CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 4-9-2009 08:30 AM | Show all posts
Jasa veteran ATM amat besar

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
[email protected]


Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan kepada Fauziah Mohamed, 41, balu kepada pesara tentera, Koperal Mohamed Razif Ismail pada majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian sumbangan hari raya kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar ditambah selaras dengan jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan tanah air.

Jelasnya, sejak penubuhan Yayasan Veteran ATM pada 2004 sehingga sekarang, pemberian sumbangan tersebut hanya berjumlah RM500 setiap seorang.

Sehubungan itu, beliau mahu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM berusaha untuk meningkatkan pengumpulan dana bagi meningkatkan jumlah bantuan.

"Insya-Allah kalau berjaya, tahun hadapan kita boleh bagi sehingga RM1,000 untuk setiap penerima," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Hari Raya Yayasan Veteran ATM di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 117 orang penerima mendapat sumbangan yang disampaikan oleh Ahmad Zahid.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Ahmad Zahid berkata, veteran ATM telah memperlihatkan komitmen dan iltizam yang cukup baik dengan menjadi benteng keselamatan negara.

"Bantuan yang diberikan sebenarnya tidak cukup untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan negara sepanjang bergelar perajurit," ujarnya.

Sementara itu, Abu Bakar memberitahu, pada tahun ini Yayasan Veteran ATM memperuntukkan RM1.4 juta untuk disumbangkan kepada 2,805 penerima di seluruh negara untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurutnya, kesemua penerima terdiri daripada veteran ATM yang berumur 70 tahun ke atas serta yang cedera semasa operasi dan selepas perkhidmatan, veteran ATM di rumah orang-orang tua, balu dan anak yatim.

"Dari awal penubuhannya sehingga tahun lalu, Yayasan Veteran ATM telah memperuntukkan sejumlah RM4.3 juta untuk disumbangkan kepada veteran ATM dan tanggungan mereka di seluruh Malaysia," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 08:30 AM | Show all posts
Peruntukan Kementah menurun

PELABUHAN KLANG 3 Sept. - Kementerian Pertahanan dijangka menerima peruntukan jauh lebih rendah dalam Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada Oktober ini berbanding tahun lalu.

Pada Bajet 2009, kementerian itu menerima peruntukan Bajet Mengurus sebanyak RM10.65 bilion dan Bajet Pembangunan pula RM2.35 bilion.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu mengambil kira faktor keadaan ekonomi yang dihadapi negara sekarang.

''Jumlah bajet itu saya tidak boleh umumkan kerana ia embargo, tetapi pembahagiannya masih 80 peratus untuk pengurusan dan 20 peratus bagi pembangunan.

''Kita akan guna peruntukan tersebut untuk penyenggaraan,"' katanya ketika ditanya sama ada ekoran pengurang bajet itu kerajaan tidak akan membeli kapal atau pesawat baru.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menyambut ketibaan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman di Pusat Hidrografi Nasional, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pulau Indah di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:35 AM | Show all posts
Bajet pertahanan 2010 dijangka dikurangkan

PELABUHAN KLANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam membayangkan perbelanjaan pertahanan negara untuk tahun depan dijangka berkurangan berbanding tahun ini berikutan kedudukan semasa ekonomi.

Tanpa menyebut angka, beliau bagaimanapun berkata, pembelian gantian masih dilakukan walaupun bajet pertahanan berkurangan.

"Jumlah bajet tidak boleh diumumkan kerana ia `embargo' tetapi pembahagiannya masih 80 peratus untuk pengurusan dan 20 peratus pembangunan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:36 AM | Show all posts
Peluang 'belajar' puasa sepanjang 54 hari pelayaran


KAPAL selam pertama negara, Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman (KD TAR) tiba di Pangkalan TLDM Pulau Indah.

PELABUHAN KLANG: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berbangsa Cina, antara 32 anggota yang terbabit dalam pelayaran sulung kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) sanggup berlapar dan dahaga sebagai menghormati rakan beragama Islam dan Ramadan.

Leftenan Komander Chan Ling Keat, 31, berkata walaupun boleh makan dan minum pada waktu siang, beliau tidak sampai hati untuk menjamah makanan disediakan pihak perkapalan kerana memikirkan rakan lain yang berpuasa.

"Tahun lalu, saya tidak berpuasa tetapi turut sama bersahur dan berbuka tetapi Ramadan tahun ini saya bertekad untuk sama berlapar dengan rakan lain pada waktu siang.

"Kenikmatan berbuka puasa sebagai orang berpuasa adalah sangat berbeza dan sukar untuk saya jelaskan. Sehingga kini saya sudah berpuasa penuh cuma hari ini (semalam) saya tidak dapat bertahan kerana cuaca terlalu panas," katanya ketika ditemui di jeti Pusat Hidrografi Nasional di sini, sebaik KD TAR berlabuh semalam.

