CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]
Post time 17-1-2012 11:16 PM | Show all posts
Cinta Yang Terlewat tu sad ending ker???   halamakkk tak jadi nak beli... takowtttt nak baca
asyriqa Post at 28-12-2011 18:38



kak asy..mmg sad ending tp besttttt...
ending dia tu mcm tajuk dia la..cinta yang terlewat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2012 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 5-2-2012 20:35

takdir fitrah terindah - haniz azla
3.3 bintang

permulaan yang agak boring...
tapi pembacaan menjadi semakin rancak, selepas fi dan aiham kawen...
tak sangka fi diceraikan...
beberapa tahun kemudian, fi jumpa balik dgn aiham bila ofis tempat kerja fi diambil alih, dimana aiham merupakan boss fi...
dari situ, bermula proses menambat hati fi oleh aiham

komen lain...
- ada banyak typo, tapi tak menjejaskan pembacaan
- bab awal, kalu dicantas sikit lg elok, ada part meleret2 skit
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2012 06:51 PM | Show all posts
Reply 1219# chit_ana


Dah habis baca.....masih x blh lawan novel pertama beliau dgn tintarona mengamit syurga firdaus.....
Sesuai utk sekali baca saja.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 01:01 AM | Show all posts
Reply 1225# qimi08

ni mesti beli kat pesta buku karangkraf ari tu kan... belum beli lagik... novel dia yg sebelum ni pun hambar gak... idea dah kureng gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:23 PM | Show all posts
Reply 1226# asyriqa


Ha ha pandai hang teka ek.......
Kena baca preview baru blh beli novel  skrg ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:34 PM | Show all posts
takdir fitrah terindah - haniz azla
3.3 bintang

permulaan yang agak boring...
tapi pembacaan me ...
mijot Post at 5-2-2012 11:45


adc setuju..permulaan yg memboringkan..nsbla gagah jugak baca..masuk part diorg dh kawin tu dh rasa ok skit kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 09:43 AM | Show all posts


Tarikh Terbit: 27 Feb 2012

Di Hujung Ranting 2
INDAH HAIRANI
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-25-2
~704 hlm
Bahasa Melayu

Kerana luka dia meredah samudera bersama anak kecil dan datang ke sini. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke pulau ini, sepanjang malam dia menangis. Setiap kali Amar Hakimi menangis, dia akan ikut menangis. Kehadiran ke sini pun tidak diberitahu pada sesiapa pun termasuk pada Amar. Dia tahu Amar pasti kecewa dengan kepergiannya. Dia telah berjanji pada dirinya, dia tidak akan menerima lelaki dari keturunan Datin Fatimah. Manusia bergelar MAWARDAH ini tidak cukup mulia untuk menjadi anggota keluarga orang kaya itu. Andai waktu bisa diundur, dia tidak ingin berkenalan dengan Amar dan juga Hakim. Kesilapan yang tidak dilakukan, akhirnya Hakim melepaskannya. Fitnah ke atas dirinya sangat berat. Namun dia redha. Amar kembali melamar cintanya. Apakah dia menerima Amar? DI HUJUNG RANTING 2 memberi jawapan kepada persoalan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:43 AM | Show all posts


Tarikh Terbit: 27 Feb 2012

Biarkan Indah Berlalu
RAMLAH RASHID
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-28-3
~656 hlm
Bahasa Melayu

Demi cintanya, Danial dengan rasa terpaksa memaksa hati membiar Indah berlalu. Cinta bukan bererti memiliki, tetapi berusaha membahagiakan yang tercinta mengutip bahagia dengan caranya. Dan demi Putri juga, relalah Danial mencari sirih jampi bagi melupai mereka. Namun demi harapan terindah Putri, berusaha juga Danial menjejak diari lama, bukan untuk merampas yang bukan miliknya tetapi sekadar melunasi apa yang dia sudah berjanji. Dan demi menebus doa silam, Azril mahu melupai semuanya. Mahu dibimbing Indah dan Putri menjejak esok yang masih misteri. Demi Putri juga, Indah mengajar hati menerima yang dibenci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 03:14 PM | Show all posts
CINTA YANG TERLEWAT - ZURIANI MUSTAFFA

best..! sedihnya..
fadzzy Post at 27-12-2011 13:09



    Nona menanges berjurai² air mata untuk bab² terakhir.... sedih sungguh²lah tu..seriyessss sampai dok bayangkan kalau novel ni didramakan sapa pelakonnya....(yg nyata bukan kawen kontrak ker....kawen paksa ker...) ia satu cerita dewasa yg sangat normal.
sesaja jer ni:

1) Fahim - Adi Putra 2) Nisaa- Rita Rudaini 3) Fadlan Hadi - Zack X Factor 4) Haiman Adi n Kakak Fahim (may be Roy Azman ngan Aliza Shahdan), 4) Jason - Jason Chong, 5) Wardah - Abby Nadzri  6) Madu Nisaa - Sari Yanti (kecik molek) 7. Siti Sarah - Tizz Zakiah (watak cameo) 8) Mak Fadlan Hadi - Kak Ton kot...hehehe

motip sgtkan....tapi seriyesss citer nie mmg best sgt...tahniah penulis Zuriani Mustafa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:21 PM | Show all posts


Cinta Awek Dan Pakwe
HASRUDI JAWAWI
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-26-9
~720 hlm
Bahasa Melayu

PERCINTAAN di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania terputik di sebalik rasa egois masing-masing. Masakan Didi Dania ingin meluahkan? Itu seperti perigi mencari timba. Noah Zuhairi mahu kata ‘aku cinta padamu’ pada Didi Dania? Dia bukan ‘mat jiwang’. Dia Mat Rock! Bila Juliana dan Razy Radin mula masuk dalam episod cinta mereka, cinta Didi Dania untuk Noah Zuhairi semakin menjauh. Didi Dania merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk menerima dari terus mengharap pada sesuatu yang tiada. Apakah cinta di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania bisa bersatu? Hanya keikhlasan yang mampu menyatukan cinta mereka.

