol sebenarnya?

Sapa yg mengkhinzir  ...
baghal Post at 21-3-2010 00:46


betoile kata mike dia tu freethinker. (Mat Gosok, Mat sondol dan Mat Bengap gelaran terpuji buat dia)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 01:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 21-3-2010 01:08
Awat yg bengong sangat...penulis tu nak jelaskan saja...dah nama tariqat, memang la sufi..mana ada tariqat bukan sufi...

Teruskan kejahilan Tuan...malam ni malam minggu..saya sangat enjoy menik ...
baghal Post at 21-3-2010 00:38


nak borong perkataan tariqat pulak ... bengong ker apa  

Kuat khinzir dalam kandang berbunyikk.!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2010 01:14 AM | Show all posts
Bertawassul Dengan Ahli Kubur:

Allah s.w.t. berfirman:

“Ertinya: Katakanlah, ‘Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai bahan sembahan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya” (Saba (34): 22)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Ertinya: Janganlah kalian jadikan rumah kalian sebagai kuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan (beribadat), dan bersalawatlah atasku, sesungguhnya shalawat kalian sampai kepadaku bagaimanapun keadaan kalian” (Hadits Riwayat Tirmidzi V/157, Abu Dawud II/534, dan Ibnu Majah I/348 di dalam Sunan)

Sedangkan yang berkenaan dengan beribadah kepada Allah di kuburan, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang yang demikian itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Ertinya: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah).” (Hadits Riwayat Bukhari da Muslim)

Larangan menjadikan kubur sebagai masjid (tempat ibadah) mengandungi larangan menjadikan kubur sebagai tempat beribadah kepada Allah atau untuk beribadah kepada selain-Nya, sama saja apakah terdapat bangunannya ataupun tidak.

Adapun (perbuatan) mendatangi penghuni kubur lalu berdoa kepadanya dan meyakini bahwa dia memiliki manfaat dan mudharat (bahaya), maka perbuatan ini adalah syirik besar. Melalui hadis tersebut juga Nabi s.a.w hanya menyatakan bahawa yang sampai adalah selawat ke atas beliau (Nabi s.a.w) dan bukannya doa atau pun sebarang permintaan.

Firman Allah s.w.t:

“Ertinya: Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” (Al-Ikhlas (112): 4)
Dan di dalam hadits qudsi;

“Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang didalamnya dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya.” (Hadits Riwayat Muslim)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi;

Janganlah kamu meninggalkan gambar kecuali engkau telah menghancurkannya dan tidak pula kubur yang diagungkan melainkan engkau telah meratakannya” (Imam Ahmad I/96, 129. Muslim dengan Syarah Nawawi VII/36. Nasai IV/88,89 dan Tirmidzi III/366.)

Dan telah tetap dari Nabi s.a.w. bahawa beliau melarang mengapuri kubur, duduk di atasnya, dan dibuat bangunan di atasnya. (Lihat Hadits Riwayat Imam Ahmad III/295, 399. Muslim dengan Syarah Nawawi VII/37. Tirmidzi III/368. Abu Dawud III/552. Nasai IV/86,87. Ibnu Majah I/498)

Allah menghendaki Kita Bertawakkal dan berserah hanya kepada Allah s.w.t:

“Ertinya: Maka bertawaqallah kamu kepada Allah menurut kesanggupannmu” (At-Taghabun: 16)

“Ertinya: Katakanlah, ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (Al-An’am: 162-163)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.120563 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list