Sementara itu, bapa mentua kepada dua pegawai TLDM yang turut terbabit dalam pelayaran itu, Abdul Raof, 58, berkata sambutan Aidilfitri tahun ini pasti bermakna bagi keluarganya kerana dua menantunya, Leftenan Komander Mohd Rasul Sharif, 31, dan Leftenan Komander Yulis Hayat, 29, dapat bersama setelah empat tahun di Perancis mengikuti latihan mengendali kapal selam.

"Kami sekeluarga bimbang juga dengan keselamatan mereka kerana bertugas di tengah lautan. Namun saya amat berbangga kerana akhirnya mereka mencipta sejarah menjadi anak kapal selam pertama negara dan saya amat bersyukur mereka selamat pulang ke tanah air," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:36 AM | Show all posts
KD Tunku Abdul Rahman angkat kredibiliti TLDM
Oleh Wan Jailani Razak dan Suhana Roslan
[email protected]

TUANKU Mizan Zainal Abidin bersalam dengan anak kapal selam KD Tunku Abdul Rahman di Pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah, semalam.

Seri Paduka mahu kecanggihan KD TAR dimanfaat sepenuhnya

PELABUHAN KLANG: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mahu kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) yang juga aset berteknologi tinggi negara dijaga dan diguna sepenuhnya bagi memastikan kredibiliti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai sebuah angkatan laut yang mampu menjaga perairan negara terus terpelihara.

Baginda bertitah, projek perolehan kapal selam itu adalah satu pelaburan dan komitmen terbesar kerajaan untuk meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menentukan kedaulatan perairan negara terjamin dan selamat.

"Perolehan ini juga membolehkan TLDM khususnya dan ATM amnya mewujudkan satu angkatan laut dan tentera yang lebih berwibawa khususnya di rantau ini," titah baginda ketika menyambut ketibaan bersejarah KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah di Pulau Indah di sini, semalam.

Ketibaannya turut disambut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tuanku Mizan kagum dan bangga dengan semangat dan kecekalan dipamerkan warga KD TAR sehingga berjaya menamatkan latihan di Perancis selama empat tahun walaupun terpaksa meninggalkan keluarga di tanah air.
TUANKU Mizan Zainal Abidin selesai melawat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman.

"Kejayaan ini adalah hasil dedikasi, kerjasama dan komitmen yang cemerlang daripada warga kapal selam. Ia membuktikan warga TLDM mampu bersaing dan setanding angkatan laut bertaraf antarabangsa," titahnya.

KD TAR, yang dikendali 32 pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmy Ithnain merapat ke jeti pada jam 9.20 pagi, dengan anak kapalnya melambai ke arah orang ramai.

Tuanku Mizan dan Sultan Selangor serta Tengku Amir Shah bersama Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat ke dalam kapal selam itu.

Sempena ketibaan KD TAR, Yang di-Pertuan Agong berkenan melancarkan setem kenangan dan sampul surat hari pertama yang dikeluarkan Pos Malaysia dengan kerjasama TLDM bagi mengiktiraf aset pertahanan negara itu.

INFO

KD Tunku Abdul Rahman

# Dilengkapi sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api.

# Enam tiub peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam

# Berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot

# Dikendalikan oleh 32 krew

# Berupaya beroperasi lebih 45 hari
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:40 AM | Show all posts
Malaysia welcomes first submarine

2009/09/03

Adrian David

PORT KLANG: Today was a historic day for Malaysia with the arrival of the first of two Scorpene submarines for the Royal Malaysian Navy.

Describing the acquisition of the vessels as the single biggest defence procurement to date, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin called on the RMN to safeguard the integrity and sovereignty of the country.

“I hope you will have better avenues to protect the nation from threats, now that you are equipped with such expensive assets that are a force-multiplier.

“The submarine purchase has no doubt transformed the armed forces, and the RMN particularly, into a formidable force that is comparable with other navies,” said the king, who is also supreme commander of the Armed Forces.
Malaysia's first submarine KD Tunku Abdul Rahman docked at Port Klang after its arrival this morning.
Malaysia's first submarine KD Tunku Abdul Rahman docked at Port Klang after its arrival this morning.


His majesty applauded the RMN officers and men who had successfully completed their four years of stringent training in France, sacrificing their family lives and returning home safely with the submarine despite rough seas.

“I congratulate and am proud of you men whom I believe have the dedication and capability to live up to the billing of `sedia berkorban’ (ready to sacrifice). I pray to the Almighty that you will be empowered with the strength and courage to serve.

“As the pioneer submarine crew, it is my hope that you keep up the excellent work on a national project as important as this,” he said in his speech at the welcoming ceremony of KD Tunku Abdul Rahman at the National Hydrography Centre in Pulau Indah.

Present were Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah, who is also the RMN’s captain-in-chief, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and other top brass.

The second submarine, KD Tun Razak, is expected home later this year.