Tarikh Terbit: 29 Feb 2012
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 07:01 PM | Show all posts


NOVEL TERBARU BUKU PRIMA BULAN APRIL YANG PASTI MENEMUI ANDA NANTI... Ceritanya sedih..Terdapat nilai-nilai murni tersemat di sini. Pasti meruntun jiwa anda!

SEMANIS CINTA SEMALAM ~ Annur Puteri
RM19.90
Kemiskinan merencat banyak perkara dalam hidup Adli membuatkan dia memasang angan-angan untuk mengubah nasib keluarga. Salam cinta yang dihulur Yon tidak mampu Adli sambut sewajarnya membuatkan Yon terluka dan mengundur diri. Hadir Syariza mengubat lara di hati. Kehadiran Yon pada saat kejayaan, mengundang persepsi negatif Syariza terhadap cinta Adli. Tergugahkah cinta Adli terhadap Syariza atau Yon hanya masa lalu baginya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:49 PM | Show all posts


Sepatu Milik Kasanova ~ ZARA AMANI
RM 22.90
ISBN: 978-967-0342-44-3
~576 hlm

Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu.

Ketika menghadiri ‘masquerade party’, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa.

Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 20-3-2012 16:51



Sisa Cinta Kita ~ RABIHAH NUR RIDHUAN
RM 22.90
ISBN: 978-967-0342-37-5
~576 hlm

Cik Nyet? Itulah nama gelaran untuk Qisya sepanjang dia bergelar mahasiswa di UKM. Itu semua adalah angkara Aqif, senior yang sering membuli dan mengenakan Qisha pada minggu orientasi.

Namun tanpa sedar perasaan cinta mula berputik dalam diri masing-masing setelah mereka mengenali antara satu sama lain. Demi sebuah cinta Qisha sanggup menjadi anak derhaka. Tetapi kenapa cintanya tidak pernah semanis yang diimpikannya?

Malah apa yang tidak dapat dilupakannya hingga akhir hayatnya apabila menyaksikan sendiri bagaimana bapanya di bunuh oleh Aqif, kekasih hatinya. Qisha kelu dan terkedu dengan putaran takdir yang telah dipersembahkan kepadanya.

Pembongkaran demi pembongkaran akhirnya melondehkan siapa Aqif yang sebenarnya. Adakah Qisha berjaya keluar dari permainan kotor Aqif atau hidupnya terus bergelumbang dengan derita yang berpanjangan angkara Aqif? Siapakah Arif?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 12:52 PM | Show all posts
Reply 1233# chit_ana


Saya minat dgn novel penulis  ni sewaktu beliau dgn Creative Enterprise..
kisah2 masyarakat yg menyentuh hati betul.........

Dgn prima masih belum beli dan baca lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:45 PM | Show all posts
cantik2 nye kaver buku prima neh... tapi isi dalam nye secantik kulitnye kah... tapi mesti dapatkan juga di hujung ranting 2 tuh...tak sangka ada sambungan... juga novel annur puteri dan ramlah rashid... abislah lari bajet bulan neh... banyok nye novel nak beli....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:30 AM | Show all posts
Reply 1237# asyriqa


    kak hujung ranting 2 tu buku ke dua ye..maksudnya sambungan dari buku terdahulu. Tajuk sama tak. Saya perasaan kat melaka ni buku-buku yg agak lama susah nak cari...kalau alaf punya banyak sebab diulang cetak...nak gi pesta buku bln 4 ni, jadual pack sepanjang bulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 04:11 PM | Show all posts


Venom Suria
MAZNI AZNITA
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-40-5
~700 hlm
Bahasa Melayu
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!
Tarikh Terbit: 10 Apr 2012
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 12:45 AM | Show all posts
Reply 1238# sapp73

Ha ah, buku yang 1st tajuk Di Hujung Ranting gak... kalu kat popular rasanya susah nak dapat dah... cuba cari kat thai kuang MP banyak novel stok lama2 kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 09:03 AM | Show all posts
Reply 1240# asyriqa


    k, terima kasih kak
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 02:08 PM | Show all posts



BUKU PRIMA : MEI 2012

Kerana Sebiji Epal ~ SHAHRIAH ABDULLAH
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-48-1
~608 hlm

Kerana sebiji epal, Najla telah ditinggalkan Herman.Hidup Najla mula terumbang-ambing setelah ditinggalkan Herman. Setelah mengenali Khairy, Najla mula bangkit semula. Lama-kelamaan terbit rasa cinta di hati Najla. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada Datuk Nordin dan Datin Munira. Akhirnya Najla jatuh sakit. Dia telah dirawat oleh Doktor Ikmal. Doktor Ikmal pula terpegun melihat wajah Najla yang seiras dengan wajah arwah isterinya, Sheila. Dia mula menganggap Najla seperti isterinya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Antara Herman, Khairy dan Doktor Ikmal, siapakah yang menjadi pilihan Najla? Adakah Herman? Adakah Khairy? Ataupun Doktor Ikmal?
(:- Novel ini merupakan gabungan novel bertajuk KAU MAWARKU dan CINTA NAJLA. Turut ditambah konflik dan cinta dalam novel ini. )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.101067 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list