The Prime Minister’s-class submarines were procured in 2002 from a consortium comprising Armaris of France and Navantia of Spain, under a RM3.4 billion package.

KD Tunku Abdul Rahman, with a crew of 32 officers and men commandered by Cdr Zulhelmy Ithnain, left Toulon, France on July 11 on its 54-day journey with stopovers in Jeddah (Saudi Arabia), Djibouti and Cochin (India).

It will sail to the Lumut RMN base on Saturday for a three-day stopover before its crew take a break for Hari Raya Puasa. It will then proceed to its home base at Teluk Sepanggar in Sabah.

Later at a Press conference, Ahmad Zahid said the submarines, which were equipped with sophisticated integrated systems, required very high maintenance costs.


He added that KD Tunku Abdul Rahman and its crew would undergo tropical water training next month.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak entering the KD Tun Abdul Razak.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak entering the KD Tun Abdul Razak.

Asked on the possible procurement of more submarines, Ahmad Zahid said it depended on budgetary allocations which have been trimmed owing to the global economic downturn.

“Even for the purchase of these two submarines, we had planned it over 25 years ago during the Fifth Malaysia Plan. It's now the Ninth Malaysia Plan. Hopefully, we will be able to buy more submarines during the 13th or 14th Malaysia Plans,” he said.

Ahmad Zahid added that in view of the operational difficulty, the sailing allowance of submarines would be reviewed from time to time.

At yesterday’s ceremony, Tuanku Mizan also launched 30 sen and 50 sen commemorative stamps and first-day covers of KD Tunku Abdul Rahman.

He later toured the submarine and viewed a submarine gallery, displaying photographs of the crew training and vessel construction at Cherbourg (France) and Cartagena (Spain), at the hydrography centre.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2009 08:43 AM | Show all posts
Latest
Submariners endure tough tests to man KD TAR

2009/09/03

PORT KLANG: The tests undergone each week were very tough so as to challenge the mental and physical abilities but the crew of the submarine, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), were determined in bringing home the country's first submarine.

Today, all of the 31 crew members of KD TAR were proud that they went through various challenges in their four years of training at the training centre of the Defence Conseil National (DCN) Dockyard in the port city of Brest in the northwest of France.

Chief Petty Officer Mohd Nazri Kasni, 36, said they were tested each week on theory and practicalities and also had hands-on training in handling a subramine at sea.

"This was to ensure that we were truly skilled and anyone who was not up to the mark was sent back. The French decided whether a sailor was qualified or not," he told Bernama here today.
Lt.Cdr. Chan Ling Ket gets a kiss from his proud wife Margaret after his crew sailed into Port Klang on the KD Tunku Abdul Rahman this morning. - Picture by EFFENDY RASHID
Lt.Cdr. Chan Ling Ket gets a kiss from his proud wife Margaret after his crew sailed into Port Klang on the KD Tunku Abdul Rahman this morning. - Picture by EFFENDY RASHID


Mohd Nazri, from Mersing and with 17 years of service in the Royal Malaysian Navy, said his personal success was due to the support of his family who continuously encouraged him.

All the crew were picked after they passed the submarine specialist course before they could be called "submariners".

Mohd Nazri, who is a helmsman, said when KD TAR was on its way from Jeddah to India the sailors faced a difficult time due to high waves.

He also had a chance to perform the 'umrah' in Mecca while KD TAR was at Jeddah, and also at Djibouti and Cochin.

For Lt.Cdr. Chan Ling Ket, 31, the training experience in France was very challenging mentally and physically.

Chan heads the mechanical division on the submarine and his duties were very important to ensure the efficient functioning of KD TAR's engines and systems when bringing her home from France over 54 days.

"It's not easy to handle the sub, its system is very new to us, especially that the Scorpene's technology from France and Spain is very sophisticated, but with the training provided we got to know how to handle her.

On her journey, KD TAR was submerged for 32 days, sailed on the surface for 10 days and the rest of the time was spent at ports. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:43 AM | Show all posts
Bajet pertahanan 2010 dijangka dikurangkan

PELABUHAN KLANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam membayangkan perbelanjaan pertahanan negara untuk tahun depan dijangka berk ...
guyfawke Post at 4-9-2009 08:35


tang ni x syok baca nieh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 08:43 AM | Show all posts
Royal welcome for the silent service

2009/09/04

By Adrian David

PORT KLANG: The armed forces -- in particular, the Royal Malaysian Navy -- entered a new era yesterday with the arrival of Malaysia's first submarine, KD Tunku Abdul Rahman.

The first of two boats in the Perdana Menteri class, Tunku Abdul Rahman sailed into Port Klang and docked at the National Hydrography Centre in Pulau Indah.

Describing the Scorpene vessels as the single biggest defence procurement to date, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin called on the navy to safeguard the integrity and sovereignty of the country.

"I hope that you can better protect the nation now that you are equipped with such expensive assets that are a force-multiplier.


"The submarine purchase has no doubt transformed the armed forces, the navy in particular, into a credible and formidable force that is comparable with other navies," said the king, who is supreme commander of the armed forces.

Tuanku Mizan applauded the navy officers and men who successfully completed their four years of training in France and returned home safely with the submarine.

"I congratulate you and am proud of your spirit and determination, given the fact that submarine training requires the right aptitude and skills.

"I believe you have the dedication and capability to live up to the billing of sedia berkorban (ready to sacrifice)," he said at the welcoming ceremony.

Present were Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, who is also the navy's captain-in-chief, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and other top brass.

The second submarine, KD Tun Razak, is expected home next year.

The diesel-electric submarines were procured in 2002 from a consortium comprising Armaris of France and Navantia of Spain under a RM3.4 billion package that includes a second-hand Agosta training vessel.

The Tunku Abdul Rahman, with a crew of 32 and commanded by Cdr Zulhelmy Ithnain, left Toulon in France on July 11 for its 54-day and 7,109 nautical miles voyage, with stopovers in Jeddah, Djibouti and Cochin.

She will sail to the Lumut naval base tomorrow for a three-day stopover before its crew take a break for Hari Raya Puasa. It will then proceed to home base at Teluk Sepanggar in Sabah on Sept 17.


Zahid said the submarines, which were equipped with sophisticated integrated systems, required very high maintenance costs.

He said the Tunku Abdul Rahman and its crew would undergo tropical water training next month to prepare it for operations in the South China Sea and Indian Ocean.

On the possible procurement of more submarines, Zahid said it depended on budgetary allocations, which had been trimmed owing to the global economic downturn.

"Even for the purchase of these two submarines, we had planned it more than 25 years ago during the Fifth Malaysia Plan, only realising it now during the Ninth Malaysia Plan. Hopefully, we will be able to buy more under the 13th or 14th Malaysia Plans."

Zahid added that in view of the operational difficulty, the sailing allowance of submariners would be reviewed from time to time.

At yesterday's ceremony, Tuanku Mizan also launched 30 sen and 50 sen commemorative stamps and first-day covers of the submarine.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:01 AM | Show all posts
Joyful reunion for family

2009/09/04

PORT KLANG: Abdul Raof Mohd Zin was filled with pride as he watched KD Tunku Abdul Rahman sail in yesterday.

Among the crew of the Royal Malaysian Navy's submarine were his two sons-in-law.

For Raof, 58, from Sungai Petani, the coming Aidilfitri celebrations will be a more joyous occasion as Lt Cdr Mohd Rasul Sharif, 31, and Lt Cdr Yulis Hayat, 29, would be with them now after four years of training in France.

"I am happy to see my sons-in-law returning home safely in the nation's first submarine," he said at the jetty.


Rasul's wife, Major Dr Aida Zuriati, 30, said although her husband had been returning home every four months, they had not been able to celebrate Hari Raya together during those four years.

"While worrying about his safety, I also felt pressure in raising our two children without my husband's presence, especially as our first, Khadijah Umairah, 4, always asked for her father. I am glad that the family will be able to celebrate the coming Raya together."

Yulis, who is married to Siti Nurhanim, 27, said he and Rasul always helped one another during training and on their 54-day journey back to Malaysia.

Meanwhile, housewife Belqes Mohd Jamil, 28, said she was proud that her husband, Chief Petty Officer Mohd Nazri Kasni, 36, was chosen to be the helmsman on the submarine's journey home.

"Initally, my husband's absence was greatly felt, but I accepted it as it was service to the country." -- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:02 AM | Show all posts
Msia's first submarine arrives home
Maria J Dass

PORT KLANG (Sept 3, 2009) : Malaysia’s first submarine arrived at the Pulau Indah Royal Malaysian Navy base this morning and was received by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Malaysia's first submarine, "KD Tunku Abdul Rahman",
docks in Port Klang.
The 32-man crew of the KD Tunku Abdul Rahman, under the stewardship of Commander Zulhelmy Ithnain, had undergone four years of training in France.

They left Toulon on July 11 and crossed over 6,000 nautical miles to bring the submarine home.

The journey took 54 days and stopped over at the ports of Jeddah, Djibouti and Cochin before arriving at Port Klang.

The Muslim crew was given an opportunity to fulfill their umrah at Jeddah for six days.

In his speech, Tuanku Mizan commended the crew and said the addition of the submarine to the navy’s fleet was an achievement that would boost the armed forces' capability.

"This will also boost the safety of our coastline and ensure stepped-up vigilance against any form of intrusion," he said

"We are also now in a position to be a navy that is highly regarded and respected in the region." he added.

The arrival of the KD Tunku Abdul Rahman marks the achievement of a 25-year dream incepted during the Fifth Malaysia Plan and only realised at the end of the 9th Malaysia Plan, said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

He indicated that the navy and the government were interested to buy more submarines but said this would depend on the economy.

"We may be looking at purchasing more submarines during the 13th and 14th Malaysia Plan," he said.

Ahmad Zahid also said the 32 crew members trained to operate the submarine will be based in Sepanggar, Sabah and will be provided with the necessary facilities.

"A special allowance is also being negotiated for them with the Public Service Department as an incentive for the long hours and challenging working conditions they have to endure," he said.

The KD Tunku Abdul Rahman will be commissioned in October after undergoing tropical water tests.

Ahmad Zahid said the cost of maintaining the submarine, which will operate in "zones of interest" to the country is high and there are two options for the navy: to carry out the maintenance on its own, or find a local shipyard which can partner foreign companies, mainly from France, to carry out the maintenance.

On another matter, Ahmad Zaid said the Defence Ministry will be asking for a smaller allocation in Budget 2010 to be tabled in Parliament next month.

"We are very sympathetic towards the economic situation of our country," he said.

He encouraged companies involved in defence matters to take advantage of the lower prices offered now to sign deals, particularly at the Lima show in Langkawi, as prices are expected to escalate when the global economic situation improves.

Also present were Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:14 AM | Show all posts
Bantuan dari udara
Oleh Suhana Roslan
[email protected]

21 negara uji persiapan bantu mangsa bencana

WALAUPUN terpaksa berpanas kerana perlu berdiri lebih satu jam di atas trak polis bagi menyaksikan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan eksesais, ia nyata tidak menghalang lebih 20 petugas media bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.

Bermula kira-kira jam 12 tengah hari, satu pesawat melintas di udara dan menggugurkan lebih kurang 20 “dummy” sekali gus menyemarakkan lagi semangat orang ramai yang mula berhimpun di tepi jalan berdekatan ladang tebu di Chuping, Perlis, untuk menyaksikan aksi seterusnya.

Sepuluh minit kemudian kepenatan menunggu berakhir apabila sebuah pesawat lagi melintas, bagaimanapun menimbulkan tanda tanya apabila hanya satu dummy digugurkan dari ruang udara.

Difahamkan, walaupun hanya satu bungkusan yang jatuh dari ruang udara, dummy itu dinilai mempunyai kandungan barangan yang agak berat, seperti barangan perubatan dan sebagainya.

Menyedari akan ada lagi pesawat yang akan menggugurkan dummy, semangat menunggu semakin berkobar-kobar dan dalam kejauhan ternampak satu pesawat menanti untuk mengeluarkan `dummy`nya, dianggarkan lebih daripada lima.


Dalam eksesais itu, lapan pesawat dari Amerika, New Zealand, Singapura, Australia, Bangladesh selain Malaysia menggugurkan `dummy' melalui udara di dalam zon ditetapkan di ladang tebu di Cuphing yang dijadikan pusat latihan membabitkan seramai 365 pegawai dan anggota dari semua negara peserta terbabit.

Sebanyak lapan pesawat pengangkut jenis C130H dan An-32 daripada enam negara angkatan udara digunakan bagi menjayakan latihan itu.

Latihan udara Pacific Airlift Rally 2009 (PAR2009) itu adalah latihan menggunakan pengangkutan udara membabitkan negara rantau pasifik yang dilaksanakan setiap dua tahun sekali. Dua puluh satu negara menyertai latihan itu sebagai langkah proaktif bergabung tenaga dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang bakal berdepan ancaman bencana alam menerusi bantuan udara.

Selain Malaysia, latihan itu disertai Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Kanada, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Mongolia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Tonga, Amerika Syarikat dan Vietnam.
PERALATAN bantuan dikemas sebelum digugurkan ke lokasi ditetapkan.

Pengarah Kesiapsiagaan Operasi TUDM, Kolonel Mustak Ahmad, berkata tujuan eksesais bersama semua negara itu diadakan bagi meningkatkan persefahaman dan perhubungan antara negara rantau Pasifik dalam mengendalikan pesawat terutama pesawat C130H.

Ia juga, katanya, bagi meningkatkan keserasian berpasukan antara negara pasifik dalam menjalankan operasi bantuan udara serta meningkatkan kestabilan serantau (Pasifik) melalui penyatuan matlamat dan kerjasama.

Katanya, selain itu peserta juga berpeluang berkongsi idea, pengalaman dan teknik dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui pengangkutan udara kepada mangsa bencana alam berdasarkan kemampuan pesawat masing-masing.

“Pangkalan Tentera Udara (Diraja Malaysia) di Subang dikenal pasti sebagai kawasan strategik dan sesuai menjadi hub berikutan bebas daripada ancaman bencana alam. Kami bersedia membantu memberi bekalan seperti bantuan perubatan, pakaian, makanan dan juga jentera berat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 09:14 AM | Show all posts
Berkat semangat
Oleh Suleiman Moideen Kutty

Kontinjen Perajurit Muda wanita sedang berjalan lalu di depan pentas hormat padang Kawad Pusasda.

1,531 Perajurit Muda, termasuk 108 wanita tamat latihan enam bulan di Pusasda

KERINGAT enam bulan berhempas pulas menjalani latihan asas ketenteraan 'terbayar' akhirnya bagi 1,531 Perajurit Muda, termasuk 108 wanita apabila berjaya menamatkan latihan itu di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Mereka adalah antara 1,592 pelatih iaitu 1,473 lelaki pengambilan 166/2009 dan 119 wanita pengambilan 28/2009 yang terpilih memulakan latihan asas ketenteraan sejak 26 Februari lalu.

Sesuai dengan konsep 1Malaysia, mereka yang menamatkan latihan kali ini juga terdiri daripada 20 Perajurit Muda pelbagai bangsa dan etnik.

Namun, sepanjang tempoh latihan yang menguji kekuatan minda dan fizikal seramai 58 pelatih gagal menamatkan latihan kerana diberhentikan, manakala tiga lagi diturunkan skot di atas sebab tertentu.

Ketika mengikuti latihan asas di Pusasda mereka didedahkan kepada cara hidup dan tradisi Tentera Darat (TD) serta pengetahuan asas ketenteraan bagi mempersiapkan mereka untuk diserap dan ditempatkan dalam pelbagai Kor di dalam TD.
BUKTI semangat 1Malaysia, Perajurit Muda lelaki dan wanita pelbagai etnik bergambar kenangan selepas berjaya menjalani latihan selama enam bulan.

Perajurit Muda ini dilatih mencakupi ilmu pengetahuan ketenteraan, ketahanan mental dan fizikal, disiplin, keperibadian dan kerohanian bagi memenuhi keperluan sesuatu tugas yang akan dipikul apabila tamat latihan agar setanding dengan negara maju yang lain.

Panglima Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor, yang mewakili Panglima TD menyempurnakan upacara tamat latihan Perajurit Muda itu dengan mengambil tabik hormat Perajurit Muda berkenaan, selain menyampaikan hadiah kepada beberapa daripada mereka yang cemerlang ketika latihan.

Dalam ucapannya, Allatif menzahirkan keyakinannya bahawa semangat kental yang ditunjukkan sepanjang latihan telah berjaya membentuk diri Perajurit Muda menjadi anggota tentera yang berdisiplin, yakin kepada diri sendiri dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

"Adalah diingatkan latihan yang saudara lalui di sini adalah latihan asas yang menentukan titik mula ke arah mengharungi profesion ketenteraan yang serba mencabar.

"Dengan asas yang kukuh inilah ia akan menjadi tapak penentu kejayaan anda pada masa depan. Banyak lagi ilmu dan latihan yang perlu dipelajari bagi melengkapkan diri sebagai seorang anggota tentera selepas ini," katanya.

Turut hadir pada perbarisan itu ialah Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Pemangku Panglima Latihan TD, Brigediar Jeneral Datuk Azman Rosli.

Allatif berkata, seseorang anggota tentera perlu pada setiap masa mempamerkan imej dan keterampilan yang tinggi di mata rakyat.

Justreru, katanya, pemeliharaan kepada perwatakan dan imej tentera adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian utama oleh anda semua sebagai penyambung warisan TD kerana tanpa pengukuhan imej ini, maka ia akan menjadikan tentera tiada bezanya dengan orang awam.

"Kita semua sedia maklum sandaran rakyat terhadap kemampuan TD selaku benteng pertahanan negara amat tinggi. TD sekarang terus berkembang melalui satu proses pemodenan dengan kelengkapan senjata yang moden dan canggih dan ini memerlukan tenaga anggota yang mahir di dalam bidang kepakaran peperangan, teknikal, logistik dan pengurusan.

Menurutnya, bagi pihak Panglima TD, beliau merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa kerana begitu prihatin terhadap keperluan untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan, bangsa dan negara.

"Sesungguhnya TD amat menyanjung tinggi sokongan moral dan pengorbanan mulia ibu bapa mengizinkan anak-anak menyertai perkhidmatan tentera. Semoga pengorbanan murni ini menjadi pendorong kepada Perajurit Muda semua untuk berkhidmat dengan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, beberapa Perajurit Muda yang berjaya menerima anugerah terbaik menyifatkan pembabitan mereka dalam TD sebagai kesinambungan generasi terdahulu untuk menjaga kedaulatan negara.

Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan, Shahril Amir Ibrahim,19, berasal dari Kupang, Kedah menyifatkan latihan asas enam bulan berjaya membentuk dirinya menjadi seorang yang berdisiplin .

Anak ketiga daripada lima adik-beradik ini dan bapanya penoreh getah itu memang berminat dalam pasukan beruniform sejak dari bangku sekolah, bersyukur di atas anugerah yang diperoleh.

“Ketika menjalani latihan di Pusasda saya bergiat aktif dalam bidang sukan, pertandingan kawad, merentas halangan, jalan laju dan menembak. Setiap aktiviti yang dijalankan, saya diberi kepercayaan oleh pegawai dan jurulatih untuk menjadi ketua perajurit ,” kata Shahril yang juga mengetuai perbarisan tamat latihan Perajurit Muda kali ini.

Berdasarkan kebolehan dan kesungguhan serta sifat kepimpinan cemerlang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan, Shahril terpilih sebagai Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan dan menerima piala pusingan, sijil dan cenderahati.

“Dengan penganugerahan ini saya akan berusaha memberi sumbangan yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara serta berharap dapat menimba pengalaman apabila bertugas nanti ” katanya sambil mengakui akan menyertai Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Perajurit Muda Akademik Terbaik pula dianugerahkan kepada Mohd Shahrin Mohd Yusoff, 22 , yang berasal dari Kuala Lumpur.

Anak kedua daripada empat adik itu berkata, ibunya banyak memberi galakan supaya beliau menceburi bidang ketenteraan. Beliau juga bergiat aktif dalam persatuan sekolah dan luar serta aktif dalam acara sukan termasuk mewakili kompeni dalam pertandingan tinju dan merentas halangan.

Beliau lulus cemerlang dengan memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan.

"Di sini kita didisiplinkan. Di samping itu kita dapat mempelajari sesuatu yang baru, yang tidak boleh diperoleh di mana-mana sekolah," katanya yang diserapkan ke Kor Kesihatan Diraja (KKD).

TD mengalu-alukan belia yang bercita-cita menceburi kerjaya ketenteraan yang memberi manfaat dalam bentuk membimbing individu menjadi seorang yang tahan lasak, tegas, berani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 09:50 AM | Show all posts
Disciplined to a life underwater

2009/09/07

By Adrian David

LUMUT: With his stubbly look, Commander Zulhelmy Ithnain stood out among the clean-shaven, spick and span submarine crew of KD Tunku Abdul Rahman that arrived from France on Thursday.

Looking like an ancient mariner, he briefed the country's top echelon, including Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, on the fundamentals of Malaysia's first submarine.

Despite the hustle and bustle of welcome home activities, Zulhelmy, 42, a surface warfare specialist with 24 years of service, took time to speak to the New Straits Times about his life as a submariner.

"After being confined from the outside world for weeks, food is something we really look forward to enjoying. On board the submarine space is a luxury. Good, healthy food and beverages cheer and keep our morale high," he said.


Zulhelmy said fresh food was usually eaten in the first three days after leaving port.

"Almost all food is readily processed or preserved, like boneless chicken, which we remove from the deep freeze and micro-cook. This minimises wastage and garbage."

As for water, Zulhelmy said it was produced internally through reverse osmosis, while they also carried packed or canned mineral water and juices.

"No soft drinks or high carbohydrates as we have to watch our weight."

Fitness-wise, Zulhelmy said exercise was limited to dumb-bells and light movements like calisthenics owing to a compact environment.

"No jogging, treadmill or gym multi-station for cardiovascular exercises. We make up for this during port calls."

As for healthcare, he said there was no doctor on board except for paramedics.

"Should a crew member sustain serious injury, such as a fracture, we have to communicate with the base via satellite phone, surface and get him airlifted. This can compromise the submarine's position.

"Even a simple toothache can prove costly. Owing to severe gravitational force, the tooth's cavity can be compressed and affect the crewman's performance. What more if you have a flu or cough. This can be contagious and contaminate the entire submarine.


"So, remaining healthy at all times is of paramount importance."

How about the observance of religious rites?

"Although there is a mix, the majority are Muslims who perform their solat thrice a day for subuh, zohor and maghrib, standing, sitting, lying or kneeling. They are not compelled to pray but realise it is good to have faith and turn to the Almighty for blessings.

"They use the magnetic compass for the kiblat and watch for prayer times."

Why become a submariner?

"It's a unique job with personal challenges and satisfaction. It takes a great deal of dedication and sacrifice.

"We are a close-knit family and our lives depend on each other."

As for hygiene, Zulhelmy said limited fresh water and air meant they had to be prudent.

"We shower within minutes once in three days. The two toilets have septic tanks where air-pumps blow out sewage into the sea. There is no laundry facility."

As for duty, nine crewmen rotate in three shifts of two, three and four hours to allow sufficient rest.

"Each crewman has his own bunk. During breaks, he can sleep, chat, read, listen to music, watch videos, play games like carroms, Scrabble or chess, or eat.

"As the captain, I cannot be on duty all the time. I have an executive officer and three executive branch officers (each specialists in sonar, navigation and weapons) to deputise."

Once the submarine berths, the crew take turns for rest and recreation, while others remain for maintenance and secure the vessel.

Zulhelmy said they were well trained for any eventuality, including escape procedures.

He said nine French technicians and engineers from the manufacturers, who accompanied the crew from Toulon, acted as a guarantee crew for the submarine's platform, combat systems and other matters.

"They will be attached with us for four months before it becomes an entirely Malay-sian affair."

On immediate plans, Zulhelmy said the priority was to get acclimatised, get familiar with operations and train other crewmen to form a larger pool for future submarines.

In a lighter vein, Zulhelmy dismissed any notion of crewmen being gay, being supplied with prophylactics or rubber dolls!

"This is all nonsense. The crew are serious submariners whose time is very much preoccupied and they prefer to be religious."

Owing to confidentiality and sensitivity, Zulhelmy declined to comment on other matters related to equipment, armaments, systems or even family life.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 10:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 07:59 AM | Show all posts
Kapal selam pertama TLDM mantapkan pertahanan perairan negara

SEBAGAI anak Malaysia, saya ingin mengucapkan ucapan setinggi tahniah buat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kementerian Pertahanan dan kerajaan.

Ketibaan kapal selam pertama TLDM, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah, kelmarin, amat membanggakan seluruh rakyat. Lebih-lebih lagi ia tiba selepas dua hari kita menyambut Hari Kemerdekaan ke-52.

Secara jujur, sebenarnya sudah tiba masanya bagi TLDM memantapkan sistem pertahanan di perairan negara.

Bukan saja TLDM, malah TUDM atau seluruh sistem pertahanan negara kita harus dilengkapi dengan pelbagai senjata dan alatan canggih agar sistem pertahanan negara kita tidak ketinggalan zaman berbanding negara maju lain.

Senjata dan alatan canggih itu bukanlah untuk menakut-nakutkan atau untuk kita mendabik dada dengan negara jiran, namun ia satu keperluan semasa pada zaman sekarang.

Tidak timbul isu pembaziran di sini kerana jika kita membandingkan senjata dan alatan yang dimiliki negara lain, kita masih jauh ketinggalan.

Justeru, ketibaan kapal selam pertama negara, diharapkan membuatkan TLDM dapat bekerja dengan lebih kuat dan mantap lagi bagi memperkasakan institusi pertahanan negara kita. Diharapkan selepas ini, tidak timbul spekulasi mengenai pembelian kapal selam ini daripada semua pihak.

SITI SOFIA MD NASIR,
Banting, Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 09:21 AM | Show all posts
1235# spiderweb6969

mil-171 for CSAR???? we brough so many missle for SU-30mkm? this report cannot fully thrust
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:31 AM | Show all posts
rasa-rasa pokcik Mil-171 tuu merujuk kepada Mil-171 yang tersadai kat Port Klang sebab tiada agensi kerajaan yang hendak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 10:19 AM | Show all posts
Swasta disaran benar kakitangan sertai Askar Wataniah

BAGAN DATOH: Kementerian Pertahanan berharap syarikat multinasional dan swasta termasuk pemilikan asing yang beroperasi di negara ini membenarkan kakitangan mereka menyertai pasukan sukarela Askar Wataniah selaras dengan konsep 1Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sokongan syarikat swasta itu penting dalam menunaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap keselamatan negara.

“Faktor sambutan dingin kakitangan swasta menyertai pasukan wataniah berpunca daripada sikap majikan yang mengekang dan tidak mengizinkan pekerja mereka menyertainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 300 anak miskin di Masjid Abbasiah Kampung Sungai Nipah Baruh di sini, malam kelmarin.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, berkata terdapat juga tanggapan salah segelintir masyarakat bahawa Askar Wataniah ditubuhkan khusus untuk kaum Melayu, sedangkan fakta sebenarnya ia boleh disertai oleh semua kaum tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berharap pembabitan kakitangan syarikat swasta akan dapat meningkatkan disiplin diri di samping menanam semangat cintakan negara. Ahmad Zahid juga meminta semua ketua jabatan agensi kerajaan di peringkat daerah dan negeri memberi galakan kepada kakitangan awam menyertai Askar Wataniah sebagai usaha menambahkan keanggotaan pasukan simpanan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan angkatan tentera.

Katanya, Kementerian Pertahanan mensasarkan nisbah setiap satu anggota tetap terdapat lima anggota simpanan dengan memberi peluang kepada rakyat semua kaum menyertai perkhidmatan sukarela itu.

Beliau berkata, apabila berlaku bencana seperti gempa bumi atau banjir, Askar Wataniah akan dikerahkan membantu mangsa ditimpa kemalangan.

Ahmad Zahid berkata, menjelang 2012, semua 222 kawasan Parlimen akan menubuhkan satu pasukan Askar Wataniah mengandungi 300 ahli berbanding hanya 97 kawasan parlimen sekarang dengan keanggotaan keseluruhan 55,000 anggota dengan 90 peratus terdiri daripada kaum Melayu.

- berita harian-
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 10:23 AM | Show all posts
Mil tuh bukan dah bagi kat bomba ka..........?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.285699 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list